Monday, 17 June 2013

KETUA PENGARANG THE STAR PERTAHANKAN PENGUNDI PEMBANGKANG

Ketua Pengarang Akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai telah meminta agar kerajaan tidak menghukum mereka yang tidak mengundi bagi parti pemerintah dalam Pilihan Raya Umum Ke 13.

Dalam tulisannya di The Sunday Star semalam, beliau berkata "Rakyat Malaysia telah membuat pilihan, yang menang mempunyai banyak kerja untuk dilakukan dan tidaklah sewajarnya mereka memberikan perhatian terhadap cakap-cakap untuk menghukum pihak yang tidak mengundi mereka.

"Adalah menjadi hak rakyat untuk mengundi sesiapapun atau mana-mana parti. Pilihan Raya Umum di mana-mana negara demokrasi adalah mengenai hak untuk memilih.

"Tidak seorang pun seharusnya dibuat untuk merasakan tekanan atau terancam dalam cara apapun kerana mereka tidak mengundi bagi parti pemerintah," katanya.

Catatan:

Tidak hairanlah jika The Star tidak menunjukkan komitmennya terhadap MCA dari sejak Tsunami 2008 berbanding dengan sikap yang ditunjukkan oleh Utusan Malaysia.

Apakah anda pernah membaca sebarang rencana yang ditulis oleh Wong Chu Wai Ketua Pengarang Kumpulan The Star dan juga Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan II Leanne L.Y. Goh dan  Pengarang Urusannya yang mengkritik DAP atau Pakatan Pembangkang?

Tugas menghadapi pembaca Inggeris lebih banyak diserahkan kepada bloggers yang pro kerajaan.

Apakah tujuannya MCA memiliki The Star ? Untuk kepentingan politik atau untuk kepentingan perniagaan semata-mata. Lebih banyak kerosakan yang dilakukan oleh The Star kepada MCA dari membina imejnya.

Sebagai bekas wartawan saya cukup faham permainan ini baik cara halus atau kasar. Penuh dengan hipokrasi munafik dan tidak jujur. Mereka yang diberikan tanggungjawab telah mengkhianati tanggungjawab yang diamanahkan. Mereka lebih suka untuk bermuka-muka dengan parti pembangkang.

Saya mendapat khabar beberapa orang pengarang-pengarang kanan The Star tidak lagi dapat menahan perasaan kecewa dan sedih mereka apabila BN diumumkan menang pada malam 5 Mei itu walaupun pada mulanya mereka telah meloncat-loncat kegembiraan kerana kemaraan Pakatan Rakyat.

Adakah bahagian pengurusan media JPM tahu hal ini? Kalau nak tahu boleh tanya saya.

MCA harus melihat kembali kedudukan Jabatan Pengarang The Star kerana tidak dapat dinafikan bahawa sikapnya juga telah menyebabkan kekalahan besar MCA dalam Pilihan Raya Ke 13. The Star telah menggunting dalam lipatan.

8 comments:

  1. Sudah dikatakan berkali-kali,.sisepet dimana-mana sekali pun tidak boleh dipercayai.

    Lihat saja pada kerajaan hari ini,Banyak yang diberi...Banyak pula yang dikongsi-kongsi......Berkali-kali diperdaya..tak juga reti-reti...bodoh bagaikan nak mamposss.

    ReplyDelete
  2. Saya percaya MCA bukan buta persaan dan tidak perihatin dengan apa yang berlaku di Star. Kalau perkara tersebut berlaku sekali sekala mungkin boleh dikatakan terlepas pandang tapi kalau trend menyokong pembangkang sudah terpahat sebagai strategi tetap, maka jelaslah MCA sebenarnya merelakan perkara tersebut. Kita semua tahu bahawa memang ada persepakatan antara MCA, GERAKAN & DAP secara terselindung. Tugas MCA & GERAKAN sudah diatur untuk mendesak dari dalam dan menggunakan desakan DAP dari luar sebagai leverage. Cuma kali ini semua parti Cina, termasuk MCA sudah cukup yakin Cina dan pembangkang dapat menumbangkan BN. Jadi tak perlu berselindung sangat. Jadi the Star digunakan sepenuhnya untuk tujuan bersama antara parti parti berteras Cina.
    Adalah naive bagi kita mengatakan MCA tak boleh kawal the Star.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tan Sri...congratulations on your brave words ' kalau nak tahu bolih tanya saya '.Saya harap benar ada orang mahu tahu dari perpektif lain dan bertanyakan pada T.S.Zam....tq.

      Delete
  3. MEDIA dan politik: Serampang dua mata

    ReplyDelete
  4. najib tak kisah pun...

    ReplyDelete
  5. Tulisan sdr Zam nampaknya ada kebenarannya. Persoalannya apakah strategist BN tak dapat menciumi perkara ini.Saya kira untik berlaku adil BN kalah dari segi perang saraf kepada pembangkang.oleh itu BN harus diperkasakan dengan maklumat risikan saperti mana Amerika menengani SEPT 11.Kita harus bijak negara dan kepentingan kita oleh itu perkasakan strategi politik,masih belum terlambat

    ReplyDelete
  6. sy rasa kita hanya nampak mca berpakat dalam diam dgn dap dan star mnjadi saluran meraih laba si sepet. namun sy jg berasa kita harus menilai presiden mca ds chua dari dalaman, apakah prnah kita berada dlm keterasingan dan berseorangan menempuh bala cabaran kiri kanan, atas bawah? Sy berasa tidak semua mca adalah gunting, seperti ds chua. Jgn lupa, inilah yg mereka inginkan kita bina persepsi trhdp mca supaya mereka dapat keseluruhan si sepet. Letakkan diri kita sendirian dlm sebuah asrama sekolah yang mempunyai geng pembuli yg tidak diketahui pihak sekolah( sebaliknya jg). Kita akan dpt perasaan itu. Namun the star mmg perlu dirombak namun siapa yg mampu? Anda cuba merombak geng pembuli? Atau pengetua sekolah? KDN mampu

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya bapak Zam, semua pemimpin MCA pun meloncat-loncat juga dengan kamaraan pembangkang dlm masa PRU tuuuuu....GRM lgi lah kuat loncat. Cuma depavtak kata yg depa pun dah meloncat kpda pembangkang.

    ReplyDelete