Thursday, 23 May 2013

CINA PULAUKAN PIMPINAN MELAYU, MELAYU PULAUKAN BARANGAN CINA.SALAHKAH?


Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat  Cina, maka akhbar The Star menjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka, The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.

Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar  membina  sebuah kerajaan Bumiputra. 

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempen Buy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus  dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Kerajaan mesti banyakan lagi Kedai1Malaysia di seluruh negara.

Ini bukan tindakan rasis kerana kempen jatuhkan kerajaan Melayu juga bukan rasis. Hanya Ketua Pengarang Akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai sahaja nampak rasis seperti dia nampak Utusan Malaysia rasis, tetapi tidak nampak akhbar Cina rasis.

Mulakan dengan pemulauan akhbar The Star.

KENAPA THE STAR BERSIKAP BEGINI?

Akhbar The Star yang menonjolkan diri sebagai juara untuk mengharmonikan semula hubungan antara kaum selepas Pilihan Raya Umum Ke13, tetapi tidak langsung menyiarkan  berita mengenai Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram untuk menjatuhkan kerajaan yang dijuarai oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim.

Jika The Star ikhlas untuk mendamaikan negara, maka berita ini akan memberikan sumbangan yang besar ke arah melemahkan masyarkat Cina yang sedang berada dalam uphoria gerakan untuk menjatuhkan kerajaan dengan keganasan dan kekerasan yang diwarisi dari  PKM.

Mereka ini sebenarnya adalah communist surrogate. Nasib baik The Star gagal dalam usaha untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia. Jika tidak, dia tentunya memberikan inspirasi dan semangat besar kepada orang Cina Malaysia dari dekat.

The Star juga tidak menyiarkan berita orang Cina Malaysia di London mengadakan tunjuk perasaan untuk mencemarkan Pilihan Raya Ke 13 di Malaysia dan demikian juga pelajar-pelajar Malaysia menterbalikkan bendera Malaysia di Taiwan.

Apa yang disiarkan hanya bila pelajar-pelajar yang kurang ajar ini mempertahankan diri mereka. 

Zamkata akan menyiarkan dari semasa ke semasa betapa kelicinan The Star menjadi duri dalam daging untuk membuka mata seluruh rakyat yang prihatin terhadap keselamatan negara ini.

Saya kira masa telah berakhir untuk The Star bermuka-muka dan bermain silap mata, pepat di luar rencong di dalam.

KERA SUMBANG PAS DALAM HIMPUNAN HARAM DI KEDAH.

Sekalipun sebahagian besar pemimpin pemimpin Pas tidak bersetuju dengan perhimpunan haram yang dijuarai oleh Anwar  dan Lim Kit Siang tetapi Naib Presiden  Pas Sallehuddin Ayob dan Pesuruhjaya Pas Kedah Mahfuz Omar telah bersama dengan Anwar Ibrahim dalam tunjuk perasaan haram di Ibu Pejabat Pas di Kota Sarang Semut Kedah malam kelmarin.

Sejumlah besar yang hadhir adalah dari kaum Cina.

Kepada Mahfuz dan Sallehuddin tidak ada jalan lain lagi kecuali terus  bersama dengan Anwar Ibrahim sehingga kesaat terakhir kerana kedudukan masa depan mereka dalam kepimpinan Pas juga hanya menghetong hari. Seperti Hadi mereka jug adalah kera sumbang dalam Pas sekarang ini.

28 comments:

  1. Zam, awek aku cina aku tk boleh lah boikot barang cina sb nanti aku tk merasa lah lagi BARANG dlm kain awek aku tu..mcm mana ni zam boleh tk nasihat aku sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahwin je.

      Delete
    2. dah boycot beli star dan kedai cina, doktor dan dentist. .........chinaman msia berjiwa komonis

      Delete
    3. cewek cina tu, melayukanlah dengan segera

      Delete
  2. Tengok betapa LICIKNYA puak2 B******* ni..menjlnkan agenda mereka secara halus..INGAT,INGAT dan INGAT

    ReplyDelete
  3. sayang pemimpin melayu yang berkuasa sedang lena diulik mimpi indah, tunggu je la golongan murhin mengajar pemimpin sebegini pada pemilihan umno dan pilihanraya akan datang

    ReplyDelete
  4. Orang melayu tidak boleh lagi bersuara tentang bangsanya kerana dianggap rasis.

    Orang Cina bercakap tentang kaumnya dikira sebagai mempertahankan hak.

    ReplyDelete
  5. Mungkin boleh kjaan & agensi & glc, menghadkan bisnes dgn STAR, kurangkan atau tiadakan langsung sokongan kepadanya.Kurangkan iklan iklan kerja dan yg berkaitan oleh glc, bank milik melayu & kerajaan pindahkan iklan utk lelongan rumah @ harta oleh mereka & khazanah, tindakan insolvensi oleh Jabatan Insolvensi dan dll kementerian,iklan iklan perayaan dan upcara keputeraan sultan 2 dan seumpamanya kepada media cetak lain spt Utusan, BH, NST , Metro, Malay Mail. Pasti terjejas bisnes mereka. Baru mereka tahu kerajaan BN itu siapa & kesannya tindakan mereka menikam dr belakang. Kepimpinan tertinggi MCA yg empunya The STAR ni juga satu hal! Harus memainkan peranan mereka.Jangan biarkan MIC yg menguruskan tetapi puak2 DAP pula menguasai kandungannya.Benar spt kata Helen akhbar STAR ini telah lama memberi muka kpd puak2 DAP (ie Cina) dlm menjatuhkan imej BN terutama kpd golongan muda di bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh .... mana boleh .... racist tu :)

      Kita buat yang kita mampu. saya dulu baca STAR sahaja. Tidak lagi.

      NST kena reform jugak lah. Bagi menarik sikit.

      Delete
  6. Mari kita beramai-ramai mencari belia Melayu yang berumur 16 tahun keatas untuk menyeru mereka daftar mengundi apabila mencapai umur 21 tahun. Paling saya sedih, yang dah tua-bangka pun, ada orang Melayu tidak pernah daftar untuk mengundi. Padahal, orang Cina sanggup habiskan beribu ringgit, balik mengundi, dari seberang laut.

    Saya amat benci pada Facebook, Twitter dan lain-lain. Baru2 ini saya nampak dalam FB anak saya, Tkt.2, hampir semua mereka menyokong 'Blackout' dan Demo 505. Mereka kata BN dan UMNO corrupt. Kebanyakan mereka percaya bahawa Anwar difitnah berjubur, oleh TDM. Mereka kata Stopa Spender difitnah. Mereka tuduh TDM menghina Nabi, 'kata zaman Nabi tiada Gilette, pasal tu simpan janggut'. Mereka juga tak percayakan Utusan, RTM & TV3. Dalam TV, Warta Berita, paling mereka benci. Mereka, lebih yakin membaca Harakah yang banyak iklan 'ubat kuat'. Ada setengah mereka menyokong pemberontak yang cuba mengulingkan Presiden Bashir di Syria. Mereka tuduh orang Syiah, bukan Islam sebenar. Mereka dakwa orang Syiah menindas orang Sunni. Mereka tidak percaya Amerika di sebalik semua pemberontakan di negara Arab ataupun pihak pembangkang di Malaysia. Mereka tidak tahu yang Amerika pernah mengebom Iraq dalam membantu orang Syiah berkuasa sekarang. Yang Saddam (Sunni) di gantung mati, sehari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Haji. Sekarang, pihak Barat menolong pula pemberontak Sunni menjatuhkan pemerintahan Syiah, di Syria.

    Oleh yang demikian, terpaksa saya suruh anak, buka account FB, guna nama samaran untuk engage dengan kawan-kawannya yang telah terpengaruh oleh fitnah dan dakyah pembangkang melalui media sosial. Dari sekarang, saya akan cuba menterbalikan fitnah pembangkang di kalangan remaja, dalam FB pula. Masaalahnya, saya baru mula belajar menggunakan FB.

    Harap kerajaan mulakan sekarang. Jangan tunggu lama-lama.

    RD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar orang muda Melayu sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan Facebook, Twitter, Chat, E-mail, blog dll. Remaja Melayu kurang minat membaca, tapi lebih suka bergosip dan percaya pada gosip antara mereka lebih kuat dari mempercayai dan menghormati kata nasihat ibu bapa sendiri! Adanya facebook, twitter dsbnya hanya mengembali dan menguatkan semula budaya gosip antara masyarakat! ini lah padahnya! sepatutnya alat media ini untuk komunikasi efektif hidup moden, tetapi sebaliknya menjadikan orang muda sekarang seperti Minah laser, dan Mat Bacul yang hanya suka berkepit dengan telefon, atau komputer untuk bergosip. Akal mereka seperti orang tepi jalan! mana ada kualiti kalau asyik bergosip dan tidak mencari dan menambah ilmu pengetahuan untuk menjadi lebih canggih berfikir. Anak muda sekarang memang ramai jaguh gosip dan yang peliknya tanpa ada pengetahuan dan informasi awalan mereka lebih percaya kepada yang BATHIL dari yang BENAR!. Dan adat orang muda yang jiwa mereka mebuak-buak kononnya menegakkan kebenaran itu di eksploit habis-habisan oleh pakar dan Ketua Penipu yang satu waktu dulu mengepalai orang muda, tetapi sekarang kerana belangnya diketahui oleh orang lebih waras, maka dia pun gunakan kelamahan otak orang muda untuk memerangkap mereka seperti yang dia lakukan dahulu dan sekarang aksinya sudah memerangkapkan dirinya, Dialah hero yang tidak didendang lagi kerana segala perbuatan munafiknya orang yang waras sudah tahu. Hanya orang muda akal singkat sahaja yang tertipu oleh si Ketua Penipu ini! Ibu bapa mohon nasihat anak-anak muda mereka. Jangan biar anak-anak terlalu ambil banyak masa luar, berlepak! mereka lalai kerana asyik bergosip! Carilah ilmu!

      Delete
  7. Palampau Melayu.23 May 2013 at 12:09

    Ada berita dalam Star meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib membuat kenyataan supaya menghentikan tindakan pemulauan ini barangan Cina.
    Jika Najib tidak berfikir panjang kerana nak ambil hati orang Cina dan menurut seruan ini maka masa depan Najib pun sekatat perhipunan agung umno akan datang sahaja.

    Orang sedang tunggu apakah tindakan Najib terhadap CEO Melayu AirAsia Azran yang kurang ajar.JIKA TIADA APA APA TINDAKAN ELOKLAH PERHIMPUAN AGUNG UMNO AJAR PULA NAJIB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika Najib dan Hishamudin akomodatif lagi maka elok diajar dalam Perhimpunan UMNO nanti-sangat setuju

      Delete
  8. Tan sri lebih arif dlm gme the star ni..apa bezanya the star dgn paper2 rasis cina yg lain???wlupun ianya kepunyaan mca,tp kita aggp mereka yg ddlm dan dnaugan the star ialah suara2 yg jelas mahukan negara milik melayu ini d tumbgkan..

    ReplyDelete
  9. Hari hari, rakyat marhaen seperti aku, mereka yang miskin, papa kedana, hidup kais pagi makan pagi, peneroka FELDA, FELCRA, RISDA dan lain lain termasuk juga mereka semua yang macam aku yang belajar sekadar setakat SPM dan jadi buruh kasar, pump attendant dan lain lain dan kini hari hari bertanya pada si Najib ni: `APA LAGI YANG KAU (najib)mau dari mata sepet ni!`

    Sudah sampai masanya Melayu tulin dan jati yang diketuai olih Muhyiddin supaya membuang najib pada perhimpunan UMNO November 2013 nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pertanyaan sdr Jebat Melayu. Saya pun nak ulang disini :

      APA LAGI NAJIB MAU DARI MATA SEPET NI!!! APA? APA?

      MELAYU TAK BAGUS KA?? NAJIB TAK MAU APA-APA DARI MELAYU KA??!

      Delete
    2. saudara jebat pangkah je anuwar dlm PRU14. tentu masa depan cerah dgn PR. sokong aje PR. sokong UMNO utk kaya atau berduit sikit memang tak dpt. sokong UMNO hanya utk tolong elitsi najib and the gang.
      lagi sekali saya ujur kan (bukan juburkan) sdr jebag pegi la ke PR. mereka memanifestokan(bukan janji) segala yg baik.

      Delete
  10. Kerajaan perlu balik kepada fitrah. Bangkitkan orang melayu dan golongan sederhana. Terbaca satu komen puak kiasu sebelum PRU13 tatkala kerajaan sebuk memancing undi hari tu seperti berikut:

    "kita cakap, gomen bagi satu ringgit. kita jerit, gomen bagi seratus ringgit.kita tepuk meja, gomen bagi sejuta ringgit!"

    Jangan kerana kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Jangan kerana menagih undi, kepala kita dipijak.

    Mungkin boleh contohi cara singapura mendisiplinkan pihak-pihak kiasu ditempat mereka iaitu melalui POKET MEREKA.


    ReplyDelete
  11. sudah sampai masanya BOIKOT The STAR....dan Kerajaan Persekutuan dan negeri di bawah Barisan jangan letakkan iklan dalam The Star..amalan tender dan iklan jawtan mmg selalu diletakkan di Utusan dan NST, maka teruskan tradisi ini

    ReplyDelete
  12. Setuju dgn Anyoym @ 11.52.
    Mulakan kempen psyco. kpd belia2 melayu di kolej mara, lepasan sekolah SMK & SMKA, UITM dan IPTA yg lebih pro kjaan.Bukanlah nak ajak mrka main politik, tetapi sekadar menyedarkan betapa pentingnya sokongan melayu kalau tidak hilang kuasa nanti hilang segalanya.5 tahun tak lama. Mrka ni akan menjadi pengundi pertama kali.
    Aku lebih kesian dgn anak2 dikolej rendah mara(mrsm) yg rata2 anak melayu seramai 39,000org yg dibwh KKLBW. Skrg ni je spt dianaktirikan apatah lagi kalau melayu hilang kuasa.Mungkin kolej ni jadi tak releven. Menakutkan.
    Aku pernah tanya dgn org kuat YB tempat aku, apakah yg BN buat utk menarik pengundi muda berbanding dgn PR. TIADA JAWAPAN. PR pula menghantar 'flyer' mengutuk kjaan utk pengaruhi minda mrka, satu drp aljuburi, satu tok ajis, satu calun yg bertanding semuanya 3 kali pd masa seblm pembubaran parlimen lagi dan kemudian semasa dlm kempen. 'Machinery' BN langsung tiada.Dlm rumah aku ada 4 org yg mengundi tapi anak aku 2 org yg pertama kali mengundi terimanya melalui pos.Bayangkan ini yg dilakukan oleh 'machinery' PR kpd 2.5juta pengundi baru seluruh negara. Kalaulah separuh aje yg mempercayai dah cukup menangkan mrka.
    Moleklah kalau ada gerakkan skrg oleh 'machinery' BN , jangan tengok $$$ bila dekat p/raya baru nak buat.Menteri Belia yang baru tu kena buat kumpulan 'Think Tank & Brain Storming'dr sekarang.Bkn jaga personaliti sendiri aje.Bayangkan berapa juta pengundi baru dikalangan belia melayu dpt didaftarkan dalam masa lima tahun ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebagai anak Malaysia yang bangun maju dari sokongan biasiswa dan mahu membantu kerajaan Melayu, FOC!. Aku bekerja pun di Institusi Melayu kerana sayangkan anak Melayu dan mahukan mereka bangun setanding. Pengalaman aku banyak, baik dalam pengurusan, kemahiran dan perniagaan. Namun gara-gara dengki usaha aku dan rakan-rakan disingkir oleh pengurusan atasan yang gilakan glamour dan takut bahawa usaha aku dan rakan-rakan tersebut akan menenggelamkanya! Inilah masalah dalam pengurusan otak orang Melayu yang didiamkan terus kalau usaha baik yang kita lakukan tidak disukai hanya kerana seseorang Melayu lain itu fikir, usaha tersebut akan menutup peluang "kenaikannya"!.Pemimpin Melayu mestilah faham masih ada ramai dikalangan pegawai atasan Melayu yang "gunting dalam selimut" dan mereka nampak " pepat diluar runcing didalam" ! Budaya hipokrit masih tebal an inilah yang akan menjahanamkam Melayu.

      Delete
  13. "Zamkata akan menyiarkan dari semasa ke semasa betapa kelicinan The Star menjadi duri dalam daging untuk membuka mata seluruh rakyat yang prihatin terhadap keselamatan negara ini". Saya menyokong usaha Zamkata. Dgn adanya analisis tan seri berkaitan the Star, kita orang melayu islam akan dpt memahami serta sedar akan muslihat sidang pengarang the Star. Saya ingin mengesyorkan juga jika bolih akhbar Utusan dan BH menterjemahkan artikel yg berbaur rasis yg terdapat dlm akhbar2 cina krna ramai diantara kita tidak tahu membaca bahasa cina.Utusan/BH bolih sediakan satu muka surat setiap hari utk tujuan ni. Saya yakin orang melayu islam akan lebih terbuka dan luas pandangan kpd isu2 terkini yg berkait rapat dgn kaum melayu islam yg dicanangkan olih bangsa cina dinegara kita ini.

    ReplyDelete
  14. tsz,terus dedahkan pekong bangsa jahanam ini,jangan gentar,anda di pehak yang benar.kalau api yang mereka nyalakan,api juga lah yang kita semburkan.tak ada masa lagi untuk kita terus mengalah.

    ReplyDelete
  15. If we can't beat them join them. Ikut saja strategi bangsa cina dan kita cuba gunapakai teknik dan taktik mereka. Gunakan setiap saluran yg ada utk mempengaruhi fikiran rakyat bg memboikot barangan mereka. X timbul lg soal menjaga hati, biar dikata rasis. Biar berkerat rotan berpatah arang. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.

    ReplyDelete
  16. HARAPAN SAYA PULA KEPADA ABANG2 YG KAYA2 ATAUPUN HARTAWAN MELAYU DI ATAS SANA, SUDILAH KIRANYA MEMBUKA LEBIH BANYAK PUSAT2 PERNIAGAAN, KEDAI H/SET, KOMPUTER,KEDAI TAYAR DI KAWASAN YG BERHAMPIRAN DGN PERNIAGAAN ORG2 CINA. TENTULAH MUDAH BAGI KAMI SEMUA GOLONGAN YG BRPENDAPATAN SEDERHANA NI BOLEH MEMBUAT PILIHAN MEMBELI BARANGAN MELAYU..TOLONG SANGAT2 YER. SAYA MEMANG TENGAH BERSEMANGAT NI DLM MENGAJAK KAWAN2 MEMBELI DAN MENGGUNAKAN BARANG2 KELUARAN MELAYU

    ReplyDelete
  17. Untuk mengawal dan menguasai bangsa cha ya nun alif ni Najib perlukan penasihat yg cukup hebat.Najib harus menggunakan pendekatan yahudi..Hanya bangsa yahudi mampu mengawal dan membaca pergerakan bangsa cha ya nun alif ni.Bagaimanapun kita memerlukan pemimpin yg bijaksana setanding Tun M untuk mengawal penasihat yahudi ini.Masalahnya adakah najib cukup bijaksana untuk mengawal dan menyelia penasihat yahudi?
    Cadangan buy chinese last adalah satu cadangan yg bagus..masalahnya adakah org melayu mampu bersatu padu..Inilah akibatnya bila terlalu banyak dan mudahnya lesen2 diberikan kepada bangsa ini, sedangkan bila org kita memohon terdapat bnyaknya kerenah birokrasi di jabatan2 yg mengeluarkan lesen tu. Bila jadi mcm ni baru kita semua kelam kabut.

    ReplyDelete
  18. Assalan TS Zam

    Dah start boikot The Star. Beli NST pulak. Nak beli Utusan, panjang sangat nak pegang, lenguh tangan. Buatlah tabloid. Senang pegang. lagipun pembaca wanita gemarkan tabloid size, tak nampak mcm org besaq pegang paper, mcm pak2 menteri & org korporat. Baca Kosmo ringan sangat.

    BCL tu dah mula saya amalkan, melainkan kalau dah tak ada kedai lain kat Changlun ni. Tapi saya perasan org cina kat kedai tu toleh2 mcm nak menduga kita jugak bila kita masuk kedai depa...kesian pulak tengok. Tapi saya kan ambil kesempatan berdakwah dengan menunjukkan kemurinian hati kita org muslim melayu ni.

    Najib must be challenged. Bagi dia 'panas' bontot sikit. Dia mudah sangat naik ke atas tanpa lalui apa2 political challenge.

    Rosmah is the real issue. Wa perempuan saya di padang sera, org kuat UMNO, siap ada gambar dengan najib dengan kumpulan Wanita dia letak atas meja. Tapi bab Rosmah, dia boleh tunjuk jelek. Orang mcm TSri lebih mengetahui.

    Bab tarik pengundi muda, UMNO-BN failed. Mcm komentor2 di atas Zeinjb etc. cakap.Mcm tu lah jugak di Kedah ni.Duit banyak bukan habis nak perjelaskan isu atau tarik pengundi2 muda, tapi masuk poket sendiri ajer...Umno, Umno...

    Jumpa lgi Tan Sri.


    ReplyDelete
  19. kalau mcm itulah kelakuan the star, tidak hairan MCA semakin lama semakin tidak relevan dlm BN, ia seolah2 dlm senyap menyalahkan UMNO atas kegagalannya dlm pru13 tanpa mahu melihat dlm dirinya sendiri, inilah yang dikatakan telunjuk lurus kelingkeng berkait

    ReplyDelete