Sunday, 7 April 2013

PAS IKUT JEJAK PKR TUDUH BN CIPLAK MENIFESTO PAKATAN RAKYAT

Pas  telah mengikuti jejak Parti Keadilan Rakyat mensifakan Manisfesto BN yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sebagai menciplak  manifesto  Pakatan Rakyat.

HarakahDaily yang dikuasai oleh Anwarinas  menyiarkan dakwaan Setiausaha Agung Pas Datuk  Mustafa Ali mengatakan bahawa sekurang kurangnya 9 pekara telah diciplak. Mereka juga menuduh Najib menggunakan siaran langsung TV1 dan TV3 untjuk berkempen disamping melancarkan manifesta BN  dalam suatu upacara gilang gemilang yang dihadiri lebih 40,000 orang di Stadium Bukit Jalil dan disaksikan oleh berjuta orang malam tadi(6 April).

PAS dan Parti Keadilan menggunakan tuduhan yang sama sebagai stratiji untuk meyakinkan rakyat tetapi ternyata Pas melakukakannya  atas nasihat PKR kerana Pas hanya membuat tuduhan itu beberapa jam setelah didahului oleh PKR

Inilah laporan reaksi PKR dan Pas yang dipetik dari   Keadilan Daily dan Harakah Daily :

KELANTAN 7 APRIL: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal dari mana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat.

“Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?

“Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada ceramah depan lebih 10,000 orang di Jeli, Kelantan malam tadi selepas menyampaikan tazkirah di Masjid Geluk, Pasir Mas.

Datuk Seri Najib Razak pada malam sama membentang manifesto BN yang menyerupai manisfesto Pakatan sekalipun pemimpin Umno lantang mengkritiknya sebelum ini.

Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen ‘Turun Harga Kereta’.

Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.

Pakatan sudah lama berjanji memberi permit individu kepada pemandu teksi berikutan ia selama ini dibolot
pemimpin Umno BN.

Pakatan membentang ‘Manifesto Rakyat’ di konvensyen pada 27 Februari lalu dengan memberi tumpuan kepada kebajikan seluruh lapisan masyarakat.

Pada ceramah sama, Anwar percaya Najib tidak akan melaksanakan manisfeto BN sebaliknya hanya bertujuan meraih sokongan dan undi pada PRU 13.

“Dia (Najib) tidak akan lakukan. Sebab itu, saya minta kawan-kawan, ambil keputusan bijak. Sekarang patut  sudah buat keputusan (undi Pakatan),” katanya.

BN ciplak manifesto Pakatan dengan ketara
Salmiyah Harun,
07 Apr 2013
(Mustafa bersama Mariah dan Zailah dalam sidang media
di Pusat Media PAS hari ini)
KUALA LUMPUR: PAS mendakwa sekurang-kurang sembilan perkara dalam manifesto Barisan Nasional (BN) yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak malam tadi menciplak manifesto Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini berkata,  yang paling ketara adalah janji BN untuk memberikan bayaran tunai lebih 20 peratus kpada negeri pengeluar minyak.
Manifesto BN itu berbunyi, "Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyakdan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang."

Padahal dalam manifestonya, Pakatan dengan jelas mengatakan, "Menaikkan royalty kepada negeri-negeri pengeluar minyak dan gas dari 5% ke 20%."

Mustafa berkata BN hanya mengolah istilah tertentu dalam untuk membezakan antara kedua-dua manifesto tetapi "polisi yang dipinda mengikut cara kita".

Mustafa berkata demikian dalam sidangnya di Pusat Media PAS hari ini. Turut serta adalah Ketua Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof dan timbalannya, Dr Mariah Mahmud.

Dalam sidang media itu, Mustafa turut menyerang penggunaan masa kira-kira dua jam oleh Najib untuk membentangkan manifesto BN dalam TV1 dan TV3.

"Kita dijanjikan 10 minit untuk membentangkan manifesto itu. Itupun dirakamkan bukan live," katanya.

Atas sebab itulah, katanya Pakatan membuat keputusan menolak tawaran ini kerana ia disifatkan hanya 'ajak-ajak ayam sahaja'.

Siti Zailah ketika mencelah dalam isu ini juga kesal dengan langkah kerajaan BN itu kerana dengan 10 minit apa yang boleh diterangkan, "nak bentang tikar pun dah lima minit."

Selain itu, BN juga menawarkan penurunan harga kereta secara berperingkat-peringkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional.

Pakatan pula menawarkan, "Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.

"Mewujudkan industry automotif negara yang benar-benar berdayasaing dan boleh mengeluarkan kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah."

Sementara itu, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dalam satu sidang media berasingan hari ini berkata, beliau melihat bahawa manifesto yang diumumkan tidak disalin bulat-bulat daripada tawaran Pakatan tetapi cuba mengetengahkan tawaran “populis, tanpa perubahan fundamental”.

“Ini adalah plagiarisme dalam definisinya yang jelas. Manifesto itu populis, tetapi tercicir perkara yang lebih utama, iaitu reformasi fundamental,” katanya dalam ucapan selepas acara pemeriksaan kesihatan di kawasan Lembah Pantai hari ini.

6 comments:

  1. I like the "komen" part. Naughty, naughty, nudge, nudge, wink, wink.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri...manifesto ia lah ' collective name ' bagi janji2 atau cadangan2 ',jadi BN atau PKR atau DAP bolih buat manifesto..yang membezakan ialah 'content ' atau 'kandongan '.Kalau content pun sama juga,perlu lah di lihat pula 'plausibility ' atau ' practicality ', ia itu bolih di tunaikan atau tidak. Saya dan kawan2 lain juga yakin BN dapat menunaikan janji2 nya...kalau " Anwar percaya Najib tidak akan melaksanan manifesto BN...",BEGITU JUGA SEBALIK NYA.Ada kah penyokong BN percaya Anwar akan melaksanakan janji2 nya.tq

    ReplyDelete
  3. Salam TanSri,

    Terdapat perbezaan yang nyata antara UMNO/BN dengan Pakatan haram ini.

    Akan turun hujan atau ribut petir sekiranya Nuar Brahim memuji manifesto BN.

    Cara mudah memperlekehkan orang lain ialah dengan menuduh orang lain itu meniru apa yang kita buat. Manifesto tiru pakatan, bajet tiru pakatan, cara berkempenpun tiru pakatan. Maka jadilah pakatan hebat.

    Lagi yang nyata berbeza ialah pelancaran manifesto pakatan hanya dihadiri oleh 300 orang penyokong tegar pakatan. Manifesto BN dilancarkan dihadapan lebih 60,000 orang penyokong tegar. Ikut manapun BN akan menang besar.

    ReplyDelete
  4. Cuma manifesto pakatan bukan janji

    ReplyDelete
  5. "“Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?"

    Outsyed The Box already harped for many years about car prices before Anwar's ilk pick it up.. "Aikk? Dia (Anwar) belajar dari siapa?"

    Really lah this guy.. patutlah Selangor bayar dia RM1 aje for his work as Economic Adviser.. Rasanya Selangor dah overpaid lah..

    ReplyDelete
  6. “Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” katanya.

    Dah bertahun-tahun dah polisi tukar to enable the taxi drivers dapat permit sendiri.. Tayar free pun kerajaan BN dah beri to help the them..

    re "pasal apa 50 tahun tak bagi?”
    Najib baru jadi PM 4 years daa... Is this guy for real? Or is he simply stupid?

    ReplyDelete