Wednesday, 22 May 2013

KHAIRY ! JANGAN BIARKAN KALIMULLAH MEROSAKAN MASA DEPAN ANDA

CEO Air Asia, Azran Osman Rani mempunyai hobi luar biasa yang terbukti dari
gambar-gambar ini dan kiri di bawah Kalimullah Hassan, wartawan, jutawan dan
hartawan.
Seorang wartawan yang bertukar menjadi jutawan dan hartawan, tiba-tiba menjadi berani menampilkan diri untuk turut mengkeritik Utusan Melayu (Utusan Malaysia) suara UMNO dan institusi teragung perjuangan Melayu(Lihat Nasionalisme Melayu oleh Prof.William R.Roff) , demi untuk membela Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia X Azran Osman Rani yang meluat dengan Utusan Malaysia kerana bersikap rasis.

Azran telah mengugut akan menggunakan kuasanya menarik balik iklan Air Asia di Utusan Malaysia yang didakwanya bersikap rasis tetapi telah dipertahankan oleh Mantan Menteri Rafidah Aziz sebagai pandangan peribadi..

Inilah  bekas menteri yang walaupun telah kayaraya tetapi  lebih mementingkan penerbangan percuma dari harapan rakyat yang diletakan kebahunya bila menjadi Penegerui Air Asia..

Orang Melayu jangan hairan, jika budi Tun Dr. Mahathir kepadanya pun boleh dilupakan, inikan pula Utusan Melayu yang sekadarkan  memberikan ruang kepadanya untuk menulis seminggu sekali di Mingguan Malaysia bagi mempromokan dirinya semasa dia masih jadi pensyarah UM.

Melihat sikap bekas menteri ini, menggalakan Kalimullah untuk  menyatakan kebanggaan kerana  ' rakyat bersatu mengutuk Utusan Malaysia sebagai rasis."

Tuan Kalimullah saya ingin bertanya rakyat yang mana? jutawan jutawan Cina yang menjadi rakan karib tuan atau rakyat yang menyokong DAP dan Parti Keadilan atau rakyat jati yang menyokong calon-calon UMNO yang memenangi 88 kerusi Parlimen.

Sebenarnya Kalimullah  sendiri tidak pasti dan bertanya "Kadang-kadang saya tertanya-tanya dari bawah batu mana beberpa personaliti Utusan ini keluar. Mesti dari tempat yang betul betul gelap.

 (I wonder sometimes under which rock some of these Utusan personalities crawled from. Must be real sank dark place).

Memanglah benar mereka ini dari ceruk ulu, rakyat murhin yang miskin, orang kampong yang bodoh dan taksub yang tidak pandai menjadi sumber maklumat golongan anti kerajaan atau agen kepada negara jiran untuk mencari wang.

Mereka adalah dari keturunan rakyat asal negara ini dan bukannya dari keturunan bangsat yang tiba-tiba lupa daratan kerana menemui kekayaan.

Mereka tidak termasuk dalam golongan yang telah dijangkakan oleh mendiang Tan Sri C.C. Too, Ketua Perang Saraf Malaya dan Malaysia (1956-83), bahawa  menerusi penyusupan dan subversion dengan bantuan communist surrogates akan mencetuskan "suasana revolusi baru" yang akan dipercepatkan dan ditingkatkan oleh sebarang recesi ekonomi.

CPM was merely temporarily suspending its armed struggle but through infiltration and subversion with help communist surrogates would creat a new revolutionary situation which would be expedited and agravated by any future economic recession( Lihat The Communist Party Of Malaya by Aloysius Chin halaman 248.

Kalimullah telah memainkan peranan dalam usaha mendekatkan UMNO dengan anasir-anasir revolusi ini, setelah ketuanya dibebaskan dari tahanan dengan Khairy Jamaluddin menjadi sebagai jambatan, tetapi telah digagalkan oleh kebangkitan nasionalisme dan patriotisme Melayu dan UMNO.

Tetapi Kalimullah tidak putus asa dan berusaha sehingga saat terakhir untuk menggagalkan kemaraan Datuk Seri Najib menuju ke Perdana Menteri dengan berlindung di sebalik Malaysian Insider. Untuk seketika, dia menyembunyikan kukunya  menunggu musuh lemah.  

Tetapi tiba-tiba dia tampil ke hadapan, apabila sahaja sahabat karibnya Khairy Jamaluddin menjadi menteri kabinet, memperlihatkan kepakarannya mencakar dan cakaran ini jika terlalu angkuh akan merosakan masa depan Khairy.

Konspirasinya dengan Khairy Jamaluddin diketahui umum dan demikian juga dalam percubaan untuk menyekat  Datuk Seri Najib ke kedudukan No 1. Ketika dia berada dipuncak kuasa NST, dia mengarahkan akhbar itu ke arah memburukan Tun Dr. Mahathir dan menidakkan semua jasanya.

Sebagai seorang rasis yang anti Melayu, dia tidak merasakan perbuatannya itu adalah menghina  rakyat Malaysia  yang menyanjung dan memuja Dr. Mahathir sebagai penebus maruah bangsa dan dan pemahkotaan nama negara di seluruh dunia.

Kalimullah tidak dapat melihat di luar kotak rasismenya. Apabila orang Melayu dan Islam melihatnya sebagai tidak menghormati kedaulatan agama Islam dan juga tidak menghromati orang Melayu ketika dia mempersendakan Nabi Muhammad dengan siaran gambar kartun Nabi berkali-kali, walaupun dibantah oleh umat Islam (Mukhriz tentu masih ingat), maka dia merasakan ketika itu sebagai juara liberalisme dan pluralisme agama di Malaysia dia merasa selamat kerana berlindung di bawah ketiak Khairy.

Kalimullah mempunyai sikap anti semuanya yang bersifat Melayu. Kalimullah tidak sedar apabila dia tidak senangi oleh majoriti besar rakyat Malaysia dan hanya diberikan tepukan  oleh sebahagian kecil  bukan Melayu, maka dia adalah rasis.

Kebencian bangsa Melayu kepadanya menunjukkan bahawa dia rasis.

Tidak semesti seseorang itu tidak rasis, bila dia menjadi popular hanya kepada bukan Melayu yang merupakan golongan kecil.

Adalah lebih baik bagi Khairy memisahkan diri dari seorang yang rasis seperti ini, kerana sebarang hubungan dengannya akan menyebabkannya terpalit, akan  membuka kembali pekong luka lama yang akan memburukan masa depannya. Bahawa Kalimullah menyerang Utusan Melayu dilihat oleh rakyat, pemerhati-pemerhati politik  khususnya; orang Melayu  sebagai menumpang kekuatan Khairy. 

Masa depan Khairy bukan berada di tangan Kalimullah, tetapi di tangan UMNO dan ditangan rakyat Malaysia. Jika dia tidak berhati-hati maka peluang menjadi Perdana Menteri di hari muka akan musnah.

Pada peringkat ini, Khairy harus memilih antara Utusan Malaysia, Kalimullah atau Air Asia. Seorang Ketua Pemuda mesti berani untuk mempertahankan warisan suara keramat bangsa Malaysia yang  keagungannya tercatit dalam lipatan sejarah negara. (Untuk mengetahui lebih lanjut bacalah buku saya yang baru diterbitkan: Kisah Sejarah Utusan Melayu Didepan Api Di Belakang Duri. Terjual di MPH dan lain-lain kedai buku di seluruh negara. Bahasa Inggerisnya sedang diterjemahkan oleh Wan Hulaimi wartawan bebas di London yang menterjemahkan buku saya Mahathir Di Sebalik Tabir )

30 comments:

  1. Tok Sidang Malaya22 May 2013 at 09:00

    Sdr Zam.
    Kalau macam ini punya cerita jelaslah UMNO makin serabut.
    Kem Mukhriz dan sekutunya bersarang di Kedah.
    Kem KJ dan sekutunya bersarang di KBS Putrajaya.
    Kem Najib dan sekutunya di JPM.
    Cuma kem Shahrizat yang sesak nafas.

    Orang tua tua beri perumpamaan.Kalau kumpulan kaum ibu/wanita kelam kabut itulah isyaratnya masa depan UMNO.

    Eloklah Shahrizat dan kuncu kuncunya berundur segera demi manjaga masa depan UMNO yang makin malap angkara sumbangan yang SUMBANG oleh mereka.

    Ramai pemimpin UMNO ibarat tikus dgn labu.Undur jika sayang UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperkara yg saya nampak jelas, rosmah tidak langsung spt tun siti hasmah, yang berada di belakang tdm. wanita umno seharusnya diberikan kepada WANITA bukan dipegang oleh isteri pm. keputusan rasmi suami tidak seharusnya diketahui oleh isteri begitu juga bagi sang isteri yang berjawatan, tidak boleh wewenang diwar2kan kpd suami yg x berkaitan. wallahu'alam.

      Delete
    2. banyak sangat kem2...Mahyudeen tak buat kem ke? Senyap je...

      Delete
  2. Aku memang tak percaya KJ (Khairy Jamaludin) , dia ni pun kalau hasrat hatinya tak percapai nanti dalam 10 tahun lagi akan jadi seperti Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar dulu wak. Tenang, melihat riak air di permukaan.

      Delete
  3. I say ZAM. Masyaalah kita ialah kita mempunyai seorang PM yang lemah ( sedikit baik dari sepupunya dari segi membuat keputusan ) dan kurang tegas yang sentiasa bermuka muka dengan golonggan mata sepet walaupun sudah tahu sokongan mereka jauh `panggang dari api` dan penasihat penasihat yang pandai bermuka muka sepertinya juga yang langsung tidak membantu. Melihat kepada pemilihan anggota kabinet pasca PRU13 yang dianggotai olih mereka mereka yang merupakan `tainted politicians` dan perlantikan siKitol, Waythamurthi(hindraf) serta Paul Low(Ti)kita telah dapat menjangkakan kelemahan beliau. Menyimpan `transport ministry` untuk simata sepet juga sangat menyakitkan hati kami Melayu marhaen.

    Muhyuddin TPM perlu bertindak segera dan kalau tidak UMNO akan kehilangan undi Melayu marhaen/kampung/miskin/papa kedana/buruh kasar/ kais pagi makan pagi dsb/nelayan2/petani2/peneroka FELDA,FELCRA,RISDA dll ( semua ini adalah Melayu yang menyokong Najib dan UMNO). It seems to us that Najib is only interested in taking care of mata sepet and his UMNO`s warlords only!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Najib harus diturunkan segera jika masih dibuai mimpi indah dek Program Tranformasinya. Apa gunanya kemajuan negara kalau melayu hilang maruahnya..

      Delete
  4. TS, gasak n belasah sirasis tak sedar diri ni habis-habisan. Biar dia lari mencawat ekor balik kebawah ketiak LKY yg hangit tak pernah basuh tu!
    Kahiry ni, am not too excited about him until he fully turnaround n berani menjunjung keris melayu tanpa being apologetic at all about it.

    ReplyDelete
  5. Saya amat berharap KJ dapat memahami hasrat yang tersirat dalam coretan ini. Kj mempunyai potensi yang tinggi untuk melangkah jauh dalam berpolitik tetapi saya agak khuatir dengan latar belakang KJ yang sememangnya rapat dengan Kalimullah, Tony Fernandes, Kamaruddin, Azran, Jason Lo, Kean Oon dll yang sememangnya tidak pernah menunjukan sokongan mereka kepada kerajaan UMNO walaupun diberi ruang besar dalam perniagaan. Munkin mantan Menteri EPU juga boleh beri komennya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ hanya pandai cakap saja..biasalah balik Oxford katakan..Tak caya tengok lah nanti..Implementation hancussss..

      Delete
  6. BERTEPATAN dengan apa yg telah saya fikirkan dan mengkaji sejak 1996/7 secara ilmiah/persendirian serta pertemuan/diskusi dgn insan2 spt dato' bahadur (baling) serta beberapa lagi...ttg agen luar, talibarut, komunisma, hipokrasi dan who's who.

    ReplyDelete
  7. Once upon a time Malaysia dijajah oleh 4K...Khairy, KakEndon, Kali, dan Kamal. Kemudian JKKK (you know who). bab typo tu dont worry TS, jgn habiskan masa untuk proof-read. Yg penting bagi saya adalah isi bukan hiasan. Ikut Tok Bahadur, K**M*** tu campuran nama tuhan hindu dan Islam, sbb tu dia confuse. Kalau Kalamullah barulah Kalam ALLAH.

    ReplyDelete
  8. KJ nk pertahankan Utusan/Melayu??! Sorilah, don't get your hope too high, you'll be sorely disappointed. KJ kulit sja Melayu, dlm anglophile. Dia dlm UMNO pun sbb ni shj parti yg dia rasa boleh membawa dia ke tahta menjadi perdana menteri. UMNO ini ibarat 'vehicle' untuk cita2nya shj tidak lebih dari itu. Bkn sebab rasa kecintaannya pada bangsanya @ tanahair, agama toksah sebutlah. Tp Najib punya cerdik siap bentang karpet merah utk seorang lagi PM wannabe ni, KJ...Anwar 2.0. Najib tidak belajar dr kesilapan Tun yg membawa Anwar masuk UMNO. Masalah Anwar pun xselesai lg, tambah seekor lg jelmaannya siap dgn misfits yg mengekorinya kemana dia pergi. Tgk sajalah setelah sekian lama rakannya si kalimulah ni senyap, sekonyong2 KJ masuk kabinet, dia pun dh mula berbunyi sumbang.
    Berbeza dr Anwar yg petah berkata2 namun otaknya ala kadar shj, KJ dianugerahi dgn kepetahan & kebijaksanaan, kombinasi yg sgt baik jikalau disertai dgn niat yg murni, tp jika sebaliknya.. bersedialah kita dgn bencana mendatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sispa pelapis UMNO yg boleh diangkat sebagai PM dlm masa10-15 thn mendatang?

      Delete
    2. kita mmg dlm pra bencana skrg. Kj mmg membuka ruang smpit mnjadi seluas2 nya utk kehancuran mutlak dari dalam. Tiada pelik lg bt sy, ds najib bukan org yg mmbesar dlm keadaan kais pagi pd zaman membesarnya maka beliau menjadi budak bersaiz besar ttapi dibuli oleh si budak kecil. Beliau terperngkap dlm sifat penakut alam kanak2nya. Tan Sri, sy benar2 mahukn Tan Sri mencari, mengkaji dan mengulas buku2 tulisan Prof. Dr. Aminuddin mohd yusuf, sarjana ukm berkenaan kajiannya trhadap ds najib. Tolonglah, supaya ds najib dpt mgimbas diri yg kerap ditikam akibat personalitinya sendiri. Shamslay btg

      Delete
  9. Nk tambah lg satu, seperti komen yg dibuat oleh Yan diatas, siapa senarai rakan2nya (misfits lebih tepat)Kalimullah, Tony Fernandes, Kamaruddin, Azran, Jason Lo, Kean Oon, kita dh boleh agak jenis apa orgnya KJ ini. Seperti kata bijak pandai 'When a character of a man is not clear look at his friends'.

    ReplyDelete
  10. Kalimullah,..'Tuhan hindu ulama Islam' !
    macam nama jembalang jer...hehe

    ReplyDelete
  11. Pernah terdengar ayat ini dulu semasa Nallakarupan kena tangkap "macam mana kita ni???" "Apa lagi kita migrate lah" hahaha..

    ReplyDelete
  12. Zahid lupa. 1998, Rakyat jelata masih ingat.
    Zahid lupa, dia pernah cuba cabut lari.. Tapi di tangkap di Sabah.
    Zahid lupa, dia sebenarnya pengecut. Sekarang tunjuk garang.
    Zahid lupa dia pernah terkurung. Kini dia lupa erti kebebasan.
    Zahid lupa. Kuasa manusia hanya sementara.
    Zahid lupa.
    Zahid lupa.
    (Copy & Paste : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4286153131263&set=a.2532206643697.91542.1809475213&type=1&theater

    ReplyDelete
  13. KJ dengan Kalimullah mana boleh berpisah Tan Sri. Mereka berkawan baik masa Kali berada di puncak kuasa di NST dan KJ jadi Ketua Pemuda UMNO. Masih ingatkan Tan Sri yang akhbar arus perdana tidak menyiarkan berita Tun Mahathir masa Pak Lah jadi PM? Siapakah disebalik semua ini? Ingatkan Tan Sri NST pernah siar berita tentang Tun di mana selang seperenggan ada ulasan memburukkan Tun. Ketika itu hanya Utusan Malaysia yang menyiarkan berita Tun M tanpa diulas dalam berita yang sama. Mengenai Azran, anggaplah dia itu Melayu moden yang terposah dari pohon bangsanya. Sebab itu dia boleh berjaya. Saya tengok gambar yang dipaparkan dan langsung tak terkejut kerana ia bukan kesalahan malah inilah menunjukkan Melayu telah moden dan maju. Tan Sri, orang macam inilah yang kita harapkan untuk memajukan negara. Azran seorang yang boleh dijadikan bukti untuk berjaya seorang itu mesti menganggap bangsanya sebagai rasis, bangsa lain sebagai berjuang untuk menuntut keadilan.

    ReplyDelete
  14. Cakaplah apa pun. Pada akhirnya apa yang kumpulan ini mahu ialah wang, wang, wang. Dengan wang mereka akan dapat kuasa dan dengan kuasa mereka akan dapat lebih wang dan dengan lebih wang mereka akan dapat lebih kuasa. Wang dan kuasa. Itu saja yang mereka mahu. Pandai berpidato, pandai PR, pandai psychological warfare, pandai selok belok penipuan kewangan. Akhirnya wang dan kuasa. Permainannya sama. Cari kelemahan, di situlah mereka akan menang. Jika pucuk pemimpin lemah, permainan akan lebih senang. Akhirnya yang kalah ialah rakyat terutama orang Melayu. Khairi memang bijak. Kalaulah mirip kepada pemikiran dan kelakuan Tun Dr M, syhukur. Tetapi nampaknya kecenderungan nyata ala Anwar. Hidup Melayu !

    ReplyDelete
  15. Semenjak KJ berada dalam Kabinet DS Najib ramai sudah hilang selera dengan UMNO/BN.
    Ini semua kerana DS Najib hendak selamatkan kerusi Presiden UMNOnya itu.Tidak lebih dari itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib, Kj, Hishammuddin dan Nazri akan dibungkuih dalam perhimpunan agong UMNO nanti..Kali ini bukan perwakilan yg akan memilih tetapi ahli UMNO sendiri yg akan buat keputusan..Kita tggulah masanya samada riwayat mereka ini akan kekal atau terkubur..

      Delete
  16. Saya nampak TS Zam macam ada agenda terselindung disebalik artikel2 yg dikeluarkan dlm ruangan ini. Ianya bukan setakat meminta pembaca memberi ulasan balas atau pandangan tetapi juga seolah-olah membuka ruang dengan beberapa ‘bola tanggung’ di pihak KJ untuk di‘smash’ oleh puak2 yg anti KJ. Jika kita hendak menilai seseorang sebagai ‘busuk’ dengan menelanjang dan menyingkap sejarah lalu mereka, maka ramailah sahabat para nabi seperti Omar AlKhatab, Khalid Ibn Walid, Muawiyah dll akan termasuk dlm golongan ‘busuk’ ini. Tidak terkecualilah juga mantan PM Tun M, PM sekarang DS Najib, DS Ahmad Zahid dan ramai lagi akan terpalit dengan idea ‘kebusukan’ seperti ini. Kita perlu lebih matang dan adil dengan melihat juga pada keadaan situasi sekarang. Memang tidak dapat kita nafikan Datuk Kalimullah adalah merupakan seorang sahabat KJ. Yg kita tahu Datuk Kalimullah cuba mempertahan pandangan Azran CEO Air Asia yg tidak setuju dgn artikel Utusan Melayu Bertajuk “apa lagi Cina mahu’. Kedua-dua mereka (Datuk Kalimullah dan Azran) berpendapat, di sebalik artikel itu terselit unsur-unsur perkauman yg memberi ‘impak negatif’ kepada agenda perpaduan Negara. Oleh kerana idea atau pandangan kedua mereka itu tidak sealiran dgn pandangan veteran2 , pak2 turut dan juga ‘kaki pukul gendang perang’ dalam UMNO, maka teruk sekalilah Azran dan DS Kalimullah dibalun sehingga mereka bukan shj dilabel ‘Melayu lupa daratan’ bahkan juga dianggap ‘anti Melayu’. Mengapa harus atau sengaja hendak dikaitkan mereka itu serta hendak diheret KJ turut terjerat dgn ‘kontroversi’ ini. Adakah penulis cuba untuk mengetengahkan secara tidak langsung bahawa KJ adalah jenis Melayu lupa daratan atau anti Melayu? Kalau ya, dengan tujuan apa? Pada pandangan saya, kalau benarlah sangkaan saya (maaflah kalau tidak benar), tujuannya adalah tidak lain dari usaha untuk mengurangkan atau menghakis sokongan ahli2 UMNO kepada KJ dalam merintis atau membuka laluan mudah kpd satu team lain untuk mendominasi UMNO pada pemilihan dlm perhimpunan agong UMNO yg akan datang dan seterusnya PRU14. Dan kalau benarlah juga, maka sejarah perpecahan UMNO akan bakal menyusul dan tertulis semula seperti mana berlakunya zaman Dr M vs Tg Razaleigh dan juga zaman Dr M vs DS Anwar. Wahai ahli2 dan pemimpin2 UMNO, bersatulah demi memartabatkan nasib bangsa dan jangan hanya hendak memikirkan poket sendiri sahaja … TS Zam, saya cadang lontarkan lebih banyak cetusan idea atau artikel yg mengarah atau menjurus kepada perpaduan UMNO berbanding dengan hal2 yg boleh memporak-perandakan UMNO …

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg org business dok ceta pasai politik tu buat apa ? Masalahnya org business ni ada agenda politik la kan..Tak suka melayu pun dok diam sudah la...lagipun awak tu buat business..bila org dh start marah baru kelamkabut..
      Pemimpin yg baik tak akan offer diri nak jawatan...Bukan mcm KJ..Dia nak jawatan sbb nak jaga business dia dan kroni-kroni dia...UMNO akan lingkup pd PRU14 kalau masih ada pemimpin2 yg mcm KJ ni..Memang melayu mudah lupa seperti saranan Tun M tu..Lupa yg rakyat dah cukup meluat dgn pemimpin2 yg songlap duit rakyat dgn mengagihkan projek2 kepada kroni mereka..

      Delete
  17. KBS ni nak promosi sukan atau KJ? Kj ni umpama barah dlm umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah peringkat AID dah...tggu masa nak bungkuih dh UMNO ni..

      Delete
  18. KBS nampaknya lebih menonjolkan menterinya dari yang lain-lain.Bukan itu sahaja kementerian lainpun dia cuba campur tangan.
    Apakah orang lain semua tak tahu buat kerja?

    ReplyDelete
  19. A'kum TS Zam,

    Saya tak nampak dengan mempertahankan Utusan, bermakna saya mempertahankan melayu, atau menjadi lebih melayu dan patriotik. Kalau saya sayangkan melayu, saya mesti menegur suratkhabar melayu yang terang-terang menyuntik api perkauman. Ini tidak pula menjadikan saya kurang melayu.

    Saya secara peribadi setuju dengan pendapat Azran. Dia berhak memberi pendapat, dan kita perlu menerima setiap pendapat secara terbuka, walaupun pedas. Saya tidak nampak kenapa kita harus melenting bila seseorang secara vokal berbeza pendapat? Ini adalah attitude kuno dan tidak relevan dalam suasana sekarang. Kalau kita faham di situ, bermakna kita tak perlu nak sentuh segala hal peribadi mereka.

    Sifat 'melindungi keluarga sendiri' oleh Utusan ini sangat saya sanjungi tetapi saya khuatir ianya menuju ke belakang dari ke depan. Ini hanya pendapat saya. Saya percaya TS Zam lebih arif dlm hal ni.

    ReplyDelete
  20. Saudara sendiri tidak seimbang dalam melihat sebab kemarahan ramai yang ditimbulkan oleh Azran. Dia berhak untuk memberikan pandangannya sendiri terhadap Utusan tetapi apakah seorang yang demokratik dan liberal apabila dia hendak menggunakan kuasanya bagi menarik balik iklan dari Utusan.Adakah Air Asia bapak dia punya? Orang ramai mempunhai saham didalamnya walaupun sedikit sahaja pegangan Melayu(?)

    Ini adalah atitude diktatorship,niat buruk untuk penyalahgunaan kuasa,fikiran sempit,emotional,ego dan uneducated dan dalam beberapa hal menunjukan orang yang tidak mempunyai keperibadian yang baik.UnMalaysian.

    ReplyDelete