Friday, 14 June 2013

DEMI UNTUK JUWIE MANTAN WARTAWAN UTUSAN BERGABUNG TENAGA

Dari kiri Bobby Rajan, Rosle Azmi, Datuk Raja
Ahmad Niza dan Munir Ghazali
SEKUMPULAN mantan wartawan Utusan –  Dato Raja Ahmad Niza Raja Ismail atau R. A. Niza, Bahyah Mahmood, Ahmad Idris, Mama Juwie, Munir Ghazali, Maimunah Yusoff, Zainol Fakir dan Rosle Azmi bergabung tenaga menerbitkan sebuah majalah bulanan atas nama JUWIE.

Keluaran sulung – Julai 2013 sudah berada di pasaran. Majalah ini merupakan digest Melayu paling unggul dengan taglinesnya – Majalah Dalam Kelas Tersendiri – membawakan kisah-kisah mesyarakat, sedikit tentang alam misteri, hiburan dan agama.

Persembahannya luarbiasa berbanding majalah yang ada di pasaran kita kerana misterinya bukan sebarang misteri, begitu juga hiburannya yang dipimpin oleh Bahyah Mahmood, sangat lain daripada majalah hiburan yang ada di pasaran.

Dapatkan naskah sulung sekarang, kerana cetakannya cukup terhad, takut kalau-kalau anda terlepas memilikinya. Ia diterbitkan oleh BYG Publisher & Distributors yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Tujuan menerbitkan majalah ini, menurut Ketua Editornya, R. A Niza adalah membuka peluang kepada mantan wartawan Utusan yang berhasrat untuk berkarya tetapi tiada tempat,

Beliau memberitahu bahawa Tan Sri Zainuddin Maidin telah bersetuju untuk menjadi penasihat.

Nahhhh…, JUWIE menjadi gelanggang kepada semua orang untuk menulis cerita-cerita yang menarik bagi berkongsi dengan orang lain. Dapatkan naskah pertamanya.  

Raja Niza memberitahu nama Juwie digunakan dengan persetujuan Juwie sendiri untuk mengenang suatu nama besar dalam dunia penulisan hiburan tanah air suatu masa dahulu. Kolumnya di Mingguan Malaysia  paling popular dan menjadi buah mulut ramai.

3 comments:

  1. Majalah ini hanya ada dibeberapa kedai saja, bandar besar seperti alor setar tak dak tapi di Kulim ada itupun dah tinggal satu... apapun tahniah majalah Juwie ini memang kelas dan puas baca

    ReplyDelete
  2. patutlah stail lama, semua bekas wartawan menulis, sedarlah sekarang zaman berubah, tak ada langsung orang muda diambil.

    ReplyDelete
  3. ambik org muda jd editor jugak lah. baru la dapat memenuhi citarasa semua. hehe

    ReplyDelete