Wednesday, 29 May 2013

ANWARINAS MINTA NIK AZIZ SEKAT USAHA BERBAIK PAS - UMNO

APABILA TERCIUM ADA USAHA MERAPATKAN  PAS DAN UMNO,HARAKAHDAILY YANG DIKUASAI OLEH ANWARINAS  SEGERA MENGINTERVIU MURSYIDUL AM PAS NIK AZIZ NIK MAT UNTUK  MENGINGATKAN MANA MANA PIHAK DALAM PAS SUPAYA BERHENTI DARI MENERUSKAN USAHA INI.

KATA NIK AZIZ "TIADA PERPADUAN  PAS - UMNO SELAGI SAYA HIDUP" 

SEKURANG-KURANGNYA KENYATAAN INI TELAH MENGAMANKAN PERASAAN ANWAR IBRAHIM YANG SEDANG DALAM KEBIMBANGAN KERANA PAS TIDAK MAHU MENYERTAINYA UNTUK MERAMPAS KUASA CARA KEKERASAN. 

Petikan dari Harakahdaily  29 Mei 2013

KUALA LUMPUR, 29 Mei —  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata selagi masih hidup, beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno.

Menurut Mursyidul Am PAS itu, parti adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli terutamanya melalui muktamar.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” kata bekas menteri besar Kelantan itu (gambar) dipetik dari portal Harakahdaily.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli,” tambah beliau lagi.

Menurut Nik Aziz, Umno sejak awal lagi menolak dasar Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS dan selain persoalan dasar parti, banyak lagi perkara yang perlu dikaji terhadap kesilapan Umno dalam perjuangan mereka.

“Untuk itu tidak ada sebab kita ingin bersama mereka dan saya peringatkan pada yang lain jangan ada usaha ini,” katanya.

Dalam Pilihan Raya 2013, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dan mengekalkan penguasaan terhadap negeri Kelantan. Bagaimanapun, PAS gagal untuk mempertahankan negeri Kedah yang mereka menangi pada 2008.

Sementara Umno meningkatkan penguasaan kerusi Parlimen mereka, 88 daripada 133 kerusi BN.

17 comments:

  1. dah kalau milik ahli, biarlah ahli buat keputusan... yang enta nak sekat tu knp?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tan Sri.....setuju dgn Anon.29MAY16:47...kenyataan Tok Guru banyak contradictions :
      (a)...biar ahli buat keputusan : mesyuarah,demokratik
      (b)...saya tidak bagi :dictatorship,
      (c)...tidak ada sebab kita..... :gagal melihat realiti
      (d)...selagi saya masih hidup....: satu ' concession ' ?

      Elok juga ' read between the lines '.....tq

      Delete
  2. elok pas umno bersatu sesama islam.. perteguhkan ukwah sesama islam.. adakah pkr dan dap menyokong islam..?

    ReplyDelete
  3. Jais Anwar London.29 May 2013 at 17:37

    Sekurang kurangnya ini akan menyedarkan Ketua Pemuda Pas, Menteri Besar Kelantan dan lain lain pemimpin utama Pas bahawa Haji Hadi sendiri dan juga orang orang Pas di luar Anwarinas tidak mempunyai apa apa kuasa keatas Harakahdaily dan Harakahdaily tidak menggambarkan perasaan keloh kesah di akar umbi Pas sekarang.

    Harakahdaily menggambarkan pandangan Mt Sabu,Mahfuz dan Husam yang sekarang berada dalam keadaan goyang dalam Pas kerana mereka membawa Pas terjerumus di Kedah dan terconteng dengan pluralisme.

    Sudah sampai masanya Harakahdaily dikuasai semula oleh orang Pas dan bukan oleh ejen Anwar, Kamaruddin Jaafar.Apa yang harus kita buat. Bukankah kekuatan Pas berada di Kelantan.Adakah Pas Kelantan miskin sangat untuk menebus kembali Harakahdaily dari tangan Anwarinas?

    ReplyDelete
  4. Rupa rupanya Nik Aziz juga mempunyai perangai yang sama dengan Tun Mahathir.Dah bersara pun nak campurtangan lagi.

    Tapi campurtangan Mahathir nak selamatkan bangsa ,campur tangan Nik Aziz nak hapuskan bangsa dan agama.

    Bila berada dalam kubur kelak akan terseksalah rohnya dengan anak cucu tak dengar wasiat.Kalau Lee Kuan Yew dia kata dia akan bangkit dari kubur jika sesiapa khianatkan dasarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa kita nak layan kenyataan Ulamak WAHABI ni...Patutnya Ulamak merapatkan umat bukannya memecahbelahkan umat..

      Delete
  5. Seluruh umat Islam sedar bahawa perpaduan PAS - UMNO adalah bererti perpaduan orang Melayu atau perpaduan umat Islam. Ini perkara yang dituntut dalam agama Islam. Cara terbaik:
    1. Kita orang Islam tak payahlah kutuk Nik Aziz sebab dia mempunyai status Tok Guru, kalau kita kutuk dia atas polisi peribadi dia yang tak selari dengan tuntutan Islam itu, nanti pengikut tegar Nik Aziz naik angin pula. Bergaduh lagi. Buat apa nak cari musuh pada hal kita nak berdamai. Biarkan hal Nik Aziz dengan pendirian peribadinya.
    2. Seluruh ahli PAS yang setia pada perjuangan Islam hendaklah muhasabah diri dan ketepikan kebencian yang membara. Ambil yang jernih and mula era baru yang penuh dengan keikhlasan dan kejernihan pandangan. Jadi orang Islam sebenar.
    Menyatukan umat Islam itu adalah kerja DAKWAH dan sebahagian dari IBADAH yang DITUNTUT OLEH Allah. Kita semua mahu kebaikan, keamanan, kesejahteraan. Jadi berhentilah keji Nik Aziz dan biarkan dia bagitu. Semoga Allah buka hidayah padanya. Kita buat apa yang baik - TERUSKAN USAHA PERPADUAN, Allah akan merestui kerja yang baik, insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Laaaa! Kerjasama dengan DAP takpe ke? Terang-terang Karpal tolak Islam...

    ReplyDelete
  7. Nik Aziz ni duduk diam2 kat rumah sudah la. Hanya sebab dia seorang la, kerjasama antara UMNO and PAS tak boleh dibuat etc. A very selfish man indeed. Kalau betul ahli2 punya parti, biar la mereka buat keputusan. Kenapa seolah2 dia seorang sahaja yg buat keputusan utk semua?

    Then kerjasama dgn org bukan Islam yg terang2 menolak ajaran Islam boleh pulak? Ye lah, apa yg nak terkejut sangat kan kalau Mustafa ali punya hal pun dia buat tutup mata, apatah lagi yg mcm ni.

    Drama2 dan putar belit pihak pembangkang semakin lama semakin jelas dan nyata. Jgn harap la semua rakyat akan termakan dgn 'perjuangan' anda.

    ReplyDelete
  8. Berpeganglah kamu dgn tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah..ayat quran yg diketahui ramai org islam. Takkan tok guru tak tahu ayat ini. Islam bgm lah yg diamalkan.tok.guru ni...

    ReplyDelete
  9. Tapi takda PAS dalam Pakatan susah jugak. Sekarang dalam pakatan DAP yang dominan. Dan DAP sedang giat menyusup di Sabah Sarawak.

    Kalau mereka kuasai sabah sarawak, check mate la untuk BN dan melayu sebab bumi sarawak lebih rasa connection dengan DAP berbanding BN.

    ReplyDelete
  10. Perpaduan dan ukhwah adalah sangat dituntut dalam islam, ianya adalah saranan Allah dan Rasul, ianya saranan agama..... Bersatu mendapat pahala. Sementara berpecah, bertelingkah dan bercerai-berai adalah sesuatu yang dilarang, dan ianya adalah suruhan iblis dan anjuran syaitan. Jadi tok guru ni mengikut ajaran agama ke ajaran syaitan?
    Sungguh mudah untuk membuat perbandingan.....

    ReplyDelete
  11. I think UMNO should focus on cleaning up and strengthening cawangan and bahagian by getting more professional for more objectivated administration. Should UMNO doesnt clean up first its backyard, how is UMNO going to tackle the PAS macineries which is now comfortable with DAP and PKR.

    Its a win -win for the troika of DAP, PAS and PKR. DAP do the thinking and strategy for urban, PAS focus on rural ad PKR runs around rallying and because loud speakers to convert and drive for new membership for whole of PR?

    ReplyDelete
  12. Hanya orang islam sahaja yang dituntut untuk merendah diri sesama islam dan tegas terhadap orang kafir. Kalau merendah diri sesama kafir atau mengangkat orang kafir sebagai pemimpin bukanlah cara yang dituntut oleh agama islam.

    Nik Aziz harus bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat islam negara ini sebab menghalang perpaduan dan kerjasama sesama islam.

    Janganlah disebabkan perbezaan fahaman politik kita orang melayu sanggup jadi bodoh dan mudah diperbodohkan serta asyik bercakaran sesama kita yang mana akhirnya merugikan agama, bangsa dan negara kita sendiri.

    ReplyDelete
  13. Nik aziz mcm keramat hidup bg penganut pas.....Jgn berani sentuh org tua ni.........org cina dap lebih baik drp melayu islam umno kata niik aziz.....Tunjuk nas alquran dan hadis soheh utk membuktikan kata2 nik aziz nih......huhuhu

    ReplyDelete
  14. Perjuangan nabi selama 23 tahun berjaya memertabatkan Islam. Pas dah lebih 50 tahun apa pencapaiannya. Awal penubuhan ahli terlibat dalam majlis tari menari dipecat. Sekarang berkhalwat dan berzina dgn isteri orang tak apa malah dapat pangkat lagi. Syoknya berjuang untuk Islam.

    ReplyDelete
  15. NAK TANYA MASA AWAL PENUBUHAN PAS, TUJUAN UTAMANYA UNTUK DIRIKAN NEGARA ISLAM. ADAKAH JANJI TERSEBUT DIBUAT HANYA PADA AHLI2 SAHAJA ATAU JANJI PADA ALLAH. KALAU JANJI PADA ALLAH MAKA JANJI TERSEBUT TIDAK BOLEH DIBUAT MAIN-MAIN. DAH LEBIH 50 TAH UN PAS TAK BUAT APA PUN CUMA BERPOLITIK MURAHAN. KALAU DAH JANJI NAK TUBUH NEGARA ISLAM, LANGKAH PERTAMA ADALAH BERDAKWAH DAN MENARIK LEBIH RAMAI ORANG MEMELUK ISLAM. ISLAM DIMALAYSIA MEMERLUKAN LEBIH RAMAI SAUDARA BARU. ORANG CINA PUN KALAU DAH MASUK ISLAM AKAN KURANG RASISNYA. LEBIH 50 TAHUN PENUBUHAN PAS BERAPA YANG TELAH DIBAWA MASUK ISLAM.

    ReplyDelete