Saturday, 6 April 2013

TUN MAHATHIR SYOR IBRAHIM ALI CALON BN DI PASIR MAS

Datuk Ibrahim Ali
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dijadikan calon Barisan Nasional bagi kawasan Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Katanya, Datuik Ibrahim telah membuktikan keikhlasannya bekerja untuk membantu UMNO, Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Cadangan Tun Mahathir itu telah disambut dengan tepukan gemuruh lebih 15,000 yang menghadiri perhimpuan pusingan akhir Perkasa sebelum PLU Ke 13 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan, Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam petang ini.

Adat kita orang Malaysia ialah membalas budi dan Barisan Nasional kenalah membalas budi Ibrahim Ali yang berjasa besar kepadanya, kata Tun sambil  berpantun:

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Di Kandung Tanah
Budi Baik di Kenang juga

Tun Mahathir memberikan jaminan, sekiranya Ibrahim Ali bertanding sebagai calon Barisan Nasional, beliau akan pergi membantunya dan sekali lagi disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Perlu disebutkan Datuk Ibrahim Ali telah memenangi Pilihanraya Umum Malaysia 2008 atas tiket PAS di kawasan Pasir Mas tetapi beliau  menganggap dirinya tidak terikat pada mana-mana parti kerana kemenangannya juga adalah dari sokongan orang orang UMNO.Kedudukannya dalam Parlimen sebagai anggota bebas.

Beliau dipecat dari UMNO pada 22 November 2003.

Melihat kepada cabaran perkauman dari Pakatan Rakyat dan khususnya DAP, beliau telah mengambil inisiatif menubuhkan Perkasa yang sekarang keahliannya lebih 400,000 dan program-program yang di anjurkannya adalah tidak secara langsung menyokong UMNO.

8 comments:

  1. Salam Tan Sri,

    Jokiden lama menyokong dah, atas sebab dia dipecat dari UMNO bukan dia meninggalkan UMNO. Jiwa dia sebenarnya jiwa UMNO.

    Selain daripada itu seorang dua lagi harus juga dipertimbangkan antaranya Wee Choo Keong, Zahrain Hashim, Zulkifli Nordin, Hassan Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

    Jika ramai sangat susah juga nanti. Mungkin ada cara lain untuk cater mereka.

    Elok juga dicadangkan supaya Tok Mon bertanding atas tiket UMNO satu lawan satu dengan Nik Aziz. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Baru bertemu buku dengan ruas, sebab mereka berdua ingin mencipta sejarah sebagai calun tertua.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri...sokong penuh Dato Ibrahim Ali jadi calon BN.Beliau telah buktikan diri nya ' orang UMNO ' ( ikut definisi DS Najib ).

    ReplyDelete
  3. Orang pasir mas sukakan Ibrahim Ali sebenarnya. Dia people person macam Mat Sabu. Cuma yang menyebabkan dia ditolak adalah kepartiannya.

    ReplyDelete
  4. Aku langsung x setuju.Ibrahim Ali ni,klulah ditakdirkan pembangkang jadi pemerintah,comfirm dia mati2 sokong yang dah jadi pemerintah tu pulak & mati2 kutuk cerca yang waktu tu jadi pembangkang.sejarah tetap sejarah.apa yg dia buat buat dulu x mustahil dia buat lagi.ibrahim ali, datuk seri zahrain, zulkifli nordin & beberapa nama yg 'syok' sgt keluar kenyataan kat TV sebenarnya buat golongan muda menyampah dengan BN/UMNO. belajarlah dari kesilapan PRU yg lepas.BN/UMNO just nyatakan & buktikan apa yg telah & akan mereka buat.Jgn sibuk sgt cari aib org. cuba buat kajian belia 30tahun kebawah,siapa suka tengok berita TV3 yg byk sgt cari silap org.... sudah2lah pendekatan begitu.ni dah zaman Samsung, bkn lagi zaman Nokia.tak kan tak blajar kot

    ReplyDelete
  5. Haris Nasution Jitra.14 April 2013 at 05:48

    Sesetengah orang masih menyangka bahawa pembangkang akan dapat sokongan seperti dalam tahun 2008 dan mereka lupa bahawa sejak itu pemikiran orang telah berubah ditransformasikan oleh gerakan politik yang dibangkitkan oleh orang yang sedar tentang lakonan dan pembohongan Anwar.Ibrahim Ali sedar lebih wal.Lihat iFiles bhg10/2 Sekali bohong orang percaya tetapi kalau berkali kali orang terus hilang kepercayaan,. terbaru dia bohong lagi diParis ada orang nak bunuh dia.Cuba kira berapa ramai kawan yang boleh berfklir, yang berkelulusn tinggi dan bepelajaran a gama yang tinggalkan dia,cuma awak seorang sahaja yang tidak mahu berfiir.masih dengar kata hati,tak dengar kata akal.

    Tentunya prang seperti Sidek Baba yang 40 tahun bersama Anwar pun tinggalkannya dapatberfikir lebih baik dari awak. Tidak semua gulongan muda macam awak,say pun muda juga dan ramai yang sedar. Bukan lembu macam awak. Dulu TV3 bohong juga tetapi awak percaya,tetapi sekarang berjuta orang pecaya padanya . Jangan ingat semua orang macam awak,kadang kadang kita seronok sendiri, kita rasa apa yang kita percaya adalah juga kepercayaan orang lain.

    ReplyDelete
  6. Hamdan,Taman Permata.14 April 2013 at 05:53

    Kenyataan Haris Nasution ini adalah menunjukan gelombang perubahan yang besar yang sedang berlaku di tanah air. Saya lihat blog ini pun walaupun memberikan kebebasan kepada semua orang tetapi yang menyokong dan pro kerajaan lebih banyak,tak macam dulu lagi.Alhamdulillah.

    ReplyDelete