Sunday, 12 May 2013

DISEBALIK CEMOHAN NIK AZIZ , PERLU ADA CONSTRUCTIVE ENGAGEMENT DENGAN DAP

Mursyidul Am Pas dan Mantan Menteri Besar Kelantan,Nik Aziz nampaknya bimbang jika DAP menyambut cadangan supaya mengambilaleh tempat MCA dalam Barisan Nasional  yang berkemungkinan  meminggirkan PAS.(lihat berita awal di bawah)

Nik Aziz sedar akan parahnya  kekecewaan pendukung Pas sekarang kerana setiakawannya  dengan  Pakatan Rakyat berakhir dengan kegagalannya   untuk mencapai kerusi tertinggi antara parti (PAS,DAP KEADILAN) yang menampakan PAS tidak boleh menjadi Perdana Menteri jikapun  sampai ke Putrajaya.

Ini adalah ajenda tersembunyi PAS dalam  mengekalkan kesetiaannya kepada Pakatan Rakyat sehingga ke Pilihanraya ke 13.

Malah akibat kesetiannya ini, Pas hilang sebuah negeri, kerusi Parlimen Pas  merosot dan jaguh jaguh besarnya telah tumbang dan tentulah Nik Aziz yang  mengawal kesetiaan  Pas dengan Anwar Ibrahim berada dalam kebimbangan kerana kesetiaan ini mungkin  akan tidak dapat di kawal lagi.

Maka itu sebagai seorang pemimpin politik veteran ,beliau  cepat membaca  keadaan ini dan  terus mengkritik cadangan saya dengan mensifatkannya sebagai  bukti BN semakin sedar ianya terpinggir  tetapi sebenarnya Nik Aziz bimbang jika DAP menyertai kerajaan maka Pas akan terpinggir.

Sebenarnya dalam mengemukakan cadangan ini saya samasekali tidak yakin DAP akan menyambutnya oleh kerana telah terbukti ketegaran DAP berpijak diatas  dasar pengasingan diri  selepas perisrtiwa 13 Mei bila Tun Abdul Razak menubuhkan Majlis Perundingan Negara  untuk mencari perdamaian antara kaum, DAP tidak menyertainya walaupun  lain- lain  parti politik extreme menerimanya.

Penasihat DAP,  Lim Kit Siang yang pada mulanya menunjukan  sikap terbuka  kepada cadangan saya  tetapi kembali kepada  sikap tertutup atau  pengasingan diri (self Isolation)  setelah  sebuah akhbar Cina membuat berita bersifat analisis yang menggambarkan seolah olah DAP sedia bergabung dengan  BN  untuk menggantikan MCA.

Akhbar Cina yang membesasrkan pekara ini menampakkan  adanya  gulongan masyarakat Cina yang realistik  ghairah dengan kemungkinan ini dan mahukan orang Cina mempunyai perwakilan terpileh dalam kerajaan.

Melihat reaksi marah dari penyokong- penyokong tegarnya, Lim Kit Siang segera  menjelaskan bahawa  DAP tidak mempunyai hasrat untuk menggantikan MCA  kerana  DAP adalah parti mewakili seluruh rakyat Malaysia."Inilah matlamat kami sejak ditubuhkan 47 tahun lalu" dakwanya.

Seperti juga Nik Aziz,Lim yang tua dalam politik,cukup smart,cekap  dan tajam dalam memahami tujuan saya.

Lim sangat terkejut dengan kesilapan tafsiran berita akhbar Cina itu yang disiarkan sebagai berita utama muka hadapan dan memberikan amaran kepada akhbar ini supaya jangan  melakukan pemberitaan yang  menyebabkan pembacanya membuat konklusi dan pentafsiran yang salah.

Apa yang jelas kepada saya ialah kedua kedua pemimpin politik veteran ini; Pas dan DAP yang berpengalaman  tidak mahu  terperangkap dalam suatu cadangan  yang membahayakan pengaruh parti masing masing.Dan tentunya UMNO juga melihat bahayanya jika ia menerima tawaran kerjasama dari DAP sebuah parti perkauman Cina..

Tetapi sekali lagi kita harus kembali kepada falsafah politik bahawa politik adalah seni segala kemungkinan. Kita tidak pernah terfikir Pas akan mengorbankan dasar negara Islamnya sehingga keperingkat yang menjatuhkan maruah Islam dan DAP pula sanggup bersetiakawan dengan PAS untuk matlamat ke Putrajaya.

Dan kepada UMNO yang takut kepada pandangan orang Melayu jika berkerjasama dengan DAP, saya ingin bertanya apakah bezanya Gerakan dan MCA dengan DAP. Belang mereka amat jelas sebelum piliharanaya 2008 yang menampakan tekanan mereka hampir sama keatas   UMNO seperti yang dilakukan oleh DAP.

Yang penting ialah ketika  masing- masing berada dalam kekecewaan maka hendaklah mereka memikirkan langkah -langkah kearah constructive enggagement untuk melihat aspek  yang membina dari yang meruntuhkan.

Dalam hal ini lupakanlah dulu Parti Keadilan selagi ianya dipimpin oleh Anwar Ibrahim.


TERKINI:

The Star melaporkan hari ini(12 May) Pengerusi DAP Karpal Singh dalam memberikan reaksi terhadap cadangan Zainuddin Maidin telah menyatakan bahawa beliau  akan meninggalkan parti jika DAP menyertai BN.

Bagaimanapun katanya DAP sedia berkerjasama jika  BN  menerima manifesto Pakatan Rakyat dan dengan itu" kami akan memberikan pertimbangan yang sreius untuk bergabung,"

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng  juga memberikan reaksinya dengan menegaskan bahawa DAP tidak sekali kali akan sertai Barisan kerana berbeza dasar.

23 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Abdul Rahman Rahim Melaka.12 May 2013 at 12:52

    Adalah lebih berfaedah untuk UMNO bercakap dengan DAP dari bercakap dengan Pas yang telah berkali kali menolak pendekatan UMNO. Terakhir NIK Aziz mahu meludah wakil UMNO yang datang menemuinya untuk bercakap mengenai perpaduan.

    Sudah berapa kali UMNO menjadi orang yang hidung tak mancong pipi tersurong surong. Cukuplah,tak ada maruahkah.

    Lebih baiklah bercakap dengan DAP yang kekafirannya jelas dari bercakap dengan Abu Jahal, lebih baik duduk bersama dengan syaitan yang kita tidak kenal dari dajal yang kita kenal yang senantiasa dalam kesesatan dan kejahilan.

    Saya akan merasa malu besar jika orang UMNO bercakap mengenai perpaduan dengan Pas dalam keadaan sekarang. UMNO pun bukan bertambah lemah tetapi bertambah kuat. Yang lemah adalah orang Cina dalam BN. Pas yang bergantung kepada kekuatan Cina dapat berapa kerusi?

    ReplyDelete
  3. JIKA BOLEH BERUNDING DENGAN CHIN PENG

    Jika Ketua Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman sanggup berunding dengan Ketua Parti Komunis Malaya(PKM) Chin Peng untuk mencari perdamaian bagi rakyat dan negara maka apakah salahnya bercakap dengan DAP untuk UMNO membuktikan keikhlasannya dan kesungguhannya untuk membina perpaduan kaum dan menyelesaikan halangan halangan yang ada dan mencari pertemuan nilai untuk membina satu Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Apakah you orang ingat DAP Chin Peng ke? Jangatlah hina kita orang, kita orang bandar, kita bukan orang hutan.Itulah sebab Melayu kalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP=chin peng yg dh keluar dari hutan, menetap di bandar. Tapi niat dan perangai sama je. Dan wong, mana ada melayu kalah? Yg kalah tu cina MCA.... pe la ko ni, duk bandar tapi bingai mengalahkan orang utan.....muahaahahahaaa!

      Delete
    2. Wong, Siapa cakap Melayu kalah. Kami kini memerintah Malaysia tanpa Cina macam kamu. Sepatutnya sudah lama kami memerintah bersendirian tanpa Cina tetapi Tunku Abdul Rahman yang telah melakukan kesilapan menyebabkan kami Melayu terpaksa berurusan dengan Cina. Percayalah kalau siNajib masih bodoh dan masih berkhayal untuk berkerja dengan CINA kami Melayu akan jadikan PERKASA parti politik dan membenam UMNO pada PRU14. Melayu kini sudah pandai bermain politiklah.

      Delete
    3. Apek Wong, Lu cakap Melayu sudah Kalah dan Melayu duduk hutan serta tak hebat macam lu duduk bandar. Gua sama geng gua ketawa sampai mabuk dengar lu punya komen. Semua mata sepet (kata Perkasa Biru) sangat bodoh macam lembu. Apek wong, Lu tahu kah undi popular BN hanya 49% saja dan undi popular PR, wow! 51% ma dan semua Melayu bandar undi PKR dan DAP dan semua orang kampong undi BN. Aiya, kita orang kampong/hutan juga pelintah Malaysia ma! bukan lu olang he he he. Sikalang Lu Apek Wong kasi jawab, siapa PANDAI ma?

      Delete
  5. Pada saya, LKS juga sedar bahawa dgn ketiadaan wakil cina dlm kerajaan sedikit sebanyak memberi kesan kpd kebajikan kaum ini. Pastinya juga DAP sedar kesan buruk yg akan menimpa mereka jika bersama BN. ADALAH LEBIH MOLEK JIKA BN MENGGUNAKAN SUMBER YG SEDIADA bagi membuktikan kemampuan sebenar BN walaupun agak tempang. Kalau tiada rotan, akar pun jadilah!!!!!!!!. SEDAR ATAU TIDAK TAWARAN INI AKAN MENZAHIRKAN KETIDAKMAMPUAN BN MEMERINTAH TANPA BANTUAN MCA DAN GERAKAN. Benarkah??? jika benar serahkan saja Putrajaya kepada PR habis cerita!!!. JIKA TIDAK....usah disensasikan lagi isu ini kerana ianya akan membesarkan kepala mereka2 yg sudah mula besar kepala.... Fikir-fikirlah!!!!!

    ReplyDelete
  6. Saya sudah menyangka bahawa TS Zam hanya mengacah apabila mengesyorkan UMNO adakan 'constructive engagement' dengan DAP. Saya setuju dengan pandangan TS yang MCA & Gerakan mempunyai 'belang' yang hampir sama (mungkin kurang sedikit) dengan DAP, terutamnya sebelum PRU12.

    Yang paling saya hairan, mengapa PAS dan DAP boleh berkawan. Pada hal permusuhan antara mereka adalah amat dahsyat dan ketara pada tahun sebelum 90an. Kedua mereka, Kit Siang dan Hadi/Nik Aziz adalah merupa extremist politic Cina dan Melayu. Satu membantah sama sekali dan satu lagi tekad mahu menegakkan negara Islam.

    Dalam berpakatan politic ini, nampaknya PAS lah yang paling rugi. Keanggotaan dan pengaroh media juga telah disusupi PKR. Malah mereka sanggup mengecilkan umat Islam di Malaysia dengan mengkafirkan orang UMNO.

    Oleh kerana tidak lagi dianggap seagama dengan mereka, elok saja kita hentikan beri salam kepada orang PAS, sebalik kita ucapkan, 'Hidup DAP, Hidup DAP', bila bertemu mereka.

    Saya tidak terkilan sangat terhadap orang Cina yang menolak BN, tetapi saya sangat kecewa dengan orang Melayu yang tidak mahu meyelidik fakta sebenar, sehingga tertipu oleh dakyah pembangkang sehingga sanggup menyokong DAP. Tidak kah mereka terfikir bahawa ahli-ahli politic, kebanyakan mereka, hanya ambil kesempatan untuk merebut kuasa. Dengan 'kuasa politic' maka mereka dapat punca memperolehi wang yang banyak tanpa bersusah-payah. Becakap atau berceramah pun dapat WANG. Bagi saya PKR adalah pengkianat dan pertualang yang lebih memecahkan kesatuan Melayu, demi mendapatan KUASA & WANG. Saya ada sahabat yang sanggup berhenti kerja kerana masuk PKR, kerana habuannya lebih lumayan.

    RD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga setuju dengan andaian tuan bahawa BN dan sebahagian ahli akademik hanya sekadar "test the water". Saya fikir UMNO lebih bijak. Lihat sahaja sebelum PRU13. Sedang dalam PR berkobar-kobar untuk menawan Putrajaya, pinggang Karpal Singh digeletek dengan soalan perlaksanaan hukum hudud. Nah, kebodohan dia menjawab soalan tersebut menampakkan betapa mudahnya pakatan rakyat melatah untuk bertelagah. Sepatutnya PAS berkemungkinan untuk menang lebih banyak kerusi. Namun disebabkan kecuaian mereka dek menjawab soalan ini, ia menampakkan kerapuhan pakatan rakyat. Saya berharap UMNO tidak mengikut jejak mereka dengan membiarkan NGO2 dan mana2 wakil rakyatnya membuat kenyataan yang akan menyebabkan pihak PR mengambil kesempatan sedang BN kini dalam proses rehabilitasi MCA/Gerakan-UMNO.

      Karpal Singh dengan bongkaknya menyarankan supaya BN menyertai pakatan sebagai kenyataan balasnya. Ianya umpama penghinaan buat UMNO yang seolah-olah dianggap seperti terdesak walhal ianya sekadar ajak-ajak ayam. Sekiranya penggabungan DAP-BN ini berlaku, berkemungkinan berlaku protes besar kepada ahli-ahli UMNO yang mungkin akan meninggalkan parti kerana selama ini mereka bermati-matian memperjuangkan perjuangan UMNO. DAP terlalu berbeza berbanding MCA/Gerakan. Ideologi komunis mereka terlalu tebal. Untuk jangkamasa pendek ianya mungkin berkesan. Tetapi untuk jangkamasa panjang, saya bimbang ianya akan merosakkan BN khususnya pengaruh DAP ke Sabah/Sarawak sekiranya berkesempatan bergabung. Melayu dan Bumiputera mempunyai pelbagai pilihan samada UMNO,PKR mahupun PAS. Tetapi apa pilihan yang ada untuk kaum Cina melainkan DAP buat masa ini. Bagi BN pula, pilihlah samada untuk meneruskan konsep negara Islam moden dengan penyatuan PAS atau secara bersendirian bersama komponen yang sedia ada. Penyatuan bersama DAP hanya akan membawa negara ke arah pembentukan negara sekular secara halus. Lihat sahaja model yang ada di Selangor. Saya fikir, JAIS yang berada semasa pentadbiran BN lebih bersuara berbanding kini.

      Wallahualam

      Delete
  7. Wong pek mei.melayu tak kalah dan takkan kalah.melayu bukan orang hutan.apabila menerima kaum pendatang sebagai warga malaya kami memperkenalkan nama malaysia sebagai satu cara permuafakatan.bangsa cina saja yang kolot.masih terbawa bawa kenangan lama.sejarah semasa di tanah besar china.

    ReplyDelete
  8. Orang cina ramai yang bodoh.mudah dipengaruhi.tak mengenang budi.perkauman.syok sendiri.kuat berjudi.bangga diri.malas berdikari.minum todi.suka melawan.sokong d.a.p.

    ReplyDelete
  9. Apa salahnya BN memerintah tanpa wakil Cina. Dulu mereka kata beri mereka peluang untuk UBAH kerajaan yg ada dan tengok hasilnya dalam satu penggal. Kalau tak baik kita UBAH. Rakyat dah UBAH dgn menidakkan wakil Cina dalam kerajaan. Keputusan rakyat hendaklah dihormati. Siapalah Zam yg memandai-mandai utk mengingkari mandat rakyat. Mungkin inilah yg terbaik utk Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita perlu ada wakil Cina dalam kerajaan. Jangan nanti bila dekat PRU14, BN dituduh pula mengamalkan discriminasi kaum. Buktinya, tiada wakil Cina dalam kerajaan. Keengganan MCA menerima jawatan dalam kerajaan sekarang mungkin akan dilupai atau dibuat-buat lupa oleh rakyat, 4 atau 5 tahun lagi.

      Bukan semua Cina racist melampau. Walaupun pun wakil Parlimen MCA dan SUPP hanya menang di kawasan majority Melayu, kita mesti mengambil mereka ini ke dalam kerajaan. BN juga boleh lantik Cina sebagai Senator. Cina sederhana (moderate) seperti ex-YB Wee Choo Keong dan TS Lee Lam Thye adalah paling sesuai. Kebetulan mereka berdua adalah bekas ahli DAP yang tidak setuju dengan pendekatan racist kebanyakan pemimpin DAP. Malah YB Wee telah mengusulkan pembentangan akta "Foreign Agent Act" sebanyak 2 kali pada 2012, tetapi di tolak oleh Pandikar Amin Mulia. 'Foreign Agent Act' ini bertujuan mentakbir-urus pembiayaan dana asing kepada NGO atau pertubuhan yang dikatakan berkecuali, tetapi tujuan sebenar adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak mesra terhadap kuasa asing itu. Amerika sendiri telah ada peruntukan undang-undang ini sejak 60an lagi. Russia telah pun meluluskan akta serupa, tahun lepas.

      RD.

      Delete
  10. Tunku Farid.UK12 May 2013 at 21:02

    Jika UMNO mempunyai barisan kepimpinan yang berwibawa,berkeyakinan diri yang tinggi dan menghayati dasar perjuangan oarti maka tidak ada sebab untuk kita berhadapan dan berunding dengan DAP.

    Dengan tindakan berani juga akan menyerlahkan keupayaan dan keberanian kepimpinan baru UMNO kepada rakyat Malaysia dan tentunya akan mendapat sokongan dari generasi baru.

    Pokoknya mestilah berani untuk mengambil pendekatan baru dalam usaha untuk memulehkan maruah dan imej parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MAKSUD SAYA DI PARA KEDUA "TIDAK ADA SEBAB UNTUK KITA TIDAK BERANI BERHADAPAN DAN BERUNDING DENGAN DAP"

      Delete
  11. sebagai kerajaan sebuah negara demokrasi berlandaskan islam, kepentingan rakyat harus diutamakan. sebahagian dari rakyat yakni pengundi telah memilih orang2 yg mereka mahu mewakili mereka tetapi bukan dari kalangan pemerintah. ini tidk bermakna mereka bkn malaysian. wakil2 ini patut diberi peluang utk sama2 mencorak arah dinegara ini. mungkin kjaan boleh adakn caucus, council atau committee yg boleh diserta kan oleh wakil2 ini utk national recon. meminggirkan mereka cuma akan membuat keadaan lebih kalut.

    basha

    ReplyDelete
  12. ZAM bro, sudah sudahlah memikir pasal CINA DAP dan PAS sesat tu. Kita kan sudah menang. Marilah kita berfikir macam mana nak pastikan 70% dari kekayaan dan ekonomi Malaysia kembali kepada bumiputra Tanah Melayu/Malaya dan pribumi Sarawak dan Sabah. 5 tahun sehingga 2018/PRU14 cukup lama dan berkesan untuk kita dan UMNO membuat `affirmative action` yang baru keatas masyarakat Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah. Berikan kami kelonggaran dan buat sekatan baru keatas pedagang2 dan peniaga2 besar Cina yang selama ini menggunakan` monopolistic` perniagaan mereka untuk menyekat ekonomi Melayu. Kami Melayu luar bandar serta pribumi Sarawak dan Sabah yang memenangkan BN tetapi mengapa semua kajian dan tenaga BN digunakan untuk mengkaji kemerosotan undi Cina? Kenapa tak kaji kemerosotan ekonomi kami dan kajian `affirmative policies` yang baru buat kami> BN nak cari pasal dengan kami kah di PRU14 nanti? Bukankah lebih bagus kalau dapat 100% undi Melayu dan pribumi Sarawak dan Sabah di PRU14 nanti? Kita bolih perintah sendiri lagi pada 2023/ PRU15.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cakap Jebat Melayu. Sekarang ialah masa untuk Najib dan kabinetnya serta agensi kerajaan lainnya meningkatkan penguasaan dan mengukuhkan pegangan ekonomi orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak. Hentikanlah bermain politik dan memerah tenaga membazir wang dan masa utk mencari jalan bagaimana nak meraih undi cina. Sudahlah, buat kerja m embuang waktu tu. Hentikanlah. Apa, undi kami orang Melayu dan Bumiputra ini tak berharga ker? Janganlah naikkan darah kami pulak. PM Najib, sila buang semua orang keliling kamu yang menempek tak sedar diri tu. Jangan berlagak pandai. Ada ramai lagi orang Melayu Bumiputra Sabah dan Sarawak yang pandai kat luar ni. Kami boleh isi kekosongan jawatan dalam JPM tu. Ingat, kami memerhatikan segala tindak tanduk kamu dan kabinet semua

      Delete
  13. Kalau lah DAP tunjuk minat nak besama BN, BN pun gembira sgt..what if kita buat silap lagi??

    Di PRU12, kita terkejut dgn tsunami anti-BN.
    Di PRU13, kita terkejut dgn tsunami cina ke DAP.
    Di PRU14, nak terkejut lagi ker?? Nak hilang terus kuasa ker??

    Alhamdulillah, UMNO/BN masih lagi dapat mandat memerintah walaupun terkejut giler! Pak Najib pun nampak sedih malam tu.

    Semua kita bagi untuk menang hati mereka untuk PRU13, semua nampak gembira. Now kita pening. Nampak macam percaturan kita tak menjadi, or kita di tipu mereka!

    Takkan nak bagi lagi kot......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cukup cukup lah segala kejutan..UMNO/BN terlalu over-confident ker, sampai tak sedar tsunami cina ni..

      UIT (Umno Intel Team)tak baca ker semua sebelum PRU? Atau pun UIT tak pandai..

      Tapi selepas PRU, semua pandai cakap; macam2 analysis dgn fakta2 yg bernas terdapat di blog2 BN. Kenapa UIT tak nampak semua ni..

      Intel team UMNO-BN sememang nya tak kuat!

      Delete
  14. PAS all-out nak ke Putrajaya. Tapi MB Selangor pun dah takut!

    Macam2 PAS buat untuk ke Putrajaya. Sanggup bergabung kuat dgn parti2 bukan Islam dan LGBT.

    Bila dapat peluang jadi MB negeri yg paling kaya di Malaysia, mereka surrender pulak.

    Macamana nk perintah negara Malaysia kalau peringkat negeri pun macam takut..hehehehe

    UMNO-BN sudah terbukti cekap memerintah negara ini. Bukan senang, tapi UMNO dapat jalankan walaupun dgn berbagai cabaran. Syabas UMNO-BN!!!!!

    ReplyDelete
  15. Apa pun tanggapan Tan Sri, PAS kekal dengan imej ulama walaupun ahlinya tak semestinya lebai dan alim. UMNO perlu muhasabah diri. tak perlu tengok DAP dan serang DAP. UMNO kena laku yang terbaik

    ReplyDelete