Wednesday, 5 June 2013

BOLEHKAH PASTI MUHYUDDIN TIDAK CABAR NAJIB?

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin
Kempen untuk mengekalkan kedudukan dua jawatan tertinggi parti dalam UMNO telah bermula. Utusan Malaysia memulakannya hari ini (5 Jun) dengan beberapa orang pemimpin kanan menyatakan tidak perlu ada tandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti tahun ini.

Saya sendiri memikirkan bahawa keutamaan kepada perpaduan parti perlu diutamakan bagi menunjangi kepimpinan negara yang menghadapi cabaran semakin besar bagi sebuah kerajaan yang mahu demokrasinya diiktiraf dunia terutama oleh Barat.

Najib harus diberikan masa untuk menunjukan keberkesanan kepimpinannya yang bersifat apologetik bawah kabinet barunya sendiri.

Seperti kata Tun Dr. Mahathir di Tokyo "Kita tidak ada pilihan lain lagi kecuali menyokong Najib untuk mengekalkan perpaduan parti." Ini bererti penerimaannya adalah kerana terpaksa.

Pemimpin kecil dan ahli-ahli UMNO boleh membantu untuk mempastikan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar tetapi bolehkah dipastikan Timbalan Presiden tidak akan mencabar Presiden?

Barangakali pekara ini terlalu pahit untuk diperkatakan secara terbuka tetapi telah dibincangkan secara tertutup dan kalau soal tidak perlu ada pertandingan dua jawatan tertinggi telah diperkatakan untuk mengkodisikan pemikiran ahli maka pastinya sesuatu yang lebih besar yang tersimpan di dada perlu terpancar dalam kata.

Dalam politik semuanya boleh berlaku. Umpamanya bila Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris diketahui mahu mencabar Tun Abdul Razak bagi jawatan Presiden UMNO, saya dan seorang lagi wartawan Utusan Melayu, Khalid Jefri telah pergi ke rumahnya di Jalan Duta dan bertanya "Apakah benar Datuk akan mencabar Tun Abdul Razak? jawab Datuk Harun "Oleh kerana sudah ada orang lain yang nak mencabar maka lebih baik saya yang bertanding."

Tetapi Muhyuddin mesti ingat Anak Melayu Pantang Derhaka kecuali menghunus dan menjulang keris dan kemudian meminta maaf. 

22 comments:

  1. Kebanyakan statement menyeru supaya jgn melawan Presiden dan Naib adalah kenyataan terhutang budi..

    Sekarang dah tak banyak ahli UMNO seberani Shahrir. Alangkah baiknya klu barisan MT selain PM dan TPM bukan pemegang jawatan menteri kabinet supaya mereka akan lebih berbakti kepada parti daripada menggunakan kepentingan atas status sbg menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PR Selangor dah buat. Dgn tidak memilih Azmin dlm Exco negeri, TS Khalid kata, Azmin akan memberi tumpuan sepenuh masa kpd kerja2 parti dan tidak terganggu dgn tugasan Exco. Kalau UMNO ikut buat mcm tu juga, nanti jadi modal penanganlah kpd PR. Mereka akan katakan UMNO/BN kerja nak tiru PR saja, dulu kata tiru manifesto ... Baik tak payah ...

      Delete
  2. Ah Jib Gor must turn Ah Jib Must Go provided that he changed from too apologetic & trying to get the support from Chinese but neglecting the support from the Malays. He must REMEMBER that without the Malay suppory (be it by ahli Umno or not)....he will not be there anymore.

    His newly appointed Cabinet is totally rubbish. Instead of fulfiling the aspirations of his supporters, what he did is to gain more control of his position in Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Performance culture must start now. No more if but bla bla. Just go Najib. Bawalah Rosmah melancung luar negeri setahun dua ke.

      Thank you very much. You have tried your best.

      Delete
  3. I would rather have leaders with guts to be the President and Deputy President. Sesiapa yang cakap tidak ada calon dalam UMNO untuk mengganti Presiden sekarang memanglah pembohong dan barua kaki bodek.

    Yang layak jadi pemimpin tertinggi UMNO ialah:

    Presiden: Muhyiddin Yassin (berani dan pro-Melayu)
    Timbalan Presiden: Zahid Hamidi (berani dan ada gaya gengster)

    Naib-naib Presiden:
    Nazri Aziz (mulut celupar dan berani)
    Anifah Aman (berani)
    Ali Rustam (berani dan anti-Cina)

    Mereka ini adalah lebih baik daripada pemimpin-pemimpin penakut dan pondan yang ada sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Nazri, saya setuju. Nazri ni cakap tak coherent selalu off-tangent.

      Shafie Afdal saya suka - gaya peramah orang kampung. Tak ada neo liberal a la Najib pun tak apa lah.

      Delete
    2. Sokong dua pendapat di atas. "But please not Nazri Aziz" Ingat kes Namawee? Sampai dipersilakan pergi ke Parlimen. DSN must go after bad performance in PRU ke 13. Kalau Pak Lah dihukum, kenapa tidak DSN!

      Delete
  4. Tan Sri.

    Nak cakap terus terang ni. Membaca yang tersiratnya kata2 Tun M itu, cadangannya adalah supaya ada calon yang akan bertanding kerusi presiden , dengan adanya calon itu maka, akan adalah pilihan lain dibuka untuk dipilih oleh ahli2 yang layak. Soalannya sekarang, akan adakah pendekar Melayu tulen didalam UMNO yang akan menyahut cabaran Tun menjadi calon bertanding kerusi presiden UMNO itu? Ada tak? takkan tak ada kot. Seramai 3 juta lebih keahlian takkan tak ada sebelah tangan jumlah yang berani juga layak dari sudut tingkahlakunya pertuturannya bahasanya pengetahuannya keihlasannya dan yang penting, jatidiri Melayu tulennya. Kita tak mau Melayu Elit macam KJ, Najib, Hisham, hatta yang seangkatan macam Irmo itu. Kita dambakan Melayu berprinsip kepahlawanan Melayu yang gagah berani dan tegas lagi garang! Gentlemen lembik2 ni dah tak main dah.

    Kita tak mau pemimpin yang bertempek kepada penasihat2 sahaja. Bukan saja dia bertempek keatas pendapat, pandangan dan idea2 lapuk dan narsisistik penasihat2 tu tapi dengan pemimpin2nya sendiri dah jadi narsisistik, perasan tak abis2 ingatkan dunia ini tidak akan berputar tanpa dirinya! Enough is enough lah Tan Sri. Kita dah muak dah meloya dengan jenis pemimpin yang tak sedar diri ni.

    Kemon Tan Sri, saya percaya Tan Sri sendiri tau berapa ramai penasihat Najib kan? Fakta itu bukan rahsia. Kenapa ada begitu ramainya penasihat? Apa perlunya? Dia ingat dia tu presiden macam presiden Amerika ke hingga perlu ke tahap itu? Apa PTD, EPU SB tak cukup ke sampai bawak masuk penasihat dari Korea. Amerika yang kuasa nombor satu dunia pun tak ambik bukan warganegara jadi penasihat presiden tau. Kita ingatkan bertambah dekat dengan ajaran Rasulullah dan kitab Al Quran iaitu merapatkan saf dan menjadi saudara seIslam sebagai penasihat. Tapi, tidak. Berkiblat ke tempat lain arahnya.

    What's going on Tan Sri? Kemana nak dibawa UMNO ini oleh Najib dan team dia? Kemana hendak dibawa oleh Najib negara kita yang kita cintai ini dengan lineup kabinet dia yang bawak masuk pengkhianat negara dan perosak negara tu? Nak kasi can apa lagi, kalau banyak benda dah salah. Tulisan Tuan Syed ni yg paling terbaru yg merangkumkan keadaan semasa sekarang ini. http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/06/pm-doing-things-wrong-way-again.html

    sambungan ...




    Seikhlasnya,
    Ahli UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhyiddin. Please step up. It's now or never. Dah 66 kan?

      Your wife will get you additional 10% votes and Rosmah will reduce 10% votes for Najib. 20% votes advantage even before campaigning.

      Delete
    2. Betul. Kita cuba Muhyiddin pula. Punyai isteri yang sesuai untuk PM Malaysia. Sekarang masanya! DSN terbukti bukan pemimpin Melayu UMNO yang dikehendaki yang berani berjuang untuk agenda Melayu tanpa meminggirkan rakyat kaum lain!

      Delete
  5. Sambungan....

    Kita tak benci Najib. Kita sokong dia. Itu sebab dia menang. Tak taulah kalau Najib ingat pru 13 haritu dia akan kalah kan? Itu sebab dia buat perjanjian syaitan dengan Nuar Berahim tu? Apesal takde pernyataan balas dari Najib pasal kenyataan Jusuh Kala tu?

    Kita mahu sebuah kerajaan yang kuat, fokus dan bergerak yakin menuju Wawasan 2020. Kita mahu keselamatan negara dan kemaslahan rakyat juga agama Islam itu terbela dengan tiada sebarang kompromi sebagaimana yang termaktub didalam Perlembagaan Negara. Kita mahu Pemahaman terhadap Rukun Negara itu diterjemahkan disemua lapisan masyarakat dengan tiada kompromi. Kita mahu perpaduan dikalangan rakyat dipertingkatkan dan dimulakan dari seawal usia rakyat iaitu daripada peringkat sekolah rendah, dari itu, kita mahu sistem Satu Sekolah Untuk Semua dibuat dan sekolah vernakular dibatalkan. Kita tidak mahu dengar lagi suara2 penderhaka yang tidak layak menjadi wagranegara Malaysia ini bersuara menentang kewujudan UITM dan MARA. Kita tidak mahu lagi melihat bendera kebangsaan kita diterbalikkan dan YDPA kita dicaci dihina dan dimaki oleh orang yang kononnya rakyat negara ini tetapi sebenarnya berideologi komunis dan mahu menjahanamkan tampuk kenegaraan kita serta menghapuskan sejarah Tanah Melayu ini!

    Adakah dengan cara pentadbiran Najib sekarang perkara2 tersebut diatas terjamin?

    Jika Najib begitu yakin dengan kebolehan beliau mentadbir kerajaan ini, apa perlu beliau takut akan jawatan presiden dipertandingkan?

    Jika Najib takut, ertinya beliau ada buat kesilapan kesalahan dan kekhilafan. Jika benar, sila turun dengan hormat.

    Biarkan orang lain mentadbir dengan tenang, tegas dan matang. Saya mencadangkan agar Zahid sebagai Presiden dan Shafie Afdal sebagai Timbalan seterusnya mereka menjadi PM dan TPM . Ini kedudukannya sekarang Tan Sri.

    Seikhlasnya,
    Ahli UMNO

    ReplyDelete
    Replies
    1. PM Zahid & TPM Khir Baharom.. Kita tutup ladang babi yang mencemarkan.. juga kilang carlsberg.. apa nak takut & peduli kat cina, tanpa undi cina, kerajaan Melayu boleh dibentuk.. Asalnya pun ini ialah negari Tanah Melayu.. kita boleh belajar tadbir negara cara Brunei... Tingkatkan/perkemaskan perlaksanaan (atau penerapan) Islam.. Munakahat, Muamalat & Jinayah..

      Delete
    2. Sesuai regu ni. Setuju

      Delete
  6. Assalamualaikum Tan Sri

    Dari hati ini...Najib wajib turun. Sebab nya? Banyak sangat dah.....malas nak tulis.

    Jadi...ura ura kata President dan Timbalan tak boleh dicabar tu... lupakanlah. Tak tahulah kalau MT kesemuanya nak dihumban oleh ahli....

    Mudah jer bagi kita diperingkat cwangan dan bahagian.... aku janji daripada AJK bahagian akan siapa yg patut dipilih dan ini dibuat melalui Surat Perjanjian yang melibatkan pihak peguam dan mahkamah. AJK mungkir...perlantikan mereka terbatal dan Plan B akan masuk....!!!

    ReplyDelete
  7. Saya sokong Muhyiddin bertanding menentang presiden kali ini. Saya juga berharap pemilihan UMNO dapat dipercepatkan. Kita mesti cepat kalau mahu menyelamatkan UMNO.

    RD.

    ReplyDelete
  8. Cepat cepat cepat tak bolih lambat !!!

    ReplyDelete
  9. alahai kesian orang umno menang salah kalah lagilah jadi serba salah..!

    ReplyDelete
  10. dalam sejarah umno,PRESIDEN belum pernah tumbang walaupun dicabar hebat Sulaiman Palestin dan Tengku Razaleigh..!Tapi ini kali ade ke yg mahu HUNUS KERIS kepada NAJIB..?RASENYE TAKDER YG BERANI..!

    ReplyDelete
  11. Perlu diingat, UMNO adalah platform utk perjuangan agama,bangsa dan tanah air. Kalau pemimpin tidak selari atau nakkan keterbukaan yg melampau maka biar ahli yg menghukumnya. UMNO bukan seperti pas yg main hangguk walaupun pemimpinnya byk melalut meraban. Jika tiada sokongan ahli UMNO, tidak kemana individu dlm UMNO. UMNO kepunyaan ahli UMNO, bukan hak seorang individu atau legasi keluarga.

    Tersentuh dgn nukilan anon 18:07....hendak kemana UMNO ini dibawa. Hatta singapura pun tidak mengamalkan keterbukaan dari aspek keselmatan dan survival politiknya. ISA masih ada, kini ada undang2 yg berkaitan dengan internet. Apa dah jadi dgn melayu yg ada dlm barisan kepimpinan UMNO skrg ni.

    Sy sebenarnya dah hilang keyakinan barisan kepimpinan yg ada skrg, baik no.1 sampailah ke MT dan bahagian yg masih simpan K.Bhgn yg dah berkarat. Sy hanya optimis UMNO masih mampu diselamatkan dgn kedatangan seorg pemimpin yg ' GAGAH ' berjiwa rakyat jatidiri melayu islam yg kuat.

    Bila sy dgar temuramah dgn zahid hamidi semlm, akhirnya mmg nyata...seperti biasa, hanya gempak dgn akta,prosedur itu dan ini, begitu begini, sedangkan terang2 pembangkang sudah melanggar undang2 hatta perlembagaan sekalipun. hhhmmm.....

    Pandangan dr ahli biasa UMNO yg berharap UMNO diwarisi dan dijaga dgn sepatutnya. Semoga Allah shj yg memelihara islam,melayu dan tanah melayu.

    ReplyDelete
  12. Najib mesti membuat pendirian yg nyata mengenai keutamaannya terhadap permasaalan orang2 Islam dan Melayu. Kalau tidak gelaran ini cukup sesuai untuk Najib. NAJIB MUSUH ISLAM DAN MELAYU.

    ReplyDelete
  13. BERILAH PELUANG KEPADA JOHOR MENJADI PM MALAYSIA

    ReplyDelete
  14. Berikan kebebasan mutlak kepada ahli-ahli UMNO untuk menentukan sama ada jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan MKT perlu dibuat untuk pertandingan atau sebaliknya. Ahli-ahli UMNO sudah matang untuk membuat penentuan siapa pemimpin terbaik yang dapat memperkasa dan memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanahair.

    ReplyDelete