Friday, 5 April 2013

WAJARKAH NIK AZIZ DIKEBUMIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM?

TUN MAHATHIR: DAH NANYUK, BERHENTILAH!

Nik Aziz Nik Mat
Wajarkah Nik Aziz Nik Mat apabila dia meninggal dunia kelak dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam?

Perkara yang berat dan serius ini harus dipertimbangkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan atau  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan dan juga Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memandangkan orang ini telah mengambil tanggungjawab Allah Subhanahu Wataala dan menyesatkan pengikut-pengikutnya.

Telah diketahui sebelum ini, seorang lagi pemimpin Pas Haji Hadi telahpun mengambil tanggungjawab yang sama dan menafikannya kerana ada tekanan politik dan apabila Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat  memfatwakan solat orang Islam UMNO tiada pahala dan UMNO parti murtad maka ternyatalah mereka  sefahaman telah meletakkan kedudukan mereka setaraf.

Saya bukan ulama, tetapi ulama tersohor dan candiakawan Islam yang terkemuka Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria telah menidakkan hukuman Nik Aziz itu dengan menegaskan bahawa kesempurnaan pahala solat merupakan kuasa dan rahsia Allah, justeru manusia yang tidak sempurna sifatnya tidak boleh sesekali mencuba untuk menilai amalan itu.

Katanya lagi, "haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintah Islam yang selama ini  telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam."

Ayahpin
Maka itu, tentu seluruh orang Islam yang waras, terutamanya yang tidak berkepentingan politik tertanya-tanya apakah hukumnya terhadap seseorang yang dikatakan ulama atau mursyidul melakukan perkara haram dan lebih dari itu mengambil kuasa Allah. Apakah tindakan hanya berani diambil terhadap Ayahpin?

Masalah besar yang kita hadapi sehingga umat Islam di negara ini berpecah belah, ialah ulama atau ilmuan Islam yang diberikan tanggungjawab untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini juga terkeliru dan takut untuk bertindak segera terhadap mereka yang menyerupai identiti mereka dan mempunyai sedikit sebanyak pelajaran agama, apatah lagi bila berkupiah lebai dan berjanggut.

Dalam soal-soal kecil seperti hukum menghantar kad tahniah kepada perayaan agama lain dan sebagainya, mudah diberikan perhatian dan hukuman, tetapi apabila orang yang bertopengkan agama mengajar ajaran sesat dan mendatangkan malapetaka kepada umat Islam, maka tindakannya amat perlahan, malah tidak berani bertindak, sekalipun pada peringkat menegur.

Inlah yang berlaku terhadap Al Arqam sehingga pertubuhan itu berkembang besar dan hampir tidak boleh lagi di kawal dan walaupun telah diharamkan, sekarang menjadi pertubuhan haram yang kaya raya dengan simpanan berpuluh juta ringgit.

Sudah berapa  lama Nik Aziz dengan bertopeng politik menjalankan ajaran sesat, memberi fatwa haram, mempermain-mainkan agama, tetapi ulama-ulama yang bertanggungjawab pun menganggap hal ini hanya  sebagai politik sahaja, maka dia dibiarkan bermaharajalela sehingga ke peringkat mengambil kuasa Allah.

Mereka tidak memberikan pertimbangan serius terhadap keburukan yang menimpa umat Islam di negara ini sehinggalah ke peringkat yang amat runcing sekarang ini.

Apa yang perlu disedari oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Majlis-majlis Agama Negeri dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri ialah membiarkan guru ajaran sesat ini bermaharajalela mengkhayalkan sesetengah orang Islam telah mengesahkan Doktrin Marxist (Komunis), bahawa agama adalah candu kepada rakyat. Dia telah menjatuhkan maruah Islam di kalangan bukan Islam di negara ini.

Sewajarnya tidak ada parti agama Islam di negara ini. Jika Parti Islam dibenarkan maka dari segi demokrasi  maka boleh ada juga parti-parti agama lain seperti Kristian, Buddha, Parti Ayahpin dan sebagainya.

Bahawa kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara tidak boleh dianggap sebagai istemewa untuk membenarkan Parti Islam wujud, kerana keselamatan dan penghormatan Islam tejamin dengan pengiktirafan kedudukannya yang tertinggi di bawah kawalan Majlis Raja-raja dan Alim Ulama Besar.

MAHATHIR: DAH NANYUK BERHENTILAH

Sementara itu Tun Dr. Mahathir ketika berucap dalam perhimpunan Perkasa di Shah Alam petang ini (6 April 2013) telah mensifatkan Nik Aziz telah nyanyuk bila beliau menyatakan bahawa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala.

Kata Tun, berhentilah dari bercakap yang mengharu birukan pemikiran dan akidah orang di negara ini.

"Dah nyayuk, berhentilah, cukuplah memecah belahkan umat Islam di negara ini," kata Tun lagi.

Di samping itu, Tun Dr. Mahathir juga telah berseluroh menyatakan bahawa beliau tersilap membuat kediaman Perdana Menteri terlalu cantik, maka itu ada orang berebut-rebut nak ke Putrajaya yang dulunya  mereka nak lelong.

"Tak apalah kita beri satu bilik pada Anwar Ibrahim dan dia boleh berkongsi dengan  Nik Aziz. Kita buat dinding tebal bagi bilik ini kerana Anwar Ibrahim masih kuat," katanya disambut gelak ketawa bergemuruh  lebih 15,000 orang hadirin.

89 comments:

  1. Tahniah dan syabas Tan Sri kerana berani menulis tajuk ini. Sebelum ini hanya para blogger sahaja yang menyintuh isu berat ini.

    Jika lebih ramai lagi watak-watak seperti Tan Sri melakukan perkara baik ini, maka Nik Aziz tidak akan ke mana dan boleh disedarkan.

    Persatuan Ulama Pondok Kelantan nampaknya masih konsisten dengan pendapat mereka yang mengatakan mengundi PAS adalah haram. Ini juga merupakan satu penolakan kepada Nik Aziz.

    Saranan Ulama Pondok ini sehingga kini belum disanggah oleh mana-mana pihak dari PAS termasuk Nik Aziz sendiri. Dia juga tidak berani mengatakan ulama Pondok ini telah dibeli atau diupah menjadi jurucakap UMNO.

    Sekali lagi syabas.

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Pokok pangkal adalah niat. Kalau niat seseorang untuk menasihati pihak lawan adalah ikhlas kerana berasakan yang ianya adalah tanggungjawab sesama insan maka dapatlah si penasihat ganjaran atas perbuatan berkenaan ( memberikan nasihat dan peringatan ikhlas seikhlas-ikhlasnya kerana agama).

    Sebaliknya kalau nasihat dalam konteks politiko-keagamaan dibuat untuk mempengaruhi umum agar memandang rendah kepada pihak lawan yang dinasihati dan susulannya pihak lawan akan mengalami kerugian imej sementara pihak yang mengeluarkan nasihat mengharapkan umum memandang tinggi padanya (keuntungan imej), rasa-rasanya tidak ada satu agamapun akan menerima pendekatan sebegini (penggunaan agama untuk mengenakan pihak lawan) sebagai bersih, sebaliknya adalah kotor sekotor-kotornya.

    Niat

    ReplyDelete
  3. Putera Gunung Jerai.5 April 2013 at 12:37

    Tan Sri Zam.Kalau macam itu apa hal Melayu/Islam dalam DAP dan PKR.
    Nik Aziz tak tahu dalam PAS pun ramai kaki curi sekerap dan mengendap.

    Tatwa politik Nik Aziz saja bukan ada apa pun.

    ReplyDelete
  4. Pak Zam,

    Kalau ungkapan seseorang itu memberi kesan kepada kepercayaan, amalan, hubungan sesama manusia dan keharmonian maka eloklah pihak berwajib melakukan sesuatu secara proaktif dan bukannya sesudah 'nasi jadi bubur'.

    ReplyDelete
  5. Tan Sri,

    Ini kali pertama saya komen di sini. Lidah rasmi PAS iaitu Harakah sepatutnya telah lama diharamkan oleh Dr. M. Saya tidak pasti sama ada mantan PM ini b***h atau takut dilabel sebagai anti-demokrasi.

    Harakah adalah media penyesat orang Islam no. 1 di Malaysia. Jika dilihat pada header akhbar tersebut, tertulis slogan 'Membangun Bersama Islam'. Yang menjadi tanda tanya ialah dari muka surat satu hingga ke akhir, di mana mesej Islam yang cuba disampaikan oleh PAS kepada pembacanya?

    Saya lihat semuanya tulisan berbentuk hasutan, fitnah, perpecahan, menimbulkan persepsi jahat atas semangat kepartian dan sebagainya. Ini semua adalah sifat-sifat syaitan yang harus kita jauhi. Perkataan Islam itu jika dikaji membawa maksud kesejahteraan. Jadi sepatutnya Ahmad Lutfi menukar slogan akhbar kendaliannya itu sebagai 'Membangun Bersama Syaitan'.

    Cuba fikirkan apa yang akan berlaku jika orang bukan Islam yang mahu mendekati Islam membaca Harakah. Pasti orang ini menganggap Islam adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kejahatan seperti fitnah, hasutan, huru-hara, perpecahan, kemunduran dan sebagainya. Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad sangat berbeza dari yang difahami oleh pandir-pandir agama di dalam PAS.

    Saya harap Tan Sri yang pernah menjadi Menteri Penerangan dan wartawan veteran boleh menulis tentang peranan akhbar PAS itu yang banyak menyesatkan orang Melayu Islam di Malaysia selama ini. Sepatutnya Dr. M haramkan akhbar penghasut ini dari dahulu lagi. Saya bukanlah seorang wartawan tetapi dari pengamatan saya mendapati pemberitaan Harakah tidak mengikut etika kewartawanan profesional.

    ReplyDelete
  6. Mungkin sahaja keterlanjuran kata-kata Pok Nik untuk kesekian kalinya ini merupakan peringatan daripada Allah untuk orang-orang yang mahu berfikir.

    ReplyDelete
  7. Anak Kuala Ketil.5 April 2013 at 16:59

    Di Baling sudah confirm PAS menang ikut pusingan pertama atas dasar faktor calon.
    1.anak watan tempatan.
    2.kelulusan agama.
    3.pengalaman jeneral pencen.
    3.ada pengaruh keluarga di Baling.
    4.menepati budaya pengundi Baling.

    Bagaimana pula calon BN diBaling.

    Eloklah dibuat satu perbandingan bila BN umum nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kualiti yang anda senaraikan tidak menguntungkan Mokmin dari sudut politik sebaliknya ia mengembirakan bukan mokmin dari sudut ekonomi, pendidikan, sosial dan pembangunan.

      Delete
  8. Nik Aziz dah terlalu tua dan dah nyanyoq la Tan Sri..Balasan Allah kepada seorang yang mengaku ulamak muktabar di penghujung hidupnya..Hidup penuh dendam kesumat ke atas UMNO.
    Sepanjang 23 tahun kepimpinan beliau apa yang beliau telah buat kepada Kelantan..Memalukan umat Islam ja..Kejanya asyik ceramah dan dan memenuhi tabung jihat saja...Tabung jihat yang tak payah diaudit oleh sesiapa pun sampai bila-bila..

    ReplyDelete
  9. .....mungkin Allah telah mengkabulkan doa adik dia semasa solat hajat mega di stadium Sultan Muhammad IV yg mohon UMNO BN di KO...tapi yg akan KO sebenarnya parti mereka sendiri iaitu PAS...

    ....benar kata Tan Sri itu, pihak mana yg sebenar diamanahkan untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini, PAS atau Jab Islam Negeri ??? Apa yg berlaku ialah PAS seolah2 telah diberi lesen besar untuk bercakap apa saja atas nama Islam sehingga penganut Islam sendiri jadi benggong dan keliru. Apa lagi bagi orang bukan Islam. So something have to be done.

    ReplyDelete

  10. nik aziz?

    bakar jer kat jirat

    abu flush kat jamban

    kat situ tuhan dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa status agama,bangsa dan negara awak sampai sanggup tulis camni,klu bapak syaitan pun pandai jaga kehormatan manusia.

      Delete
  11. Saya hanya komen atas tajuk tulisan Tan Sri - kesimpulannya macamana tentera elit Amerika lakukan pada Osama Bin Laden - itu lah cara yang sebaiknya yang saya syorkan di buat pada si bangsat tua kutok ni.

    ReplyDelete
  12. PAS MENANG BUKAN KERANA FATWA NIK AZIZ.TAPI PAS MENANG KERANA ORANG UMNO YG BERI UNDI PADA CALON PAS SEMASA PILIHANRAYA YANG LALU.
    ORANG UMNO INI IALAH ORANG YANG ADA JAWATAN TETAPI PENDERHAKA.
    PERCAYALAH ANJING KALAU DIA BIASA MAKAN NAJIS .SEKALI SEKALA DIA AKAN MAKAN NAJIS JUGA.INILAH PERANGAI PEMIMPIN UMNO.KALAU DATO NAJIB MASIH PAKAI ANJING INI.UMNO TUNGGULAH MAKA AHLI UMNO PULA AKAN TANPA RAGU-RAGU DAN RASA MALU AKAN BERI PAS MENANG PULA.

    JANGAN BIAR AHLI UMNO SENDIR KECEWA DGN SANDIWARA PENDERHAKA UMNO.

    ReplyDelete
  13. bapak zam.pokok sena/kuala kedah/sg petani/merbok/baling/padang serai/kulim b baru dalam bahaya buat umno/bn.

    ReplyDelete
  14. Semua kawasan dalam bahaya dan demikian juga Pas sekarang melihat diri mereka amat amat tidak selamat di mana manapun, Kedah pasti akan jatuh,Kelantan belum pasti dapat dikekalkan kerana Tok Guru dah nyanyuk(kata Mahathir) dan selalu memainkan kuasa Allah. Nak buang pun tak boleh kerana dia dah jadi antik.

    Pokoknya orang UMNO dan orang Melayu mesti sokong dacing dan bukan calun. Insaalah UMNO atau BN akan menang.

    ReplyDelete
  15. Setahu saya Pokok Sena dalam amat bahaya.
    Sepatutnya Setpol Dato Najib buat kerja bagi kuat dan satu padu UMNO di Pokok Sena.Bukan gai selerak dekat PRU 13.
    Sama ada dia jadi kuda Mat sudin atau Mat Sudin jadi kuda dia.

    Pokok Sena amat bahaya.Tak percaya turun dan tinjau lah sendiri.

    ReplyDelete
  16. Pada pendapat saya...kebumikan ia diperkebumian org2 Islam......sebagai muslim adalah menjadi kewajipan kita memandikan mengkafankan sembahyang dan mengkebumikan mengikut cara Islam (fardu kifayah)... tentang amal ibadat dia biarlah Allah yg menentukan...bukan kita yg menghukum kerana selagi dia mengucap dua kalimah syahadah menjadi kewajipan kita melaksanakan mengikut lunas2 islam. Yang lain2 kita serahkan kepada Allah. Walaupun kita berlainan fahaman politik.

    ReplyDelete
  17. YG PENULIS BLOG NI N PENGOMEN2 UMNO/BN NI BUDAK TAHFIZ2 KE?PANDAI ARAB KE? PANDAI TAFSIR HADIS KE? PANDAI HUKUM-HAKAM/AKIDAH KE? ENTAH2 MAMAT/MINAH POK-PEK DUK NGUTUK ORANG LAIN...BELAJAR AGAMA HAPRAK PUN TAK...BAJET WARAK2LAH KONONNYA KAT SINI...FYI, NIK AZIZ PELAJAR UNI DI AL-AZHAR...KORANG PERNAH KE X MASUK AL-AZHAR...MMG KAKI KORANG HARAM JADAH PON X PERNAH MASUK KAN!!!! SETAKAT BELAJAR2 BENDA2 BASIC N END UP KERJA GOMEN JE...HUHU....SIANNYA...SETAKAT GAJI CUKUP2 MAKAN JE...DAH KALAU KORANG HEBAT SANGAT DUK KUTUK DIA DAH NYANYUK LAH APA LAH...CAMNE DIA BOLEH INGAT LAGI SATU AL-QURAN TU...DAH HEBAT SANGAT PERGILAH RUMAH DIA DEBAT ISU-ISU AGAMA NGAN DIA...DIA MEMANG SENTIASA ALU-ALUKAN TETAMU FYI...OKAY...BARULAH KERING AIR LIUR X RETI...PUIIILAH KORANG!!! BAJET JE....XYAHLAH NAK BELAGAK SETAKAT BELAJAR AGAMA BASIC JE...NTAH KORANG2 NI SUME KAKI KONSERT/KAKI DISKO...XPUN SEKALI-SEKALA GI JOM HEBOH KAN...ORG KL LAH KATAKAN...BAJET WARAK TAPI KAKI KONSERT...HUHU.... XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belajar tinggi tp tuhan takbg Hidayah. Tiada yg mengatahui Ilmu Allah melainkan dgn izinNya. bg sy nik aziz itu adalah sytn yg disebut dlm syurah An-Nas*

      Delete
    2. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui , Ya Allah berilah hidayah kepada muslimin muslimat , cari ilmu dunia tp ilmu akhirat melayang buat apa lah kn, sampah .

      Delete
    3. Sabar tuan. Sesetgh org menulis kerana duniawi. Nik Aziz diiktiraf sbg ulama' tp dihina oleh org melayu yg mengaku Islam. Inilah apabila agama dibelakangkan, duit dijdkan kiblat. Kita menasihat, mereka xmau dgr. Doakan jela...

      Delete
  18. PENAKUT NAK VISIBLE COMMENT ORANG LAIN...YELAH....NAK TUNJUKKAN BLOG DIA NI SEMUA ORANG APPROVE...PUIII...KO INGAT KO KUTUK ORANG CAMNI KO PON BOLEH MASUK SYURGA KE...???BETULLAH ORG2 TUA CKP...ORANG YG KUTUK ORG LAIN XLEH MASUK KUBUR ISLAM MMG DIA PUN SAMA JE...CKP KAT ORG LAIN...DIA PON SAMA JE KAFIRKAN ORG LAIN...ITS THE SAME OKAY...WHATS THE DIFFERENCE BETWEEN MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM & TOK GURU CAN'T BE BURIED IN ISLAMIC CEMETERY???HUHU.... U BELAJAR AGAMA SUDAH TENTU U PUN FAHAMKAN...UNLESS U BELAJAR TAKAT SPM JE...HUHU....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia ulama dia tak kafirkan orang Islam,kita nak banyakan lagi orang Islam. kalau banyak ulama seperti ini di Malaysia,maka orang Islam berbunuh sama sendiri macam perangai Islam Arab.

      Delete
  19. assalammualaikum bakal jenazah. jika orang tua ini berbeza fahaman politiknya itu adalah kefahaman politiknya. tetapi dalam sudut pandang islam, TGNA merupakan seorang ulama yg perlu dihormati, dan barang siapa yg menjatuhkan dan menentang ulama sama seperti mereka menentang allah swt. lalu tidakkah ini kufur, dan melabelkan anda seorang kafir dan jatuh murtad ? jgn terlalu obses dgn parti pilihan baik umno, pas mahupun selainnya. semoga allah merahmati kita.

    "tiada satu pun dosa yg tidak diampunkan allah selain berpaling daripadanya (murtad)"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wallahualam. Allah je berhak menghukum :)

      Delete
    2. Man Banun Sg Petani.14 February 2015 at 06:10

      Betul tetapi Nik Aziz dah terang terang hukum orang UMNO tak sah sembahyang. Tuhankah dia ?

      Delete
    3. Ok.. cuba bagi bukti part mana dia kata semayang orang UMNO tak sah?ucapan dia yang mana? kalau betul, terima kasih bagi pencerahan untuk kami semua disini... so kira aku ni orang UMNO tak sah jugaklah semayang aku ek walaupun tetiap minggu aku pi dengaq ceramah TGNA?

      Delete
  20. Baru baca..... Awang Selamat yg tak selamat...

    ReplyDelete
  21. Saya perhatikan keseluruhan isi dan kebanyakan komen tidak berdasarkan alquran dan sunnah. Tapi berdasarkan akal dan nafsu semata. Wallahi siapa yang pernah jumpa dan berinteraksi dengan Tuan Guru Nik Aziz, tidak akan berani berkata bukan bukan tentangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jumpa itu orang Islam yang beku fikiran,tak boleh berdfikir dengan logik atau tak pernah belajar Islam sebelumnya macam artis artis yang tersesat.

      Delete
    2. Masalah aku tak beku fikiran.. Nak kata aku penyokong PAS pun tak.. aku siap ahli UMNO Kelantan lagi.. tp kuliah tok guru aku pegi sokmo.. Tun Mahathir idola aku sejak aku kecil kecil lagi sampailah dah ada anak sorang atas jasa Tun untuk negara Malaysia kita ni.. Tapi TGNA tetap aku hormat dan pemergian beliau cukup untuk aku menitiskan air mata... so kiranya aku ni sebagai ahli separti macam hang ni kiranya beku fikiran jugak ke? Kalau beku jugak minta maaflah mungkin aku ni lagi low class mentality berbanding hang yang penuh intellectualism tu.. tp kena ingat orang yang low class mentality ni juga yang banyak berpenat lelah untuk UMNO setiap kali pilihanraya...

      Delete
  22. Hatta sejak zaman sebelum ini, tokoh Islam yang pertahankan agama sering dituduh bukan2. Buktinya:
    Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

    Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

    Imam Maliki- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

    Imam Hambali- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

    Ramai lagi ulama yang mendapat fitnah serta nasib yang hampir serupa. Syed Qutb, Imam Nawawi dll.

    Diharap agar dapat membuka mata semua. :)
    Semoga Allah pelihara akidah kita bersama.

    Bersatu kerana Islam. Bukan bersatu kerana Melayu.

    Islam dapat menyatukan Melayu. Melayu belum tentu dapat menyatukan Islam.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lebih memecahkan Islam ialah mereka yang mengakafirkan orang Islam yang sedikit bilangannya di Malaysia.Macam inikah nak tarik orang ke Islam,macam inikah Imam Ghazali .ini menakutkan lagi bukan Islam kepada islam dan menjauhkan orang Islam dari Islam.

      Delete
  23. Dah najib yg kau puja tu boleh ke nak ditanam kat kubur islam..kau ingat pok jib kau baik sgt..bini pun xpandai jaga ada hati nk jadi pemimpin negara..kau ngan pok jib kau sama jer kebangangannya..mulut jer nak islam sedangkan pokjib kau dah mengkafirkan negara!!!!suruh pok jib kau jaga bini elok2 dulu pky tudung ape sume..BN laknatullah..obama musuh islam dgn najib BN berpisah tiada la bangang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejahat Najib dan Rosme,dia tidak mendakwa sebagai ulama yang merasa berhak untuk kafirkan orang Islam dengan memborongkan semua orang UMNO kafir. Inilah kalaubelajar Islam setakat di India atau Pakistan yang hanya tahu membunuh.Perangai ini juga ada di kalangan orang Arab menyebabkan ramai orang Arab lari ke Barat kerana telah dikafirkan.

      Delete
    2. Adakah TGNA mengaku dirinya ulama..

      Delete
  24. Yg komen mngutuk TGNA mmng belajar ugama kat sami siam..name je mcam melayu xtentu lagi dye tu islam yg tahu huku hakam islam apelagi xpernah belajar KENAL DIRI..bawak banyak ISTIGFAR..malaikat mencatit semua ucapan tuan2..agak2 ape yg nak dijawab bile di padang mahsyar nanti..SEDANGKAN KAMU MENULIS NI PUN ATAS KUDRAT YG DI IZIN ALLAH...NAUZZUBILLAH...kalau lah anak2 kamu terbace coment kamu..kamu rase agak2 kat mane dye nak respek kamu..itu pun kalo kamu didik anak kmu ke syurga Allah..kalo x maka beriringan lah kamu dan keluarga kamu..
    CUMA SAYA NAK INGATKAN...BARANGSIAPA YG YG MEMBACE ALQURAN DAN MENGHAFAL NYE,JANJI ALLAH MEREKA TIDAK AKAN NYANYOK DAN PELUPE...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik Aziz dah nyanyuk sebab itu dia kafirkan orang Islam kerana dia nak kurangkan Islam di Malaysia ,kerana dia ingat orang Islam dah kuat. Patutnya kita jagalah yang sedikit dan bukannya nak halau keluarr dengan kafirkan yang ada. inilah pengikut nik aziz,bukan ada kepala hanya ada kepala lutut.patutlah orang kelantan miskin dan datang cari makan di KL negara yang dikuasai olehkafir.

      Delete
    2. Wahai Man Kokdiang..!!!! Pernahkah hang mai ke Kelantan..Jumpa sendiri org Kelantan dgn mata kepala hang..Hang ingat Org Kelantan yg pi dok kerja kat luaq tu kerana kat Kelantan tdak kerja ka?..mai le sekali sekala belah Kelantan ni tgk..kalu nak mai ambo buleh jamu nasi dagang......

      Delete
  25. Nik aziz telah pergi. Jangan pertikai pendapat Nik aziz jika tidak berilmu dan jika tidak mendengar keseluruhan ucapan beliau. Bandingkan solat kita dengan solat Nik aziz, sumbangan kita terhadap islam dan sebagainya. Kalau saya yang nilaikan, kamu jauh panggang dari api berbanding dengan Nik aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Solat Nik Aziz kata UMNO KO dan KO UMNO. berjuta orang Islam dengar .inikah kah doa Ulama yang nak jadi ikutan kita .Puih. bandingan Solat Nik Aziz dengan Solat orang Islam yang tulin. Ulama apa benda,takat jadi ulama Pas untuk orang bodoh bolehlah.

      Delete
    2. Saudara taufik...maksud TGNA tu KO dr segi politik dn dasar perjuangan UMNO yg slh dn jatuhkn pentadbiran UMNO yg zalim.Doa utk menentang pemerintahan yg zalim adalah wajib.kalau ulama PAS sahaja bagaimana puluhan ribu rakyat yg bodoh boleh memberi penghormatan kepada beliau?pelik tk...sapa yg bodoh skrg ni?awakke atau puluhan ribu rakyat?

      Delete
    3. KHAIRIL ANWAR PAHANG14 February 2015 at 12:21

      Adakah agama Islam atau adakah hadis nabi dan ayat quran yang membenarkan doa melumpuhkan parti Islam yang lain kerana kita merasa kita diri lebih Islam kerana namakan parti Islam. Tak ada nama Pas dalam Quran kerana bagi Allah orang Islam samasahaja kecuali mereka yang menggunakan nama Allah untuk melupakan orang Islam terhadap kemiskinan yang akhirnya boleh membawa kepada kekufuran.
      Apakah UMNO bukan parti Islam dan boleh jadikan musuh dalam doa. . Orang Islam menjadi profesional di Malaysia kerana UMNO. Apa Nik Aziz buat kecuali lalaikan orang Islam yang hidup dalam miskin.
      Siapa yang berikan izin supaya berdoa bagi mampus UMNO? Ini izin nafsu untuk berkuasa. Bila kita berjuang atas nama Islam maka kita gunakan ayat quran hadis untuk memihak pada kita dan nampak orang lain atau parti Islam lain bukan Islam. Ketakburan yang tidak diredhai Allah. Awak fanatik tak nampak semua ini.
      Ribuan orang yang menyertai perkuburan nya memang menasabah dan tidak mengherankan kerana tidak semua orang Islam meanggap saudara Islam sebagai musuh seperti sikap orang Pas. Maka itu Najib pun kunjungi,orang UMNO pun ziarah juga walaupun telah dikafirkan. Dalam pada itu banyak orang fanatik dan terus dalam kebodohan kerana telah dicandui oleh Islam nik Aziz dan bukan Islam sebenar.

      Delete
  26. Nik aziz telah pergi. Jangan pertikai pendapat Nik aziz jika tidak berilmu dan jika tidak mendengar keseluruhan ucapan beliau. Bandingkan solat kita dengan solat Nik aziz, sumbangan kita terhadap islam dan sebagainya. Kalau saya yang nilaikan, kamu jauh panggang dari api berbanding dengan Nik aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku manusia die pon manusia tiada beza solat aku dgn kita. Tuhan terima solat seorang walaupun membaca surat yg pendek mengikut kemampuan hamba2 nya. Jgn la taksub sgt sampai berkata solat die mendapat sejuta pahala dan aku satu pahala

      Delete
  27. Nik Aziz telah pergi. Jangan sesekali pertikai Nik Aziz jika kamu tidak berilmu dan jika tidak mendengar keseluruhan ucapan beliau. Cukuplah sekadar kamu bandingkan solat kamu dahulu. Kalau saya yang nilaikan kamu dengan Nik Aziz, jauh panggang dari api. Air kaki Nik Aziz pun tadak pada kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TANDA KIAMAT - ILMU AGAMA BERANSUR HILANG...
      9 Jamadil Awal 1432 H | 12 April 2011

      Terdapat beberapa hadis yang menjelaskan tentang ilmu akan hilang dari atas muka bumi ini. Saya merujuk buku 40 Hadis Tanda Kiamat tulisan oleh Syeikh Banjari.

      Sabda Rasulullah s.a.w:

      عن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي االله عنهما يقول : سمعتُ رسولَ الله صلى الله عليه وسلم يقولُ : إن الله لا يقبضُ العلمَ انتِزاعاً ينزعُهُ من الناسِ ولكن يقبِضُ العِلم بقبضِ العُلم حتى إذا لم يترُكْ عالما اتخذ الناس رؤوسا جهالا فسُئِلوا فأفتَوا بغير علم, فضلوا واضلوا -مسلم

      Daripada Abdullah bin 'Amru fin al 'Ash Rodiyallahu 'anhuma, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bahawasanya Allah s.w.t tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama'. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama', orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, dan apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain - (Riwayat Muslim)

      Delete
    2. Kadir Alur Gajah.14 February 2015 at 07:04

      Nik Aziz adalah ulama yang termasuk dalam Riwayat Muslim " mereka yang sesat dan menyesatkan dan menyesatkan orang lain"

      Delete
    3. Komen orang macam ni memang cukup memalukan even untuk penyokong UMNO macam aku. Satu hang dah lah orang Melaka, sama negeri macam aku (mak aku orang Melaka, so aku partly orang Melaka). Kedua hang pun sure salah seorang pengkagum Tun Mahathir macam aku.. Tapi cara hang cakap ni macam budak tak sekolah.

      Pertama, aku banyak kali pi dengar kuliah pagi Jumaat TGNA. Walaupun aku orang UMNO, aku nak habaq hang ramai orang pi dengar kuliah tafsir TGNA setiap hari Jumaat dekat dataran Tok Guru Pejabat Pas dekat dengan Syarikat Jaafar Rawas tu. Stakat yang aku dengar kuliah pagi Jumaat tu, tak sekali pun TGNA kutuk atau hina orang UMNO depan depan. Arwah sangat menjaga hati pendengar kuliah beliau sebab beliau tau ada juga orang UMNO yang datang mendengar kuliah beliau. Strictly dia cuma tafsir ayat Al Qur'an dan bagi nasihat orang ramai tentang amalan kebaikan etc.. In fact aku pun pernah beliau cakap macam ni

      "Tak guna sokong kuat PAS tapi tak solat semua... PAS kuat sungguh tapi solat tak buat masuk neraka juga..."

      Peringatan tu salah satu cara TGNA memberi nasihat pada pendengar dia (tak kira UMNO ke PAS) yang kita perlu letak ALLAH di depan tak kiralah politik kita UMNO or PAS. Kedua TGNA tak pernah sekali pun cakap orang UMNO ni kafir sepanjang aku dengar kuliah tu (tak taulah kuliah yang aku tak pi dia ada cakap.. tp seingat aku sepanjang TGNA masih aktif bagi kuliah setiap Jumaat, sempat lah 30 ke 40 kali aku hadir dengar dekat Dataran Ilmu tu). Cuma beliau ada cakap orang yang kato Islam suku (lain), politik suku (lain) tu tak kena. Sebab Nabi Muhammad S.A.W pun siap dirikan Kerajaan Islam Madinah dengan piagam bersama orang Yahudi dan orang2 munafiq macam Abdullah bin Ubai untuk kepentingan bersama penduduk Madinah secara keseluruhannya... Kemudian buat Perjanjian Hudaibiyyah semua... itu semua apa beza antara treaty yang dibuat oleh ketua2 negara pada zaman sekarang? Yang kita penyokong UMNO ni kenapa nak terasa? Ada ke kita kata politik suku agama suku? In fact bukan ke kanun jenayah syariah nak dibawa ke parlimen ni, Dato Jamil Khir sendiri dah setuju untuk bantu? Maksudnya penyokong2 UMNO sendiri pun dah sedar tentang pentingnya pelaksanaan hukum hudud ni... Kecualilah kalau hang ni memang penganut ajaran sekularisme barat yang percaya 100% agama suku politik suku aku takleh cakap apalah...Buat malu orang2 UMNO macam aku aja...patut Dato' Najib revoke aja membership UMNO orang macam awak ni...

      betul kata Tun Mahathir, UMNO sekarang dipenuhi orang orang yang ntah hapa hapa.. kalau benda dah terang salah kita kata yes lagi... rindu sangat zaman Tun Mahathir dulu.. tp lagi seronok kalau masa tu Tun Mahathir jadi PM, TGNA jadi penasihat agama.. sure Malaysia dan umat Islam seluruhnya semakin bersatu padu dan aman damai.. Ulamak yang disegani dan pemimpin kelas genius dari segi tadbir urus negara bersatu, takde sapa boleh lawan kombinasi ni....tapi TGNA dah pergi, yang tinggal Tun Mahathir sorang ajalah...tak tercapai juga impian tu...

      Delete
  28. Woi zam, siapa ko nak justify orang? Ko ni tak lebih sekadar political attention seeker je. Ke ko buat semua ni sebab nak dapatkan semula jawatan dalam pentadbiran kerajaan yang ko terlepas tu? kalau perangai ko macam ni sampai bila bila lah orang tak respect ko. penyokong2 ko tu aku tak pasti samada ada akal atau tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boikot je zam ni ckp ikut sedap mulut...dlm org berkeadaan sedih dia main sedap kutuk..ko buat main je bab mati ni..apa ko tak mati ke..ko tu yg patut jgn kebumikan di tanah perkuburan islam..

      Delete
    2. Hang nak boikot boikotlah aku tak mahu,dia banyak buka mata aku.

      Delete
  29. sedangkan pm najib y berlainan ideologi politik pn memberi penghormatan kepada tuan guru...y posting n komen tu xtau la jnis manusia y macam mana.....kaum y berlainan bangsa pn memberi penghormatan, tp y mengaku islam mencerca......malulah kalian dengan tindakan kalian itu.....moga diberi hidayah

    ReplyDelete
  30. Gentle reminder of the class act you are. Must republish when your time comes.

    ReplyDelete
  31. Sebelum tanya status kubur orang, tanya diri sendiri dulu. Layak ke tak layak. Kalau baca al-Fatihah pun tergagap, paham-paham sedirilah. Tan Sri tak Tan Sri. Malaikat Mungkar & Nakir tunggu nak bedal je.

    ReplyDelete
  32. Ouh..macam ni ke jenis orang yg pegang 'tan sri'..sorry..cara berbahas, tak macam tan sri pon..hahaha..really? Macam ni ke pandangan orang bpangkat thadap orang alim ulama? Saya melayu, saya juga Islam..saya malu, sbb melayu byk di 'sudu'..nak apa2 sekarang sudukn dengan duit.. *clap clap clap* tahniah lah ye tan sri..sudah awk bukti kn, melayu yg longgar genggaman agama, penuh hasad dengki..

    ReplyDelete
  33. Saya bukan sokong mana mana pihak tapi sila lihat tarikh entri ni di post dan tarikh kalian semua membaca post ni. Arwah dah takde tapi entri ni di post pada tahun 2013. Sekarang 2015. Skadar peringatan bersama memandangkan semua adalah pengguna google dimana apa yang kita key in kat search engine, result sume akan keluar tak kira thun tapi related dgn apa yg kita cari. Saya mencari mengenai berita mengnai pemergian arwah dan blog ini ada di dalam list. Sekian. Al fatihah. Semoga allah memberi pengampunan kepada kita semua tidak kira masih hidup atau yang sudah mati.

    ReplyDelete
  34. tan sri ni pernah menjadi menteri.. apa sumbangan menteri penerangan ni pada pembangunan Islam ... masyarakat cina di kelantan masih ada mampu menulis dalam jawi.. tan sri masih ingat mcm mna nk tulis jawi.. jngn persoal klau ilmu kita xtinggi.. hebat dalam berkarya lau banyak untuk hidup di dunia xda guna.. sya penyokong umno ,,org macam tan sri ni yg menjatuhkan umno yg menjadikan umno bkn mcm yg ditubuhkan dulu.. ingat tan sri umno ditubuh bkn sekadar orgnya melayu tp orgnya juga golongan ulama yg bt golongan ulama yg menubuhkan umno keluar dari umno..

    ReplyDelete
  35. Keyboard warrior bacul pkai nama anonymous. Kutuk2 pkai nama sndri la. penakut pui. kutuk ulamak kau bajet bgos sgt? nyanyok? al-Quran 30 juzuk dia hafal.

    ReplyDelete
  36. Keja tgk tv1 dgn tv3 mcmtula jdnya.

    ReplyDelete
  37. Umno mmg kapiaq...sebab umno tolak hukum Allah... ustaz ustazah yg masuk umno pun akan tolak hukum Allah...ustazah masyitah masuk umno boleh pertikai hukum allah...dia lebih sanggup bela penjenayah dari bela hukum Allah...ustaz kazim masuk umno belh perlece hukum Allah..tak kapiaq lagi umno??semayang cukup 5waktu pun tapi satu ayat quran tolak dah bawa pada kufur....ngaja dak??ka dok p disco ja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TGNA tak ajar kita berkeras dan berdakwah secara tak berhemah macam ni. Sedangkan dengan non muslim pun TGNA cakap baik baik inikan saudara sesama Islam kita ni. Awak kena follow apa metodologi dakwah yang TGNA buat sewaktu kuliah pagi Jumaat.. Ni awak kata penyokong PAS tapi cakap sendiri tak melambangkan akhlak TGNA

      Delete
  38. Pabila mulut lagi hebat dari akal fikiran

    ReplyDelete
  39. pelik lah korg ni, dunia dah akhir zaman mcam ni pun sembang takat ni je...daripda korg habiskan mase comment, baik pgi mengaji agama la, kemaskan balik ilmu rukun solat, silap2 rukun wudhu pun tak lepas, dah nak citer bab ulama..adui..sedih la dgn bangse melayu aku ni, tgok bahase korg pun, budak2 kecik pun boleh tau la takat mane ilmu korg..pening dgn dunia skrg...ai...

    ReplyDelete
  40. maaf hukum hudud gagal di laksanaokan..di malsie nie ....manao adao orang yg benar2 bertakwa dengan hukum ALLAH..walau mereka mengetahui 'senya' bahawa --- mesti di lakukan..bab human lain yg ringan2 di laksanakan..dengan hukum dunia..atau hanya bab hukum cerai kawin jerr..sebab bab sedap...mengapa??????..mungkin... jika kita nak melaksaknakan terhadap orang lain diri sendiri ayau kaum keluarga..yg menyeleweng harus di hukum dulu..berani kerr mana insan di duniao ini lakukan melainkan puak taliban ..di rantau berhampiran am nya..

    ReplyDelete
  41. Apapun tohmahan atau pandangan korg pd TGNA....yg paling penting,Allah terima dia..tempat dia skrg dah sure disana,baik kita yg hidup ni fikirkn nasib kita sendiri yg belum tentu di humban kemana....fikir2kn petunjuk Allah dihari kematiannya....al fatihah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau bukan Allah untuk pastikan dia pasrti masuk surga. Itu pertimbangan engkau sendiri yang fanatik padanya tetapi lain pula perasaan dan pertimbamngan orang dikafirkannnya. Engkau jangan terkejut kalau engkau jumpa Nik Aziz dalam neraka kerana bersekongkong dengan orang yang kafirkan orang Islam.

      Delete
  42. ko nk ckp ape dh sbnrnye? tok guru meninggal dlm kdaan baik, brpuluh ribu org g melawat.. sangat kontra dgn sorg lg yg meninggal lbih awal drp tok guru tapi dihadiri bbrapa org je.. sdgkan tanda2 org mati yg dimuliakan adalah kehadiran rakan-rakan dan kenalan yg ramai... da bt kesalahan besar dgn tok guru bile mse nk mintak maaf eh? tok guru da pergi.. takkan nk g meratap kt kubur die kot?

    bila sang jahil agama berbicara, begini lah ceritanya...

    ReplyDelete
  43. Jgn bercakap kburukan simati...sekiranya tidak benar apa yg dikatakan terhadap si mati...maka rasalh azab Allah kerana tiada lagi peluang untuk kamu memohon ampun dari si mati....dosa sesama manusia hanya dpt diampuni oleh manusia.

    ReplyDelete
  44. sekarang baru nak terasa diri tu camna kan? macam mana rasa nya kutuk orang yang yg pergi bertemu Allah dalam keadaan yang sangat baik? subhanallah, Allah tunjuk lagi berbagai2 petunjuk, tapi korang yang kabur dengan harta pangkat dan duniawi yang tak kekal.. lepas ni, diri yg kutuk2 ni nak kena kebumi macam mana? lps kebumi, kena kutuk dgn org lain pula? insaflah, Allah Maha Pengampun.. in shaa Allah

    ReplyDelete
  45. Malunya saya tgk kita pernah ditadbir oleh menteri seperti ZAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi Tan Sri. Saya dah baca ulasan anda dalam MM hari ini. Saya setuju100% sejak dari mula lagi ulasan itu dikeluarkan. Si political animal ini cukuphebat di segi political animalnya setelah dia kafirkan UMNO dan orang orang UMNO kerana bersekongkol dengan kafir DAP. Malah di juga bantai UMNO bila dia mahu pelok si kafir Lee Kuan Yew semasa LKY jumpa dia di KB masa hiduonya. Itulah sebabnya saya sokong pendapat TS bahawa mayat Nik Aziz tak boleh di tanam di kuburan Islam. Kalaulah saya boleh dengar Mungkar Nangkjir tentang kafir mengakfir ini.

      Delete
    2. Terdapat tanda2 kebesaran Allah di langit ketika perjalanan terakhir jenazah TGNA di bawa ke tanah perkuburan. Awan mendung mengiringi jenazah beliau..satu persatu amalan terpuji beliau menjadi contoh....Allahuakhbar... Janji Allah itu pasti...

      Delete
    3. Inilah yang dikatakan oleh anak Nik Aziz sebagai Khurafat. Pergilah ambil tanah kuburnya bawa balik krrumah.Orang biasa mati pun ada hari mandung.

      Delete
  46. Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz semasa hidupnya , bercakap-cakap pakai ilmu yang ada di dadanya , kita bercakap pakai apa? Fikir-fikirlah sebelum lampu pelita kita padam. Kalau Nabi Muhammad ada di depan kita sekarang? Berani ke kita kata apa yang kita hamburkan sekarang ni. Apa yang tak baik kita hamburkan , orang lain pula hamburkan sampai satu Malaya , diulang-ulang sampai bila. tak takut ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Kalau Nabi Muhammad ada di depan kita sekarang?'

      Hang ni sesat haramjadah mana pulak ni main-main nama Nabi Muhammad pulak? Kut ya pun nak pertahan apa pun, siapa pun, tak payah nak bawa mesej sesat hang kat sini. Cukup2lah dok jaja nama Nabi dengan politik hampa!

      Delete
  47. Mahathir Amin. Kuala Pilah.17 February 2015 at 15:53

    Awak ni betul betul murtad menyamakan Nik Aziz dengan Nabi Muhammad. Kassim Ahmd rendahkan taraf Nabi Muhammad, awak naikan taraf Nik Aziz ke taraf Nabi Muhammad. Dua kali lima .lima kali dua. Inilah jenis taksub,fanatik,tidak cukup pelajaran agama,pengikut membutatuli.

    ReplyDelete
  48. yg kau nyampah sangat tok guru enapa dia penah ambil tanah kau ke ; dia penah maki kau ke dia penah runtuh rumah kau ke

    ReplyDelete
  49. Ya dia pernah maki saya.Dia kata saya budak celaka semasa saya menjadi Menteri Penerangan. Saya mahu melupakannya tetapi kerana saudara bertanya maka saya menjawab. Saya simpan cutting Harakah yang menyiarkannya. Saya harap saya akan menemuinya kerana saya telah lupa di mana saya menyimpannya.

    ReplyDelete
  50. Ingatlah wahai manusia...... Ulamak pewaris Nabi.......ai baru kena maki dah melenting sakan mcm budak2.Berdendam itu kerja syitan, maafkan lah ia,Allah akan memuliakan org yg pemaaf.......Sirah... Nabi berkali2 kena baling najis semasa ke Masjid apa nabi lakukan pada pembaling najis itu,,,,,,,? Sbgai. menteri atau bekas menteri jgn ada sikap Mendeliar awak kenal Mendeliar,,,,,? Harap awk tahu serba sedikit sejarah Melayu.
    Ikutilah panduan hidup yang diperintahkan oleh Allah, janji Allah..... nescaya hidup sejahtera dunia dan ahirat......bukan hukum civil ciptaan manusia yg. sepatutnya kita dukung.......sebagai org. Islam hukum AlQuraan dan Sunah menjadi panduan hidup dan sumber rujukan, bukan bila belakunya krisis pelembagaan kita rujuk ke England.....hukum Allah menjadi kewajiban kita dukung walaupun dengan darah.
    Skrang ni org Islam Malaysia mendukung undang2 ciptaan kafir yg direka oleh barat. Mereka menafikan hukum Allah ..... mengapa kita masih lagi ikut mereka...dimanakah kedudukan kita disisi Allah kita telah menafi perintah Allah.Seolah olah manusia lebih hebat dari penciptanya.
    Islam di Malasia hanya siearnya sahaja yang hebat gah merata dunia, Syariatnya hanya pada hukum nikah kawin dan harta pusaka. Minum arak, zinah, judi, songlap harta anak yatim, rasuah, songlap harta negara serta riba tidak dijalankan mengikut hukum Islam. Sehingga berlakunya fitnah yang hebat dikalangan org. Islam sehingga menjatuhkan maruah umat Islam di Malaysia amnya. Angkara pernusuhan dalam politik. Sebagai penganut agama Islam sewajibnya kesnya dibawa ke MAKAMAH Syariah, mengapa makamah CIVIL. Sebuah negara Islam sewajibnya mendukung Syariat Islam bukan civil.Jika kita dukung undang2 sekuler......fikir-fikirkanlah siapa kita.......dari mana timbulnya fahaman sekuler saya rasa awak lebih arif.........

    Di Msia ada kilang arak terbesar, pusat judi terhebat hingga kedudukannya lebih tinggi dari puncak (kubah) mesjid Negara. Anak luar nikah melata, pusat judi, pusat hiburan (pusat masiat) lebih aktif dan lebih ramai pengunjung daripada masjid dan surau.Inilah kesannya mendukung UNDANG-UNDANG CIVIL ciptaan manusia. Apabila org. Islam menafikan dan mempersenda hukum yg. diperintahkan penciptanya ......... fikirkanlah kedudukannya disisi Allah...............saya rasa inilah yang dikatakan oleh Allahyarham TGNA pada pendukung merah putih.........

    Fiaun pernah tanya Azazil : Adakah manusia yang lebih hebat daripadanya..?.....Azazil : Ada...Firun: Siapakah dia? Azazil: Umat Muhammad akhir zaman..... yg menafikan hukum Allah kerana hukum Allah (ALQuran) kolot tidak sesuai dgn zaman. hukum ciptaan manusia (sekular) lebih sofisikated sesuai dengan peredaran zaman, apa nak ikut pandangan Ulamak (PEWARIS NABI), x ada orang nak sokong, ULAMAK ni, dah tua nyanyuk..............saya menasihati diri saya.

    ReplyDelete
  51. Tanya Firaun dalam Pas dahululah kenapa a mereka sanggup tinggalkan kawan kawan ulama dalam Pas kerana makan gaji dengan kafir.Khianatkan Haji Hadi semata mata kerana nak mengejar keduniaan,pangkat,darjat dan wang. Tak usalah nasihat zamlah.Zam bukat bangkitkan tetapi di setelah dia lupa semuanya tetapi orang cam kau yang fanatik buta tuli yang bagkitkan semula tetapii ingat nik aziz mati sebelum bertaubat setelah sesatkan orang Islam dan miskinkan orang Kelantan sehingga tak sedar berada dalam kemiskinan.
    Maka itulah Allah turunkan bala paling besar ketas Kelantan.Cakap islamkan negara tetapi negeri Kelantan penuh dengan jenayah kerana tak tahu nak sesaoikan dengan cara dunia hanya asyikdengan cara akhirat,Ketinggalan zaman ,tiada pelajaran dunia sebagai oanduan dan hidup dalam khyalan termasuklah pemimpoin pas sekarang yang akan ditelan oleh realis dalam Pas yang lihat fikiran dan pimpinan ulama sudah tidak sesoai lagi.
    Awak pun masih berkhayal.Di Selangor pun tak dapat kuas ta dapat haramkan arak sehngga pemimpin besar Pas keluar parti Cakap mudahlah kalau hanya dapat tengok telor dalam kain sahaja. Sekarang bukan zaman nabilah,zaman hadapi kafir yang lebih teruk dari zaman nabi. Orang berpandangan seperti awaklah yang tak berguna kepada Islam sebaliknya menjumudkan Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.22 February 2015 at 09:36

      Orang seperti ini suruh pergi haji naik untalah kerana kepalterbang buatan orang kafir. Di Selangor baru dia orang sedar bagaimana tolak ansur yang diperlukan dengan kaum kafir demi untuk mengekalkan kuasa maka itu arak tak dapat diharapkan dan Pas tidak pula berani mencabar DAP untuk haramkan arak sebab ramai cina minum arak sedangkan kongsi kerajaan dengan DAP di Selangor. Maka itu masalah kerajaan pusat lebih besar dan terpaksa bertolak ansur untuk kekalkan kuasa raja dan orang Islam sebagai pemerentah.
      Kenapa Pas Selangor bertolak ansur dengan DAP. Kerana nak kekalkan kuasalah. Awak tak memerentah awak tak tahulah..

      Orang seperti ini yang tidak boleh berfikir dan fikir di bawah kangkang sahaja maka tidak ada jalan penyelesaian secara terpelajar atau dengan bersetratiji untuk menentang kafir sebaliknya hanya tahu ilmu akhirat maka akhirnya mereka menggunakan emosi dan caranya ialah dengan membunuh orang dan bkan dengan menggunakan akal dan menjadikan diri mereka sebagai contoh Islam yang hanya tahu mencari penyelesaian dengan kekerasan.
      Jika hanya percaya pada ilmu ugama dan tok guru tak usalah hantar anak belajar di Eropah. Biar orang Islam hanya belajar dari Tok Guru dan akhirnya tak tahu perentah negeri dan berkawan dengan kafir.
      Tentang diri sendiri buat buruk dan busuk tak nampak,tapi nampak hanya bila UMNO buat.


      Orang seperti ini suruh dia pergi Mekah dengan unta sebab kapalterbang buatan orang kafir.

      Delete
  52. Rasanya sudah hampir seminggu TGNA meninggal dunia, pada sesiapa yang mengutuk/mengeji bla bla bla... kat atas tu, sudahkan Tan Sri/Dato Sri/ Datuk Sri/ Dato/Datuk/Tuan/Puan memohon maaf kepada TGNA sebelum beliau meninggal?

    Kata pepatah melayu kerana mulut......

    Sendiri punya mulut sendiri jawab kat akhirat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya TNGA( itupun jika layak dipanggil tok guru) yang meminta ampun dan maaf dari seluruh umat Islam kerana berdosa besar mengkafirkan orang Islam dan mendakwa sembahyang orang UMNO tidak sah dan meninggalkan orang Kelantan dalam miskin dan menderita,menjadikan negeri Kelantan yang termiskin di Malaysia dan menyebab.an orang Islam beku pemimkiran sehingga tidak dapat melihat dosa Tok Guru .

      Delete