Saturday, 27 July 2013

DATUK IBRAHIM BAWA BUKU SEJARAH UTUSAN MELAYU KE MEKAH

HABIS DI PASARAN DALAM MASA HANYA SEBULAN

Buku Di Depan Api, Di Belakang Duri
Bersempena dengan Penubuhan Majlis NGO Antara Kaum Malaysia (Mirac) yang inisiatifkan oleh Perkasa pada malam 17 Ramadan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, saya telah menyampaikan buku Kisah Sejarah Utusan Melayu: Di Depan Api Di Belakang Duri kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Mirac didokong bersama oleh wakil-wakil bukan Melayu iaitu Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinbam) dan Persatuan Cina 1Malaysia (Percisama)

Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan membaca buku itu dalam penerbangan ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Beliau berlepas hari ini.

Dalam autograph kepadanya saya catatkan "Keagungan dan kebesaran Utusan akan dapat difahami dan dihayati hanya apabila membaca sejarahnya."

Di Depan Api di Belakang Duri yang merupakan buku sejarah Utusan Melayu yang paling comprehensive   pernah diterbitkan itu telah habis dijual dalam masa hanya kira-kira sebulan berada di pasaran dan sekarang sedang memasukki cetakan kedua yang dijangka akan siap tidak lama lagi.

Saya menerima banyak pertanyaan tentang di mana buku ini boleh dibeli. Insayaalah saya akan berikan alamat kedai-kedai buku yang menjualnyal setelah cetakan keduanya berada di pasaran dan buat sementara ini buku ini saya lihat masih ada beberapa buah di MPH Alamanda Putrajaya.

3 comments:

  1. Saya rasa langkah Ibrahim Ali menubuhkan Majlis NGO Antara Kaum,merupakan satu langkah mundur kebelakang,sekali mundur seperti Umno akan terus mundur nanti.Kita mahu satu suara Melayu dan Bumiputra yg kuat,tegas dan tanpa segan silu ,menuntut dan mempertahankan kepentingan Melayu,Bumiputra serta kedaulatan Islam dari perspektif kita sendiri.Tolak ansur hanya selepas kita menyuarkan apa yg kita mahu dan selepas melihat apa pula tolakansur dari pihak lain.Berbeza dari keadaan sekarang dimana kita bertolakansur dulu dan orang lain terus melangkah kehadapan dalam memenuhi nafsu kaum mereka.Jadi sekarang tinggalah JATI utk diberi harapan.

    ReplyDelete
  2. Musuh melayau itu adalah melayu sendiri. Jatuh nya Melaka kerana Melayu. Hilangya Singapura kerana melayu. Mundurnya Melayu kerana Melayu. Siapa pecahbelahkan Arab? Orang putih atau orang Arab? Jawapannya Bangsa Arab adalah Musuh Arab No 1. Arab mundur dan kacau bilau kerana Arab bukannya Islam. Jadi silalah Melayu kalau nak ikut Arab.

    ReplyDelete
  3. Selagi manusia boleh dan benarkan memuntahkan buah fikiran melalui saluran-saluran betul, maka, semakin jauhlah peperangan dan pembunuhan antara mereka akan terjadi. Lelaki selalu mahu jadi jaguh, walaupun hanya di gelanggang sendiri.
    Saya lihat banyak betul NGO, sampai Presiden NGO ini ramai yang tidak dikenali dan berpusu-pusu minta dikenali. Biarkan mereka, asalkan jangan ada yang memanggil-manggil rakyat bunuh membunuh antara satu sama lain.

    ReplyDelete