Saturday, 18 May 2013

KHAIRY TIDAK BOLEH BERCAKAP BAGI PIHAK ZAHID HAMIDI.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak  boleh bercakap bagi pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menapikan kerajaan  tidak bertanggungjawab diatas kenyataannya  supaya mereka yang tidak secucuk  dengan sistem politik negara ini berhijrah ke negara negara  yang lebih sesoai bagi mereka.

Zahid sendiri tidak seharusnya bersikap apologetik bila dikeritik kerana kenyataanya itu  kerana mereka yang mengkeritik itu tidak memberikan faedah  kepada BN dan juga kepada kepentingan nasional negara ini.

Mereka ini adalah gulongan yang jika berbudi bahasa atau bercakap dengan bahasa beradab pun tidak melihat kebenaran kerajaan dan tidak akan kembali menyokong kerajaan. 

Kebanyakan  Mereka telah dididik untuk menghina negara Malaysia di Taiwan. Mereka telah menterbalikan bendera Malaysia ketika belajar di Taiwan. Maka tempat yang paling sesoai untuk mereka berhijrah ialah ke keTaiwan kerana di negara itu ada kebebasan untuk mencerca dan menghina negara sendiri.


Akhbar The  Star pula memanglah suka memainkan pekara yang sentisitf kepada bukan Melayu untuk menambahkan kebencian bukan Melayu kepada Melayu. Apa juga jawapan rasional tidak akan mengubah sikap prejudis dan percepsi mereka yang telah menolak BN.

Khairy dalam kenyataannya kepada  The Star  menyatakan  Zahid  memberikan pandangan peribadinya  dan tidak menggambarkan  pandangan kerajaan.

Melihat reaksi panas dari bukan Melayu ,Khairy meminta  kenyataan itu  dilihat dalam kontek  keseluruhan rencana mengenainya yang tersiar di Utusan Malaysia baru baru ini.

Pada hakikatnya,jika mereka membaca pun tidak akan membetulkan kesesatan mereka.

Jika kenyataan itu tidak sesoai pada pandangan Khairy tidak berarti ia tidak sesoai kepada majoriti  ahli UMNO yang telah memileh Zahid Hamidi  sebagai Naib Presidennya.

Sebenarnya kenyataan ini sekaligus memberikan impak kepada pendirian Zahid Hamidi sebagai  Menteri Dalam Negeri dalam mengadapi cabaran dari orang yang tidak tahu mengenang budi.Semakin banyak reaksi kemarahan yang timbul akan semakin luas pendirian ini diketahui oleh orang Cina dan akan semakin mempopularkan Zahid.

Tidak ada untungnya untuk Zahid membetulkan kenyataannya itu kerana jika ini  dilakukan akan menurunkan tarafnya kepada Menteri yang meminta maaf setelah  menjulang keris dan akan hilanglah bisa sebagai Menteri Dalam Negeri dalam langkah silat pertama. 

Apakah lagi yang akan diperolehi negara  dari mereka ini sekiranya bersikap apologetik. Apakah akan dapat megembalikan pengaruh BN atau akan menyebabkan Zahid  ditolak dalam kedudukannya  sebagai Naib Presiden UMNO dalam perhimpuan Agung UMNO  akan datang.

Zahid telah menegaskan bahawa " Saya tidak racis .. Saya tidak sekadarkan praktikal dalam menyatakan bahawa kumpulan yang tidak percaya kepada sistem negara ini sewajarnya berhijrah ke negara negara di mana mereka boleh menterjemahkan kepercayaan politik mereka untuk menjadi  realiti".

Zahid tidak perlu menjelaskan bahawa kenyataannya itu telah difahami diluar kontek oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.Mereka senghaja berbuat demikian.

  

44 comments:

  1. Knp tk boleh?terlampau ikut protokol sgt sb tulah cina pijak kepala melayu dan kerajaan.bukan sekadar menteri sajs malah org awam pun ada hak utk berkata dan komen.zahid dan khairy,teruskan perjuangan sekalian kami akan sokong sehingga ke titisan darah terakhir.

    ReplyDelete
  2. SURUH KJ SENYAP DAN JAGA KEMENTERIAN DIA SENDIRI..BODO PUNYA KJ

    ReplyDelete
  3. Kita yakin Zahid akan mempertahankan kenyataannya dan tidak akan berganjak. Jangan jadi macam Hishamuddin Keris.

    ReplyDelete
  4. Ketegasan yg d tggu2 dr menteri kdn..hrp Zahid mara seiring dgn kenyataannya yg pertama ini.Kpd Kj..inilah risiko yg perlu Najib hdpi bilamn melantik org yg 'luarbiasa' kepintarannya..tan sri jgk dlihat seakan terpesona dgn kebijaksanaan Kj yg dtakuti akan mengulangi sejarah 1982 TunM..

    ReplyDelete
  5. Tidak faham kenapa Najib masih memilih Melayu LIBERAL macam KJ menjadi menteri.

    ReplyDelete
  6. Apa salahnya kenyataan tu? Kenyataan tu terang2 menyatakan siapa yang tak suka dgn sistem pilihanraya, LALU MEMILIH UNTUK BERDEMONTRASI DIJALANRAYA DAN MENGHURU-HARAKAN NEGARA perlu pilih negara lain. Apa ke BANGANGnya si KJ ni nak menyampok? Dia dah buat balik zaman Dollah.....menteri dok berlaga2 antara satu sama lain! Khairi perlu dilucutkan jawatan menteri dia semula!!

    ReplyDelete
  7. KHAIRY HARUS MENGAWAL EGO.
    Kenyataan Khairy menampakan seolah olah olah Zahid sudah membuat suatu kenyataan yang salah dan juga kerajaan tidak merastukannya.

    Dari kacamata yang rasional mungkin terdapat unsur extreme dalam kenyataan Zahid Hamidi itu tetapi tidak seharusnya dipertikaikan oleh Khairy yang menampakan beliau tidak bersetuju dengannya.

    Khairy tidak mungkin akan membuat kenyataan bagi pihak kerajaan jika beliau tidak mempunyai keegoaan dan melihat dirinya lebih bijak dari Zahid Hamidi.

    Orang muda harus hati hati bila diberikan tempat kerana jika silap langkah jatuh pun cepat juga. Lihatlah apa yang berlaku pada orang orang bijak sepeti Ghazali Shafee dan juga Anwar.

    Saya melihat potensi masa depan Khairy tetapi Khairy harus belajar mengawal keegoaannya.

    ReplyDelete
  8. Khairi hunting dalam lipatan-dan tak seajarnya seorang yg JUNIOR mengajar orang yg lebih SENIOR tambahan lagi KDN memerlukan SETIAP SOKONGAN MENTERI YG ADA..saya dah kata KJ tak layak jadi Menteri-

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dah kata, letak kj jadi menteri adalah satu kesilapan besar najib. mampos umno kalau mcm ni.

      Delete
  9. Menteri Dalam Negeri janganlah seronok sangat bila diberikan lead sotry muka satu di Star hari ini 18 Mei. Itulah kerjanya bagi seronok menteri menteri tertentu kemudian dia tikam melayu dari belakang dengan menggunakan penulis Melayu yang liberal untuk tikam Melayu sendri,salah seorang darinya sudah jelas sebagai penyokong PKR tetapi penulis tetap Star disamping jadi pensyarah undang undang sebuah universiti.

    Bila kena tegur dari KDN dia undur selangkah tetapi bila kita lupa dia maju seratus langkah.

    ReplyDelete
  10. Sapelah yg promote KJ budak beringus ni jadi full minister hah?? Oxpod tak oxpod, kalu bangang pasal basa basi orang muda terhadap orang tua sesen pun tak guna tau tak! Jangan sebok kat otoriti dan jurisdiction orang lain boleh tak? Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar inilah si ujang ni. Baru jadi menteri belia dah perasan konon dia lagi tinggi status nak komen menteri kanan. Tau ke tidak post menteri KDN itu post menteri kanan?! Dahlah komen pun bodoh piang , apa dikatakannya " itu pendapat peribadi.." apa ni?? Tak tau bidangkuasa menteri KDN ker??! bangang dibuat buat. Biol bertingkat tingkat! Ada 3 juta lebih ahli UMNO, ini yg dipilih jadi menteri Belia dan Sukan??!

    ReplyDelete
  11. Apehal kj ni? Sepatutnya sebagai ketua pemuda dia naik kan lagi suhu beberapa darjah, baru la kena. Ini nak sejukkan pulak. Nak populis ngan cina? Usah harapla mereka suka kat ko. Dia jadikan ko sebagai batu loncatan adalah. Ni buat hal macam dia tikam belakang kerismudin itu hari la ni. Patut tak jadi menteri langsung!

    ReplyDelete
  12. Kenyataan keras atau tidak takut akan menyinggung perasaan rakyat berketurunan cina adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat yang selama ini menahan diri dan terlalu menjaga hati jiran kita. Kini tiba masanya kita meluahkan apa sahaja yang kita rasa tidak puas hati.
    Selama ini masyarakat cina terlalu di jaga, membiarkan mereka mengatakan apa sahaja mengenai hak-hak orang melayu, melayan apa sahaja kehendak mereka. Selama 9 atau 10 tahun kita mengam mulut kita daripada mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyakitkan hati mereka semata-mata untuk menjadi kawan mereka tetapi keputusan PRU13 jelas menunjukan pengorbanan kita tidak dihargai.
    Jadi sudah tentu kenyataan keras mengenai orang-orang cina ni di sambut dengan semangat menjulang keris.....oleh mereka yang selama ini menahan rasa.
    Kenyataan KJ pula tidak ada masalahnya, cuma dia ni terlalu awal hendak mencelah. Orang belum habis bergembira dia sudah sibuk menjaga tepi kain orang potong stim betul!. Kenyataan itu bagaimanapun perlu juga akhirnya setelah kenyataan Zahid disambut dengan gembira oleh penyokong kita, sesorang perlu meredakan keadaan.

    ReplyDelete
  13. Syabas DS Zahid! Ini lah yang ditunggu2 rakyat Malaysia yang bosan dengan apologetic dan kelemahan. DS Zahid memang tegas dan bijaksana. Sampai masa mereka yang memperkotak-katikkan undang2 negara diajar. Sampai masa mereka yang melanggar undang2 negara dinyah dari bumi Malaysia.

    Khairy, you shut your bloody mouth! Baru 1 hari jadi menteri dah tunjuk lagak. Awak siapa? Let the senior Minister make his decision and take action. You stick to your MInistry. Jangan nak sibuk2 dan merosakkan negara ni macam kamu dah buat dulu.

    ReplyDelete
  14. Kenyataan Khairi semata matanya satu taktik politik. Dia menjangka dalam 10-15 tahun Malaysia akan menjadi lebih liberal dan Melayu akan lebih berpecah sesama sendiri. Jadi dari sekarang ia mesti mengatur langkahnya untuk menyediakan dirinya sebakai bakal Perdana Menteri. Semua kenyataannya ada muslihat. Tak sampai seminggu jadi menteri dah buat komen terhadap rakan kabinetnya.

    Pemilihan beliau oleh Najib juga satu langkah politik. Najib insaf bahawa ekoran dari PRU 13 Melayu telah marah dan meletakkan sebahagian besar phenomenon Tsunami Cina atas bahu Najib kerana terlalu accomodative terhadap kaum Cina. Najib takut di Perhimpunan agung UMNO kelak ahli ahli Ultra Melayu akan bangkit memberi tekanan kepada beliau. Jadi Najib sangat memerlukan Khairi. Di Perhimpunan itu kelak Najib akan digambarkan sebagai PM untuk semua rakyat Malaysia dan Khairi akan menyokongnya 100%. Khairi juga akan muncul sebagai pemimpin yang bersikap liberal dan mementingkan keseimbangan.

    Pada hakikatnya kedua dua tidak memperdulikan sangat perjuangan Melayu, asalkan satu terus memegang kuasa dan satu lagi akan mencapai kuasa. Tetapi sokongan Khairi ada kosnya. Mungkin sudah ada 'deal' yang tak tertulis, tak ternyata. Percayalah yang Najib takkan menegur Khairi supaya jangan memeberi komen terhadap kenyataan fellow-minister. Dan Khairi akan terus menonjolkan dirinya, visibilitinya akan meningkat. Dari sekarang, selama 10-15 tahun, tiap tiap hari kita akan dihidangkan dengan Khairi, Khairi, Khairi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua caya lu punya analisa. sekarang pon kumpulan media prima dibantu oleh astro awani dah hari2 tunjuk muka dia. mengalahkan menteri senior. KJ ADALAH KLON ANWAR.

      Delete
  15. Apa kita cadangkan admin buat poling tengok sapa suka sapa tak suka budak KJ berhingus ni jadi menteri...

    ReplyDelete
  16. Salam Tan Sri,

    Dalam hal ini sesiapa pun tidak perlu menjadi lebih bijak dari Datuk Zahid Hamidi. Tidak perlu komen. Kalau komen pun mesti senada seperti benar sesiapa yang merasakan perlu berhijrah, silakan.

    Teringat Jokiden kepada teguran seola-olah cemuhan oleh Tan Sri Muhd Muhammad Taib terhadap Datuk Hisham ketika dia mencium keris dahlu. Akhirnya Datuk Hisham terpaksa minta maaf.

    Ngeh Ko Ham dalam tweetnya hari ini lebih rasis daripada Datuk Seri Ahmad Zahid. Lagipun Datuk Ahmad Zahid bukannya menghalau sesiapa berpindah ke mana-mana negara republik sebaliknya dia hanya menyarankan dan itu hak dia untuk bersuara kerana semua orang mahukan kebebasan bersuara seperti yang selalu pemimpin DAP suarakan.

    ReplyDelete
  17. KJ dah nak mula tunjuk taring ke ni? Yg suka tunjuk taring ni kelakuan bapak beruk ketua kumpulan, utk menakutkan kumpulan lain.

    Dah mulakan balik gila dia mcm zaman Pak Lah? Masih melapor aktiviti harian kpd 'boss' lama ke? Harap kerajaan pantau aktiviti dan perlakuannya supaya 'perangai' lama dia tak berulang kembali ...

    Pada KJ, usahlah tunjuk pandai, org UMNO masih ingat lagi apa kau telah buat dulu utk hancurkan parti demi menaikkan 'kerabat' kau yg satu 'boss' dgn kau ...

    ReplyDelete
  18. Tok Pa for Vice President!

    ReplyDelete
  19. Salam Tan Sri....DS Zahid ,Dato cakap apa yg 20 juta orang Melayu nak cakap.....so keep it that way....kalau tak ada keamanan,macam mana belia nak bersukan ?

    ReplyDelete
  20. salam,

    patutnya kj tu cermin diri dulu. dia adalah wakil cina. mungkin kena tukar nama jadi ah kek jay. boleh jadi mr presiden mca. memang ramai pengundi hantu datang daripada taiwan, hong kong, singapura. mereka tak tahu berbahasa kebangsaan dan tidak menghormati lagu kebangsaan dan undang-undang negara Malaysia. yg dok kecoh pengundi hantu daripada bangladesh patutnya dia tak boleh jadi menteri pun kerana pemilihannya sebagai ketua pemuda umno berkait dengan rasuah dan antara sebab orang cina tentang bn kerana rasuah.(ikut apa yg dibaca dalam blog syed la) ah jib gor tak patut beri dia jawatan menteri.

    ReplyDelete
  21. Khairy ni mana ada semangat melayu sangat. Dia tu lama sangat duduk overseas. Sudah lah, buat apa nak jaga hati cina. Mereka bila herdik melayu, mereka langsung tak,peduli perasaan hati melayu. Habis buat apa kita nak jaga hati mereka, bukan akan dapat undi pun. Khairy ni memang tak ada telur, macam hishamuddin menteri amaran.

    ReplyDelete
  22. A lot of Us Malaysian are passive .
    WE also have member on the edge.We need to remind our member on the edge, by the edgy type to the edgy type , that there is a way out.
    Zahid must have knew something disturbing ,he is reacting.Not all of us are passive.

    ReplyDelete
  23. AMIN UDA.KUALA SELANGOR.19 May 2013 at 05:44

    Saya telah mengikuti pandangan zam mengenai Khairy dari sejak awal sejak menulis mengenainya dalam bog ini.Beliau mengatakan Khairy boleh jadi Perdana Menteri di hari tua,kemudian beliau mahu Khairy menyertai kabinet dan terakhir beliau mengkeritik Khairy kerana bercakap bagi pihak Zahid.

    Saya melihat zam tidak mempunyai sikap prejudis pada Khairy sebaliknya menilai potensi masa depannya. Zam sekadarkan sesebagai seorang tua mengingatkan anak atau cucunya supaya berhati hati agar selamat di masa depan. Khairy perlu belajar lagi.

    ReplyDelete
  24. Salam Tan Sri,

    mohon izin letak artikel Tan Sri dalam www.titiwangsa.net :)

    Saya teruja dengan kenyatan Tan Sri yang buat telahan bahawa pihak itu tidak akan kembali mengundi BN. Saya setuju dgn kenyataan bahawa mereka itu akan selama-lamanya mengundi DAP dan berselindung di sebalik sokongan kepada Pakatan, yang menjadi alat bagi mereka untuk rampas kuasa dari orang Melayu bila tiba masanya nanti.

    Orang Melayu jangan mudah lupa, pengajaran dari sejarah silam, atau negara kita ini akan jadi macam Palestin dan nyawa kita orang Islam akan jadi barang mainan bagi ejen kafir Yahudi jika mereka memerintah nanti.

    Salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Terima kasih atas penghargaan.zam

      Delete
  25. Tok Sidang Malaya19 May 2013 at 16:31

    KJ dah gila buat potong kona.KJ patut jaga kementeria belia dia tu dulu.Cakap banyak apa kerja pun tak buat lagi.
    Tengoklah apa jadi pada pemuda UMNO .Dah jadi PONEN UMNO.
    Silap Najib lantik KJ ini.Pemuda UMNO kian rosak teruk kerana bergaya lebih.

    ReplyDelete
  26. Khairy bertanding di Rembau kawasan Melayu , cuba letak di Seremban

    ReplyDelete
  27. Ini lah masaalah dgn menteri gen-y..

    Terlalu lantang sampai cakap tak respect pak2 senior.

    Gen-y hidup kampung sgt2 berbeza dgn gen-y yg hidup dalam kemewahan. Tambah2 lagi bila dapat kuasa pak menteri.

    Jangan jadi gila kuasa pulak nanti..macam saudara al-jub! Hehehe..

    Zorro Bukit



    ReplyDelete
  28. KJ tegur tu kira dah betul....Zahid hamidi tak boleh sebarangan mengeluarkan kenyataan yang bersikap perkauman yang akan memudaratkan umno. Bagi Khairy mendapat sokongan dan penerimaan kembali BN di mata rakyat malaysia adalah penting...seharusnya zahid hamidi jangan berlagak sombong apabila memberi kenyataan.

    ReplyDelete
  29. baik tak payah komen..ada tapisan pulak...

    ReplyDelete
  30. Rasanya khairi ni akan kena jentik dgn pm hr rabu depan di mesy kabinet, menyibuk portfolio org lain dan cuba nk jd popular sendiri, ini bukan semangat setiakawan atau tanggungjawab bersama spt yg perlu dimiliki oleh anggota kabinet. Kalau tak setuju kj tk pyh komen.

    ReplyDelete
  31. Shamsuri IsmaIL20 May 2013 at 07:50

    TS Zam'
    UMNO ada kekuatan bila dirungkai begini.

    UMNO ada wanita.
    UMNO ada Puteri.
    UMNO ada ahli dewasa.
    UMNO ada veteran.
    UMNO ada bekas pemimpin iaiitu MUBARAK.

    Oleh kerana antara satu sama lain kurang sepadu maka UMNO kian lemah kerana UMNO Malaysia gagal urus tabdir cabang-cabang ini dengan baik dan teratur.

    UMNO Malaysia terutama di diatas tersasar untuk menguatkan dalaman parti.Lebih banyak fokus cari makan daripad fokus hala tuju politik.

    Sebab itu kita lihat hari ini bila keputusan PRU 13 yang kurang memuaskan tidak ada kalangan mereka yang simpati dan gusar dengan UMNO kini.

    Yang kita dengar rintihan ialah kenapa tak dapat jawatan Menteri,Timbalan Menteri dan sebagainya.

    Lepas ini katanya berebut pula nak jadi SETPOL Menteri dan lainnya.

    Selalunya inilah perjuangan yang terjadi hari ini.

    Ulasan TS Sabusi Junid dalam Mingguan Utusan cukup tepat.
    Banyak penasihat yangn menjadi pelingkup pada UMNO yang makin tua
    ini.

    Walaupun UMNO menang tipis nampaknya gembira dan ego nya belum reda.Kesian amat sangat pada DS Najib.Raut wajahnya jelas muram dan kurang ceria.

    DS Najib kena berhati-hati dalam semua hal.dapatkanlah info dan maklumat rakyat sebenar dari pelbagai sumber atas daya usaha DS Najib sendir.Kalau ikut saluran resmi dan protokol banyak yang kurang tepat.Masing masing main selamat

    UMNO Malaysia perlu mantapkan rangka UMNO itu sendiri.
    Jangan yg dikendung tercicir.

    PRU 14 anggaplah lagi kronik dan unik.
    .

    ReplyDelete
  32. Saya sangat setuju dengan Tan Sri, Khairy tak usahlah mengambil alih tugas Perdana Menteri. Dia jaga kementerian dia sudahlah. Saya setuju dengan Zahid Hamidi bahawa siapa yang tak percaya dengan sistem pilihan raya kita silalah balik ke nagara asal, di sana ada demokrasi. Silalah berambus, biarlah yang tinggal di sini menghormati undang undang di negara ini. Tindakan Khairy seolah olah mahu mengajar Zahid dan mahu menjadi hero kepada orang Cina.

    ReplyDelete
  33. Mana ada istilah pandangan peribadi bagi seseorang menteri, semua yang ducakapkan adalah rasmi. Jadi selepas ini kalau ada wartawan wawancara Khairy kena tanya dulu ini kenyataan peribadi atau pandangan kerajaan. Bila Khairy kata kementerian dia adalah untuk semua, ini menunjukkan seolah olah kementerian lain hanya untuk orang BN saja. Dia jangan ikut cara MB Terengganu yang kurang cerdik apabila tidak mahu beri bantuan kepada kawasan yang dimenangi pembangkang. Dia tu MB Terengganu bukan MB kepada BN. Saya pun tak faham bagaimana orang yang macam ini boleh terus diberi tugas memimpin negeri. Bukan tak ada ADUN lain yang lebih toleran dan berperikemanusiaan untuk dilantik jadi MB.

    ReplyDelete
  34. Faham sajalah KJ nak cuci dosanya yg lampau.Langkah mulai sumbang.

    ReplyDelete
  35. Zahid perlu tegas dengan pendirian. UMNO dan Melayu perlu berani

    ReplyDelete
  36. KJ tak boleh bercakap bagi phak Zahid,,
    Zahid tak bleh bercakap bagi pihak KJ..
    Kita juga tak boleh bercakap bagi pihak depa...
    Kita perlu diam,... biar depa sesama depa yg bercakap...
    Tak perlu menyebelahi mana2 pihak...
    Baru Adil....
    Tak berilmiah langsung...

    ReplyDelete
  37. Kawan2 jangan lah seronok dan teruja sangat. Nanti jadi macam apa orang kata menang sorak kampung tergadai! Apa2 tindakan pun hanya akan ada jalan penyelesaian jika ianya rasional. Kalau emosional, tak akan kemana. Kita mungkin boleh bermegak, bertepuk dan bersorak dgn kenyataan DS Ahmad Zahid, tapi praktikal kah? Adakah apa2 akta atau peruntukan ungdang2 yg membolehkan kita bertindak seperti apa yg disebutkan DS tu? Mari kita bayangkan .... di suatu mahkamah ...:
    Pendakwaraya: “So & so ... Anda didakwa kerana didapati bersalah dengan menyatakan tidak puas hati dengan sistem pilihanraya di Malaysia. Setelah diselidiki segala bukti dan prima facie, pihak mahkamah mendapati anda tidak mempunyai sebarang karaguan yang manasabah terhadap tuduhan berkenaan. Maka ... anda dilucutkan kerakyatan dan diperintahkan meninggalkan Negara Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas hukuman dijatuhkan. Anda boleh pergi ke mana2 negara yang anda rasakan sistem pilihanrayanya bersesuaian dengan citarasa anda”.
    Rasanya tak menjadi ...
    KJ nampak cool & cerdik. Dia bijak mengawal diri dari bertindak secara melulu, melatah, menerjah, ‘provokatif’, bersifat emosional, aggresif dan kurang matang.
    1.Dia komen pasal MB Tganu pun dalam twitter secara ‘indirect’, dia tak sebut pun Mat Said. 2.Dia komen pasal ‘tsunami Cina’ pun tanpa menyentuh mana2 mana individu, sebaliknya dia minta kita muhasabah diri dan cari kesalahan sendiri sama.
    3. Dia pula tidak komen kenyataan DS Ahmad Zahid pasal ‘nyah dari negara ini’, dia cuma menyatakan ‘itu bukan pandangan kerajaan’, sebagai usaha untuk menjaga maruah kerajaan sekiranya kenyataan DS Ahmad Zahid itu ‘bakal mengundang isu’.
    Dalam menangani pelbagai masalah dalam negara ini dengan keadaan pluraliti dan kompleksiti penduduk2nya, rasanya KJ ialah bakal pemimpin yg menepati kehendak keperluan nasional untuk masa yg akan datang. DS Ahmad Zahid lebih sesuai kalau berada di kementerian yg kurang berkaitan dgn hal2 ‘mencetus perang’.
    KEPIMPINAN MELALUI TELADAN TIDAKLAH BERERTI MENTELADANI PEMIMPIN.

    ReplyDelete
  38. Nampaknya kj sedang mencari populariti dan cuba mengukuhkn kedudukn agar dpt pergi lbh jauh demi kepentingan diri bkn kepentingan parti. Malah sebelum ini beliau sudah pun menjadi PM bayangan semasa zaman pak lah. Jika tersalah percaturan BN bakal melahirkn seorg lg klon anwar ibrahim

    ReplyDelete
  39. Kalau begini punya keadaan dengan budaya KJ alamat PRU 14 BN punggah lagi..............

    ReplyDelete
  40. Saya tidak fikir KJ mencari populariti, dia juga mesti terfikir akan risiko dari tindakannya itu yang juga boleh mencalarkan popularitinya. Buktinya, dalam banyak laman web yg saya lawati, lebih ramai yg menghentam dan mengutuk KJ berbanding dgn yg menyokongnya. KJ pasti menyedari ini. Tapi KJ ada wawasannya sendiri, perjuangannya bukan untuk dirinya shj dan untuk UMNO, dia merenung lebih jauh kpd nasib BN dan nasib negara khususnya dalam aspek perpaduan. Dia cuba muncul dalam imej dan paradigm baru (sekarang popular dgn istilah apolegetik) untuk membawa pembaharuan dalam UMNO yg selama ini sentiasa tidak mahu mengaku salah atau mengaku kalah. Generasi baru tidak suka cara lama UMNO. Cara lama inilah yg mematikan selera golongan muda (kebanyakan mereka bersifat ‘rebellious’) dan tidak terliur untuk turut serta dlm 'perjuangan' UMNO. Idea "jangan cuba tujuk pandai, ikut dan jangan lawan toke" sudah tidak boleh pakai dan dan sukar untuk diterima oleh golongan muda yang kini terdedah dengan banyak ‘lubang maklumat’. UMNO kena terima bahawa pandangan dari lapis bawahan perlu juga ditelan walaupun mungkin sedikit pahit dan pihak atasan kenalah buang semua sikap ‘egoistik’. UMNO perlu lebih bersikap liberal dan terbuka kepada kritikan yg membina. Sedikit demi sedikit kurangkan dan buangkan terus sikap "authoritarian" atau "the boss is always right", jika ingin memenangi hati rakyat Melayu dan seterusnya hati rakyat Malaysia ... UMNO perlu berubah untuk meraih kembali sokongan bukannya setakat menagih simpati rakyat. KJ lebih faham akan semua ini berbanding kebanyakan pemimpin2 UMNO lain ...

    ReplyDelete
  41. Kalau tgk betul2..dari zahid kemudian hisham baru khairy..depa buat lawak ke apa..nak tonjol klik ketua pemuda susun rapi..tiga2 ni x bole percaya dah.. Bukak la mata semua..umno bukan milik jantan bertiga ni.. Umno milik bersama..

    ReplyDelete