Monday, 20 May 2013

HAJI HADI SEKARANG MENJADI SUARA SUMBANG DALAM PAS

KEBENCIAN AKAR UMBI PAS KEPADA ANWAR IBRAHIM TERSERLAH
Mereka yang dianggap kumpulan Anwarinas dari kiri Mohamad Sabu, Husam
Musa, Mahfuz Omar dan Sallehuddin Ayub

Kepada masyarakat umum tidak begitu jelas tetapi kepada pemerhati politik yang sensitif, mereka akan dapat membaca bahawa kedudukan Haji Hadi sebagai Presiden Pas adalah ibarat kera sumbang sekarang ini.

Bagi kumpulan Anwarinas dalam Pas, Haji Hadi hanya
layak jadi nelayan
Tumbangnya Anwarinas dalam Pilihan Raya Ke 13 seperti Mohamad Sabu, Husam Musa, Salehudfin Ayub dan Dr. DZulikifli Ahmad yang telah memurtadkan Pas, sekaligus mendedahkan keretakan Pas dengan Anwar Ibrahim yang sekian lama terselindung. 

Sekalipun Haji Hadi dan Mahfuz Omar Naib Presiden Pas cuba bersuara senada dengan Anwar dalam soal keputusan pilihan raya dan bersuara angkoh dalam soal perpaduan Melayu, tetapi suara mereka telah menjadi sumbang dengan riak gelombang baru dalam Pas.

Pengistiharan beberapa orang pemimpin Pas yang berpengaruh  bahawa Pas memisahkan diri dari konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan dengan kekerasan adalah satu tamparan paling hebat terhadap Anwar Ibrahim yang masih dalam kegilaan hendak menjadi Perdana Menteri.

Mahfuz Omar Naib Presiden Pas cuba melawan arus ini dengan mahu mengikuti langkah Anwar untuk mengadakan perhimpunan haram di negeri Kedah, tetapi telah dihalang oleh MB Kedah yang baru Mukhriz Mahathir.

Dengan tumbangnya Anwarinas  yang telah  membantu mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden Pas, Haji Hadi yang  menikam Nasharuddin Mat Isa untuk memberi laluan kepada Mat Sabu ke jawatan Timbalan Presiden, maka kedudukan Hadi  sekarang tercabar, ibarat telur di hujung tanduk dan hanya menanti saat kejatuhannya pada November depan. 

Besar kemungkinan beliau tidak akan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai Presiden pada mukmar Pas November ini. Insyallah kita akan dapat menyaksikan pembalasan Allah ke atas seorang ulama yang mengkhianati seorang rakan Islam sejati dan menaikan seorang munafik  Islam.

Sebagai seorang pemimpin ulama yang mementingkan diri, Haji Hadi telah mengikut telunjuk Anwarinas sehingga sanggup membelotkan kepimpinan ulama yang dibangunkan sendiri kepada kepimpinan pluralisme yang mencemarkan Pas sebagai parti Islam.

Perubahan ketara adalah kepada suara rasmi Pas; Harakah dan  Harakahdaily yang dulunya memperjuangan ketulinan Islam, tetapi  telah bertukar menjadi suara Anwar Ibrahim dengan dasarnya dikendalikan oleh agen besar Anwar, Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai peneraju dasarnya.

Sekali  Kamaruddin Jaafar menulis sebuah rencana atas namanya sendiri, tetapi kemudian memadamkan namanya untuk menyembunyikan tangan yang menajiskan Harakah. Saya sempat menyalin dan menyimpannya.

Bila tuntutan supaya Haji Hadi dipastikan menjadi Perdana Menteri timbul di kalangan penyokong ulama dalam Muktamar Pas yang lalu, Harakahdaily segera menidakannya dengan bijak meletakan gambar Haji Hadi sedang menjala ikan dengan mengatakan Haji Hadi lebih sedia kembali menjadi nelayan dan tidak berhasrat menjadi Perdana Menteri.

Kenyataan ini bukan dibuat oleh Haji Hadi sendiri tetapi Hakarahdaily yang di bawah cengkaman Kamaruddin Jaafar. Untuk menutup perrbuatan jahat ini, ahli ahli Pas telah di bawa melawat Ibu Pejabat Harakah.

Tidak pernah ada seorang ulama Pas yang sanggup menerima penghinaan kepada taraf yang sejijik ini, kecuali Hadi yang mencatitkan sejarah hitam bagi Pas demi untuk kepentingan dirinya.

Dia mendiamkan diri tanpa sepatah penafian sekalipun dihina begitu rupa. Sebenarnya bukan beliau yang dihina, tetapi seluruh kepimpinan ulama Pas. Itulah sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim dan Anwarinas terhadap ulama Pas.

Bagaimanapun keputusan Pilihan Raya Umum Ke 13 telah menukarkan suasana politik dalam Pas. Pengunduran diri Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz menonjolkan kepimpinan baru Pas di Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang dengan pantas  menunjukan kekuatan sendiri, berwibawa, tegas dan berdisplin.

Datuk Ahmad tidak mempedulikan tunjuk perasaan Husam yang kecewa kerana tidak dilantik menjadi Exco Kelantan dan setelah kalah kerusi Parlimen Putrajaya walaupun mengetahui bahawa Husam adalah anak mas Nik Aziz . Ini telah membangunkan aura kepimpinan Datuk Ahmad.

Nik Aziz juga telah menunjukan kualiti kepimpinannya yang demokratik iaitu setelah meletakan jawatannya beliau tidak mahu lagi campurtangan dalam pemerintahan negeri. Beliau tidak mempedulikan Husam diketepikan, mungkin kerana beliau sendiri telah sekian lama menanggung kerenah Husam yang telah menjadi rahsia umum.

Semua yang berlaku sebenarnya menambahkan lagi malapetaka yang menimpa Anwar Ibrahim yang sedang setengah gila gagal  menjadi Perdana Menteri. Masa depannya sudah tidak sama lama lagi sekalipun cuba ditutupnya dengan kekuatan demonstrasi haram sokongan orang Cina di sana sini.

Perasaan benci orang PAS, selain dari golongan Anwarinas terhadap Anwar telah terdedah sekarang. Penyokong Anwarinas di bandar-bandar sebenarnya kecil. Maka itu Pas terguling di Kedah dan Pas kembali memerintah di Kelantan tanpa pertolongan kempen Anwar Ibrahim. Kalau tidak, dia boleh dakwa kemenangan kerana pertolongannya.

Penyokong Anwar di kalangan Pas Selangor juga kecil. 

Terengganu bukanlah kubu Pas seperti di Kelantan. Penyokong-penyokong Pas dan  ahli-ahli Pas tidak seharusnya membiarkan orang Terengganu yang telah membawa bala bencana dan menghitamkan sejarah Pas untuk terus menerajui Pas. 

Kembalikanlah kepimpinan Pas kepada mereka yang lebih berhak dan lebih bermoral dan bukannya mengekalkan di bawah kepimpinan ulama yang  bodoh sombong.

Cukuplah bagi Haji Hadi menyesatkan Pas dan umat Islam sekian lama, menconteng dasar negara Islamisme dengan negara Pluralisme, menukarkan kepimpinan ulama yang diasaskannya sendiri kepada kepimpinan Anwarinas. Ini adalah ibarat membunuh anak sendiri.

Biarlah Haji hadi kembali ke laut untuk menangkap ikan, kerana itulah jawatan yang paling layak baginya menurut penilaian Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim dan Anwarinas

Masih ada gerai di Pasar Payang Kuala Terengganu yang kosong untuknya menjual hasil tangkapannya.

7 comments:

  1. Hebat dan pandangan yang bernas dari ZAM. Aku setuju sangat bab si Hadi kembali menjadi nelayan dengan menebar jala saje. Memang tak de ketokohan pun untuk menjadi nelayan laut dalam dengan mengnakhoda kapal kapal nelayan yang besar besar tetapi sekadar bermain ditepian laut saje dan berdiri disisi pantai Rhu Rendang je.

    Eloklah buang terus selepas muktamar PAS di November 2013 nanti.

    ReplyDelete
  2. MOHD NASIR BUKIT TINGGI.20 May 2013 at 19:14

    Apa yang berlaku dalam UMNO akan berlaku dalam Pas. Pas akan terbelah dua, satu kumpulan yang menyokong kepimpinan ulama dan satu kumpulan lagi ialah kumpulan Anwarinas.

    Apakah Pas akan terbelah dua atau akan kekal bersatu akan kita ketahui pada November ini.Apa yang berlaku dalam UMNO ialah gulongan Anwar bertindak keluar dari UMNO kerana membantah penyingkirannya tetapi tidak mungkin Anwarinas akan keluar dari Pas sebaliknya mereka akan disingkirkan menerusi undi akar umbi Pas.

    Barangkali Pas lebih bernasib dari UMNO kerana penyusupamn Anwar tidak berlaku secara langsung sebaliknya dengan menyusupkan orang orang orangnya, pertama sekali ialah Kamaruddin Jaafar yang segera disedari bahayanya oleh Pas tetapi dia berjaya mempengaruhi orang Pad dengan kuasa wangnya.

    Bagaimanapun kerosakan yang berlaku kepada Pas adalah lebih teruk lagi dari segi dasar.Umno tidak berganjak dari dasarnya walaupun berlaku penuyupan orang orang Anwar yang menjalankan Islam madani.

    Sebaliknya dasar Pas telah dikhianati.Pas bertukar menjadi parti kebajikan masyarakat walaupun sebenarnya Islam telah merangkumi kebajikan tetapi demi Hadi nak menunjukan dia seorang modenis Islam yang liberal maka dialah yang memporomokan perubahan ini setelah mengkafirkan orang Islam yang dianggapnya tidak sejati Islam.

    Maka itu sebenarnya kerosakan yang berlaku kepada Pas sebagai Parti Islam kerana penyusupan Anwar adalah lebih dahsat dari apa yang berlaku kepada UMNO sebagai sebuah parti nasionalis dan Islam.

    Apakah Pas akan membiarkan kerosakan ini terus berlaku kerana hendak mengekalkan kesepakatannya dalam Pakatan Rakyat atau akan akan berlaku babak babak drama yang lebih menarik yang menunjukan kasih sayang Pas, Anwar Ibrahim dan DAP adalah bersifat perkahwinan mutaah. Tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  3. Masa mula-mula PAS menjalinkan ikatan dengan Anwar & DAP, saya telah membuat prediction bahwa PAS akan collapse sepertimana UMNO hampir collapse kerana angkara Anwar.

    ReplyDelete
  4. Ada golongan lalang alias mudzabdzab dlm PAS, moga dpt mrk bersihkan.

    ReplyDelete
  5. Ahmad Tabrani.KL21 May 2013 at 06:14

    Allah masih sayang pada PAS. Semua yang berlaku adalah untuk membuktikan kepada seluruh penyokong Pas kesilapan mereka berketuakan orang asing.

    Bukan pemimpin pemimpin Pas sendiri yang membersihkan Pas atau menyelamaktan Pas tetapi ALlAH. Maka itu Mat Sabu kalah, Husam Kallah dan kebetulan pula Nik Aziz mendapat seru untuk berundur.

    Saya tidak mahu Pas hancur tetapi hendaklah kembali kepada perjuangan asal dengan kepimpinan Allah yang terpelajar. Insaalah rakyat akan kembali menyokong.
    .

    ReplyDelete
  6. Salahuddin Ayub! awak terpelajar dan masih dihormati.Tak usalah ikut perangai saitan macam Anwar. Kalau dah kalah,kalahlah.Awak sedarlah diri Pas Kelanatan pun tak mahu awak menang maka itu dihalau ke Johore supaya awak juga lenyap sebgai prasit dalam Pas. Jika tida kmahu sedar juga tunggulah balasan Allah yang lebih memalukan. Cukuplah sekadar malu di halau dari Kelantan kerana Anwar. Kereta Anwar pun tekah disembah cat bila masuk kelantan.kenapa? Ini kerja UMNO ke atau Pas.

    PKR mahu busukan Mustafa Ali.Sebarkan video fitnah. Awak mungkin bersubhat sama tetapi kemudian tuduh UMNO. Cerminlah muka awak dengan semua perbuatan yang hina ini. Dah kalah kalahlah.Nak ikut perangai homoseksual buat apa. Tak kenalkah antara Nik Aziz dengan Anwar Ibrahim kerana dah gila kuasa.Malulah anak johorf jadi macam ni.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri....saya akan rindu ' fantastic fatwas ' dan 'electrifying edicts ' Tok Guru !...tq

    ReplyDelete