Friday, 7 June 2013

TERSINGKIR DARI UTUSAN KERANA TANYA MENGAPA GAJI AZIZ ISHAK LEBIH BESAR.


Tidak ramai orang yang mengenali wartawan Hussein bin Abdul Hamid yang gambarnya bercangkung melipuit berita  menaikan bendera UMNO di Sultan  Sulaiman Kelab Kuala Lumpur  oleh Sultan Selangor pada tahun 1947, menjadi gambar kulit buku Kisah Sejarah Utusan Melayu Di Depan Api Di Belakang Duri.

Beliau tidak terkenal seperti Othman Wok penulis cerita  hantu dan juga Samad Ismail tokoh wartawan politik Utusan Melayu. Walaupun  tidak  berkerja lama dengan Utusan  tetapi  Hussein telah   meliputi beberapa  peristiwa  bersejarah di tahun 40an.

Singgah sekejapnya di Utusan adalah singgah yang bersejarah.

Dalam usianya sekarang  yang telah mejangkau 90 tahun , ingatan dan pemikirannya masih jelas dan terang apabila saya menemuinya bagi kali kedua di rumahnya di Bukit Jelutong Selangor baru baru ini.

Seperti ada sesuatu yang menyebabkan sesaorang yang sekalipun singgah berkerja  sekejap di Utusan Melayu tetapi menyimpan kenangan yang berpanjangan kepadanya seumur hidup. Inilah juga yang berlaku kepada Hussein  yang memulakan kerjannya dengan Utusan Melayu sebaik sahaja lulus  Senior Cambridge Grade 1 di Singapore  pada tahun 1945 atas hasrat bapanya.

Tidak lama selepas bertugas  sebagai wartawan di Singapura, beliau dilantik  menjadi wakil Utusan Melayu yang pertama di Kuala Lumpur  yang bertanggungjawab terhadap pemberitaan dan pengedaran Utusan Melayu.

Tempat beliau digantikan kemudianya oleh Aziz Ishak( Pernah menjadi Menteri Pertanian Malaya)  adik kepada Yusuf Ishak Penaja dan Ketua Pengarang pertama Utusan Melayu  tetapi Hussein kemudiannya  dibuang kerja oleh Yusuf  kerana  mempersoalkan mengapa  gaji  Aziz sebagai wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur  lebih besar darinya. Yusuf menjawab ini  pekara keluarga dan menamatkan kerja Hussein.

Sebelum itu Yusuf juga memberhentikan kerja Salleh Daud(Ketua Pengarang Bernama 1972-79 dan Setiausaha Akhbar Menteri Kewangan Tengku Razaleigh) kerana membuat terjemahan salah.

Hussein mengenang Yusuf sebagai seorang ketua yang tegas,bengis dan keras tetapi seperti kata  Allahyarham Tan Sri Samad Ismail  tanpa seorang yang bersikap  seperti Yusuf  mungkin Utusan sudah tidak wujud lagi hari ini.

Yusuf Ishak pula  yang   diberhentikan dari Utusan Melayu pada tahun 1959  telah   diambil oleh Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew  untuk menjadi   Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura dan seterusnya menjadi  Yang di Petuan Negara Singapura dan seterusnya menjadi Presiden  Singapura yang pertama. LKY mengenali Yusuf  sejak  bila beliau menjadi peguam pertama Utusan Melayu.

Bila tersingkir ,Yusuf telah menjual pegangan sahamnya  yang besar kepada UMNO

Kisah Utusan Melayu  penuh dengan cerita kecekalan dan kegigihan manusia mewarnakan sejarahnya  sehingga menjadikannya sebagai akhbar perjuangan yang hebat dan terbilang.

Untuk mengetahui cerita sepenohnya dapatkanlah buku Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN API DI BELAKANG DURI   di mana mana kedai buku di seluruh negara.

Keterangan gambar: Haji Hussein menerima buku sejarah Utusan dengan disaksikan oleh anak perempuannya Datin Juwita isteri kepada Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad bekas Hakim Mahkamah Rayuan.


2 comments:

  1. salam zam...

    Saya sangat teruja apabila membaca artikal ini. Sememangnya Zam seorang yg berhemah dan tau menghargai jasa kawan-kawan seperjuangan. Peliknya, cerita ini tidak pernah diberitau kepada kami walaupun antara kami ada hubungan kekeluargaan. Tapi saya sangat gembira bila mengetahui cerita ini. Haji Hussein Abdul Hamid, yang saya kenali adalah seorang yg lurus, jujur, ikhlas, amanah dan amat baik perawakannya. Setahu saya dia juga amat disenangi oleh semua adik beradik dan saudara maranya kerana mempunyai sifat yg terpuji ini. maka tidak hairan juga dia menjadi anak kesayangan pada kedua ibubapanya. Saya mengenali beliau kerana dia mempunyai hubungan keluarga dengan saya dan anak saudaranya, Datin Jelita Hussein (isteri kepada bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Syed Helmi Al-Husaini) adalah sepupu saya. Mereka adalah keluarga yang mempunyai perwatakan yang baik dan dihormati. Salam saya kepada Haji Hussein (atau Cik Cin) dan Kak Ita serta Abang Helmi. Wassalam.

    Adam Muhammad

    ReplyDelete
  2. salam Zam.....baru dua minggu lepas saya mengunjungi Haji Hussein di rumah anaknya, Datin Jelita di Alam Impian, Shah Alam. Turut bersama suami beliau, Dato Syed Ahmad Helmi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan. Setelah sekian lamanya tidak berjumpa, ada lebih kurang 12 tahun lamanya, Haji Hussein begitu teruja sekali mendakap saya ketika berjumpanya. Beliau masih boleh bertanya khabar kepada saya dan bergurau menyatakan badan saya semakin besar. Pada saya, Haji Hussein tetap seperti dulu sejak saya kecil lagi. Sentiasa ceria dan kerap bergurau dengan anak-anak saudaranya. Kini walau pun saya sudah pun melepasi umur 50an, beliau tetap seperti itu. Alhamdullillah. Keadaan beliau masih lagi sihat walaupun perlu menggunakan tongkat selain pendengarannya yang agak kurang jelas. Bagaimanapun, pertemuan itu amat mengujakan saya. Insyallah, kalau ada masa lagi nanti saya akan ke sana menziarahinya lagi.

    Adam Muhammad
    Sg Petani, Kedah

    ReplyDelete