Monday, 22 April 2013

SELAMAT KE SYURGA MOHD TAIB, DI SANA ADA PUTERI RAJA

Tan Sri Muhammad Muhammad Taib
SAH hari ini Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib telah menyertai Pas kerana beliau tidak nampak UMNO selama ini memperjuangkan negara Islam. Beliau mahu semua wanita berkelumbong dan hukum-hukum Islam lainnya dijalankan di negara ini, terutama di Lembah Klang.

Pas menampakan penyertaannya sebagai suatu tangkapan besar kerana dialu-alukan oleh Presiden Pas dan pemimpin-pemimpin tertinggi Pas yang menampilkan diri dalam sidang akhbar bersamanya.

Bagaimanapun, kepada UMNO dan kepada rakyat seluruhnya, tindakan Mohd Taib ini bukanlah mengemparkan seperti kegemparan di kalangan Pas seolah-olah menyambut suatu kemenangan besar.

Kepada UMNO tidak rugi apapun, sebaliknya penyertaan Mohd Taib ke dalam UMNO nilainya sama seperti jika Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas menyertai UMNO setelah bertaubat.

Sangkakan hanya artis yang berkeyakinan dengan menyertai Pas akan dapat membasuh dosa masa lalu dan terus diterima oleh Allah sebagai orang yang bersih untuk dihantar ke syurga, tetapi rupa-rupanya orang politik yang telah melalui proses kematangan dan pembersihan undang-undang juga boleh menggunakan logik ini: Masuk Pas bersih dosa, masuk Surga.

Mohd Taib tentunya adalah di antara orang yang beriman kepada Fatwa Kafir Haji Hadi tambahan pula dirinya sendiri pun banyak berdosa, maka itu dia mengambil keputusan untuk tidak mati sebagai kafir UMNO dan mahu ke Syurga sebagai Islam Pas.

Kita ucapkan selamat ke syurga kepada Mohd Taib.Di sana tentu ada puteri raja dan wang berjuta.

42 comments:

  1. Slm tan sri..sy lgsg tdk nmpk apa2 kerugian kpd umno bilamn mat taib ini tiba2 cabut ke Pas.Boleh la kita aggap yg mat taib ini sama la mcm kamilia d k.kangsar apabila xdpt bende..menyelap!!tecipta la sejarah utk mat taib sbgai bks mb umno yg paling dkenang..kontoversi duit,kalah pemilihan umno dan masuk Pas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Pada saat pihanraya ini, adalah kerugian pada BN & untung PR bila VP umno, Menteri besar masuk PAS. Period.

      Delete
    2. Kemasukan Mat Taib kedalam Pas,memperlihatkan Pas sebagai tong sampah atau stor barang terpakai-hapak,busuk,penuh habuk dan berbahaya juga kerana mungkin saja ada ular dimana-mana.UlaRmak sudah tentu berkeliaran dgn angkuh sekali.

      Delete
  2. Alhamdulillah, pembelot-pembelot negara terserlah satu persatu.

    ReplyDelete
  3. Terlampau pulak posting Tan Sri kali ini. Namun rasanya seperti orang lain Tan Sri juga mungkin berpendapat jikapun nak masuk PAS atau PKR takkanlah waktu ini, seolah-olah sengaja hendak menikam UMNO dari belakang.

    Namun Jokiden telah menulis tentang keluarnya beliau ini pada 27 April 2012 lagi.

    Kemana dia selepas ini nanti??? dibiarkan, dipinggirkan oleh PAS sehingga mati beragan?? sama-sama kita tengok nanti.

    ReplyDelete
  4. Kesian Mat Taib. Dia hanya membuat orang merasa Mat Taib pemimpin LOW CLASS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor Jati, Hulu Kelang23 April 2013 at 07:47

      Ya betul Zelmey... Selepas dia gagal utk rebut jawatan timbalan presiden umno dia terus merajuk memencilkan diri dan akhirnya menjadikan dia pemimpin LOW CLASS.

      Dosanya pada orang Melayu amat besar jika BN khususnya UMNO utk perintah semula Selangor gagal dia bolehlah dilabelkan sebagai PENGKHIANAT BANGSA MELAYU!

      Delete
    2. Dosa dgn melayu tak apa. Jangan berdosa dgn Allah swt. Allah lebih mengetahui. Saya doakan moga Allah swt membuka hati tuan untuk melihat kebenaran. InsyaAllah.

      Delete
    3. Dosa dengan Melayu tak apa? aikk Melayu tu bukan manusia kah???

      Delete
  5. Zulfikar.Shah Alam.22 April 2013 at 21:02

    Mohd Taib lupa adanya orang sepertinya dalam BN telah menyebabkan terhalang usaha BN untuk bangunkan imej Islam malah memburukan BN dengan anggapan membiarkan MB, Exco dan juga menteri menerima rasuah.

    Semakin ramai orang seperti Mohd Taib keluar dari parti semakin bersihlah UMNO.

    ReplyDelete
  6. Apakah ada kemungkinan kelak semua orang akan masuk syurga kecuali mereka yang memilih untuk berada di neraka. Atau pun syurga bagi mu itu adalah neraka bagi ku.

    ReplyDelete
  7. Zam, you're one sharp veteran!!!

    -parcifal

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri......apa yng Mntn M.B Selangor nampak ada dlm P.A.S. sekarang yg dia tak nampak dahulu ?...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor Jati, Hulu Klang23 April 2013 at 07:50

      Dia nampak SPENDER kerana itu dia masuk Pas

      Delete
  9. Mat Taib - insan keliru. Mencari Islam sedangkan ianya didepan mata. Islam tidak bergantung kepada parti, kepada lambang, kepada individu. Islam itu anda. Jadilah individu yang Islam.

    Ironinya, dia memasuki parti yang kerap dengan mudah mengelar manusia lain yg Islam sebagai kafir, sebagai golongan yang tidak mendapat pahala ketika solat. Parti yang membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh org Kristian dan hanya menarik balik ketika Parti sendiri bergolak. Parti di mana orangnya menjadi pelakon video. Dan parti ini pulak bekerjasama dengan parti yang pemimpinnya cendurung kepada pluralisme, seorg chameleon dan mempunyai peribadi yang sangat2 diragui. Dan juga parti ini bekerjasama dengan satu lagi parti yang terang2 anti-Islam, yg terang2 anti-Melayu.

    Mat Taib...Mat Taib ... insan keciwa. Engkau sebenarnya tidak di ratapi oleh BN. Terjun lah kau dengan labu ...

    ReplyDelete
  10. Kebanyakkan yg menyertai PAS kerana beranggapan dlm PAS ada agama, utk turut serta dlm satu jama'ah yg memperjuangkan Islam. Bila mendekatkan diri kpd Islam dan berjuang utk menegakkan Islam insyaAllah Syurgalah ganjarannya. Bila dah lama dlm PAS, sbhgnnya terperangkap dgn taksub kepartian, sbhgn lg merasa tertipu kerana Islam PAS zahirnya sahaja yg sebenarnya hanya sebuah parti politik yg menggunakan agama utk mempengaruhi msykt samaada mrk sedari atau tidak, dan sbhgn lg masih tak pasti apakah PAS di pihak yg benar atau sebaliknya. Sbhgn lg menyertai PAS kerana merasa mudah utk mendapatkan pengaruh dan kedudukan, berbanding dgn dlm UMNO, yg terpaksa bergerak dr bawah utk naik ke atas.
    Al Quran ayat ayat 53 hingga 61, mengisahkan perpecahan umat, termasuk umat Islam kpd berbagai kumpulan atau firqah, yg masing masing merasa bangga dgn kumpulannya masing masing dan merasa benar sendiri . Sedangkan yg benar benar mendapatkan kebaikan dan disegerakan kpdnya adalah org org yg mempunyai sifat dan ciri org bertaqwa. Utk bertaqwa tidak semestinya dgn menyertai PAS, bahkan hari ini PAS lebih kelihatan spt jama'ah khawarij. Utk jadi taqwa, bermula dgn Islam iaitu berikrar sedia menerima semua aturan Islam dimulai dgn mengucapkan kalimah syahadah, dikuti dgn pematuhan kpd hukum hukum Islam. Seterusnya beriman dgn semua rukun iman yg enam dan segala yg berkaitan dgnnya. Seterusnya barulah ke tingkatan yg lbh tinggi iaitu derjat ihsan dan taqwa. Dgn taqwalah Allah swt menjanjikan SyurgaNya. Adakah dlm PAS semua ahlinya bertaqwa ? berdasarkan ciri ciri taqwa dlm Al Quran, sukar ditemukan samaada dlm PAS atau di luar PAS, sifat taqwa ini.
    Yg tak sampai kederjat taqwa tak semestinya tidak boleh ke Syurga, kerana sekurang kurang utk ke Syurga adalah dgn Islam, kerana itu Allah swt berpesan, jgn sekali kali mati kecuali dlm Islam. Cuma mungkin yg sekedar Islam terpaksa mengalami pelbagai kesusahan dan kesukaran dan mungkin juga terpaksa ke Neraka dahulu sebelum dikeluarkan darinya utk ke Syurga. WaAllahu'alam.

    ReplyDelete
  11. Zam ni sama jaa spesis si kitul @ raja mendeliar. .. Sama macam mamanda pandikutty madeyyy...Malaysia susah mau maju sebab ada bangsa parasitt macam depa laaa. . Thambiii ngaku melayuuu. .. Ptuihhhh chitpoodahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. banggoi petai - aku rasa kau ni contoh terbaik specis rasis yang kebanyakkannya ada di pihak sana yg bertopengkan agama tetapi ntah la, agama apa ...

      Delete
    2. Aku tak peduli laa belah mana pun. . Yg penting semua mau tau ini tanah ketuanan Melayu. . Kita bangsa Melayu adalah TUAN. .. Puak puak pendatang mau sedaq. . Lain bangsa mix ka half blood kaa semua bawah kitaaa. . Ada pahammmm? ?????????

      Delete
  12. bila butuh angka togel jitu
    hub MBAH DJEPATI di:082-3331-77799
    klik=> http://togelsingapu.blogspot.com/
    baru kami merasakan kemenangan
    atas berkad bantuan mbah.

    ReplyDelete
  13. Bangang Mat Taib. Dah buat busuk UMNO dengan bawa cash 3 juta ringgit cash di Australia, bodohkan diri lagi masuk PAS. Dahlah mengaku bodoh tak tahu English di mahkamah Australia untuk lepas hukuman, sekarang , bat-buat pandai pula memasuki parti pas.
    PAS ni pun satu hal, cubalah ada standard sikit, asyik ambil pmimpin UMNO yang dah lusoh sahaja. Bilalah PAS nak maju.

    ReplyDelete
  14. Tok Sidang Malaya23 April 2013 at 07:38

    Sdr Zam.
    Kita kena lihat kenapa Mat Taib masuk Pas.Memang benar dia kecewa.
    Sebenarnya ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang kecewa dgn UMNO.Bukan kerana tak dapat jawatan.Sebenarnya mereka sudah senang lenang.apa yang kita dengar pemimpin UMNO yang ada hari dikatakan sombong,ego,ranggi terhadap bekas pemimpin lama.Mereka lupa bahawa meraka juga suatu hari nanti akan turun kebawah.
    UMNO akan rugi walau pun mereka tidak ada apa-apa.
    Tun M pun puluh siang malam kerana anaknya nak jadi MB Kedah.

    Isu Mat Taib ini dan isu Kamalia diharap UMNO jangan lah terus menjadi hidung tinggi dan rakus.

    Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendung kejijiran bertabur.
    Sepatutnya UMNO terus kuat di Selangor.Malahan cerita UMNO Selangor bukan rahsia lagi.

    Sdr Zam pun kita tahu ada juga sedikit kecewa bila jadi mantan-mantan ini.
    Boleh jadi kerana sikap pandang serong pemimpin UMNO hari ini terhadap mantan-mantan sebagai sampah yang tidak berguna.

    Kesimpulannya ada kacang lupa kulit.Ada juga pemimpin UMNO yang lupa diri.

    Kesian Mat Taib.

    ReplyDelete
  15. Salam Tan Sri....tertarik dgn tulisan Tok Sidang Malaya,para.akhir.. ......" Kesimpulannya ada kacang lupa kulit.Ada juga pemimpin UMNO yang lupa diri ".....teringat pada kata2 Mat Salleh ' two wrongs does not make a right '...........tq

    ReplyDelete
  16. Zainuddin a/h Maidin adalah paria yang tidak mengenang budi.Hidup mengampu sapertimana ahli-ahli tongkang mabuk yang lain. Boleh duduk di Malaysia ini kami orang Melayu tak halau balik India pun dah cukup bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya senghaja menyiarkan tulisan ini untuk menunjukan taraf berfikir sesetengah orang yang berada di pihak sana. Orang seumpama ini yang mudah dibakar perasaan dan boleh digunakan oleh sesiapapun juga kerana mereka tidak dapat berfikir sebaliknya hanya tahu menggunakan perasaan,marah ,benci dan selalunya menampakan ketidakstabilan minda.

      Delete
    2. Anon 11.13,
      Saya tidak pedulikan caci maki saudara/i di atas, cuma sungguh kasihankan ibu bapa saudara/i yg gagal mendidik saudara/i dengan sempurna. jika ibubapa anda masih ada, lawatilah mereka dan mohon ampun maaf dari mereka. Jika mereka telah tiada, panjatkanlah berbanyak doa utk mereka kerana sesungguhnya mereka sedang tersiksa dgn perbuatan dan perangai saudar/i ini..

      Delete
    3. Biarkan dia tan sri..org begini rmi d sebelah sana..tdklah kita hairan dgn mereka2 ini krn mereka2 ini hya tepesona dgn kata2 pemimpin mereka dan akan mengiakan sj apa yg dkata contoh plg baru ialah video Tapa..sudah terang lg besuluh!!

      Delete
    4. Ini adalah hasil didikan Hj.Hadi dan Nik Aziz,yg suka mencela orang lain.

      Delete
  17. jadi tan sri (sebagai jurnalis) dah biasa membakar perasaan dan menggunakan orang lain lay ye

    ReplyDelete
  18. Dalam Islam Pas masuk syurga ada banyak bidadari-bidadari dan bidadara-bidadara.

    Jadi kalau selera pada bidadari pun ada...kalau selera tu pada bidadara pun ada...

    Ketua Umum dah tentu lebih selera pada bidadara.

    Begitulah mudah & syoknya masuk / sekutu dgn PAS...undi 5-tahun sekali sahaja dah boleh masuk syurga walaupun sepanjang 5 tahun bergelumang dgn dosa.

    ReplyDelete
  19. sabar tan sri.....lagi ramai orang mencela/menghina tan sri...lagi sihat tubuh badan tan sri....lagi tan sri diberi kekuatan utk meneruskan perjuangan...insyallah !

    (tapi tan sri sendiri pun..jaga2 lah kesihatan - kurangkan makan nasi kandar - itu hari saya nampak tan sri sihat betui - org mcm tan sri perlu hidup lama - malaysia msih memerlukan org spt tuan)

    ReplyDelete
  20. Salam.

    "Beliau mahu semua wanita berkelumbong dan hukum-hukum Islam lainnya dijalankan di negara ini, terutama di Lembah Klang."

    Ungkapan ini bunyinya begitu sarkastik. Perlukah sebegini?

    ReplyDelete
  21. Tok Sidang Malaya24 April 2013 at 08:08

    TS Zam tak ada cita-cita/angan-angan ke nak ikut jejak langkah Mat Taib ini.Pemimpin UMNo kini bukan lagi hormat bekas-bekas pemimpin terdahulu.Bekas menteri katanya nak jumpa menteri pun punya seksa.
    Buksn nsk mints projek pun.
    Itulah lagak mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan berdarah daging politik. Saya tetap merasakan diri saya lebih besar sebagai wartawan dari seorang Menteri. Dg kehedak Allah saya menjadi Menteri yang tidak termasuk dalam buku cita cita hidup saya.

      Tidak jadi menyeri pun saya tidak pernah merasakan suatu kehilangan sebab hidup saya tidak berubah.Tempat minum saya tetap digerai malah semasa jadi menteri pun dan bukan bila hampir pilihanraya baru pergi makan bersama rakyat di kedai kedai mamak dan sebagainya.Tak percaya pergi tanya orang di Jalan Masjid India.

      Saya sudah menemui Perdana Perdana Menteri,Menteri Menteri dan sebagainya dalam kapasiti sebagai wartawan sejak Tunku,Tun Razak sampailah ke Mahathir Hussein On dan Najib atas sifat sebagai wartawan dan bukan untuk meminta apa apa.

      Jawatan politik yang pernah saya sandang hingga keperingkat menteripun tidak menghilangkan rasa kebesaran saya kepada profesion awal saya. Saya telah melawat hampir seluruh dunia semasa menjadi wartawan dan bukan hanya sesudah jadi menteri.

      Saya tidak pernah meminta untuk jumpa mana mana menteri pun setelah saya berhenti.Apa perlunya. Saya tidak peduli mereka ingat pada saya atau tidak. Jika dipanggil saya pergi.Apa perlunya saya jumpa mereka. Mereka nak jumpa boleh panggil saya.Saya tidak ada apa apa yang hendak minta tulong dari mereka.Saya bukan bekas pemimpin UMNO atau mantan menteri yang ada apa apa kepentingan.Saya tidak ada perniagaan apapun.

      Ada sebab lain yang saya rasa orang hormati saya walaupun saya rakyat biasa.Tulisan saya ,buku saya dan pendirian saya.

      Saya percaya kepada UMNO dan saya tidak ada apa apa sebab untuk merajuk hanya kerana tidak dipedulikan.Jika dipanggil membantu saya pergi.Pegangan saya kepada UMNO bukan kerana Najib tetapi kerana merupakan sebuah parti yang terbukti berguna kepada rakyat dan negara ini. Saya tidak anggap saya lebih penting dari UMNO sehingga merasakan UMNO akan terjejas bila saya keluar dari UMNO

      Jika saudara merasakan saya salah seorang yang berfikiran seperti saudara atau Mat Taib sila keluarkan nama saya dari senarai. Harus faham sikap saya.

      Delete
    2. Terbaiklah Tan Sri. Saya pun mempunyai pandangan yang sama terhadap UMNO.

      Delete
  22. Muhamad Taib yang kita kenali adalah pemimpin yang amat mudah didekati dan minta tolong masa dia ada jawatan walaupun tak perlu jawatan hebat dalam parti.Bukan macam menteri hari ini.
    Masa pilihanraya KONON RAKYAT JADI RAJA.Semua gula-gula kencing manis saja.

    Pada Tan Sri Zam kita angkat topi.Berjiwa rakyat dulu kini dan selamanya.

    Apa nak buat .Dia juga kena sabotaj masa RU 12 yg lalu.

    ReplyDelete
  23. Normaningseh. Ampang.24 April 2013 at 10:32

    Kita jangan memborongkan semua menteri sukar untuk didekati. Seperti juga driver teksi atau pembantu kedai,ada yang sombong dan adayang mesra. Jika semua menteri macam anggapan saudara maka tidaklah ada kerajaan BN hariini.Rakyat memileh mereka kerana lebih ramai yang baik dari yang sombong.

    Di negar ini memang rakyat jadi raja. Demokrasi terus berjalan dan rakyat menentukan .Itu bukan cakap kosong.Pemimpin Homosexual dan pemimpin Islam yang berzina pun boleh diterima rakyat kerana mudah ditipu oleh lakonan.

    ReplyDelete
  24. bestnyer tan sri mat masuk PAS.. berjuang bersama2 untuk share kalimah Allah dengan kafir. lagi pun masuk PAS, undi PAS boleh masuk syurga, kalau berzina pun mcm pemimpin PAS, tok nik cakap Allah dah ampunkan dosa mereka.. bertuah orang PAS, ada tok nik ajis kuasanya seperti Allah. menjatuhkan hukum dosa pahala. mengkafirkan sesama Islam. tapi kena hati2 ye tan sri.. takut tan sri sedang diperatikan oleh aljuburi yang suke minat dengan juburi... he3.. ape pun UMNO dah lega sebab segala yang berlaku bukanlah 'kehilangan' tapi merasakan satu hikmah dan nikmat.

    ReplyDelete
  25. Mat taib mahu Ada seikit perasaan kesal di hati umno kerana tidak memperdulikannya, menghargainya.
    Ini rajuk org tua, rajuk veteran, badan dalam pas, hati Dan jiwa masih pada umno. Najib mungkin terlepas pandang untuk meletakkan mat taib pada satu tempat yg sesuai.

    Syed hamid albar mungkin mengambil pendirian yg sama kalau dia bukan pengerusi spad hari ini?

    Selaku penggiat politik sepenuh masa...mat taib mungkin terkilan kerana giannya berpolitik Dan berjawatan tidak kecapaian dlm umno.

    Cuma musA hitam mungkin anTara yg pandai membawa diri tetapi masih kritikal pada kerajaan sekarang kecuali di era paklak kerana dia diberi tugas pengerusi sime darby.

    Paklah juga diberi peranan pengerusi mas sekarang

    Ingat, tun m pun pernah merajuk di era paklah Dan keluar umno

    ReplyDelete
  26. Ramai yg nak masuk Pas,sebab video adalah besi tak boleh jadi saksi.Sekarang ni kalau nak buat kerja tak tentu videolah yg ditakuti,kalau Presiden Pas dah kata besi tak boleh jadi saksi elok benarlah tu,tambahan pula kalau ada apa-apa, perkataan 'fitnah' di dahulukan bukan 'siasat'.

    ReplyDelete
  27. BAHAYA ! PAS nampak nya semakin berkuasa dan popular sekarang ni..

    Ramai ex-taiko UMNO dah join PAS, ramai artis2 join PAS, DAP pun pilih lambang PAS. Nama Anuar Al-jub pun jarang disebut2..

    media perdana dan cyber byk cetak PAS, PAS, PAS, PAS, ......

    PAS secara tak langsung dah jadi fofiler! hahahaha

    Adakah UMNO-BN sedang berbuat sesuatu atau relax ker....

    ReplyDelete