Sunday, 9 June 2013

KAJI SEMULA DASAR ANUGERAH DARJAH KEBESARAN UNTUK KUKUHKAN NILAI

Setiap tahun, begitu banyak rakyat Malaysia menerima bintang kehormatan yang dianugerahkan oleh Yang Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Ketua-Ketua Negeri sempena menyambut hari keputraan masing- masing.

 Bintang-bintang darjah kebesaran negara yang menjadi
idaman sesetengah orang
1.  Ada yang menerima bintang gelaran tambahan yang membawa gelaran sama atau pun gelaran yang lebih tinggi. Ada juga penerima yang mendapat anugerah dari setiap kerajaan negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Bagi sesetengah orang menjadi hobi dan kebanggaan mengutip bintang.

2.  Beberapa penerima bintang kebesaran  tidak dinilai oleh masyarakat umum sebagai wajar diberi penghormatan kerana tidak jelas sumbangan mereka pada negara atau negeri-negeri berkenaan.

3.  Sekarang telah bercambah anugerah gelaran kerana sudah menjadi lumrah diberikan setiap tahun dengan sokongan pihak tertentu dan nilai anugerah menjadi  luntur. Kalau kita pergi ke sesuatu majlis apabila kita panggil Datuk, berpuluh orang dalam majlis tersebut akan menoleh.

4.  Dengan demikian sudah timbul persepsi dan tuduhan bahawa sesetengah penerima bintang dan gelaran tersebut bukan atas jasa mereka tetapi sebaliknya mereka membelinya dengan berbagai cara tanpa pengetahuan pihak Istana.

5.  Ada rakyat Malaysia yang kemaruk sangat nak pangkat Datuk sanggup  membelinya dari Mindanau, Selatan Filipina. Ada yang memakai gelaran Datuk yang palsu. Dia tahu bahawa tak ada siapa pun akan periksa kalau dia guna pangkat Datuk.

6.  Gelaran Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' hanyalah untuk digunapakai dalam masyarakat Malaysia. Tetapi ada juga rakyat Malaysia yang mempunyai gelaran gelaran ini membawanya ke luar negara. Ada yang menggunakan gelaran dalam dokumen perjalanan termasuk tiket kapal terbang dan sebagainya yang menimbulkan kekeliruan. Pernah terjadi, pengumuman di buat di lobby hotel di London mencari Mr. Tan (Sri). Orang luar tak kisah pun dengan pangkat kita.

7. Lebih menyedihkan ada penentang Institusi Raja, juga diberikan anugerah. Kalau tak hormat Raja-Raja Melayu buat apa pakai gelaran yang dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu. Tak ada malu langsung dan amat biadab.

8. Gelaran Datuk juga diberi pada pemuda dan pemudi yang berumur dibawah 35 tahun. Saya rasa ada cara lain yang kita boleh iktiraf sumbangan mereka.  Biarlah mereka menjalani hidup dulu dan bolehlah kurniaan diberikan bila usia mereka sudah menjangkau umar yang sewajarnya. Lebih manis dipandang orang.

Oleh demikian saya syorkan supaya kerajaan kita menyemak semula polisi serta proses pemberian gelaran dan bintang-bintang kebesaran ini dan elok dibawa berbincang dengan Majlis Raja-Raja.

1.Jumlah bintang kebesaran harus dikurangkan atau dihadkan  sama ada di peringkat kerajaan
negeri atau pun kerajaan persekutuan.  Ada Raja-Raja Melayu yang "Strict" tetapi ada pula yang terlalu pemurah. Eloklah kalau dapat berpakat untuk menjaga dan menghormati nilai anugerah Diraja, Gabenor atau Yang Dipertuan Negeri.

2. Pilihlah atas kriteria yang berhemah supaya anugerah-anugerah tersebut tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.

3.  Suatu Daftar anugerah yang menggabungkan daftar-daftar di peringkat negeri dan persekutuan patut diadakan untuk rujukan umum supaya masyarakat dapat tahu sama ada seseorang yang memakai gelaran itu benar-benar mendapat anugerah atau hanya gelaran palsu.

4.  Penerima anugerah diwajibkan mempamerkan satu daripada bintang
kebesaran yang diterimanya pada kad nama – sama ada JPN, DPMK, DPMP,
atau sebagainya. Kalau tidak semua orang boleh pakai Datuk saja.

5.  Anugerah bintang yang membawa gelaran Datuk eloklah dihadkan mengikut umur dan biarlah penerimanya lebih matang supaya nampak sesuai.

6. Penerima bintang dan gelaran darajah kebesaran mestilah berkelakuan baik dan 
dihormati oleh masyarakat umum. Kalau mereka berkelakuan buruk dan dibenci masyarakat, gelaran yang dipakai tidak mencerminkan watakdan kelakuan orang kenamaan.

Bagi orang yang diberikan gelaran darjah kebesaran tetapi tidak menghormati perlembagaan dan Instutusi  Raja patut ditarik balik kurniaan kepada mereka  seperti
yang telah dilakukan oleh Baginda Sultan Selangor, Sultan Johor dan Sultan Kelantan.

Sebagai contoh anugerah bintang oleh Kerajaan Britain adalah dihormati tidak sahaja oleh oleh masyarakat setempat malah di  luar Britain kerana hanya yang benar-benar layak diberi pengiktirafan.

13 comments:

  1. Tan Sri,

    Saya sokong penuh. Contohnya, kini pegawai2 menteri2 daripd Supol sampai pegawai khas semuanya bergelar datuk. Termasuklah yg muda dan baru berkhidmat. Apelah sangat jasa mereka sementelah mereka hanya menjalankan tugas? masalahnya ada pemimpin2 peringkat negeri mahu menjaga kepentingan masing2 maka dicalonkan pegawai2 di pejabat PM & PM utk gelaran dato. Budaya mengejar pangkat dan kedudukan ini juga cerminan kpd kemerosotan jatidiri UMNO & kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju. Sekarang ni gelaran Datuk tu dah macam a dime a dozen. Rakyat dah kurang hormat. Gelaran Datin lagi teruk sebab sesetengah Datin lebih Datuk dari Datuk!

    Memang patut kajian dibuat dan pemberian dihadkan untuk menaikkan taraf gelaran-gelaran tersebut. Yang berlaku biadap dan berperangai buruk, gelaran sewajarnya ditarik balik.

    ReplyDelete
  3. Tan Sri,

    Satu hari tu saya berjalan di belakang seorang artis yang bergelar Datuk (nothing less) di Jln Bukit Bintang, KL.

    Bila nak melintas ke Jalan Sultan Ismail kami berhenti kerana aliran trafik yang panjang dan berterusan. Tiba-tiba dia berkahak dan meludah di tepi jalan di situ, kiri dan kanan. Ramainya orang lain yang memerhatikan gelagatnya termasuk oversea tourists.

    Of course people don't know (I presume) who he was and his stature(if any). Soalnya inikah gaya seorang yang bergelar Datuk? Tak ada gaya langsung... hampas...

    ReplyDelete
  4. Tan Sri,

    Ini kesah benar.

    1. Seorang artis bergelar Datuk semasa dilawati di hospital oleh wartawan TV berkata: Nasib baiklah Datin ada di rumah, kalau tidak siapa nak uruskan saya. Bukan kah lebih molek kalau kata: Nasib baik isteri saya...

    2. Seorang anak kepada seorang ternama ditemubual di tanah perkuburan semasa pengkebumiannya berkata: Tan Sri ni memang dah selalu keluar masuk hospital... Secara manisnya dia boleh berkata: Ayah saya memang selalu...

    Kadang-kadang ia nampak remeh tetapi ia memberi kesan mendalam kepada pendengar. Kata Andy Lala: Cacing naik ke mata. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  5. Kawan-kawan di Indonesia suruh saya nak ambil Datukship dari Sultan Mahmud V Palembang. Kalau ada yang berminat bolehlah turut sama. Sultan Deli Serdang pun bisa bagi gelaran Datukship. Sultan-sultan di Indonesia lagi bagus, datuk moyang mereka serah harta dan kedudukan kepada Negara Indonesia. Yang tinggal cuma title mereka dalam masyarakat.
    Sesiapa yang pernh ke Istana Maimun Medan, Istana itu milik Sultan Deli, yang sekarang ini berumur 17 tahun. Jawatan Sultan deli sekarang dipangku oleh Raja Muda ( seorang rakyat Malaysia by marriage).
    Di Indonesia, ada Persatuan Keraton ( Raja ), ada lebih kurang 160 Sultan-sultan seluruh Indonesia. 100 lebih berada di Sulawesi sahaja. Banyak Raja/Sultan small city states di sana, sometimes very small city states then, sebab itu Sukarno mohon mansuhkan semua kesultanan Melayu ini. Yang tinggal cuma di Yogyakarta., Sultan Mangkubuwono. Yang pasti, " Sultan/Raja negeri-negeri kecil ini, saiz kawasan negeri mereka tidaklah sekecil negeri Perlis ".

    ReplyDelete
    Replies
    1. You missed the point Mr Moya. We're discussing about the awards of Datukship not about the numerous number of sultans. It's okay if the number is by the hundreds as long as they give away the awards prudently.

      Another thing, Indonesia is a Republic.

      My two-cent worths.

      Delete
  6. Saya sokong penuh pandangan Tan Sri.

    Dalam sistem sosial dan budaya Melayu, istana adalah sesuatu yang tinggi nilai statusnya. Maka itu sesuatu anugerah yang datang daripadanya seperti penganugrahan bintang , pingat apatah lagi `gelaran kebesaran' sudah pasti mempunyai nilai serupa..

    Oleh kerana itu, mestilah ia diberikan kepada seseorang yang tinggi nilai moralnya dan sumbangannya kepada negara, bangsa dan agama (agama mengikut yang diinstitusikan di dalam perlembagaan ) mengikut ukuran penarafan yang tinggi yang digariskan secara jelas serta rasmi. Jika gelaran itu diberikan secara ikut suka hati sahaja atau disebabkan kerana kawan baik saja, susalah jawabnya. Janganlah anugerahan dan gelaran yang bernilai tinggi seperti Dato' , Dato' Seri, Tan Sri dan sebagainya itu diberikan kepada mereka yang diragukan sumbangannya terhadap negara, bangsa dan agama . Misalanya takkanlah hanya dengan sekali berkata di khalayak ramai saya sokong BN, saya sokong... lalu dapat Tan Sri, Dato' Seri, Dato' dan sebagainya.

    Jadi, sangat patutlah jika kreteria penilaian penganugerahaan itu disemak semula supaya nama baik istana dan institusi raja-raja Melayu terpelihara.

    ReplyDelete
  7. Assalam Tan Sri

    Mohon komen sikit syarikat-syarikat yang dimiliki oleh bekas Menteri tetapi menyediakan perkhidmatan yang TIDAK BERKUALITI kepada rakyat ...

    Masalah projek perumahan yang menyusahkan pembeli :
    http://huayang-grandeurpark.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Saya merasa lega dengan tulisan Zam ini. Malah Zam memperincikan lagi apa yang telah suara begitu lama dalam komen2 dan blog. Saya mulai merasa isu ini ada yang tak kena (kalau tak silap) semenjak Azhar Mansor dan ramai selebriti dan artis berlumba-lumba menerima gelaran ini. Bayangkan berapa lama anugerah-anugerah ini telah memperlekehkan secara tak langsung pelbagai perkara, korang carilah sendiri. Aku dah letih, kalau nak lepas geram ni banyak yang kena sumpah jadi tunggul kayu atau batu caves. Lega rasanya dengan penulis Zam ini, malah saya cukup bengang bila artikel antara Michele yeoh dan Fauziah Nawi. Dalam hati duk kata, bengap ke penulis ni? Orang nak suruh kurangkan terus gelar-gelar ini, lagi dia nak lobi orang itu ini orang ini.
    Terus suarakan isu ini yang aku kira sebagai salah satu 'lobang rasuah' juga.

    ReplyDelete
  9. Pandangan TSZ seperti no 3 dan no 6 boleh digabungkan dengan kadar segera. Usaha mengadakan satu badan bebas (NGO) yang boleh menerima dan menyediakan laporan daripada komen, pandangan, laporan mengenai tatalaku dan aktiviti negatif 'orang bergelar' daripada rakyat jelata sedikit sebanyak boleh menyedarkan 'orang bergelar' supaya bertindak dengan kewajaran pada setip masa.

    Sekiranya banyak aduan diterima, pihak istana tertentu boleh mengambil tindakan menyiasat sebelum mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  10. Penganugerahan darjah kebesaran nampaknya telah membuat rakya Malaysia merasa hiba dan sedih kerana satu-satu tanda-tanda kebesaran kemasyarakatan telah diberi dengan begitu mudah.
    keujudan masyarakat berdarjah dato,tan sri telah membuat rakyat Malaysia hidop secara bertingkat dan berstatata macam rumah flat.Tidak ini bertentangan denngan ugama islam sendiri.Kita mengujudkan mereka yang merasaka n diri mereka serba baik dan berguna. Malah kalau ikut temam pegawai bank, bahawa mereka diarahkan supaya lebih strict dalam memproses pinjaman kewangan kerana golongan ini akan menggunakan berbagai cara untuk mengelakan tindakan.
    hai malaysia, akan lingkopkah kota Melaka sekali lagi dek ketidakcermatan kita menguruskan negara.semuga Allah menolong kita kalau tidak kaum lain akan mengajar kita cara kehidupan dunia yang sebenar

    ReplyDelete
  11. Buat Renungan Bersama

    Darjah Kebesaran Negara India yang diperkenalkan pada tahun 1954 dan jumlah penerima anugerah darjah kebesaran sehingga 2013

    1. Bharat Ratna - 41 penerima ( 4 penerima masih hidup)
    2. Padma Vibushan - 288
    3. Padma Bhusan - 1111
    4. Padma Shri - 2577

    Jumlah Rakyat India dianggarkan 1.27 billion (2013)dan jumlah penerima (1954-2013)hanya sekitar 4017 orang atau 0.0003%

    ReplyDelete
  12. Saya bersetuju dengan pendapat semua.Kami juga banyak berjasa kpd masyarakat. Dah jadi doktor lebeh dari 28 tahun.. Jusa pulak..tapi yang dapat datukship orang2 muda politik dan koporat..nama dicalonkan tapi yang dapat adalah mereka yang dah ada 8 datukship..kakitangan kerajaan tiada harta untuk dihadiahkan.

    ReplyDelete