Friday, 10 May 2013

SIKAP PREJUDICE KETUA PENGARANG AKHBAR THE STAR TERHADAP UTUSAN MALAYSIA.

The Star tidak lagi dapat menyembunyikan kecendorongannya kepada pihak yang disokongnya sekalipun terpaksa memijak fraternity kewartawanan( persahabatan kewartawanan)  apabila secara terang terang menyalahkan hanya  Utusan Malaysia sebagai perkauman kerana tajuknya " Apa lagi Cina Mahu?"

Dengan meletakan keratan akhbar Utusan Malaysia diatas rencananya tanpa menyebutkan dalam tulsannya bertajuk Win Them Over, Dont Blame Them di akhbar itu 8 Mei ,Ketua Pengarangnya Datuk  Wong Chun Wai   jelas menujukan  kritikannya  kepada Utusan Malaysia.

Lebih jelas lagi bila beliau menyebutkan "Tidak perlu mesej yang mengugut dan laporan  yang berbau perkauman menerusi pantas media social atau tradisi. Ia bukan sesuatu  yang sihat bagi negara apabila  akhbar perdana Bahasa Malaysia condong kepada perkauman dalam edisinya semalam."
Katanya lagi " In highly charged political atmosphere,racial remaks can be easily magnified and such folishness shpuld be avoided."

Datuk Wong tidak bersikap adil dan seimbang sebaliknya bias dan prejudis kerana beliau tidak  menunjuk pula  kepada akhbar akhbar Cina  yang telah sekian  lama menyiarkan rencana berita dan sebagainya yang bertentangan dengan dasar dasar Perlembagaan Malaysia malah bersifat menghasut .( Jika Datuk Wong mahu keratannya boleh saya berikan).

Malah sewajarnya Datuk Wong mengambil perhatian berat apabila menyuarakan agar tidak sahaja melihat kesilapan Utusan Malaysia.Sebagai Pengarang bagi sebuah akhbar Inggeris yang dibaca oleh semua kaum,Datuk  Wong sewajarnya berfikiran bebas selarasan dengan perjuangannya untuk kebebasan media nasional dan tidak terkongkong oleh kecendorongan politiknya dan kepada rasismenya
Siapa yang bodoh? Utusan Malaysia bodoh,Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak bodoh? Suara Melayu bodoh? Adakah Ini merupakan  pandangan seorang Cina Ketua Pengarang Akhbar  atau pandangan DAP atau pandangan menyeluruh masyarakat Cina terhadap Melayu.

Utusan Malaysia mempunyai sejarah perjuangan hebat  yang panjang ,sudah mejangkau lebih 70 tahun usianya,. Ia telah menjadi suara perjuangan kemerdekaan rakyat dari sejak di Singapura, suara nasionalis,suara orang sosialis dan sekarang adalah suara Malaysia yang komited kepada Perlembagaan Negara? Suara yang lebih mementingkan perjuangan dari bernabikan wang.Adakah suara suci dan berani ini suara bodoh? 

Apa yang dilakukan oleh Wong adalah tidak beretika kerana secara langsung mengkeritik sebuah akhbar lain yang tidak sama dasar dengannya sedangkan  Utusan Malaysia dalam penyiaran penyiaran berita atau rencana mengenai perasaan marah pembaca terhadap The Star mengenai pekara pekara yang menyentuh perasaan orang Melayu, tidak pernah menyebutkan namanya  sebaliknya hanya menyebutkan sebuah akhbar Inggeris.

Saya pernah mengkeritik The Star kerana menyiarkan tulisan seorang keluarga diraja yang menghina  UMMO  tetapi Utusan tidak menyiarkan nama akhbarnya. Ini adalah merupakan fraternity kewartawanan yang tidak tertulis kecuali jika dalam petikan berita.

The Star yang bagitu simpati  kepada pembangkang sebelum  tsunami  2008,tidak berselindung lagi dalam  merujukan kepada  Utusan Malaysia bila dikeritik oleh dan masyarakat Cina .( Jika Datuk Wong mahu keratannya  saya boleh berikan).

Saya tidak menapikan The Star adalah seimbang dalam memberikan berita dan rencana,tetapi tidak ada misi dan komitmen Star yang jelas dalam memperjuangkan dasar dasar nasional yang turut didukong oleh MCA.

Ia menyembunyikan kuku dan taringnya yang sebenar tetapi akan menerkam dan menggigit bila melihat musuhnya dalam keadaan lemah dan dalam hal ini Datuk Wong akan muncol kehadapan untuk memainkan peranannya.Untuk menunjukan kepada pembangkang di manakan dia berdiri sebenarnya.

Beliau akan menunjukan kukunya yang tersembunyi.
Dalam hal ini saya terkenang V.K. Chin Ketua Pengarang dan Penasihat The Star  yang ikhla,  jujur dan meyakini sepenohnya dasar Negara Malaysia

Sebelum pilihanraya 2008, Star lah yang secara bijak memenipulasikan berita berita yang dapat membantu pembangkang dan menimbulkan perasaan anti kerajaan di kalangan masyarakat Cina. 
 pembangkangmempromokan  buku 13 Mei yang ditulis oleh seorang pensyarah bekas anggota DAP yang berkhidmat dengan Universiti Singapore. 

The Star melakukan peranan ini secara bijak.Umpamanya dalam mempromokan Buku 13 Mei yang ditulis oleh seoarang bekas DAP yang berkhidmat dengan Universiri Nasional Singapore.

Bagaimana dia memberitahu buku ini berada dipasaran?

Mulanya ia menyiarkan suatu berita dari pesanan ringkas (SMS) mengatakan buku itu diharamkan dan kemudiannya wartawannnya bertanya dengan Kementerian Dalam Negeri samaada benar atau tidak.

Penapian  mengenainya  dibesarkan dengan tujuan untuk mempromokan buku ini yang hanya berpunca  dari berita yang diadaadakan kunonnya buku ini diharamkan.

Bagaimanapun setelah Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek mengambil tanggungjawab pengawasan terhadap The Star selepas Tsunami 2008, akhbar ini agak terkawal walaupun masih nampak bebas. Hal ini tentulah juga dapat dirasakan oleh pihak parti pembangkang yang sebelumnya bersahabat sulit dengan The Star.

Star akhbar bebas tetapi tidak bebas dari dasar Malaysian Malaysia. Ia tidak menjuarai perjuangan nasional dengan penuh komitment seperti Utusan Malaysia.Pendedahan pengkhianatan yang dilakukan oleh anasir anti nasional yang terlatih di Taiwan tidak pernah dilakukan.

Siapakah yang menyiarkan berita pelajar Cina menghina lagi negaraku di Taiwan. Siapakah yang mendedahkan perihal sekumpulan pelajar Cina di Taiwan menunjuk perasaan dengan menterbalikan Jalur Gemilang bendera  negara Malaysia.

Tidak lama dahulu seorang pelajar Malaysia di Taiwan mengubah lirik lagi Negara ku kepada dengan liri yang menghina Malaysia.

 Starlah yang berusaha menyiarkan bapanya meminta maaf dan Star jugalah yang memetik   kenyataan pelajar pelajar Malaysia di Taiwan  " We are Sorry" kerana menterbalikan bendera Malaysia yang mereka dakwa  dilakukan bukan kerana tidak mengormati negara tetapi tidak puas hati dengan pilihanraya yang undemocratic.

Dalam kedua kedua kes ini, The Star sendiri tidak mengkeritik perbuatan itu seperti keberanian Wong  mengkritik Utusan kerana apa yang dilihat sebagai racism.

Sekurang kurangnya Star boleh bertanya kenapa hal ini sering berlaku di Taiwan? Kenapa Taiwan yang ingin bersaing dengan Republik Rakyat Cina  dalam persahabatan dengan Malaysia hanya membiarkan pekara ini berlaku dalam negaranya.

Taiwan  sebenarnya menjadi pusat kepada latihan perkadiran Cina sebarang laut  untuk membangunkan rangkaian sebuah negara Cina di luar Cina bagi mengimbangi Tanah Besar Cina(Republik Rakyat Cina). Ini diperlukan oleh Amerika Syarikat

The Star bagitu sensitif dan pantas untuk  membela dan menutop kejahatan ,pengkhianatan atau sikap anti nasional  sesetengah masyarakat Cina dan akhbar akhbar Cina.

Umpamanya apabila  Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberikan gambaran dalam suatu sidang akhbar kelmarin bahawa tidak sahaja Utusan yang salah tetapi juga akhbar cina, Star menyiarkan kenyataan Lim Kit Siang" DAP to back  move to charge Chinese papers playing racial sentimen".

Kata Kit Siang "tidak seharusnya ada double Standard dalam menghukum siapa yang bersalah dalam menyalakan sentimen perkauman."

Tidak salah untuk The Star menyiarkan berita ini jika The Star sendiri tidak menunjukan pendiriannya yang bias terhadap akhbar Cina dan tidak adil kepada Utusan Malaysia menerusi tulisan ketua pengarangnya,

Perlu disebutkan dalam suatu sidang akhbar kelmarin Datuk Seri Najib apabila diasak bertubi tubi dengan pertanyaan oleh  seorang wartawan mengenai laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia" Apa Lagi orang Cina mahu?, telah menjawab" Awak salahkan Utusan ,bagaimana pula akhbar berbahasa Cina. Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa"

Para wartawan bertepuk mengiakan kata kata Perdana Menteri.

Dalam ini,aya teringat kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh seorang wartawan Australia kepada Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir Mohamed dalam suatu sidang akhbar di Persidangan Ketua Ketua Negara Asean di Singapura lama dahlu.

Wartawan ini bertanya" Bilakah hubungan antara Malaysia dan Australia akan menjadi lebih baik?"
Dr.Mahathir dengan pantas menjawab dengan menunjukan jarinya kepada wartawan ini" Bila awak berkelakuan baik"( maksudnya media Australia)
Kenapakah pandangan Najib terhadap akhbar Cina  tidak difikirkan dan dipertimbagkan oleh Datuk Wong ketika menulis rencana untuk mewaraskan hukumannya terhadap  Utusan.

Apakah beliau tidak rasis dalam memberikan hukuman ini.Beliau tidak sedar sedang berada dalam keadaan hendak menunjukan kukunya.

Sehari  sebelum rencana mengkritik Utusan itu disiarkan,  Datuk Wong Chun Wai meneriakan  tajuk  "Dont ignore the Chinese voice?  dalam sebuah rencannya.Apakah selama ini  kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib tidak mempedulikan suara orang Cina. Tajuk rencana ini lebih memberi kesan mendalam dari isinya.

Dalam situasi sekrang,tajuk ini memperkuatkan lagi anggapan serong orang Cina terhadap kerajaan dan menyebabkan kemarahan orang Melayu kerana jelas menampakan Wong sendiri   tidak jelas  apa yang mereka sudah dapat.

Maka itu Datuk Wong dan masyarakat Cina tidak  seharusnya  terkejut dengan pertanyaan Utusan Malaysia" Apa lagi Cina mahu?" 

Apakah The Star selama ini tidak menjeritkan sesuatu yang menyakitkan hati orang Melayu?. Apakah lagi suara Orang Cina yang tidak dengar oleh Kerajaan?. Malaysian Malaysia?

26 comments:

  1. http://kembarapolitik.blogspot.com/2013/05/pru-13-sebab-utama-kaum-cina-undi-dap.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. ZAM....Kalau boleh siarkan saja segala terjemahan laporan rasis oleh akhbar-akhbar cina tersebut agar memberi kesedaran kepada melayu-melayu yang tak sedar diri terutama anak-anak muda kita.Mereka-mereka ini telah hilang jati diri dan tidak mengendahkan apa akan jadi kalau kuasa politik melayu terlepas.

      Delete
  2. The Star selama ini tidak pernah dihukum kerana menghina umat Islam. Sepatutnya KDN boleh mengenakan tindakan segera.

    Oleh kerana tidak lama lagi umat Islam akan berpuasa dan selepas itu berhari raya aidilfitri, saya cadangkan agar The Star diharamkan daripada menggunakan perkataan yang berunsur Islam dalam laporan dan iklan dalam satu tempoh.

    Beberapa perkataan yang boleh diharamkan menggunaannya yang kesannya boleh menjejaskan pendapatan iklan surat khabar tersebut adalah Ramadan, bufet Ramadan, Hari Raya, Aidilfitri dan sebagainya.

    Percayalah pengharaman tersebut akan merugikan The Star dan seterusnya boleh mengajarnya agar sensitif dan menghormati umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beranikah Menteri Amaran nak haramkan Star

      Delete
  3. Zaman berubah..masa berlalu..pemikiran manusia juga berubah..kalau dulu kaum cina hanya memikirkan ekonomi sahaja kini mereka mula mengidamkan kuasa politik pula..untuk mendapat kuasa politik taukex ini perlu masuk kedalam otak bangsa melayu dan menyebarkan virus berbentuk manisan kerana mereka telah memahami bahawa orang melayu hanya perlu ditabur dengan gula-gula..pemikiran melayu juga secara tidak langsung telah berubah mengikut peredaran zaman sehingga mereka sanggup bercium mulut dengan taukex ini untuk membunuh dari mempertahankan kuasa politik bangsa melayu itu sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya adalah disebabkan dendam pemimpin-pemimpin melayu yang pada ketika mereka bersama kerajaan memerintah gagal mencapai matlamat untuk menjadi pengeluar perintah dan pengeluar fatwa. Akhirnya akibat dendam gajah-gajah ini pelanduk menjadi mangsa ditengah-tengah.

    ReplyDelete
  4. ZAM, ZAM, ZAM, Kenapa tiba tiba sibok sibok lagi tentang hal Cina ni. Bukankah ZAM sendiri yang sibok dalam posting sebelum ini menyarankan Cina harbi DAP join kerajaan dominasi Melayu BN bersama Tun Mahathir sehingga para penkomen Melayu jadi bengang. Tiba tiba kini tukar fikiran pula bantai Cina the Star. Mungkin ZAM sudah sedar akan permainan Cina dan akbar mereka.

    You ask any Cina harbi ini on the surface of their skin they will say we want perpaduan, we are Malaysian, we respect the law and constitution, blah blah. Ini semua tipu ZAM. I know many of my Chinese friend for deep in their flesh they despised and hate Malay. Their youngsters are worst, hasil dari pendidikan vernacular sekolah Cina di peringkat rendah. Kalau Mahathir, ZAM dan Najib benar benar mahukan perpaduan maka buatlah perkara yang paling senang walaupun menyakitkan hati Cina iaitu: TUTUP SEMUA SEKOLAH JENIS CINA dan tukar kepada sekolah NASIONAL dan ajar bahasa ibunda mereka sebagai satu dari mata pelajaran biasa. Ada berani kah? Kalau tak berani macam Lee Kuan You menutup sekolah sekolah Cina di Singapura MAKA janganlah bercakap soal perpaduan. Polarisasi perkauman akan bertambah meluas lagi ditahun tahun akan datang selagi murid murid di peringkat rendah ini diasing kan mengikut sekolah kaum masing masing. Anak anak Melayu yang baru menjejaki tingkatan satu dan bertemu dengan anak anak Cina pun kurang berkawan dengan kaum ini sebab tak kenal dari peringkat rendah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang Melayu moden tak sedar orang menyindir atau orang mengata. Orang Melayu ni, kalau anak comel cantik dia akn cakap dengan 'geramnya'..." eee buruknya baby ini..." atau busyuknya...". So orang lama macam Zam, lain yang di kenennya.

      Delete
    2. Sudalah Moya. Zam proposal for Chinese DAP to join BN was very obvious. Kita bukan lagi tinggal dizaman feudalistic so stop being sarcastic on other people statements. Always be specific and that is what our young and educated Malay voters are looking for nowadays. So Zam be specific and make up your mind whether DAP is for or against joining BN in your opinionated statement?

      Delete
    3. Anak bentan. Mmg betul pendapat anda

      Delete
    4. Sungguh benar apa yang dikatakan oleh sdr Anak Bentan! Orang Melayu memang menunggu-nunggu penutupan sekolah vernakular ni! SATU SEKOLAH UNTUK SEMUA!!SATU BAHASA SATU NEGARA SATU BANGSA!

      HIDUPKAN RUKUN NEGARA!

      Delete
  5. ZAM,
    UMNO mulai sekarang perlu perahkan otak untuk terus survive dan relevan untuk bangsa Melayu dan bumiputera. Untuk PRU akan datang gunakan lambang UMNO sahaja, jangan harap sebiji undi dari bukan Melayu. Tanamkan dalam jiwa dan otak bahawa UMNO boleh bentuk kerajaan walaupun dengan majariti mudah. Terima cadangan LimKit Siang untuk pengiraan undi secara popular vote. Pendaftaran automatic dan undi compulsory boleh bawa kemenagan untuk Melayu di Pulau Pinang. Teapi jangan lupa untuk galakan Melayu dan bumiputera untuk membiak (procreate) untuk maintain atau tambah angka populasi kerana angka lah yang menentukan kemenanangan dalam PRU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri la sikit wang bagi anak yg dilahirkan. Why not. Singapura beri 8000 utk anak pertama dan 16000 anak kedua. Kita ada dasar 70 juta. DrM sebenarnya bijak memandang ke depan. Tp insentif xda. Cukai pelepasan anak pn x byak beda.

      Delete
  6. Apalah baiknya golongan Cina kepada Melayu. Jasa mereka hanyalah menjadi warga negara Malaya 1957. Ketika mak aku masih hidup dia pernah bagi tahu aku bagaimana dia kahwin dengan ayahku tanpa seurat emas ditanganya sebab nenekku telah berikan kesemua emasnya yang tak berapa kerat tu kepada para pemimpin kita yang diketuai olih YM Tunku untuk perbelanjaan ke England untuk mendapat watikah kemerdekaan ketika itu. ITULAH JASA SEORANG dan SEMUA orang MELAYU yang miskin ketika itu. Kini Mahathir dan ZAM senang2 mahu berkongsi balik kuasa dengan CIna yang telah pun mengaut 80% kekayaan negara dan diluar negara keturunan mereka kini menghina Jalur Gemilang kita. Kalau kongsi lagi UMNO jangan haraplah undi aku dan keluarga serta saudara maraku di PRU14 nanti!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jasa melayu kepada tunku. Jasa tunku kepada cina ialah beri 1.8 juta kerakyatan. Walaupun ZAM memuja Tunku tapi aku BENCI kpd tunkubbbbb. B

      Delete
  7. Tebuan Melayu bila menyegat kena pergi klinik cari ubat. Jangan main main.Jangan ingat tebuan Cina saja gheti nak menyegat.

    ReplyDelete
  8. Assalam. TSZ.

    Argumen yg mantap..terhiris ke daging yg di tuju!

    WORDS IS SHARPER THAN THE TIP OF A SWORD!

    ReplyDelete
  9. Apa dah jadi dengan saranan ZAM untuk menjemput DAP berkongsi kuasa dengan BN? Tiba tiba hentam balik Cina Cina melalui the Star ni? Eloklah begitu ZAM. Sebab kalau PR yang menang, saya jamin mereka akan lanyak terus kita sehingga tinggal paras nyawa ikan saja. Kita sudah menang dan berkuasalah sendiri bab kata Perkasa Biru baru baru ini dalam posting ZAM iaitu tolong bangsa sendiri, kayakan bangsa sendiri dan kenyang sendiri untuk diri sendirilah. Cina Cina tu semua dah kaya dan mereka bolih urus diri sendiri dan puak puak serta kalangan mereka yang miskin. Melayu miskin sapa nak tolong sebab hampir 80% dari Melayu pun miskin. Yang melayu kaya pun tak sampai 3% dan yang selebih 17% tu pun cuma `middle class` Melayu saja dan mereka sendiri pun pening nak hidup sebab hutang keliling pinggang. Graduate Melayu lagi miskin sebab gaji pun hanya sekadar RM2,000.00 sebulan dan nak bayar PTPTN lagi dan nak tolong mak ayah di kampong... aduh seksanya...

    ReplyDelete
  10. Assalam Tan Sri,

    Sibuk tempoh hari mengenai warga Bangla menjadi pengundi hantu. Tidak ada pula yang sibuk mengatakan warga Taiwan, Hong Kong, Vietnam dan warga China menjadi pengundi hantu.

    Sedangkan kalau warga Bangla menyerupai orang tempatan, warga bermata sepet tersebut juga menyerupai warga tempatan..

    ReplyDelete
  11. Zam. UMNO/BN menang bukan kerana undi orang2 Cina. Jadi tak perlulah Najib lantik menteri dari MCA dan GERAKAN. Lebih baik tambahkan menteri dari pemimpin parti Sabah dan Sarawak selain dari wakil India. Najib tak perlu tunai janjinya kepada kaum Cina yang di buatnya semasa kempen. Kita MELAYU kena tegas dengan bangsa ini. Tapi BRIM boleh diteruskan kerana membantu rakyat miskin.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri.....budak2 Cina yng terbalikkan bendera Negara di Taiwan tu belajar di Taska atau di sekolah darjah 3 ? Apa relevance antara terbalikkan bendera dgn 'minat terhadap proses pengundian serta demokrasi ' di Malaysia......tq

    ReplyDelete
  13. Salam Zam. Saya gelihati melihat orang melayu masih berfikiran yang kita masih pandai berpolitik. Sudah terang lagi bersuluh yang DAP lagi pandai berpolitik. Mereka menyatukan undi kaum Cina sekaligus menolong memecahkan undi kaum Melayu. Mereka hingga berjaya menggunakan tok2 lebai berjuang untuk mereka. Kita mesti belajar dari mereka! Sekarang mereka mengatur langkah untuk "reverse" imej rasis. Kenyataan2 yang mereka keluarkan sekarang semuanya bersungguh mengatakan kita rasis dan mereka tidak. Belajar lah dari mereka. Memang mereka lebih pandai berpolitik! Lets play their game!

    ReplyDelete
  14. Letihla...tokey star kan MCA. MCA dok goyang teloq saja.

    ReplyDelete
  15. Slm dato zam, semoga anda di beri kekuatan Allah dan sihat selalu., utk menyampaikan rintihan dan komen2 di blog ini dan blog2 lain kpd pucuk pimpinan. Jgn biarkn suara2 melayu yg ikhlas mendukung umno tersadai d blog2 sahaja.

    ReplyDelete
  16. Star boleh kata apa saja.parti anda dah kalah.melayu kembali mendapat kuasa.najib pastikan penguasaan ekonomi oleh bumiputra mencapai 99%.pastikan semua orang melayu masuk umno.

    ReplyDelete
  17. Jom belajar bahasa cina jadi kena lebih kenal psyche mereka. At kleast boleh la baca suratkhabar or website2 or FB pages mereka. Try ni at TED "ShaoLan: Learn to read Chinese ... with ease!" http://www.ted.com/talks/shaolan_learn_to_read_chinese_with_ease.html?qsha=1&utm_expid=166907-27&utm_referrer=http%3A%2F%2Fwww.ted.com%2Ftalks

    ReplyDelete
  18. Cina Malaysia dah lama racist kpd org2 melayu....puak2 melayu ni je yg dok bekap mereka lagi....selagi mereka x dapat kuasa, selagi itulah cina akan terus mnusuk jarum halus mereka!!!!

    ReplyDelete