Tuesday, 7 May 2013

DAP WAJAR SERTAI KERAJAAN UNTUK NATIONAL REONCILIATION

Lim Kit Siang
DAP sedang menghadapi tekanan yang amat berat dari masyarakat Cina yang kecewa untuk mendapat perubahan kerajaan seperti yang diyakinkan kepada mereka oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Maka itu kita dapat melihat keadaan mereka berdua seperti cacing kepanasan setelah mencapai kemenangan besar yang tidak mencecah Putrajaya dan kerana itu mereka mahu kembali ke jalanraya untuk menutup kegagalan mereka dan mengelirukan pengikut-pengikut terhadap pembohongan dan penipuan mereka dengan menuding jari ke pihak lain.

Masyarakat Cina yang mengharapkan penghapusan kerajaan  Malay Dominant Barisan Nasional telah dihadiahkan oleh DAP dengan sebuah kerajaan tanpa orang Cina.

Jalan terbuka bagi DAP untuk menenangkan kemarahan  masyarakat Cina kepadanya ialah; dengan menawarkan penyertaan  DAP dalam kerajaan, kerana ia parti yang mewakili orang Cina  Malaysia sekarang yang terbukti dengan keupayaannya mendapat 38 kerusi beranding MCA hanya 7 kerusi.

Memang sukar untuk DAP menawarkan diri dan sukar juga untuk kerajaan Barisan Nasional menerimanya, tetapi hal ini harus dilihat dari segi hasrat Datuk Seri Najib untuk melangkah ke arah national  reconciliation setelah negara dilanda Tsunami Cina yang mencedera parahkan nilai kejatian diri Malaysia.

Berada dalam euphoria kemenangan orang Cina belum dapat merasakan kesakitannya, tetapi dalam jangka masa yang tidak panjang, mereka akan menyedari kesilapan besar yang telah dilakukan.

Untuk menyelamatkan maruahnya, DAP tentunya memerlukan sokongan dari masyarakat Cina untuk membuat tawaran kepada  kerajaan dan tentunya sikap mereka yang pragmatik, metrialistik dan realisitik memudahkan mereka untuk membuat keputusan yang sesuai dengan kepentingan orang Cina.

Bagaimanapun, halangan yang terbesar tentunya dari Parti Keadilan  Rakyat yang pastinya sama sekali tidak dapat turut serta kerana berada di bawah kepimpinan yang perbicaraan moralnya belum selesai lagi di Mahkamah bagi menentukan kelayakannya di Parlimen.

DAP harus memikirkan apakah keuntungan kepadanya dan kepada masyarkat Cina jika terus berada dipihak pembangkang sebagai wakil orang Cina, kecuali hanya boleh bercakap dan bercakap untuk jangka masa lima tahun akan datang, berbanding jika DAP berada dalam kerajaan untuk jangka masa itu.

Anjuran ini mungkin dianggap sebagai suatu perkara yang mustahil, akan tetapi menyedari bahawa politik adalah merupakan seni segala boleh dan senantiasa memerlukan dinamisme supaya tidak bangkrap seperti komunisme, maka formula yang praktis dan manasabah boleh dicari sekiranya kedua pihak bersetuju untuk duduk semeja dan berunding secara jujur dengan fikiran terbuka.

Jurang politik yang wujud ialah jika  kedua pihak terus bertegang di atas dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baru. Jika Pas sanggup mengorbankan dasar negara Islamnya untuk bekerjasama dengan DAP, maka tentunya DAP dan BN juga dapat mengambil langkah yang dinamik dalam politik.

Berapa banyak prinsip dan dasar yang telah terkorban dan lenyap ditelan masa dalam dunia politik demi untuk survival politik itu sendiri. Dunia komunis hancur kerana amalan politik yang jumud tanpa dinamisme ke arah transformasi yang sesuai dengan perkembangan semasa.

Kedua pihak mestilah sanggup untuk bertolak ansur dan mengorbankan prinsip keras masing-masing yang sudah tidak praktikal dan lapuk untuk disesuaikan dengan cita rasa generasi baru Malaysia.

Jika DAP dapat bekerjasama dengan PAS yang langsung tidak mempunyai persamaan nilai agama, ekonomi dan sosial, maka tentunya lebih mudah untuk berkerjasama dengan BN yang liberal tanpa ideologi yang keras

30 comments:

  1. TAK SETUJU SAMA SEKALI! MEREKA SUDAH MEMILIH. MEREKA TAHU KESAN AKIBAT KEPUTUSAN MEREKA. MENGAPA BN KENA RECONCILE DGN MEREKA. DAH TENGOK KE BELUM SEBARAN GAMBAR2 RASIS KHIANAT KAUM INI TERBALIKKAN BENDERA MALAYSIA? SIAPA DAP!?

    HAYATI RUKUN NEGARA KHUSUSNYA PREAMBLENYA!!!

    ReplyDelete
  2. Brilliant, Tan Sri. Bagi Anwar goyang sikit sehingga tak boleh tidur dengan idea DAP berbaik-baik dengan BN. TIBAI sama dia.

    ReplyDelete
  3. Saya sebagai seorang melayu berasa sunggoh lega dan seronok apabila membaca artikel ini.

    Dengan penyertaan DAP ke dalam kerajaan BN, boleh lah saya tersenyum lebar apabila mendapati kerajaan akan sekali lagi bersunggoh2 mengambil hati cina bagai menatang minyak yg penoh.

    Akan rasa terharu dengan semangat setiakawan kerajaan dalam memberi bantuan berjuta2 ringgit kepada sekolah cina, mengiktiraf universiti cina dan menaiktaraf kehidupan orang2 cina yang rata2 mempunyai masalah traffic jam yang teruk di lembah kelang.

    Saya rasa 'feel good' apabila mendapati kerajaan akan menaikkan peratus ekonomi milik cina daripada 70% kepada 80% dan mungkin 98% apabila PRU ke 14 menggamit manja.

    Dalam masa yang sama, peruntukan2 khas bagi peniaga2 cina untuk membuat 'loan' dan 'bonds' bagi meluaskan pengaruh ekonomi mereka bukan saja di dalam negara, malah di rantau asia pasifik sekaligus membuktikan Malaysia mengamalkan toleransi kaum dan kesaksamaan ekonomi yg unggul.

    Rancangan-rancangan pembangunan dalam bajet tahunan akan bertambah2 di kawasan2 pembangunan pesat khususnya di bandar2 untuk keselesaan rakyat khususnya masyarakat cina (majoriti dudok di bandar) agar Malaysia akan dilihat di mata dunia sebagai first world nation.

    Tanpa di sedari, air mata kesyukuran jatuh berlinangan atas kebijaksanaan pemimpin2 negara menjaga keharmonian kaum tanpa merugikan mana2 pihak dan ketegangan antara kaum dapat dielakkan dengan jayanya.

    Teruskan idea yg Zam coretkan ini dan saya rasa wawasan 2020 akan menjadi kenyataan 5 tahun lebih awal dan rakyat khususnya masyarakat melayu akan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat yeop. Bior dema dilantik jadi timbalan PM2 atau menteri kewangan, kan kaum-kaum tu memang pandai jaga kewangan jadi bagi saje le ke dema jawatan penting kerajaan atau cadangan saya lantik puak-puak tu jadi DO dan KPN atau Ketua turus tentera itu lebih baik dan mencerminkan 1Malaysia dan betapa baiknya hati kita orang melayu. Dengan cara itu saya rasa negara akan jadi lebih aman dan orang melayu akan jadi lebih maju dan bersaing. Rasa saya pemimpin2 melayu kita boleh buat macam tu sebab hati mereka lembut sesangat

      Delete
    2. Saya sebagai orang Melayu bersetuju benar dengan cetusan rasa abang Yeop Pelior diatas. Betul. Sangat molek diikut ide bernas Zam. Ikut lah. Buatlah. Jom kita tengok apa kesan positifnya nanti. Hidup Zam!!

      Delete
    3. Canggih sungguh idea ni KDN bolehlah diserahkan kepada Lim Kit Siang menggantikan Hishamudin semuga kuranglah laungan amaran saja selepas ini dan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berkaitan dengan undang2 ditugaskan kepada Karpal Singh menggantikan Nazri Aziz.Maju kita yeop lepas ni.

      Delete
  4. Zam,
    Saya kurang selesa dengan "national reconciliation' yang di ungkap oleh PM Najib. Kalau dalam context negara Afrika Selatan , proses "national reconciliation" di ujud demi untuk memaaf dan melindungi kepentingan warga kulit putih yang telah menindas kaum Afrika Selatan ketika apartheid.
    Adakah Najib bermaksud demikian iaitu minta warga bukan Melayu memaafkan UMNO (Melayu) atas persepsi apa yang UMNO lakukan tidak disenangi oleh mereka?
    Walaupun demikian, pujian harus di beri pada Najib yang berani dan sentiasa mencari ruang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun.
    Merujuk kepada saranan Zam agar DAP menyertai BN, saya rasa tidak perlu.
    PM Najib boleh menggunakan kuasa prerogative beliau untuk melantik siapa sahaja dalam kabinet.Beliau boleh menjemput beberapa individu Cina yang beliau rasa boleh membantu kearah reconciliation .
    Sebagai misalan Tan Seng Giaw boleh di jemput untuk berada dalam kabinet .Mungkin saya salah, tetapi apa yang dapat lihat dari sudut perwatakan dan keterampilan beliau dalam arena politik Malaysia, beliau adalah antara orang yang moderate dan berhemah dalam DAP, sebagaimana Lee Lam Thye ketika beliau dalam DAP. Beliau adalah seorang doktor pakar dan saya rasa beliau boleh melangkaui perbezaan fahaman politik demi untuk kemakmuran negara.
    Wallahualam

    ReplyDelete
  5. Sekali lagi saya bentangkan formula sama untuk difikirkan:

    BN-MCA-Gerakan+DAP=BNBaru=1Malaysia ---> wawasan 2020

    ReplyDelete
  6. Kalau benar DAP betul-betul mahu MCA dan Gerakan terus berkubur, DAP harus berani menggantikan MCA dalam kerajaan. Jelas PKR akan berkubur dalam beberapa tahun akan dating. PKR tiada 'roots', maka kematian PKR akan pasti walaupun agak perlahan kematiannya.
    Kalau tidak, cina tetap cina, dalam kerajaan mereka turut mahu berperanan, bila mengundi, mereka sokong pembangkang. Biar MCA dan Gerakan pula jadi pembangkang. Bila mereka dapat sokongan semula apabila di luar kerajaan, DAP pula keluar dari gabungan kerajaan.
    Jangan mimpilah nak kuburkan UMNO. UMNO satukan semua Melayu, itu sejarahnya.

    ReplyDelete
  7. DAP nak menawarkan penyertaan diri dalam kerajaan?
    TAK MUNGKIN.

    Dan BN nak menerima DAP? GILER.

    Mana maruah dan prinsip perjuangan parti? Mana jati diri?

    "dasar masing-masing yang sudah tidak sezaman dengan Nasionalisme Malaysia Baru"

    Dasar Nasionalisme Malaysia Baru? Bila pula dasar ni di gubal? Siapa pengubal nya? Ada kah saudara Zam sorang sorang sorang gubal?



    ReplyDelete
  8. Separa Cina separa Melayu8 May 2013 at 02:15

    Zahirnya skrg, msykt Cina lbh diwakili oleh DAP. Saya merasakan cadangan di atas patut dipertimbangkan oleh kedua dua pihak. PAS juga boleh diajak bersama. Bersama dlm k'jaan, berkompromi, berkerjasama membangun negara berharmoni. Zaman monopoli politik satu satu bangsa semakin berlalu, dan satu masa nanti akan outdated.

    ReplyDelete
  9. Tak payah. Orang Cina yang tak nak, Melayu pulak yang hidung tak mancung pipi tersorong-sorong?

    ReplyDelete
  10. Lupakan sahaja.Kaum cine sudah menzahirkan niat untuk mengambil tampuk pemerintahan negara ini dari orang melayu melalui undi tsunami mereka.Hapa yang nak di"reconsile" lagi...

    ReplyDelete
  11. 1. Pilihan ini mesti diambil oleh DAP sendiri dan mereka sepatutnya yang datang minta untuk menyertai kerajaan.

    2.BN boleh mempertimbangkannya sedalam-dalamnya termasuk implikasi jangka panjang dan jika akhirnya difikir sesuai dipersetujui dengan beberapa syarat yang menjurus kepada pemantapan kedudukan orang melayu ie. tiada lagi "insecurity" dipihak melayu berpunca dari keinginan orang cina untuk menghapuskan keistimewaannya.

    3.DAP perlu sedar bahawa syak wasangka melayu terhadapnya adalah salah satu "objektif"nya untuk berkuasa ala LKY di singapura. Mereka perlu meyakinkan melayu bahawa ini adalah tidak benar dan tidak akan berlaku sama sekali.

    4. Seperti perjanjian kemerdekaan, mesti ada "quid pro quo" yang tidak boleh diungkit lagi pada masa akan datang.

    5. Fakta bahawa cina adalah minoriti di dalam negara ini mesti diakui dan mereka melalui DAP tidak boleh berkuasa walaupun melalui proksi.

    6. Bersetuju dengan cadangan ini bukan bermakna "one side giving favour to the other", tetapi berlandaskan realiti politik dan demografi semasa serta perjanjian yang mantap dan selesa bagi kedua belah pihak.

    ReplyDelete
  12. Salam Tan Sri....awat awai sangat nak pi ajak parti lain join kerajaan BN....awat tak dan dan ni....Cadangan A MALAY DAH LAH LAMA nampak praktikal, terutama nya tentang Dr. T.S.Giaw.Tengok dia sebagai individu bukan ahli DAP.Di cadangkan minta kaum Cina tubuh satu consultative council sebagai jambatan Kerajaan BN/Cina...tq

    ReplyDelete
  13. tak payah kot DAP sertai BN/ kerajaan... dalam kerajaan nanti mereka desak itu ini bukan bukan juga. pelik betul bila kerajaan yang ada sudah majoriti melayu Islam nak berharap dengan orang lain lagi? untuk kestabilan negara? sebenarnya kamu ditimpa wahn iaitu penyakit cinta dunia dan takut mati. orang melayu Islam tidak akan menganiayai orang bukan Islam asal mereka tidak menentang Islam. kita dan mereka berhak hidup aman damai tetapi disana terdapat batas-batasnya.

    ReplyDelete
  14. SELEPAS PERISITWA 13 MEI DAP SATU SATUNYA PARTI YANG TIDAK SERTAI MAJLIS RUNDINGAN NEGARA YANG DITUBUHKAN OLEH TUN RAZAK UNTUK MENCARI FORMULA PERDAMAIAN. NAJIB HARUS INGAT INI. KITA LIHAT REAKSI CINA DARI ANJURAN ZAM. JIKA NAJIB SILAP LANGKAH DIA JUGA AKAN OUT DARI PIMPINAN UMNO.

    KEPALA PIMPINAN MESTI SEJUK UNTUK BERFIKIRAN WARAS TETAPI MESTI DIIMBANGHI OLEH HATI YANG PANAS.

    ReplyDelete
  15. Malas nak cakap banyaklah..

    Pokoknya tak setuju.

    Suka sangat kena tikam belakang ke?

    ReplyDelete
  16. Pada tahun 60an, MCA telah kalah teruk dengan Parti Gerakan yang di pimpinan oleh Tun Lim Chong Eu di Pulau Pinang apabila kaum Cina Pulau Pinang menolak MCA. UMNO dan saki baki MCA jadi pembangkang. Semasa Tun Lim Chong Eu memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri telah melancarkan projek jambatan Pulau Pinang. Separuh jalan projek tersebut kerajaan negeri tak cukup wang, dan Tun Lim Chong Eu meminta bantuan Allahyarham Tun Razak pada ketika itu. Maka lahirlah Barisan Nasional. Kini kerajaan DAP Pulau Pinang di bawah Lim Guan Eng hendak membina terowong bawah tanah bagi menyambung PP dengan Seberang Perai. Dengan mandat besar yang diterima DAP, tidak siapa yang boleh menghalang projek tersebut dari dilakasanakan yang anggaran kos keseluruhannya (termasuk binaan 2 lebuhraya) mencecah RM8.5b. Kos binaan mega projek ini sudah pasti tidak akan statik dan mungkin akan meningkat RM10b. Tak mungkin kah seperti Tun Lim Chong Eu, Lim Guan Eng akan mengambil pendekatan yang sama meminta bantuan dari kerajaan pusat untuk kesinambungan projek tersebut kelak. Tak mungkinkah akan lahir satu gabungan politik baru apabila kerjasama diantara 2 musuh politik ini bergabung untuk kesejahteraan rakyat. Lim Chong Eu dan Lim Guan Eang- 2 nama keturunan yang sama yang membawa pembaharuan bermula di P.Pinang dan Allahyarham Tun Razak dan Najib Razak dua beranak yang membawa pembaharuan diperingkat Persekutaun. Sama-sama lah kita berfikir. Politik adalah serba kemungkinan.

    ReplyDelete
  17. Najib telah diberi peluang secukupnya. Rasanya cukup cukup lah tu. Terima hakikat bahawa peluang telah diberi dan dia gagal. Bagi peluang kepada Timbalan Presiden pula memacu negara.. Kalau dibiarkan Najib ni akan gadai apa jua untuk mengambil hati bangsa-bangsa dan agama-agama lain selain daripada Melayu dan Islam..

    Orangramai menyampah dengan kempen yang keterlaluan yang dijalankan di media-media elektronik yang terlalu membesar-besarkan program 1Malaysia tuuu..

    Yang ramai orang hairan tu, mengapa Najib membenarkan SetPol, Peg Khas nya sama sibuk bertanding? Depa ni nak apa lagi? Kalau betul jiwa nya hendak membantu rakyat, bukankah berada dekat dgn PM lebih memudahkan mereka? Tengok apa sudah jadi dengan Fatmi? Sahlan? Shafie? Latt? Padan kan muka depa tuuuuu. Memang patut kalah pun..

    Penyokong BN dan UMNO

    ReplyDelete
  18. so when enemy try to kill you, you ask him to marry you? i don't think this is what Machiavelli meant when he said "keep your friend close but keep your enemy closer".

    ReplyDelete
  19. PR sekarang hanya menunggu domino effect dari mca dan gerakan demi survival.

    PKR akan menjadi parti teras dalam PR. Semua parti dlm bn kecuali UMNO akan swing kepada PR. Inilah permainan sebenarnya yg sedang dinantikan.

    Jadi sila tatang Sabah dan Sarawak bagai minyak yg penuh. Lupakan cina takut nanti kaum penyokong bumiputra akan retaliate.

    ReplyDelete
  20. Ini adalah peluang terbaik untuk menamatkan pengaruh lim kit siang dan karpal sing dalam politik malaysia.orang cina tak mampu survive kalau ekonomi mereka runtuh dan terpaksa hidup susah.memandangkan mereka telah memilih dap sebagai wakil mereka di parlimen.pemimpin dap wajarlah bertanggung jawab keatas kepentingan orang cina.sekiranya kerajaan bn mampu menawarkan kelangsungan ekonomi untuk masyarakat peniaga cina melalui penggabungan parti dap ke dalam bn.sudah tentu golongan peniaga cina dengan senang hati setuju bergabung dengan kerajaan bn.menentang penggabungan dengan bn akan menyebabkan kit siang dan karpal singh disisihkan didalam parti dap.menerima penggabungan bererti meranapkan hubungan dap dalam pakatan.situasi ini mampu menyingkirkan lim kit siang dan karpal singh kalau mereka ini gagal menjaga ekonomi orang cina dalam masa ysng sama manjadikan pkr satu satu pembangkang dalam parlimen kerana anwar tidak relevan lagi pada masa itu.dan meranapkan pakatan rakyat untuk selamanya.manakala bumiputera kekal dominan dalam kuasa politik nagera disamping india.inilah dia pecah dan perintah demi perpaduan rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  21. Kerja giler..... tak setuju.... sebab DAP akan tikam org melayu dari belakang....

    ReplyDelete
  22. Maaf, pandangan tuan sangat bahaya kerana sangat dibimbangkan bahawa Melayu Malaysia akan tenggelam seperti Melayu Singapura hasil percubaan yang dilakukan oleh Yusof Ishak dan Osman Wok dulu.Tan Sri harus refer dulu butiran pendedahan bekas Setiausaha Organisasi DAP, Mohamad Razali Abdul Rahman, berhubung pasukan elit G17 DAP dan grand design parti itu untuk menguasai pemerintahan negara dlm tempoh sepuluh tahun mulai PRU13. UMNO & BN seharusnya bantu pulihkan semangat MCA, perkukuhkan mereka kerana MCA merupakan parti yang tidak pernah belot kepada rakannya.

    ReplyDelete
  23. Tidak setuju.Orang Melayu akan ditikam belakang lagi.DAP tak pernah puas dan lebih mirip kepada komunis dalam tindakan juga bersikap KIASU.Keputusan dan hasilnya bangsa Melayu dan bumiputra sentiasa rugi sampai bila-bila.Najib dan UMNO hendaklah berdiri dengan kekuatan sendiri bersama-sama penyokong-penyokong setianya.

    ReplyDelete
  24. Salam Tan Sri, kalau dah pihak BN terutamanya UMNO menganggap dan mempercayai DAP ini sebagai sebuah parti yang racist dan berniat jahat, buat apa nak bergabung ? Adakah disebabkan DAP telah mendapat keputusan yg lebih baik kali ini jd sibuk sibuk nak bergabung pulak walhal sebelum ini mengkritik DAP dengan begitu pedas sekali ?

    ReplyDelete
  25. Jelas sekali orang melayu hanya mampu disatukan melalui satu cara. Politik.hidup melayu.semoga terus bersatu.tq.

    ReplyDelete
  26. Lim kit siang sebenarya ingin membawa d.a.p.menyertai b.n.tetapi pkr dan pas menentang kerana khuatir mereka akan terpinggir.ahli perniagaan cina juga mulai goyang kerana bakal kehilangan kontrak kerajaan bernilai berbilion ringgit.

    ReplyDelete