Wednesday, 1 May 2013

SUATU MALAM TEGANG BERSEJARAH HITAM



Klip video ini mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di mesyuarat tertutup Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang berakhir dengan keputusan menyingkirkan Anwar Ibrahim dari UMNO setelah dia enggan untuk menarik diri dengan secara terhormat.

Cabaran Anwar Ibrahim terhadap Mahathir dengan menepok meja dijawab dengan tepukan meja oleh Ibrahim Ali: Awak tak mengenang budi,awak temberang..... lihatlah video pendek ini.

3 comments:

  1. Salam Tan Sri......bolih kita beri tajuk cerita ini sebagai ' Derita Isteri ' yg mempunyai elemen2 suspen, kejutan.kesedihan dan kepedihan seorang isteri...tetapi sebenar nya satu cerita politik yg hebat.Bolih di filemkan atau di teledrama kan,bolih kalahkan ' Casablanca '.....tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tan Sri,.. maaflah kerana memberi pandangan,saya penduduk merbok, kedah. sebenarnya perjuangan yang cuba diketengahkan oleh Anwar Ibrahim mempunyai beberapa kelemahan jika dinilai dengan teliti, pertamaanya,,perjuangan tersebut berpola pada satu arah asalnya iaitu untuk membela nasib Anwar Ibrahim, dan dilegakkan dengan perbicaraan yang amat panjang. Dan semasa dalam tempoh tersebut, pengaruh keadilan diperluaskan dengan menggunakan kumpulan sasaran pertama golongan muda, setelah golongan muda berjaya dipengaruhi maka golongan yang lebih dewasa pula mula diserap. kelemahan Umno pada ketika itu pula ialah kegagalan kita untuk menyemai pola pemikiran yang lebih tulen didalam minda anak-anak muda sewaktu di peringkat Universiti lagi. hal ini telah diambil kesempatan oleh pakatan rakyat, biasalah anak muda, mudah dipengaruhi oleh sikap terburu-buru, tambahan pula apabila ada tiupan angin yang memastikan api tersebut marak. Umno boleh menawan kembali hati anak muda, tetapi bukan dengan wang ringgit lagi, kita perlukan golongan muda yang bukan sahaja mampu mendekati golongan muda yang lain, tetapi menanamkan rasa sayangkan kembali kepada ketuanan melayu. persoalannnya bagaimana, cadangan saya, kita boleh kenalpasti bakat dan ciri yang ada pada golongan muda tersebut melalui Universiti lagi, tak semstinya calon tersebut adalah ketua pelajar, kadangkala orang yang lebih diam itu mampu memberikan impak yang maksimum apabila bakatnya ditonjolkan. dengan erti kata lain, tubuhkan institusi untuk melatih bakal-bakal calon pemimpin negara, di dalamnya sediakan seberapa banyak ruang untuk konteks percambahan ilmu, tetapi perlulah diawasi agar pemikiran mereka masih berada pada garis yang betul. mungkin seperti Pretender, ( mampu menjadi apa sahaja ). Pola kedua adalah agama, percayalah bahawa kebanyakan pengundi yang beralih pada Pakatan Rakyat adalah disebabkan oleh sentimen agama. dan pola kedua ini saya tak mampu untuk mengulasnya kerana, saya percaya kita sudah maklum keadaan kita sekarang. Pengaruh mida boleh dilakukan untuk kes agam:
    1) pastikan UMNO tidak membenci sesama islam. setiap undangan dan
    ceramah pas kita turut serta ( tapi bawalah identiti UMNO )
    2) ketengahkan sifat rasa sayang melawan kebencian. tetapi tegas.
    biarlah apa pembangkang nak kata, tetapi kita melawan dengan
    senyuman, dan fakta yang tepat serta tegas.
    3) dan sudah tiba masanya kita penuhkan masjid-masjid untuk solat
    lima waktu, dan kita tetap mesra dengan ahli-ahli pas yang
    banyak menguasai masjid ketika ini. rasanya yang ini macam
    agak sukar saja bagi kebanyakan kita.

    dari Anuar 29. dah 2x mengundi:)

    ReplyDelete
  3. ko jg RTM.mmg la ko siarkan video bangang mcm ni

    ReplyDelete