Saturday, 11 May 2013

NIK AZIZ KECAM UMNO DAN BN KERANA CADANGAN ZAM DAP GANTI MCA

DARIPADA DAP MASUK BN LEBIH BAIK UMNO KELUAR BN

Murysidul Am Pas dan Mantan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengecam UMNO dan BN berhubung dengan cadangan Mantan Menteri Penerangan Zainuddin Maidin(ZAM)) supaya DAP yang menang besar kerusi Parlimen menyertai Kerajaan bagi menggantikan MCA yang kalah teruk.

Di bawah ini adalah kenyataan penuh Nik Aziz dalam facebooknya:




Saya membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?
Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?

Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!

Daripada DAP masuk BN, lebih baik UMNO keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. Sedarlah, ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang! Sudah sampai masanya BN dan UMNO bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu.


18 comments:

  1. zam. mmg betol. pelawaan zam mmg xcerdik.

    ReplyDelete
  2. Jokiden merasa malas nak membuat komen tentang apa yang admin Nik Aziz ni cakap... Supaya dia bertambah syok, kita iakan sahaja segala tutur katanya... begitu juga dengan tingkah laku Nuar Brahim... kita biarkan sahaja tanpa publisiti akhbar arus perdana dia akan senyap sendiri.

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah! Tok guru, tok guru. Rumah kata pigi, kubur kata mali.

    Lebih baik keejasama dgn dap dari umno, kan?

    ReplyDelete
  4. Kalau ada yang terguris, maaflah, tapi apa kata kita ramai-ramai (lebih 1 juta orang ahli UMNO)keluar parti dan menyertai DAP. Kalau suara kita ramai, kita boleh ubah halatuju parti tersebut (TERMASUK LONGKANGKAN LKS, LGE, DAN KARPAL)!

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saudara, saudara nak ke hak bumiputera dihapuskan, ingat memang menjadi dasar DAP menghapuskan hak bumiputera, walaupun sudah pelbagai keistimewaan kita berikan pada semua rakyat, persoalannya bukan untuk kita lagi, tetapi untuk generasi kita akan datang. dengan budaya anak melayu dan remaja melayu yang semakin terhakis dipukul badai, adakah kita sanggup membiarkan ianya tenggelam pula. kita diperkenalkan dengan konsep satu malaysia, sebab apa, sebab untuk memastikan setiap pihak( keturunan ) menghargai hak yang sedah diberikan, dan tolonglah hormati hak bumiputera. ingat, kita tuan rumah, tetamu kita hargai, dan kita layan elok2. bukankah di situ ada situasi menang-menang. maaf buka bermaksud perkauman. tapi cuba nilaikan peluang dan ruang yang telah diberikan selama ini. kita melayu cina dan india memang saling memerlukan. oleh itu bekerjasamalah dengan cara yang sempurna. Takkan Melayu Hilang Di Dunia, kadang -kadang kita terlalu malas untuk memikirkan, kenapa Huruf jawi lebih dekat dengan Melayu, kenapa asas jawi itu adalah huruf Al-Quran. Kerana Islam itu telah melahirkan Melayu di bumi bertuah ini:)

      Delete
    2. Memang ada cadangan daripada blogger lain supaya sejuta orang Melayu masuk DAP dan tukar dasar parti tersebut. Tapi orang cina akan tubuh parti baru dan melayu akan berpecah lagi.

      Saya rasa yg terbaik adalah PAS dan UMNO bersatu atas pejuangan islam. Mungkin sukar disebabkan ramai yg akan kehilangan kuasa dan pengaruh.

      Delete
  5. Hanya menunggu ajal, tengok apa akan jadi pada nike Ajis, adakah boleh dijadikan drama Tanah Kubur.. Nasir Bilal Khan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara, sebenarnya sudah lama wujud situasi menang-menang antara PAS dan BN, selama ini PAS melengkapkan neraca dalam BN, boleh dikatakan isu-isu agama banyak ditegur oleh PAS, kalau tak secara langsung pun, secara tak langsung oleh pendakwah-pendakwah dalam PAS.sepatutnya kita bersyukur disebabkan PAS jugaklah kita lebih sensitif dan neraca timbangan sentiasa berada di tengah. persoalan disini, bukan pada parti lagi, tetapi pada hala tuju setiap parti. UMNO sendiri pun banyak masalah, kes rasuah dan sebagainya, setiap warganegara tahu akan hal ini. UMNO akan terus kukuh jika kita membanteras 100% gejala ini. ramai di kalangan rakyat merungut. " dulu sebelum jadi menteri tak kaya pun, sekarang bila dah jadi menteri bukan main kaya ". setiap manusia itu ada kelemahannya, tak kiralah PAS pun. bukan 100% sempurna. dan tak mustahil jika wakil rakyat dari PAS yang jadi menteri akan mendapat cemuhan yang sama suatu ketika nanti. tapi kita semua ada satu persamaan, UMNO=PAS=Melayu. jika bangunan tersebut masih boleh dibaiki, baikilah, jangan robohkannya. bila sebut tentang tanah kubur, memang betul kita semua akan ke situ jua. tetapi adakah kita sanggup pusara kita pula dirobohkan suatu hari nanti kerana hak dan kepntingan orang melayu islam telah tergadai;) fikir-fikirkanlah.

      Delete
  6. Memang cadangan Zam tak cerdik langsung. Menggambarkan sikap opportunis, tidak setia pada kawan yang telah berjuang selama lebih 50 tahun. Mentang2 dia jatuh, terus nak tinggal dan beralih kepada musuh. Ini bukan sikap UMNO.

    ReplyDelete
  7. Langkah tak cerdik lansung, setuju ngan nik ajis kali ni, kenapa nak berkerjasama ngan DAP kafir harbi dan komunis tu, mereka tak apa, jangan guris hati hati UMNO,

    ReplyDelete
  8. Tok Sidang Malaya12 May 2013 at 07:36

    Sdr takpayah lah suruh DAP sertai BN.Lebih baik PAS masuk BN.Tingkat suara UMNO/PAs dalam parliemn.Cukup 2/3 .Buatlah apa pun.Undsng undang Islam pin boleh buat dengan UMNO/PAS bergabung.
    UMNO jadi PM.Pas jadi TPM.
    Anuat PKR jadi ketua pembangkang dgn dibantu Lim Kit Siang dan rakan DAPnya.

    Sebenarnya pemimpin Melayu masih bersifat wayang tongkoi.Otak belum jalan.
    Tak sedar diri jadi kuda orang kafir.

    ReplyDelete
  9. maaflah, zam. saya tak menyokong cadangan tersebut, kerana sudah menjadi dasar DAP untuk menghapuskan hak bumiputera dan menyamaratakan hak bukan bumiputera dengan bumiputera. sebagai orang melayu saya cukup tercabar dengan dasar DAP tersebut. karpal singh pernah kata, sebelum dia mati dia nak lihat bukan melayu jadi PM. kalau Islam, mungkin boleh dipertimbangkan, bagaimana pula kalau pemimpin tersebut bukan islam. sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai melayu yang beragama islam memastikan hak kita sebagai bumiputera terpelihara. dan zam perlu ingat, DAP banyak terdiri daripada kalangan peguam. sedangkan ISA boleh ditentang untuk dimansuhkan. dan tidak mustahil kontrak sosial boleh dipecahkan pula. lebih baik UMNO bersatu dengan PAS, dan saya percaya ramai di kalangan ahli PAS ingin menyertai UMNO. kelemahan kita selama ini, kita banyak bercakap tanpa melaksanakan. kita mempunyai pelbagai bangsa, tapi kita tak kuasai bahasa dan komunikasi bangsa lain, mengapa...MELAYU terlalu selesa. benarlah kata-kata Tun Dr Mahathir, Melayu mudah lupa. mintak maaf kalau sesiapa yang terguris. tapi itulah hakikatnya.....Nauzubillah.

    ReplyDelete
  10. Pada pendapat saya cadangan Tan Sri akan merugikan UMNO dan lebih-lebih lagi Najib. DAP pasti tak akan bergabung bersaorangan melainkan dia akan membawa ahli-ahli PR sekali. Jika ini berlaku, pasti Najib tak lama jadi PM, kerana "master-mind" Pakatan adalah Anwar Ibrahim. Ingat semasa keputusan PRU 2008 Anwar Ibrahim berkata 30 MP dari Sabah akan melompat ke PKR pada 16 September untuk PR menubuh kerajaan, tetapi tak jadi. Kini PRU13 beliau kata pula sebanyak 30 kerusi yang BN menang dengan cara penipuan undi (fraud). Angka 30 ini angka yang keramat bagi beliau. Tak mungkinkah jika DAP dan PR bersatu dengan UMNO, akan ada 30 MP UMNO yang boleh dibeli oleh PKR supaya kerajaan Najib tumbang"collapse" dan Najib disingkirkan dari jawatan PM. Dan ini akan membolehkan Anwar menjadi PM- cara mudah bagi mencapai cita-citanya. Jika ini berlaku maka PR akan terus berkuasa dan UMNO tak boleh buat apa-apa lagi bila kuasa terlepas dari tangan. Maka istilah RAHMAN akan jadi kenyataan di mana Najib adalah PM terakhir dari kalangan Parti BN. Lepas itu kalangan PR pula menguasai kerajaan. Jika ini berlaku maka hiraki pemerintahan negara akan berkisar dari nama NAJIB (sebelumnya RAHMAN) iaitu - N. Najib, A- Anwar, J- Jimmy Lim Guan Eng, I- Izzah (Nurul Izzah) dan B- Betty Chew (isteri LGE). Anwar tak lama jadi PM pun, sama ada dia disingkirkan kerana tak sealiran atau telah sampai hayatnya. Saya rasa pimpinan DAP bukanlah golongan yang bodoh kerana mereka pasti ada menyediakan biography (baik atau buruk)tiap-tiap pemimpin yang mereka berkerjasama. Seelok-eloknya kerajaan Najib sekarang hendaklah kerajaan Melayu dan Bumiputra. Lantiklah ramai dari pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak menganggotai kerajaan kali ini dengan meninggalkan wakil dari parti MCA dan Gerakan. Najib boleh tambah wakil kaum India dengan melantik Waythamoorthy sebagai senator dan kemudian menteri. Ini pandangan saya saja. Sekian, terima kaseh.

    ReplyDelete
  11. Saya tak setuju both DAP and PAS masuk BN. BN just needs to improve itself.

    Biarlah DAP berpeluk cium dengan PAS. Biarlah PAS ditipu hidup-hidup dengan DAP. Lama-lama sedarlah tu nanti..

    ReplyDelete
  12. Saya berpendapat, semua komen diatas tidak faham apa sebenar yg Tok Zam cuba sampaikan. Pada saya ianya lebih kepada sindiran tajam kepada MCA dan Gerakan yg tidak mahu menerima tawaran jawatan dlm kerajaan. betul x Tok Zam???. (Lawak bodo = Nik Aziz (PAS) marah la sebab Tok Zam (UMNO) cuba ngorat DAP (bini PAS). Kalau nak juga tunggu la cerai dulu!!!!!)

    ReplyDelete
  13. saya melihat kemasukan DAP akan merugikan orang melayu, untuk menjadi dominan mereka akan melobi kemasukan singapura ke dalam malaysia, kemasukan singapura adalah penting untuk menambah jumlah kerusi palimen mewakili mereka DAP + PAP = MAJORITI

    ReplyDelete
  14. Inilah masanya lim kit siang membuktikan samada beliau relevan kepada para pengundi d.a.p.atau tidak.tinggalkan saja pas dan pkr.selama ini pun mca dan gerakan membuat tuntutan yang selari dengan d.a.p.demi kepentingan masyarakat cina.anda perlu memikirkan nasib pengundi anda.orang melayu tetap memimpin negara ini.terimalah realiti ini.

    ReplyDelete
  15. pada saya ia cuma pendapat datuk zainuddin maidin kerana sifat keterbukaan umno siapa saja dari ahlinya boleh memberikan pendapat tetapi tidak semestinya diterimapakai oleh umno.umno bkn milik persendirian,umno milik 1juta ahlinya dan persidangan adalah tempat ahli membuat keputusan jadi tok guru tak perlu risau.bagi saya umno tak memerlukan dap sepertimana pas memerlukan dap.umno ialah parti melayu islam yg dominan dan ia telah dibuktikan dgn 13pru,biar dlm sunami pun kerusi par yg dimenangi umno masih melebihi parti2 yg bertanding.tewas ada,berpunca dari kelemahan sesetengah pemimpin namun umno cepat berubat memperbaiki kelemahan dan kembali menjadi pilihan melayu islam sebagai pemerintah malaysia.umno ada rakan komponen dari lain2 kaum yg disatukan dlm bn bagi menambah kekuatan umno.tewasnya rakan komponen bkn salah umno,ia adalah kerna kaum2 lain mahukan lebih lagi hak dlm pentadbiran dan berbagai lagi keistimewaan.apapun umno adalah yg terbaik kerana dari umnolah lahir pemimpin2 yg hebat dan yg lebih hebat lagi umno akan menggugurkan mana2 pemimpin yg bermasalah biarpun ia berjawatan tnggi dlm parti dan kerajaan.ini tlh dibuktikan dgn pemecatan dan penjara org no 2 kerana salahlaku.islam umno menggunakan kuasanya untuk perkembangan ilmu dan menguatkan ekonomi islam malaysia.bnyk lagi kalau nak ditulis itu belum termasuk pendapat saya terhadap pas.perbezaan mudah antara 2 parti melayu islam ini umno menggunakan nama melayu bagi penyatuan mendapatkan kuasa dan dgn kuasa menguatkan islam.pas menggunakan islam bagi mendapatkan kuasa dan adakah ia benar2 iklas kerana allah atau kedudukan,wang dan harta benda

    ReplyDelete