Wednesday, 5 June 2013

ANTARA TAN SRI MICHELLE YEOH, ALLEYCATS DAN FAUZIAH NAWI

Kiri Michelle Yeoh , David Arumugam dan  Fauziah Nawi

Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir  rakyat  negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi  tiba tiba namanya bagitu  banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan  umum   di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau  dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang DiPertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam  pada 1 Jun lalu.

Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu talu dengan kurniaan di raja. Beliau  sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM. Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini, Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya.

Ketika saya turut berbangga dengan kurniaan kepada  Michelle Yeoh kerana perhetongan diatas meritnya yang lain lain   seperti  mengharomkan nama negara sebagai di antara 50 orang tercantik di dunia dan kerana lakonan hebat dalam filem-filem Barat termasuk filem James Bond, saya terkenang pula kepada penyanyi Alleycats, David Arumugam yang pernah  saya cadangkan diberikan gelaran Datuk Persekutuan semasa saya menjadi Menteri Penerangan, tetapi telah "disepikan." Bagaimanapun  beliau kemudiannya dikurniakan Dato  atas ingatan baik  Duli Yang Maha Muia Sultan Pahang.

Sumbangan Alleycats dan khususnya penyanyinya David Arumugam kepada seni muzik negara  sangat besar sejak tahun 1970,antaranya  mempopularkan lagu-lagu Melayu melampaui batas kaum dan negara sehingga ke Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Bandnya di jangka bermain hanya tiga bulan di Hong Kong, tetapi kerana menjadi hit di pulau itu  terutamanya lagu-lagu Melayunya maka kontrak mereka dengan Mocambo Club telah disambung kepada lebih tiga tahun.

Allaycat yang ditubuhkan pada tahun 1969 telah menjadi Legenda Pop Muzik Malaysia dan populariti penyanyinya David Arumugam bertahan hingga sekarang.Lagu lagunya;Sekuntum Mawar Merah, Sampaikan Salam,Suara Kekasih.

Disamping itu dalam" seronok gile" ( meminjam bahasa  anak muda sekarang) kerana kurniaan tertinggi yang setaraf dengan P. Ramlee kepada Michelle Yeoh  anak Malaysia yang berjaya di dunia Barat itu, saya juga terkenang kepada seorang dramatis yang menitiskan air matanya apabila menemui saya  di sebuah komplek membeli belah di Damansara tidak lama selepas saya bersara dari jawatan menteri. Beliau ialah Fauziah Nawi  sebuah nama besar dalam dunia drama negara di radio,  pentas dan TV sejak  lebih 25 tahun lalu.

Beliau pernah juga berlakon dalam drama sejarah " Malam Haram" (kisah pengharaman UMNO)  sempena malam 50 tahun Utusan Melayu. Skripnya di tulis bersama oleh saya dan Ku Seman.

Saya tidak tahu kenapa Fauziah menangis tetapi melihatnya saya sedih mengenangkan sebagai seorang yang  aktif  dan terus menerus gigih  dalam dunia seni tanah air  tetapi sehingga sekarang ini tidak diberikan sebarang  penghargaan atau pengiktirafan  yang sewajarnya oleh negara.

Sebagai anak seni Fauziah  tidak pernah merasa sedih dalam hal ini, tetapi beliau menyuarakan dalam sebuah blog tentang penghargaan masyarakat Singapura kepadanya apabila tidak lama dahulu, beliau membuat pementasan solo berjudul Cinta Julia di Esplanade Singapura. Seminggu sebelum pementasan, tiket sudah habis dijual..

"Ketika di Singapura, yang membuatkan saya rasa sebak, apabila wajah saya yang sudah berumur ini terpampang di luar sekitar Esplanade dan beberapa tempat awam," katanya.

"Mungkin ada yang akan marah bila saya cakap begini, tetapi itulah hakikatnya, orang luar lebih menghargai kerja-kerja seni kita," katanya kepada para wartawan di Singapura.

Saya terkenangkan lagu P.Ramle: Dunia ini hanya palsu......

DAN INI APA PULA KATA OutSyed The Box 

TAK ADA ORANG LAIN LAGIKAH?

Then today's news says that Michelle Yeoh has been appointed the "Mentor" for something called the IM4U program. It is a crime prevention initiative. The question is how much does Michelle Yeoh know about crime, street crime, crime prevention and things like that? She is an actress and she does not even live here permanently. 


Arent there other more capable and committed people in Malaysia who are better suited to handle this type of work? Kenapa pula balik2 Michelle Yeoh juga? Dah bagi Tan Sri sekarang jadi Mentor IM4U pula?  Strike No. 5.  This is as bad as appointing Waythamoorthy a Deputy Minister. Tak masuk akal.

Lihat  sepenohnya di posting terkini OutSyed The Box bertajuk PM Doing Things The Wrong Way Again 








14 comments:

  1. Cucu Tok Man Merbok5 June 2013 at 08:45

    Bapak Zam.
    Lagu mana pun tak pa laa.
    Bapak Zam pun dah dapat Tan Sri,Datuk Seri,Datuk dan macam lagi.

    Kami dibawah ini kosong je.Tak kata apa pun.

    Mana adil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak ada yang adil dalam dunia ini. Itu hanya khayalan. Bila ada yang menipu,menyeleweng, korup, tidak membayar hutang berjuta pun mendapat kurniaan maka kita akan bertanya apakah nilainya.

      Jika saudara menyangka bahawa segala kurniaan itu sebagai suatu kepuasan dalam hidup saya maka berarti penilaian saudara adalah berbeza dengan saya.

      Dalam pada itu harus diingatkan tidak ada kurniaan yang diberikan tanpa sumbangan, baik atau buruk terserah pada pertimbangan masyarakat.Tidak semestinya tanpa sumbangan mesti dapat apa apa.

      Delete
    2. cucu tok man,

      hang dapat cucu nanti dapatlah title datuk sekali..
      hehe

      Delete
  2. Salam Tan Sri....blog yg di nanti2 kan, Tan Sri dah move away from politics to something connected to ' hiburan '..mungkin Fauziah Nawi nak tuju kan lagu " You've lost that loving feeling " pada majikan lama nya, atau ramai rakyat Malaysia mungkin terhibur dgn lagu " Sayang Di Sayang " nyanyian Kartina Dahari, kerana antara lirik nya ber bunyi '....orang jauh selalu di kenang..."..agak2 nya ada tak lagu ini kena mengena dgn sesiapa yg tak tinggal dalam negara,tapi tetap di sanjong ?

    ReplyDelete
  3. Beli je lah title dato' tu skrg dah tk mahal sgt mcm dulu lebih kurang RM60k je..artis2 lain yg ntah apa2 tu pun beli je.

    ReplyDelete
  4. TAN SRI, MASA SAYA KECIK2 TAHUN 70-AN DULU, SAYA DAH KENAL FAUZIAH NAWI....SALAH TU DIA PUPULAR BUKAN 25 TAHUN ...SUDAH LAMA MCM TAN SRI JUGAK..

    ReplyDelete
  5. Atok, Hulu Kelang5 June 2013 at 10:11

    Apa nak hairan di Malaysia tukang masak pun boleh dapat datuk heh heh heh dan tak semena-mena shahruk khan pun dapat datuk... yang artispun tak apa2 pun dapat datuk... saya percaya dengan tan sri ini semua boleh dibeli apa nak hairan.

    datuk yang jadi penyamunpun sekarang ni dah banyak....

    ReplyDelete
  6. Micelle Yeoh dah tua untuk jadi mentor IM4U. Sama umur Mama saya.Amat tak sesuai.

    ReplyDelete
  7. betul lah tu datuk zam, alleycat orang msia dihargai org hong kong,fauziah nawi orang msia dihargai orng spore, tan sri michel yeoh orng msia dihargai orang hollywood, so apa lagi fair and just kan. pangkat!?? m daud kilau pun dapat datok, AKU!, berapa ribu orang dah aku rawat , apa dapat?

    ReplyDelete
  8. Sdr Tan Sri,

    1. Negara boleh memberikan penghargaan kepada Tan Sri Michell Yeoh kerana status "celebriti" antarabangsanya. Kerana dia orang Malaysia, statusnya sebagai bintang filem Hollywood dan Hong Kong serta kemunculannya di litar-litar F1 sedikit sebanyak mengharumkan nama Malaysia.

    2. Berilah anugerah di raja kepada beliau tetapi soalnya, apakah artis tanah air yang lain, yang hidup menderita dan mati sebagai seorang papa kerana memperjuangkan seni bangsa tidak ada seorang pun yang layak menerima arugerah tinggi seperti itu? Atau mereka perlu mati dulu seperti P Ramlee baru akan diingati?

    3. Apakah pelakon Hollywood dan Hong Kong lebih berjasa kepada dunia seni negara kita, atau kiblat seni para pembesar kita adalah hollywood dan Hong Kong dan bukan di tanah air sendiri.

    4. Kita lihat banyak orang kita dikurniakan anugerah di raja pada usia muda kerana mereka kaya dan berjaya dalam bidang korporat yang matlamatnya keuntungan dan bukan kepada orang yang berjasa kerana negara.

    5. Siapakah peneraju Alleycats and siapakah Fauziah Nawawi kepada para pembesar kita kalau khiblat mereka adalah West End, Paris, Monte Carlo dan New York?

    6. Tan Sri Zam pernah bersama mereka, pastinya Tan Sri Zam lebih kenal mereka daripada saya.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Roseman Melaka.6 June 2013 at 23:52

    Apakah yang Yeoh tahu tentang jenayah di Malaysia dan keadaan persekitaran di Malaysia sedangkan hidupnya lebih banyak di Barat. Apakah nilai yang diberikan untuk beliau menjadi Mentor IM4U. Siapakah yang menasihatkan Najib dalam pekara ini. Saya kasihan Najib semakin jauh tersasar sehingga hilang pertimbangan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  10. KJ lebih sesuai bagi cadangan Mentor Im4U...Barulah ada dan dekat dengan anak muda. Beliau sendiri melepasi LAtihan Wataniah. Tentu KJ faham erti pengorbanan dan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Tan Sri,

    Darjah kebesaran yang kerajaan bagi kepada individu tertentu tentulah kerana jasa dan sumbangannya kepada negara dalam apa-apa bentuk pun.

    Tidakkah gelaran Tan Sri kepada Michel Yeoh agak terlebih beri dari yang sepatutnya?Saya dapati gelaran ini akan diperoleh pemimpin-pemimpen setelah sekian lama bekerja dan terbukti ada jasa yang boleh dikatakan besar kepada bangsa dan negara.Ini bermakna sekian puluhan tahun berkhidmat baru dapat Tan Sri.

    Tan Sri adalah bekas pemimpin kerajaan,tentu maklum siapa yang selalunya mencadangkan satu-satu anugerah itu.Ada satu badankah yang bertugas memilih penerima atau PM sendiri yang menentukannya.Jika perkara ini pun tidak berlaku adil,bagaimana kerajaan dapat membuat keputusan yang tepat dalam soal pemerintahan negara?Bagi saya,ini cermin kepada keputusan-keputusan kerajaan dalam soal-soal pentadbiran negara samada kerajaan boleh membuat keputusan tepat dan betul pada lima tahun mendatang.

    Walau bagaimanapun,saya sedar bahawa terlalu banyak di Malaysia ini orang yang pendapat gelaran seperti Datuk,Datuk Seri,Tan Sri dan macam-macam lagi.Selalunya "benda yang banyak, nilainya semakin berkurang".

    terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  12. Cara penganugerahan pingat-pingat selalunya dibuat hasil dari cadangan pihak-pihak tertentu yang memikirkan seseorang itu layak diberi pingat dari kaca mata sendiri. Malangnya, niat dan alasannya tak semestinya tepat dan luhur. Ada yang memang patut dan layak menerimanya dan ada yang agak sukar pemerhati mencari justifikasi pemberiannya. Sekarang ini gelaran pun dah jadi "a dime, a dozen" sehingga ada yang dapat pun rasa malu nak guna. Of course, ada yang dapat, tak kiralah cara bagaimana, yang bermegah-megah. At the end of the day, apa ada hal dengan gelaran kalau perangai haprak.

    ReplyDelete