Tuesday, 14 May 2013

TAIWAN PUSAT LATIHAN KADER REVOLUSI HITAM DI MALAYSIA

UNTUK JADI SEBAHAGIAN DARI NEGARA CINA KETIGA
The Pakatan Rakyat rally in Ipoh.
The Pakatan Rakyat rally in Ipoh.
IP
Oleh Zainuddin Maidin.

Pada permukaan jelas nampak hubungan diplomatik Malaysia dengan Republik Rakyat Cina  tetapi sebenarnya di bidang hubungan rakyat dengan rakyat adalah lebih rapat antara Malaysia Taiwan negara Cina kedua  yang tidak dikhtiraf oleh dunia atau  Bangsa Bangsa Bersatu 
File:Namewee.jpg
Namewee popular kerana menghina lagu Negaraku.
Persahabatan ini terjalin  dibidang perniagaan dan juga pelajaran dengan  ramainya pelajar  pelajar Malaysia keturunan Cina sedang belajar di univiersiti -universiti di Taiwan.

Walaupun dulunya Malaysia mempunyai dasar anti komunis tetapi  tetap berhati hati dalam hubungan dengan Taiwan kerana ramai anasir- anasir Cheang Kai Sik  di Malaya yang sejak sebelum merdeka  mengangkat bendera negara itu dan masih mempunyai pertalian perasaan dengannya.

Setelah  Malaysia mengikhtiraf Negara Republik Rakyat Cina(RRC), pejabat council Taiwan di Jalan Ampang telah ditutup.

Hubungan di bidang perniagaan dan lain lain antara kedua negara tidak bagitu ditunjulkan malah lawatan ke Taiwan tidak bagitu digalakan oleh kerajaan kerana tidak mahu menyinggung perasaan RRC terutama sekali di era Tun Abdul Razak yang merintis hubungan deplomatik  dengan RRC dibawah dasar luar  yang bebas dan dinamik.

Sebagai Pengarang Berita Kumpulan Utusan Melayu dalam tahun 70 an, saya sering diingatkan oleh Ketua Pengarang saya agar tidak memberikan tempat kepada berita berita lawatan rakyat Malaysia atau pegawai pegawai Malaysia ke Taiwan.

Kebanyakannya  berlaku secara sulit tetapi pegawai pegawai Taiwan secara agresif mendekati media Malaysia terutamanya akhbar akhbar untuk mempromosikan hubungan dengan Malaysia malah untuk mempengaruhi Malaysia mengikhtiraf Taiwan.

Usaha ini untuk merapatkan lagi hubungan antara rakyat dengan rakyat terus  berlaku hingga   sekarang malah  dengan  lebih  bebas di kalangan akhbar akhbar Cina tanpa diberikan perhatian oleh kerajaan Malaysia yang percaya penuh kepada globalisasi tanpa batasan.

Sekalipun sekarang dunia hanya menikhtiraf satu Cina tetapi kepada Amerika Syarikat tetap ada dua Cina. Iaitu Republik Rakyat Cina dan Taiwan. AS memerlukan Taiwan sebagai clandestine nya( rakan gelap atau rakan tersembunyi)) untuk mengimbangi kemaraan RRC sebagi kuasa baru dunia di bidang ekonomi dan ketenteraan.

Usaha usaha  Taiwan untuk  menubuhkan Negara Cina Ketiga diatas kekayaan  dan  penyatuan orang Cina di seberang laut atau  di mana sahaja mereka berada sedang berjalan dengan giat terutama di Malaysia tanpa mendapat pemantauan sewajarnya dari  kerajaan.

Semakin ramai pelajar pelajar Malaysia yang mendapat tempat dengan mudah di Universiti Universiti di Taiwan dan diberikan  berbagai kemudahan istemewa kerana mereka  adalah menjadi kader(Cadre)  politik kepada gerakan kebangkitan Cina Ke Tiga  di seberang laut.

Sebahagian besar dari mereka adalah cadre dari sebuah parti politik Cina di Malaysia.Taiwan yang mempunyai banyak  pengalaman  kecekapan dan kelicinan dalam bidang komunikasi dan perang saraf untuk memerangi Cina Komunis boleh dianggap sebagai negara yang  mempunyai kepakaran canggih dan hebat di bidang ini.

Saya sendiri pernah menjadi tetamu kerajaan Taiwan dalam masa perang dingin dan dapat menyaksikan kecekapan dan keupayaan mereka dibidang ini dengan penampilan pakar pakar komunikasi yang  meyakinkan dan mengkagumkan.

Republik Rakyat Cina tetap terus mencemburi Taiwan sebagai American's Clandestine (rakan gelap)  dan Kerajaan Singapura juga mengawasi kegiatan anasir ini  kerana Singapura tidak mahu generasi barunya kembali  kecinaan setelah kejayaan  dasar Singaporean Singapore yang dilaksanakan dengan tegas dan keras oleh Lee Kuan Yew.

Amerika memerlukan Taiwan dan juga ASEAN  sebagai strategic  Partner  bagi menghadapi  sebarang kemungkinan bahaya dari  kuasa dunia baru yang akan menandinginya.

Dalam  pergolakan politik Malaysia, nama Taiwan tidak pernah muncul sebagai penyumbang kewangan terbesar kepada parti -parti politik Malaysia sebaliknya yang selalu ditunjulkan ialah Yahudi dan Amerika Syarikat. Anwar Ibrahim dan DAP juga tidak pernah dikaitkan dengan Taiwan.

Pekara ini tidak pernah dibangkitkan walaupun  dari masa kemasa Malaysia di landa oleh tiupan semangat patriotik Cina  dari Taiwan.

Sebenarnya Taiwan adalah negara yang lebih merbahaya kepada Malaysia  dari Republik Rakyat Cina malah Taiwan juga merbahaya kepada Singapura sendiri. Singapura  yang memerlukan  kestabilan politik Malaysia  tidak  akan membiarkan  rakyatnya  disusupi semula oleh semangat Cina dari  Taiwan atau Republik Rakyat Cina. 

Lee Kuan Yew telah menghancurkan chauvinisme Cina dengan menutup sekolah -sekolah Cina dan Universiti Cina di Singapore  dari awal pemerintahannya.

Penyusupan anasir -anasir politik Taiwan ke Malaysia yang pada mulanya tidak bagitu jelas tetapi tertunjul sebagai pangkalannya apabila terlihat oleh mereka masa yang sesuai telah tiba untuk menjadi lebih berani dan lebih terbuka.

Penonjulan yang pertama ialah seorang kelulusan Ming Chuan Universiti Taiwan, Wee Meng Chee yang lebih popular dengan nama  Namewee yang dengan berani merapkan lagu Negaraku dengan lirik yang menghina negara, pasukan polis,Melayu dan Azan tetapi telah diberikan kemaafan oleh kerajaan Malasyia malah menjadi tetamu khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz .

Dan yang kedua dan terkini  ialah pelajar -pelajar Malaysia di Taiwan yang menterbalikan bendera Malaysia dan kemudian meminta  maaf dengan alasan  melakukanya  atas dasar demokrasi.Apa yang berlaku ialah lurus jarum,lurus telunjuk.

Kesan kemaafan yang diberikan kepada Namewee itu membibitkan keberanian yang lebih besar yang menyusup,menerap dan akhirnya mendorongkan kebangkitan revolusi hitam  dijalanan yang sedang berlaku sekarang ini.


Pelajar -pelajar Malaysia di Taiwan berpakaian hitam, penyokong politik pembangkang diketuai Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim juga berpakain hitam dan di Singapura juga mereka berpakaian hitam.Bagaimakah adanya rangkaian hitam dan persamaan antara Taiwan dengan Malaysia?
Siapakah yang membiayai pakaian hitam untuk ribuan penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang kebanyakannya terdiri dari orang Cina untuk menidakan dan memburukan demokrasi Malaysia.? 

Ini adalah revolusi hitam untuk menghitamkan nama Malaysia.


Nazri mungkin merasakan sebagai kemenangan politiknya bila membawa Nemewee dengan berpakaian biadap ke Parlimen tetapi sejak itu satu demi satu perasaan hormat kepada kepimpinan Melayu, kepada perlembagaan dan kedaulatan negara semakin terhakis.

Syabas Nazri yang memberi maaf dan Hishamuddin Hussein yang meminta maaf setelah menjulang keris.

Apakah tidak terfikir oleh kepimpinan Malaysia ada parti politik yang telah menjadikan Taiwan sebagai pusat latihan pengkaderan bagi melancarkan revolusi hitam dan menjatuhkan kerajaan Melayu di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebahagian dari Negara Cina ke Tiga.

Dalam hal ini pastinya Republik Rakyat Cina dan Singapura adalah rakan setia kita.




24 comments:

  1. Tok Sidang Malaya14 May 2013 at 07:51

    Sdr Zam'
    Pemimpin UMNO tahu tapi lebih kepada kepentingan uncang perut sendiri dan kroni.

    Sebenarnya bukan diTaiwan saja yang nak runtuhkan UMNO.Malahan dalam UMNO zendiri pun begitu ramai menjadi tukang pelingkup UMNO.

    Faktor luaran seperti diTaiwan sudah menular dalam UMNO sendiri.Misalnya dalam PRU 13 baru ini sikap tidak amanah dikalangan pemimpin UMNO cukup bahaya.Duit ringgit tidak boleh diharap langsung.

    Sabotaj berleluasa.Keretakan dalaman UMNO makin parah.Pembangkang sudah masak dengan penyakit UMNO.

    Apa terjadi di Selangor dan Trengganu .Malahan di Kedah dan Johor sekadar bernasib baik kerana rakyat kampung dan Melayu masih sayang UMNO.Kalau nak harap kekuatan jentera UMNO sudah tumbang awal lagi.

    Banyak pemimpin yang menerajui UMNO kini adalah kerana kebendaan dan jawatan.

    PRU 14 amat bahaya bagi UMNO selagi ada pemimpin perosak UMNO.

    Sebab itu apa yang berlaku diTaiwan dan lain tenpat hanyalah persediaan untuk menolak UMNO/Melayu yang kian lemah.

    Saya rasa sdr Zam dan rakan rakan yang lain bekas bekas wakil rakyat kenalah turun membantu UMNO dari sekarang.

    Yang paling sedih katanya UMNO zendiri pun sudah tidak pedulikan kepada ramai bekas pemimpin mereka.Pertama karana takut bayang-bayang mereka sendiri.

    UMNO membiarkan bekas pemimipin mereka goyang kaki.

    Ramai berkata pemimpin UMNO kini terutama di HQ ,negeri-negeri,bahagian dan cawangan tidak mesra rakyat.

    Pejabat UMNO sudah jadi pejebat Koporat,Syarikat perniagaan besar.

    Pejabat Menteri ,Timbalan Menteri tak payah ceritalah.

    Itulah UMNO hari ini sdr Zam.

    ReplyDelete
  2. Pandangan dan komen yang bernas serta bersandarkan pada fakta daripada Datuk Zam. Apakah kita sudah terlewat bagi membetulkan kesilapan demi kesilapan Menteri meteri kita ? Rasanya terlalu sukar untuuk memperbaiki keadaan apatah lagi dengan adanya ura ura Khairy Jamaludin bakal mengisi barisan jemaah menteri DS Najib. Najib bakal mengulangi sejarah hitam Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Salam Tan Sri.....salah satu kesilapan orang Melayu ia lah tidak dapat bezakan Republic of China dan Taiwan...jadi sosialisma,komunisma dll. semua nya datang dari Beijing.Rupa2 nya yang tersorok itu,Taiwan juga merupakan tempat latihan dan tempat menaikkan semangat kecinaan..the thing that you dont see is more dangerous than the thing you see !

    ReplyDelete
  4. Satu cadangan untuk Najib agar membuka satu dasar atau skim memberi kebebasan dan peluang pada kaum Cina memohon berhijrah dan menjadi warganegara Taiwan. Kerajaan bantulah yang mana patut.

    ReplyDelete
  5. Diperlukan bukti yang kukuh.ts zam perlu bertanggung jawab atas isu ini.

    ReplyDelete
  6. Melayu Jati, Phuket Thailand14 May 2013 at 10:38

    Ini menunjukkan kelemahan dan kelembutan yang teramat sangat Kementerian Dalam Negeri khususnya kepada menterinya Hishamuddin kerana gagal untuk menangani perkara ini dengan lebih berkesan.

    Kementerian ini tidak memerlukan menteri yang lembut dan hanya sangup memberi amaran, amaran dan amaran tanpa sebarang tindakan.

    Saha fikir orang seperti mantan IGP Tan Sri Rahim Nor atau bergedier general (b) zaini adalah orang paling untuk dilantik sebagai menteri di kementerian ini.

    Persetankan setiap bantahan kalau ada yang penting negara ini perlu diselamatkan daripada cengkaman kumpulan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju. Zaman TS Rahim Nor sebagai IGP. Gangster semua kecut perut. Polis ketika itu akan tembak terus sekiranya berdepan dengan kumpulan gangster bersenjata bukan macam sekarang mengintai ngintai dulu dan kemudian bagi warning dan tunggu tembakan pertama dari gangster lepas tu baru nak balas.

      Bila menteri amaran ambil alih, IGP pun lembut macam dia juga. Inilah pertama kali aku tengok Melayu bacul cabut keris dan kemudian mintak maaf sebab tekanan dari apek apek Malaysia.

      Delete
  7. konspirasi teori apa pulak ni?

    Kita fokus pembersihan UMNO boleh?

    Orang cina dah tunjukkan niat mereka. Boleh tak UMNO cadangkan kepada SPR untuk automatic registration and compulsory voting? At least additional 7 juta undi melayu boleh buat pilihan.

    UMNO yang berjaya dibersihkan ataupun PAS. PKR? mintak simpang malaikat 44.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vote up automatic registration

      Delete
  8. Sebenarnya keakuran pemimpin-pemimpin BN dengan permintaan melampau DAP adalah petunjuk kepada kelemahan BN. Dimulai dengan keakuran Hishamuddin untuk tidak lagi menjulang lambang budaya melayu iaitu keris, di ikuti dengan adegan memuja Wee Meng Chee yang banyak menyakitkan hati melayu kemudian hampir semua permintaan cina di kabulkan, orang melayu terus menahan hati yang terluka. Kita faham bahawa Ah Jib cuba menawan hati mereka, namun menunaikan hampir semua kemahuan ini dan pada masa yang sama meminggirkan pula atau tidak diberi perhatian permintaan daripada orang melayu, sangat menguriskan hati orang melayu. Kita nampak Ah Jib adalah seorang pemimpin yang lemah! dan sekarang bila keputusan PRU13 jelas menunjukan tsunami cina seperti kata Ah Jib, orang melayu yang selama ini cuba bersopan dan bersabar tiba-tiba meledak dengan isu perkauman bahkan ada yang menyarankan Ah Jib meletakkan jawatan mengikut sepert yang di nasihatkan oleh Tun M, atas kelemahan tersebut. Ah Jib tidak lagi boleh meminggirkan para penyokongnya semata-mata untuk mengaut sokongan cina. Adalah lebih baik Ah Jib menukar namanya menjadi melayu semula dan tumpukan perhatian kepada mengundi melayu, bumiputera Sabah, Serawak dan India, kerana, mereka lebih pandai mengungkapkan terimakasih, Bukti pengundi Pas merosot merupakan petanda positif bahawa melayu sememangnya tidak menerima dasar rasis DAP.
    BN juga perlu melihat strategi yang dimainkan oleh PR, sememangnya dasar menanam kebencian oleh PR telah berjaya menembusi sempadan Laut Cina Selatan. Mereka cuba menggunakan isu kalimah Allah dan IC palsu sebagai senjata menjadikan agama sebagai senjata. Sudah tentu orang melayu di semenanjung menentang, dan di Sabah masyarakat bukan islam akan membenci orang melayu tanpa mereka sedar penggunaan kalimah Allah telah berleluasa dan di pakai sejak lama dahulu oleh mereka tanpa tentangan daripada orang Islam dan melayu semenanjung itu sendiri. Mereka mentafsirkan bantahan orang melayu terhadap kalimah Allah merangkumi juga mereka di sini, menjadikan mereka membenci orang melayu dan mejadikan cina sebagai rakan. Dan ditambahkan lagi dengan media-media internet yang mana orang melayu meroyan-royan membuduh dan menghina orang Sabah, dan mereka tanpa usul periksa membalas pelakuan itu sedangkan belum tentu orang melayu yang mengaku melayu itu melayu! tujuanya cuma satu.... kebencian.
    Jadi BN perlu melihat pekara ini dan membenterasnya. Badan pemikir dan para strategis PR bukan alang-alang, mereka sangat cerdik sehinggakan hendak memulakan demontrasi pun telah mereka rangka. Sila perhatikan strategi mereka ini, kerana kalau tidak dibendung Sabah dan Serawak juga akan di landa tsunami perkauman!!

    ReplyDelete
  9. bukan saja Nazri, lihat apa yang bekas timbalan menteri pendidikan, Saifudin Abdullah, yg mengaku dia pemimpin UMNO yg open minded kata

    "Najib should recognise the Unified Examination Certificate (UEC) of Chinese independent schools immediately as a symbolic proof of BN's appreciation.

    "It shows BN understands that the Chinese are not against BN, they merely cast their protest votes in hopes of a change."

    Lihat lah contoh Melayu apologist. Saifudin memang favourite kaum Cina dan Melayu liberal.

    Tamingsari.

    ReplyDelete
  10. saya rasa kita tewas didalam bidang globalisasi ekonomi,politik dan sociobudaya.Mungkin kualiti pegawai perkhidmatan awam kita telah merosot khusus nya di bidang antarabangsa dan inteligent. Sepatutnya kaki tangan awam yang membuat dasar mestilah dilantik dari the cream of the malays.bukan dengan surat sokongan umno waima sultan sendiri. ini adalah keputusan strategik untuk negara. Zaman Tun Razak civil servant berkelulusan dari top unversiti dan mempunyai jati diri.Lihat sahaja Ghazali Shafie, Zain Azrai,Raja Alias of Felda,Tengkui Shamsul,Engku Aziz,. Sekarang civil servant kita lagi mempunyai kualiti yang diharapkan. Pencen nak jadi Chairman,kalau tak dapat masuk pembangkang dan bocor rahsia kerajaan, Mesti berani mengatakan No to political master kalau cadangan tersebut merugikan negara.Ini hanya jadi pengikut dan terelalu mengejar pangkat dan darjat.banyak belaku tanpa kita memahami dan capat memintas apa yang akan meosakan negara

    ReplyDelete
  11. Contoh yang paling nyata danaChina masuk ke Malaysia ialah semasa LYNAS demonstration. Saya rasa cina DAP dapat wang dari China luar. Ini kerana, syarikat gergasi China yang menjadi pengekspot utama, malah , dulunya 90% produk rare earth di export oleh syarikat2 China, yang mana dimiliki kerajaan mereka.
    Mereka telah memotong jumlah export dengan banyaknya supaya harga produk rare earth di dunia naik harga.
    Lynas sudah Nampak, begitu juga kerajaan Malaysia, kerana, produk rare earth digunakan dengan meluas di seluruh industry elektronik. Malaysia adalah antara pengeluar alat-alat elektronik yang terbesar di dunia.
    Cina DAP bangang pula, jadi talibarut Negara China, samada sedar atau tidak, atau memang agenda mereka semua. Tangkaplah seorang dua cina-cina ni, buat pengajaran sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moya, semua mata sepek ni tahu LYNAS diterajui olih Melayu dan ia merupakan industri strategik dimasa akan datang dan sangat penting buat Malaysia SEBAB ITU mereka meroyan tak tentu pasal bagi mematikan usaha golonggan Melayu kita . Pakar nuklear dari PAS sendiri mengesahkan bahawa kilang rare earth LYNAS itu selamat. Cuba kalau LYNAS itu kepunyaan CINA Malaysia sudah tentu mereka akan banyak bercerita berkenaan kebaikan dan betapa strategiknya LYNAS rare earth itu untuk Malaysia. Dasar bangsat si kiasu (KIASU makna nya hanya pentingkan diri sendiri) budaya CINA ni.

      Delete
  12. Pening apabila memikirkan teori2 anasir dari China,Taiwan dan Singapore ni.

    Mungkin Problemnya hanya Cina Malaysia sahaja kot..negara2 Cina lain maybe hanyalah sekadar sikap paranoid kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negara Cina lain tak ada masyaalah sebab mereka semua dah Cina, rakyat majority Cina dan kerajaan pun Cina. Di Malaysia saja Cina nya hanya 30% tetapi nak cinakan kita semua. ZAM is right and you (Anon:21.29) are the one paranoid!

      Delete
  13. Usahlah kita baca jauh sampai ke Taiwan. Dalam negeri pun banyak yang tak selesai. Pelajar telah diracuni DAP dan Anwar Ibrahim khasnya pelajar private universiti.
    Inilah kebijaksanaan Anwar yang berpengalaman sejak di Universiti Malaya lagi.
    Semut di seberang laut kita nampak gajah didepan mata kita tak nampak.
    Dasar pelajaran tinggi kita bebas. Pelajar luar negara masuk bukan setakat belajar tetapi membawa budaya mereka sekali. Bila datang tak mau balik samalah seperti pelajar kita belajar di luar negeri London syok hidup macam orang putih. Macam tu juga Negro mai belajar sini tak mau balik dok heret amoy dan pompuan Melayu.

    Apa mau cakap??????

    ReplyDelete
  14. Pegawai-pegawai perisikan kita pun mendapat latihan di Taiwan dahulu, terutama dalam bidang perang psikologi.

    ReplyDelete
  15. Nampak nya macam UMNO masih belum kenal kaum Cina..

    Saya bekerja dgn cina sudah 25 tahun. Syarikat besar kaum cina. saya tahu cara2 mereka berfikir, perangai, pandangan terhadap melayu, cara makan, cara buat duit, cara gaduh, dll.

    Sejak Anwar keluar dan mula melawan kerajaan, mereka semua sangat2 gembira. Bila PAS join depa, perangai mereka semua berubah. Terlalu gembira sgt2 dan berani melawan melayu dan kerajaan.

    Strategist2 UMNO ni, adakah dari kalangan yg betul2 hidup besama cina dan paham cara pikiran mereka?? Kalau Anwar dikatakan menipu, UMNO pun jangan di tipu pulak!!???

    ReplyDelete
  16. Terima kasih kerana Tan Sri menulis apa yang saya tidak boleh menulisnya. Tindakan Nazri Aziz menerima kunjungan seorang bidak Cina yang mengeji negara ini menunjukkan kerajaan kita lembek dan sikap suka membodek. Dalam konteks ini membodek Cina supaya memberi undi kepada BN. Sikap Nazri ini sama dengan bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah menjemput seorang pelajar India yang mencetuskan kontroversi di UUM minum petang. Orang begini memberi gambaran pendirian kerajaan walaupun itu tindakan peribadi mereka. Tan Sri kata dulu tidak digalakkan menyiar berita mengenai lawatan rakyat Malaysia ke Taiwan tapi sekarang ini Tan Sri ada pihak menganjur pertandingan dengan hadiahnya melancong ke Taiwan. Mereka cuba sedaya upaya mewajarkan dengan melabelkan lawatan itu sebagai pelancongan muslim. Macam tak ada tempat lain nak pergi dan Taiwan menjadi pilihan. Saya tak boleh bertolak ansur dengan orang yang kepala otak begini.

    ReplyDelete
  17. kita perlukan pemimpin yg tak beri muka kpd cina

    ReplyDelete
  18. Article ini dan berita seorang pemilik syarikat elektronik di Taiwan yang disyaki ada hubungan dengan Red Bean Army bagaikan ada kaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAIWAN MENLAMBANGKAN CHAUVANISME CINA TETAPI REPUBLIK RAKYAT CINA ADALAH KOMUNISME YANG MELAMPAUI BATAS KAUM. HATI HATILAH MALAYSIA DALAM MELIHAT KAWAN SEJATI.

      Delete
  19. Kita suka melihat apa yang berlaku di luar sama ada jiran rumah, jiran negeri ataupun negara luar sebagai ancaman kepada puak, agama dan kaum tetapi kita tak pernah menilai sumbangan kita terhadap kemajuan bangsa dan negara. Orang politik selalu melihat politik, sosial dan ekonomi tetapi pemikiran orang Cina selalunya ekonomi, sosial dan politik...

    ReplyDelete