Tuesday, 28 May 2013

"I LOVE PM". IT IS DISGUSTING

NAJIB JADI LUAR BIASA
Masyarakat Cina telah  yang memukau Datuk Seri Najib 
dengan banner I Love PM
Dalam masa kempen PU 13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib ditunjukan minum makan bersama rakyat di kedai-kedai lepak rakyat biasa di sana sini, di gerai, di cafe  di kedai mamak dan sebagainya. Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah "luar biasa" kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan.

Kata mantan Menteri Kewangan Daim Zainuddin,  Anwar Ibrahim adalah clown (lebih tepat dipanggil Raja Lawak). Kata saya Najib adalah imitator. Penasihatnya berkepala di awan tanpa kaki mencecah daratan. Inilah penasihat yang patut disingkirkan.

IT LOOKS AWFUL

Memang hal ini sudah lama terasa di hati, terfikir di kepala, tertusuk di mata tetapi tidak terkata.

Seorang kawan dalam dunia korporat mengirim pesanan ringkas menepati cita rasa zamkata:

Katanya, On Daim's remark I agree fully. Najib dosen't need to compete with Anwar and try to imitate his style. It looks awful. Please tell them to stop showig the banner "I Love PM" It is disgusting. Najib Should present himself as a serious statesman not as a student  leader style.

UMNO DALAM KEADAAN PANIK

Negara belum keluar dari keruncingan politik; keselamatan diancam oleh communist surrogate, tiap hari ada tunjuk perasaan cina baju  hitam cemarkan pilihan raya yang  sah, berbagai laporan palsu polis dibuat; blackout, dakwat padam, The Star dramatised berita light got out during black 505 rally in Tapah  selama 10 minit seolah-olah baru berlaku dan benar-benar berlaku, cuma atas dakwaan pembangkang tanpa pengesahan sesiapapun. Hebat sekali Journalisme The Star.

Blackout di kawasan sekolah di Sedim Kedah pada hari yang sama juga 10 minit. Semakin banyak laporan sama dibuat semakin ramai orang percaya. Ini strategi mereka.

Dalam keadaan menghadapi pelbagai cabaran dari raja lawak dan kepala cauvanisme Cina, tiba-tiba muncul pula cerita hendak jadikan BN sebagai satu parti tunggal pelbagai kaum dengan membubarkan semua parti komponen.

Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

Nak test the ground pun bukanlah masa sekarang ini.

SUARA PEMBANGKANG SEKEJAP HALAL SEKEJAP HARAM

Kedua-dua suara cetak parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan yang telah dibiarkan dijual kepada umum walaupun untuk hanya pengedaran kepada ahli sejak sebelum PU 2008 tiba-tiba diharamkan setelah PU13. Tindakan merampas jualannya telah dibuat.

Perkara ini lucu, pelek dan ajaib. Apakah ianya haram kerana sekarang KDN di bawah Zahid Hamidi dan halal kerana di bawah Hishamuddin Hussein sedangkan hukumannya memang haram. Atau ada  pegawai-pegawai KDN yang pro pembangkang yang memejamkan mata atau kerana sukar untuk mengawal.

Penjelasan perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka tidak terkejut apabila dihalalkan semula jualannya kepada umum. Rupa-rupanya ada undang-undang kerajaan yang boleh sekejap halal sekejap haram.

Tindakan ini meyakinkan rakyat terhadap kecacatan demokrasi kerana telah sekian lama mereka bebas membeli yang haram.

69 comments:

  1. Salam Zam.Rasanya lah, ahli ahli bawahan dah menyampah dgn Najib.Pada mula ya besar harapan pada dia. Akan tetapi apabila dia mula mematikan kementerian pembangunan ushawan, Dari situ kita dah nampak perjuangan melayu akan dikesampingkan sedikit demi sedikit. Ditambah pula dgn slogan satu Malaysia yang membawa ke arah kesamarataan. Idealism yang bagus, tapi adakah Melayu tidak menjadi mangsa. bangsa Cina diberi muka yang terlampau, tapi apakah hasilnya. ingatkan Najib, selepas ini Melayu yg Akan jatuhkannya. begitu juga Saifudin. Jgnlah jadi pemimpin melayu yang dibenci. jgn khianati sumpah Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. najib memang khianati ekonomi org melayu, sebab jiwa najib bukan jiwa melayu. dia hanya perlukan org melayu untk undi tapi tak pernah pon pernah rasa pahit getir org melayu sendiri. jawapan dangkal najib bila dia mansuhkan kem pembangunan usahawan ialah ekuinas dan teraju. 2 brainchild nor mohd yaakob untuk menambahkan network kekayaannya disamping duit tabungan epf dan pelaburan khazanah. kickdefella 2.

      Delete
    2. Pak Zam, terang-terang cakap, Najib gagal. Sebagai orang yang gagal meletakkan maruah orang melayu ditempat tinggi, lebih baik turun dari takhta Presiden Umno. Ini kali kedua saya suarakan kepada Pak Zam.

      Najib tidak menjunjung dasar sebenar perjuangan Umno, orang melayu di kampung dan luar bandar memenangkan Barisan Nasional kerana parti bukan kerana Najib. Ini kerana orang melayu luar bandar masih ada maruah dan jati diri, walaupun melayu bandar kata, orang melayu luar bandar katak bawah tempurung, ini semua kata-kata kosong, orang melayu kampung lebih tingkah menangani mana satu fitnah , mana satu realiti.

      Najib perlu ingat kegagalan beliau adalah kegagalan keseluruhan pentadbiran think tanknya, mangkuk-mangkuk yang jadi penasihat telah menyebabkan najib syok sendiri.

      Turun lah Najib.

      Delete
  2. Salam Tan Sr....mengenai kibaran banner ' I LOVE PM ' tak payah di bangkit kan sangat,lagi pun mereka yg mengibarkan banner itu 'innocent ', kalau di kira dari aspek political evaluation of DS Najib/PRU 13 ( yg tentu nya di buat oleh the upper echelon of the society )... bukan kah banner2 ini add colour pada event2 PM hadir dan give life to the event ?....jangan nampakkan UMNO/BN suram.. biar lah banner2 itu bawa keceriaan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zam, Banner "I Love PM" tu nampak kebudak budakan. Buat apa puja PM macam tu. Penasihat2 tu pikirlah sikit sebab itu buat orang meluat. Kita bukan benci Najib tapi banner tu tak usahlah. Buatlah macam "Malaysia Boleh" yang lebih menaikan semangat.

      Delete
    2. Salam pembahas,

      Saya rasa tiada salahnya kita memberi sokongan kepada PM sementara beliau mampu bertahan. Masih boleh diterima banner tersebut yang nampak lebih general berbanding I LOVE NAJIB. Itu mungkin agak keterlaluan. Masalahnya di sini, semua dipihak BN nampak salah sedangkan dipihak sebelah semuanya boleh. Apa bezanya banner Justice for Adam Adli atau Justice for Anwar. Insan-insan sebegini dijulang tinggi walhal peranan mereka lebih kepada memudaratkan negara. Cuma di sini banner I LOVE PM tersebut mungkin nampak palsu pada pengundi Cina. Tetapi keseluruhan kaum Cina tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini. Masih ada sebahagian kaum Cina yang masih setia menyokong BN/PM walaupun kuantitinya kecil. Di dalam BN semuanya tidak boleh. Nepotisme tidak boleh, ucapan bersifat rasis tidak boleh. Tetapi di pihak lawan semuanya boleh. Di pihak BN, kes salahlaku semuanya boleh didedahkan, sedangkan dipihak sebelah semunya disembunyikan. Inilah mulianya BN sehingga memakan diri.

      Saya agak bersetuju dengan tulisan artikel Ku Seman menyatakan pada hari ini media arus perdana dikuasai oleh media pro pembangkang. Itulah realitinya. Buka saja internet, pelayar Yahoo menyuapkan berita dari sumber pro pembangkang. Buka sahaja Youtube, featured video dipenuhi dengan video-video politik pembangkang. Seolah-olah tiada ruang bagi menyiarkan berita pro BN. Trend memboikot media pro kerajaan telah lama digerakkan, malah seawal pru 11 lagi. Selagi rakyat masih memberi mandat kepada BN untuk terus menerajui negara 5 tahun lagi, saya berharap kerajaan di bawah BN mesti melakukan kerja keras bagi mengusai media arus perdana ini. Janganlah terlalu berharap kepada RTM & Utusan sahaja. Lakukanlah sesuatu bagi menguasai liputan berita sahih berbanding kontroversi yang meningkatkan jualan/jumlah pembaca. Rakyat pada hari ini telah terlalu banyak disajikan dengan drama, rancangan realiti, serta berita sensasi berbanding berita yang bersifat pencerahan terhadap sesuatu isu. Berita pasca GE13 di kumpulan Media Prima lebih berminat mempopularkan KJ berbanding PM. KJ kini overshadow PM/TPM. Tidak kisahlah kalau pucuk tengah masih muda. Tetapi, pada hemat saya biarlah berpada-pada. Jangan julang sangat pucuk baru seperi melayan bintang bola sepak kebangsaan. Sampai suku jalan, terus segalanya menjadi longlai.

      Saya masih lagi mengingati ketika saya bersiar-siar di Alamanda,Putrajaya sekitar 2008/09 akhbar Harakah bebas di jual di sana. Saya terfikir,begitu demokratiknya kerajaan pemerintah khususnya KDN pada ketika itu membenarkan penjualan akhbar pro pembangkang di wilayah kerajaan pemerintah. Tidak pernah terfikir pun samada ada tanda Halal/tidak di kertas akhbar tersebut.

      Saya berpendapat, BN seharusnya mempunyai dasar/pendirian yang jelas ditiap-tiap Kementerian bermula dari sekarang. Halatuju masa depan perkhidmatan awam dan juga negara mesti dimuktamadkan. Baik di KDN mahupun di kementerian lain khusunya dasar pendidikan nasional. Rakyat sudah tidak mahu lagi konsep trial & error di dalam dasar pentadbiran/pemerintahan. Rakyat tidak mahu lagi mendengar, hari ini boleh, esok tidak boleh. Hari ini ada esok tiada. Tiap kali bertukar menteri kabinet, tiap kalilah berubah-ubah dasar sedangan kumpulan pelaksana yang menjadi mangsa. Hari ini letter head/logo/envelope kementerian tertentu ada, esok sudah tiada. Hari ini sekolah ada periksa, esok tiada. Yang berlumba-lumba mendapat nama, YB tertentu untuk beberapa penggal. Tetapi yang menanggung akibat, kumpulan pelaksana dan juga rakyat.

      Wallahualam

      Delete
    3. Kalau satu banner/kipas RM1.00, satu kad macam2 acronym RM0.50, dah berapa masuk? Siapa yang untung, macam-macam cara membazir wang, bak kata Husin Lempoyang "WOW, bisnes banner lagi untung dari bisnes unta ... WoW"

      Delete
    4. Kalau kat kelantan mereka jual. Kopi 3n1 cap bulan, pen cap bulan, kipas cap bulan. mereka jual dengan harga above average, tapi masih dapat laku. kenapa? kerana orang pas percaya dengan pembelian itu mereka sebenarnya memnyokong parti mereka. what a sustainable business model, berbanding cara umno, lepas pru semua bendera dibakar. :D

      Delete
  3. I love PM (Najib) to be removed from his current position and be replaced by someone else who are more committed and straight forward to run the new Malay government minus mata sepet.

    ReplyDelete
  4. salam, TS. Bravo. harap-harap suara para blogger didengari sampai ke atas. buatlah satu resolusi yang mengumpulkan kesemua blogger dengan tuntutan2 atau desakan2.

    sekarang, wakil rakyat baik ADUN, MP, Menteri2 malah PM sendiri sudah tidak boleh menjaga kepentingan rakyat, kami sandarkan harapan itu kepada para blogger seperti TS, Dato' Kadir Jasin, Syed Akbar Ali, Rocky dan lain-lain.

    bergabunglah & bawalah suara rakyat marhain untuk didengari. saya rasa molek kalau TS yang mengetuai barisan blogger2 ini utk mengembalikan semua kekuasaan UMNO dan memastikan check & balance kepada menteri2 untuk kepentingan rakyat Malaysia, agama Islam dan orang Melayu khasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju!!!!!! yang dekat power coridor mmg dah tak boleh harap. Sekor dua saja lagi yg masih ada semangat melayu.

      Delete
  5. Saudara Zam,

    Keadan kita sekarang macam kapal dilanda taufan. Hanya nakhoda yang berpengalaman dan cekap dapat mengawal keadaan dan melayarkan bahtera melaui badai ini. Nampaknya nakhoda belum bertindak mengawal keadaan kalau dibiar berkemungkinan kapal tenggelam. Inilah masanya Nakhoda yang bagus menampakkan kebolehannya. Takut takut nanti ada yang tak tahan dan berlaku "Mutiny on the Bounty".

    IH

    ReplyDelete
  6. move on la dan kuat kan semangat untuk membangunkan ummah melayu/Islam. hanya dengan kekuatan ekonomi sahaja kita mampu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. cina buat dalam diam, kita sedar selepas terjadi. Melayu bising dulu kata nak buat tapi tak jadi2 juga. kalau dengar komentar di TV macam semua cerdik pandai ni orang melayu aje tapi melalak ajela. ramai parasite dalam glc yg tiada jiwa bangsa tapi dibiarkan memimpin GLC. semuanya melayu kejar bonus dan saham special. kalau serius letakla dalam Board wakil NGO dari kesatuan pekerja ke, environment ke, persatuan pengguna ke , perkasa ke, chamber of commerce dan other stake holders untuk sama2 dengan the professional jaga tuju arah syarikat. ini letak kawan2 aje.

    ReplyDelete
  7. Najib kena resign. Rosmah is a liability. Kalau Muhyiddin naik, isteri dia pakai tudung. Kat situ je 5% undi melayu bertambah.

    Psikologi orang melayu, nampak gayanya Najib tak faham. Letak jawatan je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The strategy employed by Najib's PR was similar to what Obama did.Even internet campaign. Its good that some advertising and PR companies made a lot of money. But the votes for BN came from the kampongs and rural areas where all this was not needed hence a waste of money. People there voted due to loyalty to local leaders,BRIM and most were umno members anyway.
      Isn't Najib savy enough to know these strategies were not suitable? Even ordinary people on social media were commenting that it was overkill and counterproductive. Says a lot about Najib doesn't it?

      Delete
  8. Terima kasih Ts Zam dan Tun Daim.
    Sudah sampai masa Najib sedar.
    Bukan saja macam budak sekolah punye stail, tetapi banyak unsur usur personality cult.
    Terima kasih sekali lagi.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  9. yg paling saya ingat tentang TS adalah temubual dgn CNN beberapa tahun dahulu...hmmmmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. we have erection every 5 years without fail....

      Delete
  10. Janganlah sakitkan hati orang Melayu lagi, Najib. Dah masuk 4 minggu kita perhatikan Najib tak buat apa2 yang berkesan tentang pembersihan dan pemutihan GLC dan kakitangan kerajaan juga pewujudan semula Kementerian Pembangunan Usahawan. Be serious laa. Dengar nasihat Tun M dan Daim tu sikit. Tak banyak sikit pun jadilah. Bila lagi nak buat kenduri rakyat orang Melayu sempena mengekalkan kerusi UMNO 88 di Parlimen dan beberapa ratus di DUN2 tu? Makan besar cina sekepala 50 hinggit boleh buat, kenduri utk orang Melayu takkan tak mampu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenduri tak payahlah kot. Dah dapat duit Brim.Tunggu menang cemerlang 5 tahun lagi.

      Delete
  11. Thank you for bringing this up TS. Same as you, dah lama terbuku di hati nak cakap benda yg sama. Stop this I LOVE PM thingy! It's so honestly fake! If people really love you, they will sacrifice their time, energy and sweat to produce a banner for you and flash it out to you. Not ready made banners and passed out to the audience, and by the time PM comes in, flash it out to please him. Thats why he got it all wrong with the misleading signals.

    The PM's strategist team is really a bunch of idiots who does not understand or does not have mind sense when it comes to matters like these. I wonder why they kept proposed cheap, useless strategies which did not even help our PM. Also, with all the 'hard selling' news in the media before the GE. It was too much that I had to stop buying some newspapers and skipped Buletin Utama TV3. Now only I have resumed since it has slowed down.

    Najib needs to sack these bunch of group and recruit talented strategists who understands the ground issues better and would help him to win back the people's heart, in the RIGHT way.

    Ai.A

    ReplyDelete
  12. Looking at the comments here, a lot of us is missing the points by a mile. UMNO's survival now and in the near future would be on how best we 'talk' to the impressionable youngin. Just where are the PEMUDA UMNO? Have they grown old also? Maybe UMNO should bring dowm the age limit to 33 (by the time GE14, they would still be in their thirties and still hip) to make it attractive for youngin to join. The youngin would say ' ada aku kisah' should BN supporters talk about nakhoda kapal karam, GLC, stakeholders, mutiny on the bounty or even Kementerian Pembangunan Usahawan. We sound old to them and not representing them.

    PR communication campaign underlined their full understanding of youth wants and whim. They use simple language and simple command with oversimplication of issues to create reaction such as "Jom pakai baju hitam, Jom pegi demo, jom tweet and retweet, jom flash mob.

    We need a younger and fresher PEMUDA UMNO to communicate to the youngs as follows

    1) Where got NEPOTISM in BN. IN PR got lah..(lah word kena pakai..the young dont understand proper Bahasa or proper English..eg..ini kali lah bunyi cakap macam tak lepas darjah 5, but it struck a chord). You want or not you go to work no promotion coz nepotism there?

    2) Where got fraud in GE13, in DAP internal election got lah..and they blame excel. Correct or not?

    3) People who cannot count can run government meh? refer Penang Bridge cost figure typo RM4.3 bil. Want to blame what..words, powerpoints, excel again?

    Another point i think is that, they also dont care about Harakah or any other printed media or even watch TV. They will say again 'ada aku kisah'.

    That's in my humble opinion, what DSN should do..make Pemuda UMNO younger and make the colour red hip. Can or cannot meh?

    As mush as i am frustrated by this lack of competency or simply respect to both proper English and Bahasa malaysia usage, we cant run away from the fact we need the language as tool to convey the messsage/ meanings or else the language doesnt serve its purpose.

    li dosh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Li Dosh, your comment is so political oriented. That's not how to communicate with the youngsters. Your ways are stupifying the youngsters, in which the stupidity reflects back on you.

      Clearly you don't see our political landscape from various perspective. I am 27 yrs old myself. Dont let me get started on one sided mainstream media. That alone enough to take away my vote.

      Delete
    2. Yes Faisal, it was a political communication. And the youngsters would say 'ada aku kisah'. As for you to get started and not get started, you are 27 years old. Go figure yourself. And one last thing, who reads the one sided mainstream media anynore? Why bother? And for the one sided mainstream media be that alone to take away you vote, clearly that means you are unable to see our political landscape from various perspective.

      Delete
    3. Li, the folks in kampung or rural areas read mainstream media. You can see clearly in the result of GE that BN won in rural areas, while most urban areas where people have access to alternative media won by PR.

      I don't close my eyes over mainstream media. Luckily I know I can read from both media and compare. Unfortunately, this will not happen for pakciks makciks and most people in Rural Sabah and Sarawak due to limited access. Again, urban areas like Kuching won by PR, even with bigger majority. I dont have to tell why :)

      Anyway thanks for your reply. May the difference in opinion make us smarter in politic-ing.

      Delete
  13. Najib patut malu dan harus letak jawatan, marhein yg memberikan sokongan padu kpd kemenangan umno bukan kerana najib ttp sebaliknya utk memastikan pati keramat umno terus berkuasa.
    Marhein sedar mereka tdk lagi mampu sandarkan kepercayaan kpd najib yg hilang fokus ibarat lebih sudu dr kuah, pipi tak mancung hidung tersorong sorong, hingga menyebabkan kegilaan yg amat ketara kpd rakyat bawahan.
    Kemenangan umno juga hasil dr kesedaraan marhein yg selalu bercampur gaul dgn puak2 racis cina ini, memang telahpun menyedari puak ni akan melakukan kejutan kpd bn. Atas kesedaran itulah kedah kembali kepangkuan umno.
    Maruah najib skg cukup teruk saat ini pada pandangan org2 marhein.

    ReplyDelete
  14. I LOVE PM OR I LOVE PM TO RESIGN?

    -Boss,Penang

    ReplyDelete
  15. Apa pun Najib telah melaksanakan yang terbaik. UMNO dan BN masih kekal memerintah. Kalau bungkus itu hari lagi teruk lah Najib kena belasah. Kalau dilihat Najib telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi malangnya dikalangan Pimpinan lain seolah-olah menangguk keuntungan dari hasil usaha Najib. Najib terkial-kial cuba sedaya upaya memenangi hati Pengundi Cina dan India. Kita semua pun tahu berapa banyak sudah dibelanjakan namun bantuan dari Pimpinan lain terutama rakan-rakan dari MCA, MIC dan PPP sedikit pun tidak membantu malah merosakkan lagi keadaan. Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan BN. Itupun kerana kebijaksaan Najib dalam mengemudi Sabah dan Sarawak terutama dalam isu Taib Mahmud, Lahad Datu dan RCI. Bayangkan jika separuh dari kerusi dari Sabah dan Sarawak mengarah kepada PR! maka akan berjoget besar lah Anwar. Amaran awal tentang pengundi Cina telah berkali-kali diberikan namun Pimpinan masih merasa selesa sehingga dengan yakin mendabik dada kononnya 50% pengundi Cina telah berbalik kepada BN. MCA, MIC dan Gerakan sudah tidak releven lagi pada BN. UMNO dan parti-parti Sarawak sudah cukup untuk BN menguasai Pemerintahan.
    Tidak ada apa yang dapat kita banggakan dalam PRU13 lalu. Walau masih kekal memerintah tetapi hakikatnya nya kita telah kalah kerana kegemilangan BN saperti masa-masa lalu telah dirampas. Ini menyebabkan kita tidak lagi dapat memerintah dengan selesa dan kepentingan orang Melayu tidak akan dapat dilindungi lagi dengan baik kerana ianya akan senantiasa dicabar dan kita akan terpaksa bertolak ansur untuk memenangi kembali hati mereka. Namun ianya BUKAN silap Najib tetapi seluruh Pimpinan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tun Mamat Pekan.29 May 2013 at 15:44

      NAJIB LEMAH.

      Najib seorang pemimpin yang lemah. Dia tidak dapat menahan ketiga tiga orang setiausaha politiknya untuk tanding PU13.Tiada siapa nak bantunya dalam masa kempen PU 13.

      Dia tidak faham rakyat akar umbi,Cina pun lebih banyak faham bahasa Malaysia tetapi dia cakap Inggeris kerana nampak Micheal Yeoh. Anwar Ibrahim kempen di Penang cakap Melayu.Tun Mahathir pun cakap Melayu.

      Siapa nasihat dia panggil Gangnam untuk menang pilihanraya. Ini kepala elitis yang pandai jaga TV3 untuk hiburan tapi Najib pakai untuk politik.

      Najib tak naikkan pangkat seorang Menteri Dayak Sarawak kerana dia tidak presentable .demikian juga Mat Said mulanya ditolak jadi MB Terengganu.Dia ingat semua orang mesti ada personaliti macam dia. Dulu Temenggong Jugah tak tahu baca pun bapa dia angkat jadi menteri penuh Sarawak.

      Zaman anak orang aristokrat jadi pemimpin negara sudah berlaku.

      Dia lemah kerana itu dia kekal Hishamuddin sepupunya dan kekalkan Nazri kerana rakan untuk seronoksuka.

      Delete
    2. Setiap org mempunyai tanggungjawab masing-masing..Oleh itu BN adalah tnggungjawab najib..Najib harus bertanggungjawab diatas kemerosotan prestasi BN pada PRU13 yg lalu. Adakah najib akan mengikut jejak langkah Pak Lah untuk tidak bertanggungjawab diatas kemerosotan BN.
      Najib umpama coach didalam permainan bola sepak. Kalau merosotnya sesuatu pasukan tu (asyik kalah ja) maka org pertama yg di persalahkan adalah coachnya.. Najib kena faham hakikat permainan politik ni. Kamu tidak boleh mengawal team kamu..So jalan terbaik adalah kamu kena letak jawatan secara terhormat @ kamu disingkirkan...

      Delete
  16. Siapakah yang menjadi penasihat dan menjenamakan Perdana Menteri? Puak-puak ini yang patut disalahkan kerana memberikan jenama yang silap kepada Perdana Menteri. Siapa yang memijak bahasa Melayu dengan mencipta slogan 1M4U, My Beautiful Malaysia, Urban Tranformation Centre (UTC) dan bukannya Pusat Tranformasi Bandar. Siapa yang mencadangkan kepada Perdana Menteri menukarkan Puduraya menjadi Pudu Central. Satu demi satu istilah dalam bahasa Melayu dikuburkan. Orang yang menjaga penjenamaan Perdana Menterilah yang bertanggungjawab. Saya fikir semasa kempen pilihan raya, yang hendak ditonjolkan adalah BN bukannya PM. Kalau berjuta orang sekalipun yang memegang I Love PM, saya fikir itu suatu yang superficial, suatu yang dibuat-buat untuk menyedapkan hati. Saya sangat setuju dengan Tun Daim, penasihat PM patut disingkirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib pun sama..telah dikayalkan dgn segala macam slogan dan retorik oleh penasihat2 bangangnya..Bila penasihat bangang for sure boss pun bangang la jugak...

      Delete
    2. .. setuju penasihat PM patut disingkir. Najib kita masih beri peluang untuk betulkan keadaan.

      .. daripada "I Love PM" banner.. kan lebih baik if ada banner "I Love MY" MY = Malaysia? Biar Malaysians ada semangat cintakan negara sikit.

      .. lagi satu yang saya kurang suka ialah gambar-gambar pembesar negara dan isteri yang besar-besar di pasang sebagai backdrop stage. Kalau nak membodek pun berpada-padalah sikit.

      .. all these "feel good" stuff should stop with immediate effect.

      Delete
    3. Setuju dengan pendapat tuan, kita lihat pula dalam bidang pendidikan, transformasi pendidikan KBSR kepada KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, penggunaan bahasa inggeris yg dimelayukan seperti `standard',`band',instrumen,eviden,deskriptor telah digunapakai. Perkataan ini tidak dapat dikesan dalam Kamus Dewan yang sering menjadi bahan lelucon oleh para guru. Atas saranan siapa penggunaan bahasa ini? Sungguh malang sistem yg cukup baik daripada segi pelaksanaan di atas kertas mendapat tentangan majoriti dalam kalangan pendidik yang melaksanakannya..Mengapa tidak dinilai semula secara telus..sistem PBS ini adalah salah satu faktor yang menjadi punca guru-guru mengundi pihak yang satu lagi agar sistem yang mereka rasakan amat membebankan ini dihapuskan sepertimana janji pembangkang untuk menghapuskannya. Amat sedih dan sakit rasanya hati apabila membaca luahan guru-guru yang mengajak bertukar arah semata-mata untuk memansuhkan sistem PBS yang dianggap membebankan ini. Pengurusan fail2,penyediaan instrumen dan penyimpanan eviden yg banyak serta pengisian data secara online yang dikatakan lembab dan penyediaan untuk pemantauan oleh pegawai di tambah lagi masih ramai para guru yang keliru dengan sistem PBS ini, merupakan tugasan baru para guru yang dianggap mencuri tugas utama guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.
      Semoga ada perhatian daripada pihak berkenaan untuk mengatasi masalah ini dan melaluinya moga ia dapat mengembalikan semula keyakinan pada sesetengah guru yang mula beralih arah tersebut supaya kembali kepada kerajaan BN yang prihatin..amin

      Delete
    4. jawatan tertinggi dlm KPM pun orang bijak pandai..pandai sangat sebab tu beban guru bertambah..sistem pulak lembap..jahanam!!!

      Delete
  17. im agree with li dosh..

    umno harus kedepan kn pemuda umno.. jgn tolak busuk2 idea mereka sbb mereka lah yg faham kehendak pemuda skrg.. kita boleh lihat trend semasa dimana bnyk idea yg dilontarkn oleh mereka ditolak bulat2, mentang2 lah mereka ni "senior" didalam kerajaan. pemuda umno mcm x hidup, susah nk nmpak. berlainan dgn pembangkang, mereka mndengar apa yg pmuda cuba suara kn dan menjawab dgn tenang serta memberikan jawapan yg sekurang2nya bertepatan dgn soalan. Sbb tu lah raaamai sgt2 org muda skrg melangkah ke PR kerana mahukan perubahan dan yg mnyokong umno adalah mereka yg termakan tohmahan kononnya hak melayu akan tercabar sewenang2nya.

    ini hanyalah pndapat sy, krn jgn lah lupa bahawa anak muda lah yg akan memacu kerajaan hadapan.. kita bleh tengok khairi jamldin dihormati pemuda pmbangkang kerana mndengar suara pelbagai pihak bukan dr dlm parti sahaja. dia adalah contoh yg baik buat masa ni. hrp mnteri2 lain akan bersifat lebih terbuka spt KJ supaya dihormati oleh budak2 muda skrg krn ramai budak muda sudah celik politik.

    lastly, buatlah National recon tu betul2, menangilah semula hati rakyat.

    -alyph

    ReplyDelete
  18. hahahaha....anda semua hanya keyboard warrior.. najib akan kata ..apa aku kisah & life goes on..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum ts zam, saya dan sepupu2 yg pulang semata2 utk menyumbang kpd umno merbok dan tg dawai amat terkilan dgn sikap tidak matang petugas2 umno merbok dlm menguruskn elaun perjalanan pengundi luar. Adalah tidak manis utk diperincikan kronologinya di sini, namun sy harap sesuatu tindakn dpt dilakukan dlm menangani kebocoran ini. Adakah sikap "spt kera dpt bunga" mcm ni patut dibiarkan? Mgkn kehilangan beberapa undi pru14 nnt tidak akan menjadi kudis kpd umno merbok. Jadi kami redha sajalah utk menukar tempat mengundi, dan mencampakkan undi sia2 di P123 yg tak ada sejarah bn menang ni. Wassalam.

    ReplyDelete
  20. Cina sekarang dah tak pikir pasal pasal PRU13 lagi..

    Saya bekerja dalam company Cina sekian lama. Sebelum PRU13, mereka hari2 rioh bercakap pasal nak ke Putrajaya.

    Sekarang, kalau ditanya, mereka bercakap 'Lain kali lah'.

    Sekarang hari2 saya dengar mereka rioh pasal membeli dan menjual saham! Semua tak kisah pasal PRU lagi. Sebok buat duit dgn saham.

    Begitu lah. Bila diberi peluang, macam berlaku di PRU13, mereka bersungguh akan cuba naik atas kepala kita.

    Hanya Islam dapat satukan dan kuatkan Melayu !!


    ..zorro bukit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zorro,

      Cina tak bercakap anymore because they are very focussed and systematic. Everyone knows who is doing what. For melayu pulak, also very focussed. Every one cakap and everyone knows who cakap yet who is going to do it?. For DAP its PKR who is going to it. For UMNO, blogger is it?

      I agree when you say Islam dapat satukan dan kuatkan Melayu. Lets work on that ourselves. Dont have to wait for others to do it.

      Delete
    2. Malaysiakini dan MalaysiaInsider effective dan berjaya!!

      Hampir semua penyokong pembangkang diofis saya rujuk cerita2 dan pahaman mereka pada portal2 diatas. Hari2 saya dgr mereka bercerita dan mengutuk kerajaan. Hari2 saya nampak di screen komputer mereka!

      Effective nya sebab mereka terlalu percaya secara serius khabar2 dari portal2 ini.

      Kenapa dok heboh2 tentang tentera kacang; Malaysiakini dan Insider dah mula perang siber sekian lama nya..

      Buat lah sesuatu drastic tentang portal2 ini ya.

      Saya dah penat membaca analysis2 dan berceloteh !!!!!

      Jangan jadi NATO (No Action Talk Only) jer...huhuhu

      - zorro bukit -

      Delete
  21. boleh cakap aja la melayu melayu duludulu awat tak mau pertahan sungguh sungguh tanah melayu- belajar lah hidup seperti yang duk ada hari ini - amalkan sistem pentadbiran amanah kerana takutkan Allah bukan takutkan peraturan manusia yang tak bisa kekal

    ReplyDelete
  22. Lihatlah - KJ dan Zahid akan membuat kenyataan demi kenyataan yg akan malukan UMNO dan Kerajaan. Zahid suruh KDN rampas Harakah malukan K'jaan. KJ menegur Zahid malukan K'jaan. Kedua badut pelakon ini akan tetap malukan K'jaan. Kebodohan mereka akan hanya untungkan Anwar. Mereka bukan bodoh.

    ReplyDelete
  23. http://www.malaysiakini.com/news/231460

    ReplyDelete
  24. Bagus. Buat la lagi strategi2 mcm ni. I Love PM, Gangnam Style, ketuk dram utk iklan raya cina, makan2 besar. Berjaya sangat kannn??

    Betapa bodohnya strategi2 murahan yg kononnya menampakkan PM sporting and mesra orang ramai. Pirahhh! Team strategist yg bodoh ni tak sedar ke yg diorang buat PM like a superstar clown? Nampak sangat sume tu fake!

    Najib pun, takkan la tak terasa strategi ni semua bodoh belaka? Takkan buta2 ikut je and tak fikir panjang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang aku pelik tu kenapa engkau orang semua sekarang ni kecoh bagai nak rak !
      kenapa tak berbunyi dari dulu ? ooooo, dulu tak perasan yer...atau semua yakin yang strategi Najib nak menarik undi cina tu bakal berjaya !

      Yang jelas sokongan melayu, India dan bumiputera berjaya dikekal mahupun ditingkatkan. Itukan satu kejayaan.

      Cuba bagi cadangan bagaimana nak menarik undi cina tu. Perlu diboikot barangan dan kedai cina ? kalau boleh menyedarkan kaum cina akan pentingnya kerjasama dan tolak ansur dengan kaum lain,.. ayuh lakukan !

      Delete
    2. Betapa beribu banyak nya org bising pasal strategi2 ini. Ada diambil kira sebelum ni? Takkkk....teruskan lagi jugak.

      Just in case la kalau u tak mengikuti feedback2 baik di media arus perdana atau laman sosial. Sampai keluar kt aljazeera yg org msia2 complain di FB laman web psy jgn dtg msia for the concert becos berunsurkan politik. Sampai pathetic melihat benda ni semua.

      Ayuh lakukan ni kalau 'ayuh lakukan dengan cara betul'. Bukan sebarang ayuh main meluru je buat tak tentu hala.

      Delete
  25. dahlah kalah hilang jwt menteri.tak dicalonkan kutuk pula.

    ReplyDelete
  26. Zam,
    Era mu dah habis. Kau pun kalah dgn Badut Johari dulu. Jangan dok salah Najib. Sekurangnya kepimpinan Najib menambah kerusi UMNO dlm Parlimen dan DUN. Kau dan Daim pandai kritik sahaja. Sebagai veteran, masa ni lah kena bagi semangat dekat Najib. Semua orang buat silap. Ayahanda Tun Dr Mahathir pun buat silap. Lantik Bapak Anwar Bin Ibrahim@BABI jadi TPM dan Pak Lah jadi PM. Kita tak boleh percaya pada undi Cina lagi. Mereka nak kaut sahaja sebanyak yang boleh tapi tidak mau share apa yang mereka ada. Najib tentu dah sedar sekarang. Berilah peluang pada Najib untuk memperbaiki kesilapan.

    ReplyDelete
  27. Haha Semua NAK BUNUH NAJIB sian dier...

    ReplyDelete
  28. A'kum TS Zam,

    Saya kurang bersetuju dengan perenggan yang terakhir. Harakah dan SuaraKeadilan mesti dihalalkan. Seharusnya ada padang yang sama rata pada mainstream media.

    Supaya, apabila Media Pro-Bn menghentam PR, saya boleh menilai jawapan dari media PR. Apabila media PR menghentam BN, saya boleh menilai jawapan dari media BN. Akhirnya, saya sendiri yang akan menilai. Saya tak perlu fanatik pada sesiapa. Ini antara yang orang muda mahukan.

    Bayangkan TS berasa jelik dengan melihat PM berpura-pura lepak makan di gerai dikelilingi pegawai2 dan pengawal peribadi, dan jelik betapa melihat banner 'i love PM' yang kita tahu dibuat-buat.

    Bayangkan betapa saya jelik melihat semua ini di mainstream media dengan caption seperti 'Najib beramah mesra dengan orang ramai di restoran mamak'. Walaupun kita tengok dalam gambar dia dikelilingi pegawai-pegawai dan pengawal peribadi.

    Pendek kata, kita tahu apa yang berlaku tetapi mainstream media buat-buat tak tahu dan terus menipu. Bukan saja penasihat-penasihat Najib patut dipecat, tetapi pengampu-pengampu di media juga.

    Ini hanya pendapat saya dalam ruangan yang kecil ni. Terima kasih kerana bagi ruang saya menyuarakan perbezaan pendapat.

    ReplyDelete
  29. Biarlah ini satu pengajaran pada Najib selepas PRU 13 berlalu.
    Betapa penasihat dan pegawainya serta Setpolnya menjadi penyumbang pada kemorosotan undi popular peribadinya yang menjadi isu oleh PKR sekarang ini.
    Ini memang jadi kenyataan dari segi angka sebagai modal politik PKR.
    Sudah lama diperhatikan sebelum PRU 13 lagi gelagat SETPOL dan pegawai Najib yang ranggi dalam melayan rakyat jelata.
    Mereka tidak menjaga nama baik Najib dalam menjaga urusan negara.Mereka lebih menjaga politik diri mereka sendiri.Mereka juga secara diam-diam menipu Najib untuk menjadi calon PRU 13.Dengan jawatan di JPM mereka rasa kuat dan pengaruh besar.
    Inilah mala petaka pada Najib bila mereka jadi calon.Kemudian yang memburukkan keadaan pegawai-pegawai ini ada pula hulubalang yang mengiringi merata tempat.Mereka beri laporan palsu kemudian pegawai Najib pula memalsukan laporan ini padanya.

    Cakap orang kampung atau rakyat biasa siapa nak dengar.Bila Tun Daim tegur barulah dapat perhatian semua pihak.
    Tepat dan wajar mereka ini sedar diri dan undurlah diri untuk memudahkan Naiib memikirkan untuk mengisi tempat yang cukup penting ini.Disini bukan tempat cari harta atau persen.Disini tempat menjaga nama baik Najib dan kerajaan.Kalau nak main politik secara penuh masa tak perlulah guna kesempatan.

    Banyak lagi kepincangan budak-budak Najib ini.Mereka juga menjadi penghalang dan beri maklumat yang salah.

    Semoga Mahuyudin juga ambil ingatan agar pegawai dan penasihatnya juga tidak ikut jejak langkah yang menimpa Najib.
    Mahyudin juga ada cerita yang sama dikalangan pegawainya.

    Terimalah teguran Tun Daim ini.Walaupun pahit tapi berguna dan ada kebenaran .Bukan rekaan arau niat tak baik.

    Orang lama dihormati.Orang muda disayangi.Pemimpin yang mulia disanjungi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teguran tu memang bagus laa tapi kenapa tak dibuat sebelum pru...supaya boleh diberikan perhatian lebih awal.

      Delete
    2. Banyak orang telah sampaikan teguran secara tertutop demi untuk tidak mahu tambah masalahnya dan hakikan lagi pengaruhnya ketika hadapi tekanan pembangkang termasuk soal isterinya yang jadi PM kedua tetapi tidak dihiraukan. Ada juga pegawai pegawainya yang mengingatkannya tentang SUPnya tanding pilihanraya tetapi dia terlalu lembut hati untuk mengatakan NO.Team Media nya pun tidak disenangi oleh media UMNO sendiri.

      Saya percaya zam tahu pekara ini maka itu dia membuat teguran terbuka.

      Delete
  30. Salam Tan Sri,

    1. Betul tu, kempen 'I Luv PM" elok jer dihentikan. Jgn jadi macam Anwar Ibrahim yang kempen untuk diri sendiri. Jika orang tanya, 'I luv PM' sebab apa, dah x tau nak jawab.

    2. X bersetuju UMNO dibubarkan. Yang patut bubar dan jadi satu sekarang MCA,Gerakan dan MIC. Dah lah lemah, x beri sokongan langsung semasa Pru13.

    3. Biarlah paper Harakah dan Suara Keadlian di halalkan. Ramai pembaca yang ingin check and balance, tapi rakyat perlu tau mengimbangi berita dan buat penilaian. Yang perlu kerajaan buat sekarang ialah cuba menang ruang dan pengaruh di media alternatif, iaitu cyberspace. Disinilah ramai anak2 muda menceduk ilmu dan berita dan banyak yang berpengaruh dan terpengaruh


    ReplyDelete
  31. Dear Tan Sri,

    agreed Najib shud stop worhipping himself, UMNO shud be not disbanded and please get people to obey the law. If the PR gang can disobey the law, the authorities shud not be summoning people for speeding etc.

    ReplyDelete
  32. Paling bahaya apabila pemimpin gagal memahami kehendak rakyat

    ReplyDelete
  33. Kalu UBN xjaga ekonomi melayu kali ni aku pasti pru 14 nanti umno akan pupus dari lipatan sejarah malaysia.Cina sudah dapat apa yg mereka mahu dari segi ekonomi dan suara politik mereka.Ingat2 le wahai pemimpin umno dan jgn perasan kamu semua hebat sangat......ramai melayu luar bandar masih miskin tetapi taat setia xberbelah bagi kpd umno....

    ReplyDelete
  34. Melayu sebenarnya pada hakikatnya masih merempat dinegara sendiri daripada segi ekonomi dan masih mencari cari identiti sendiri......tunjukkan pada aku yg mana syarikat melayu yg mengeluarkan produk makanan islam yg pelbagai melengkapi kehidupan melayu islam........org melayu terlampau dibuai oleh permainan politik bodoh yg melampau....umno dan pas tak berkecuali dgn kebodohan arah tuju melayu pada masa hadapan......aku takut menang sorak negara tergadai......huhuhu

    ReplyDelete
  35. Sejak merdeka 55 tahun yang lalu orang melayu dan bumiputra telah dilaungkan dengan berbagai bantuan perniagaan dan sebagainya. Realitinya orang cina lebih tinggi peratusnya yang berjaya dalam bisnes walaupun adalah juga sedikit sumbangan politik MCA, Gerakan.
    untuk kejayaan mereka. Nampaknya tongkat politik UMNO untuk bisnes orang melayu perlu ditanggalkan kerana kejayaan bertongkat nampaknya tidak membuahkan hasil yang hakiki sebagimana kejayaan orang cina yang majoritinya tanpa tongkat. Jadi tak payah kata jika PR menang cina akan naik. Ini bukan soal BN atau PR, realiti, jangan salahkan kaum yang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga golongan Melayu (Islam) yang nampak nak berjaya dalam business tanpa tongkat suatu masa dahulu tetapi di'bunuh' kerana ketakutan politik kerajaan (dieksplotasi, dimanipulasi dan dilabel sebagai kegiatan radikal, teroris dan sesat) iaitu Al-Arqam. Dek kerana takut dengan bayang2 sendiri, Melayu sanggup bunuh Melayu. Orang2 Cina semangat kekeluargaan dan kekitaan mereka kuat walaupun berbeza ideology politiknya. Sedarlah Melayu ....

      Delete
  36. Perpaduan Melayu x akan berguna jika tiada perubahan sikap,
    Selagi ramai melayu yg hanya ingin kerja dgn kerajaan shj dan x mahu buat bisnes atau bekerja dgn swasta, selagi tu ekonomi melayu x akan membangun,

    dh 56 tahun melayu bawah UMNO, namun masih x sampai ekuiti 30%, yg akan membuatkan melayu membangun adalah penerapan
    ISLAM SEPENUHNYA dlm kehidupan, bukan hanya memilih hukum2 yg kita suka, lihatlah isteri2 pemimipin UMNO yg x menutup aurat, kalau benda mcm ni x diubah, 100 tahun UMNO memerintah pun melayu masih x maju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ziaulhak. Kepala Batas.1 June 2013 at 15:54

      Orang Melayu tidak akan maju hanya kerana menutup aurat. Zeiti Ungku Aziz Gabnor Bank Negara tidak menutup Aurat tetapi melambangkan kemajuan Melayu dan mengharumkan nama Islam di dunia kerana beliau adalah seorang Islam.

      Orang Melayu tidak akan maju sekiranya masih ada orang Melayu yang berfikir dengan menutup aurat akan membawa kemajuan kepada bangsa dan agama.

      Delete
    2. Saya sokong Ziaulhak. Memang ada dua agenda utama di sini, iaitu Melayu dan Islam. Bukanlah kita hendak menolak perbincangan berkaitan agama tetapi di ruangan ini, rasanya, lebih menumpu kpd 'survivaliti Melayu'. Hadis Nabi ada mengatakan: "miskin boleh membawa kpd kufur". Orang2 yg menutup aurat pun boleh tergugat aqidahnya bila tiada makanan untuk hidup, manakala orang2 yg membuka aurat pula boleh berubah jika mendapat tarbiyah yg betul. Kita tinggalkan sekejap perbincangan agama.
      Untuk memartabatkan kembali nasib Melayu dlm scenario politik 'multiracial' yg penuh kontroversi ini, yg paling utama ialah Melayu mesti bersatu hati. Lebih2 lagilah bila kita dapat lihat bagaimana orang2 Cina boleh nekad dan bersatu dlm halatuju mereka. Mereka hinggakan sanggup memilih calon Melayu DAP, PAS atau PKR asal jangan BN. Mungkin kita ada nampak mcm ada sedikit perpecahan politik seperti DAP, MCA dan GERAKAN, tetapi itu hanya luaran sahaja, dlm hati mereka tetap bersatu sebagai keluarga. Lain jadinya orang2 Melayu, hingga sanggup sembahyang berasingan imam, tidak mahu berbesan, tidak jemput makan kenduri dll atas sebab perbezaan ideology politik. Fitnah memfitnah, caci mencaci, carut mencarut sudah menjadi lumrah sekarang ini. Kalau tak percaya, waktu masa terluang, pergi lawat laman2/blog2 Melayu yg pro BN atau pro Pembangkang. Cina, walaupun tak sampai 30% sahaja komposisinya kukuh berpadu. Melayu, walaupun lebih 60% terpecah dan terbahagi kpd banyak kumpulan bertelagah, misalnya UMNO, PAS, PKR, BERJASA, dll. 60% pun, kalau dibahagi 3 atau 4, hanya akan tinggal tak sampai 20% yg akan menjadi enau dlm belukar, melepaskan pucuk masing2. Lihat sejarah Negara Fiji, bilamana puak2 India minority kukuh bersatu, mereka dapat menguasai tampuk pemerintahan suatu ketika dahulu. Janganlah nanti kita Melayu mencorakkan nasib yg serupa ... Bersatulah Melayu demi untuk kesinambungan kuasa dan maruah di Tanah air sendiri. Ubah sedikit pepatah Hang Tuah: "Tak kan hilang Melayu di Malaysia".

      Delete
  37. Satu lagi masalah orang Melayu ialah mereka tidak yakin dengan hadis Nabi yg mengatakan 90% rezeki datangnya dari perniagaan. Boleh dikatakan cita2 semua orang Melayu adalah mempersekolahkan anak sampai ke university, lepas tu cari kerja makan gaji. Kalu tak dapat masuk U, masuk kolej ke, politek ke. Lihat orang2 Cina, bila merasakan anak mereka kurang menyerlah dlm akademik, mereka suruh berhenti sekolah dan belajar kemahiran spt mekanik, mengecat, pengkomputeran, pertukangan/senibina, percetakan dll. Tak berapa lama, buka bisnes. Persekolahan yg penting bagi mereka ialah pandai menulis, membaca dan mengira. Orang Melayu berani buat mcm tu, berhentikan sekolah anak di peringkat SPM atau PMR? Tak akan jumpa punya, kalau ada pun atas sebab kemiskinan bukannya kerana perancangan perniagaan atau keusahawanan. Sebab itulah kita lihat, orang2 Cina, walau pun tidak berpelajaran, bila mereka bangsat ke Negara mana pun, mereka boleh hidup senang. Orang2 Melayu, kalau tidak berpelajaran tinggi, pergi bangsat ke Negara orang setakat jadi kuli seumur hidup boleh lah. Kerajaaan perlu membuka mata dan hati orang2 Melayu supaya tidak sentiasa nak berharap hidup dengan makan gaji sahaja. Program2 berbentuk keusahawanan perlu digembar-gembur dan dipergiatkan lagi kepada anak2 muda Melayu, terutamanya yg kurang ketrampilan dlm pencapaian akademik dan juga yg tercicir persekolahan. Kerajaan kena berusaha ke arah membentuk Melayu baru bagi melahirkan dan memperbanyakkan Melayu2 toke dpd setakat menjadi Melayu kuli sepanjang masa. Kalau kerajaan BN (terutamanya UMNO) ikhlas dlm memperjuangkan nasib Melayu, perlu ada pengorbanan dari pihak pemimpin untuk memperbanyakkan lagi usaha ke arah apa yg telah disebutkan tadi. Malangnya, ramai pemimpin2 UMNO sekarang (maaf nak cakap) lebih banyak memikirkan usaha2 bagi melipatgandakan asset masing2, sanak saudara dan kroni2 terdekat sebagai agenda priority utama manakala pembelaan nasib bangsa dan survivaliti Melayu sebagai priority kedua. Mereka yg benar2 pejuang Melayu adalah seperti pemimpin2 era 50an, 60an dan 70an. Contohilah mereka itu demi untuk nasib bangsa ....

    ReplyDelete
  38. Itulah akibatnya bila cuba untuk bergaya dlm kepura-puraan dan tidak berani meredah kenyataan. Kalau pemimpin2 berani nak ‘test the ground’, cubalah jadi real dan natural. Misalnya, bila hendak diadakan lawatan ke sesuatu tempat, war2kan dan edarkan risalah, poster dsb tetapi jangan dibuat kerahan paksa untuk rakyat turun menyambut. Kalau pemimpin2 pembangkang berani berbuat begitu, mengapa pemimpin pemerintah tidak?
    Kenyataan yang kita ketahui dan lalui ialah sambutan ‘luar biasa’ yg selalu diberi bilamana pemimpin pemerintah turun padang adalah kepalsuan belaka. Kalau lah tidak dengan kerahan paksa jabatan2 kerajaan dan murid2 sekolah sudah pasti tidak seramai itu. Begiutlah juga halnya, bila rakyat mengibarkan bendera atau banner ‘I Love PM’. Nampak sangat tidak genuine. Bukan itu sahaja, ianya mendedahkan diri kepada tohmahan bahawa ada pihak pula dapat mengaut untung dari bisnes cetakan bendera2 dan banner2 itu.
    Saya rasalah, kalau para pemimpin lebih bersifat ‘natural’, ‘ humble’, ‘gentlemen’, tidak ‘over-spoken’, tidak ‘arrogant’, ‘mature’ dan bersifat mesra rakyat, pasti akan disenangi dan diberi sambutan walaupun tidak terpaksa. Dan kalau tidak mendapat sambutan yg luar biasa pun, sekurang-kurangnya kita dapat menilai tahap mana kita punya ‘stand’ pada kaca mata rakyat. Lepas itu bolehlah disusun strategi dan program2 yg dapat menambat hati dan meraih sokongan mereka. Sebagai satu strategi untuk ‘survive’, pemimpin kena berani turun padang untuk mengukur sokongan rakyat bukannya turun untuk diukur oleh rakyat. Rakyat sentiasa mengukur walaupun pemimpin tidak turun padang.
    Atas apa yg telah berlaku, kalau dikatakan ‘disgusting’ (menjijikkan) mungkin agak keterlaluan, TS Zam, tetapi kalau digambarkan sebagai 'agak memalukan’, mungkin lebih tepat.

    ReplyDelete
  39. Mat Ali Sahbudin2 June 2013 at 07:27

    Sebenarnya pas.dap dan pkr pun main duit juga.Mereka sedekah duit pada perhimpunan.Cuma tak guna jentera kerajaan.Puak pas,dap ,pkr sudah ada duit banyak.

    paling lekeh 50 ringgit.

    jangan kata pembangkang tak main duit.

    silap anggapan macam itu.

    ReplyDelete
  40. Kenapa perlu bergadai untuk kita dikatakan baik.
    1. Prsekutuan Tanah Melayu dah jadi Malaysia.
    2. Hak istimewa bumiputera dalam perlembagan tidak pernah ditekankan.
    3. Yang dihebuhkan bahasa Cina,1 Malaysia, Kalimah Allah boleh dikongsi.
    4. Hindraf dah diktiraf.
    5. Melayu bergaduh sesama sindiri. Sedangkan parti Cina diluar gaduh tapi hati bersatu.
    6. Jangan malu malu istiharkan Melayu adalah peribumi. Ada hak istimewa dinegara mereka sendiri. Kita mesti mengusai 60% disemua sektor. Kenapa perlu takut. Jangan nak jaga hati orang anak sendiri jadi penggemis dirumah sendiri.
    6. Aku yakin kalau datuk kita berhijrah keIndia atau ke Cina dulu kita ni tak dapat jadi tawkeh atau jadi menteri. Nama Ali akan ditukar pada Muniandy atau Ahmad tukar nama A Chong. Sebaliknya datuk mereka bertuah cucu mereka jadi taukeh, jadi menteri dan boleh nak jadi raja wong atau raja singh atau raja ropal.

    ReplyDelete