Sunday, 19 May 2013

ANTARA LENA DAN JAGA PAK SAID TERUS MENULIS.


ZAM SAMPAIKAN BUKUNYA KEPADA ORANG YANG MENGAMBILNYA BERKERJA DI UTUSAN.
20130513_114151.jpgSaid Zahari 85 tahun Pengarang  Utusan Melayu yang mempunyai nama besar dalam perjuangan kiri tanahair. Beliau yang mengepalai mogok bersejarah Utusan Melayu pada tahun 1961 yang diikuti dengan penahanan politiknya selama 17 tahun di Singapore,sekarang berada dalam keadaan uzur setelah diserang angin ahmar bagi kali kedua dalam masa 20 tahun

.
Bagaimanapun dalam keadaan keuzurannya,antara jaga dan lena,beliau masih manulis untuk menyiapkan memoirnya yang terakhir yang  belum diberikan tajuk sebagai sambungan kepada memoirnya yang terdahulu mengenai perjuangannya iaitu Dalam Ribuan Mimpi Gelisah dan Meniti Lautan Gelora.

Saya mengunjunginya baru baru ini dengan dipandu oleh anaknya Roesman ke rumah pangsa yang disewanya di Puncak Alam Kuala Selangor.Beliau tinggal bersama anak perempuannya yang telah kematian suaminya dan empat orang cucunya yang menjaganya.

Sekalipun hanya mampu duduk diatas kerusi roda,  tetapi Pak Said tetap bersemangat tinggi,wajahnya tidak lesu sebagai seorang yang sedang sakit,matanya tetap bersinar sebagai seorang pejuang berani yang menyembunyikan segala penderitaan hidupnya di masa lalu dan kini.Bila bercakap tentang Utusan Melayu,keriangan jelas terbayang di wajahnya.

Beliau memberitahu ketika menulis diwaktu pagi,petang atau malam,beliau ada kalanya terdtidur di depan desktopnya dan menulis semujla bila terjaga.

Beliaulah satu satunya bukti sejarah yang masih hidup yang membenarkan pandangan Profesor William R. Roff dalam bukunya Nasiionalisme Melayu  bahawa Utusan Melayu sebagai akhbar telah bertukar menjadikan perjuangan sebagai matlamatnya

Tujuan utama saya menemuinya adalah untuk menyampaikan buku karys saya: Kisah  Sejarah Utusan Melayu :  Didepan Api Dibelakang Duri yang telah pun berada di pasaran yang salah satu dari 20 babnya adalah  mengenai mogok Utusan Melayu yang diketuai oleh Said Zahari yang ketika itu menjadi Pengarang Utusan Melayu  disamping cerita cerita lain dengan  fakta dan anecdote  sejarah  yang membuktikan Utusan Melayu sebagai akhbar  perjaungan sejak kelahirannya di Singapura  pada ahun 1939.

Walaupun hubungan antara Tan Sri Samad Ismail yang pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarang Utusan Melayu tidak kelihatan rapat dengan Said yang menyertai Utusan pada tahun 1951 tetapi dari kajian dan penelitian saya Said Zaharilah  yang  mewarisi  dan meneruskan perjuangan Melayu Raya yang dipelopori dan dijuarai  oleh  Samad Ismail sejak usia ramajanya  sebagai wartawan Utusan Melayu diawal tahun 40an.

Pak Said  tidak pernah bercerita tentang Samad Ismail seorang marxist (diakui oleh Pak Samad kepada saya-aku Marxist Zam,katanya)  sebagai gurunya tetapi ketika mogok Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur  Pak Samad yang ketika itu berkerja dengan Stratis Times Kuala Lumpur telah   menghantar Utusannya A.Samad Said  untuk mengetahui keadaan pemogokan dan memberikan bantuan secara sulit.

Dalam beberapa hal saya sendiri  tidak terus menerus menjiwai  babak pertama perjuangan  Utusan Melayu  oleh  kerana saya  tidak sahaja berada dalam  zaman gelora  perjuangan besarnya  tetapi juga   dalam kebangkitan baru Utusan Melayu setelah  gagalnya pemogokan Utusan 1961.

Berada dalam  babak kedua perjuabngan Utusan Melahu yang brealih dari   nasionalisme Melayu dan sosialisme antarabangsa ,  saya dapat melihat dan menilai  antara mimpi dan realiti dan  memahami pandangan jauh perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman dalam menolak Melayu Raya.

Sebuah negara besar   seperti Indoneisa yang tidak mengutamakan ekonomi untuk rakyatnya sebaliknya  meneruskan semangat revolusi dalam keadaan masih ketinggalan jauh dari segi sain dan teknologi ,pastinya akan bergantung kepada kepada Negara Komunis Cina yang kuat ketika itu.

Pak Samad dan Pak Said dan lain nasionalis Melayu melihat Melayu Raya sebagai penyelamat bangsa  tetapi saya termasuk dalam gulongan yang melihat kegagalan Melayu Raya  menyelamatkan bangsa Melayu dan rakyat  Malaysia dari  penidasan bangsa atas bangsa seperti yang berlaku kepada rakyat Aceh sauatu masa dahulu dan jika ini berlaku pastinnya rakyat  Malaysia sekarang  berada dalam kemunduran dan  kemiskinan.

Antara mulut Naga dan buaya,Tunku memileh buaya dan terbukti  merupakan pilihan yang tepat kerana akhirnya telah diikuti oleh negara negara sosialis di Asia termasuk  Cina sendiri yang memeluk kapitalisme

Said Zahari melihat mogok sebagai langkah menyelamatkan kebebasan akhbar dari penguasaan UMNO  tetapi bagi saya ia langkah UMNO itu  adalah untuk membebaskan  Utusan Melayu untuk meneruskan perjuangan  bagi menjadikan  Malaya sebagai  sebahagian dari Indoneisa.

Betapapun perbezaan fahaman saya dengan Pak Said Zahari tetapi saya tidak dapat melupakan jasa besarnya kepada saya  yang membawa  masuk saya ke  Utusan Melayu sebagai steringer dengan elauan tetap 50 dollar sebualn pda tahun 1959 sebulan tetapi dalam masa yang singkat  diangkat  menjadi pemberita  tetap dan wakil Utusan Melayu di Kedah dan Perlia  sehingga saya mencapai kedudukan tertinggi di Utusan Melayu.

Perbezaani tidak menjejaskan peghargaan saya kepadan Pak Said  sebagai seorang pejuang cekal,berani  ikhlas dan jujur  terhadap  kepercayaan dan ideologinya sehingga sanggup berpisah bertahun tahun dari anak dan isteri dan mengorbankan  keselesaan hidup. 17 tahun dalam penjara bukanlah suau masa yang pendek.  Diantara  beberapa orang wartawan Utusan Melayu yang peranah menjadi tahanan politik dalam perjuangan kemerdekaan, Pak Saidlah yang terpanjang sekali.

Penghargaan saya kepada Pak Said yang tak kunjung pada,  tecatit di akhbar The Straits Times Singapura13 Januari 2001 " Samaada kita bersetuju atau tidak dengan penulisanj Pak Said,kita tidak dapat menafikan bahawa Pak Said adalah sebahagian daripada sejarah Utusan dan Utusan adalah sebahagian dari sjarfah Malaysia. Samada mereka berhaluan kiri atau kanan,orang seperti Samad Said menjadikan Utusan itu hebat.

Untuk mengetahui kehebtan Utusan Melayu (Utusan Malaysia) akhbar Melayu yang menjadi kontroversi hinbgga kini,, eloklah di baca Kisah Sejarah Utusan Melayu: DI DEPAN  API DI BELAKANG DURI.Buku ini sekarang dapat di beli di kedai buku MPH dan juga di lain lain kedai buku di seluruh Malaysia.

Keterangan gambar: Zam menyampaikan buku tilisannya kepada PasSaid Zahari di rumah pangsanya di Puncak Alam Kuala Selangor.

Sesiapa juga yang ingin mengujungi Pak Said sila hubungi lebih dahuju anaknya Roesman di talian: 0111225021

0 (578×761)








No comments:

Post a Comment