Wednesday, 17 April 2013

MANA SATU PARTI PILIHAN SAYA

BERKONGSI KUASA DENGAN KAFIR YANG TIDAK MENENTANG ISLAM

Oleh Nasi Siru

1. RAMAI di luar sana menolak UMNO/BN kerana ada ketua cawangan, bahagian, timbalan menteri juga menteri dilihat tidak bersih. Sebenarnya saya juga benci mereka. Ada yang terbukti 'kaki busuk' - mengaib agama, bangsa dan negara.

Namun demikian, dalam menentukan kerajaan, kita tidak boleh bersandar kepada satu, dua perkara yang kita tidak suka. Kita harus melihat dari perspektif lebih luas - tentang sejarah dan wawasan serta sikap pemimpin nombor satu. Eksperimen lima tahun bukanlah jalan keluar, akibatnya sangat buruk. Saya tidak pernah percaya DAP akan berubah sikap kepada baik sangka terhadap Melayu dan Islam. PAS jauh menyeleweng, pemimpin PKR tidak pun dilihat lebih bersih. Undilah BN!

2. DALAM negara di mana komposisi penduduk Islam dan bukan Islam seimbang, perkongsian kuasa adalah paling ideal. Ini terdapat dalam Quran demi 'muslihat dan kemasylahatan ummah' dengan syarat kafir yang tidak menentang Islam.

Atas dasar persaingan, PAS mengisytihar UMNO kafir kerana tindakan itu. Ramai anak muda di luar sana malas buat 'kerja rumah' menyebabkan mereka tidak tahu dan menyokong PAS membuta tuli. Tetapi sejak 2004, kepimpinan parti itu mula 'berpeluk' dengan DAP - kafir yang sentiasa memusuhi Melayu/Islam - lalu disebutnya 'Tahaluf Siayasi' hanya untuk menghalal perbuatan mungkar itu. Ini bermakna tindakan UMNO lebih lima dekad lalu adalah benar. Undilah BN!

3. SEMUA orang ghairah 'harga runtuh' lalu berpusu-pusu ke pusat beli-belah. Jarang sekali saya menari ikut rentak ini. Saya percaya, 'murah' tiada nilai, stok lama juga ada manipulasi harga. Ringkasnya, tiada peniaga mahu rugi.

Apabila 'Pakatan Haram' menjanjikan 'harga turun' saya tidak terpesona. Saya lebih berminat mencari di mana keuntungan dan pusingan modal mereka untuk menggerak sebuah negara - bukan mengurus sebuah syarikat enterprise. Segala-galanya nak diturun hingga harga diri pemimpin juga habis dilelong. Saya tidak boleh beri undi kepada pemimpin yang nilai dirinya dipertikai walaupun ada yang kagum kononnya berkarismatik. Undilah BN!

4. KECOH isu video tempoh hari. Ulamak itu kata, tak boleh jadi bukti sebab ia hanya 'seketul besi' - kena
ada empat saksi melihat seperti 'straw masuk dalam gelas'. Hari ini, untuk mendapat empat saksi tidak fasik ibarat mencari jarum dalam lautan tepung. 

Allah Maha Bijaksana, lalu Dia ilhamkan kepada manusia tentang 'empat saksi tidak fasik' - audio, video, cap jari dan DNA. Tentunya ilmu ini bukan ciptaan dewata. Berbilion kes rogol, liwat dan rompakan dapat diselesai mudah di seluruh dunia menerusi kaedah itu kecuali di Malaysia. Saya tidak boleh beri undi kepada pemimpin yang tidak mampu melihat yang tersirat di sebalik anugerah terbesar itu. Mereka hanya nampak Putrajaya. Undilah BN!

5. ATAS nama Melayu/Islam, saya tak kisah pun kalau PAS nak menguasai negara ini. Saya percaya mereka juga mampu memerintah jika mendapat peluang. Tetapi yang menjadi masalah ialah rakan yang mereka pilih.

Sehingga hari ini mereka masih bercakaran siapa nak jadi ketua. Saya tidak sanggup berketuakan apek anak beranak, benggali anak beranak atau 'si chameleon' anak beranak. Saya yakin, mereka ini tidak sayang bangsa dan agama saya. Sebab itu saya tak boleh beri undi kepada Pakatan Haram. Undilah BN!

6. RAMAI berkata, membina negara dan membangun ummah adalah tanggungjawab kerajaan. Saya setuju 200 peratus. Tugasnya sama seperti ibu bapa - bukan sekadar kahwin, buat anak banyak2 kemudian lepas macam ayam dan lembu.

Namun demikian, kalau kita melihat sekitar dunia, tampak tidak semua kerajaan bertanggungjawab. Lebih lima dekad, Perikatan dan Barisan Nasional membuktikan mereka adalah kerajaan prihatin. Sebab itu kita sangat selesa hidup di Malaysia. Saya tidak rela memberi undi kepada segolongan manusia 'musang berbulu ayam' mendesak supaya 'Ubah'. Bagi saya, yang penting bukan mengubah kerajaan tetapi bagaimana kerajaan yang ada, sedia berubah. Najib tampak respon kepada desakan itu. Undilah BN!

19 comments:

  1. Tan Sri, ulasan Tan Sri benar-benar melambangkan apa yang saya sendiri rasakan sekarang. Saya dari Muar, Johor. Dan saya pasti akan balik mengundi kali ini. Sama ada undi saya mempunyai kesan ke atas keputusan keseluruhan, saya tidak tahu. Saya rasakan, perasaan komunal antara kaum sangat tebal ketika ini, tidak seperti sewaktu saya sedang membesar dahulu.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri...setuju dgn para 5," ...rakan yg mereka pilih ".Rakan ini (1) nak guna kalimah suci,terbit bible edisi Melayu = ORANG MELAYU SETUJU (2) nak Malaysian Malaysia = ORANG MELAYU SETUJU,MENONJOLKAN KESAMARATAAN (3) kata orang Melayu bolih di beli dengan RM 100.00 = ORANG MELAYU TAK BANTAH PUN (4) pijak2 gambar pemimpin Melayu = ORANG MELAYU KATA 'OK' KALAU DALAM KEMARAHAN (5) ajak orang tundok2 hormat mayat = ORANG MELAYU IKUT,TUNDOK2.... Bukan semua orang Melau yg di maksudkan,hanya yg memilih " rakan " yg kita tahu siapa dia !...tq

    ReplyDelete
  3. Tan Sri, pada PRU12 yg lepas saya undi Pas dan PKR. Masa itu tidak ada pun nama Pakatan Rakyat wujud. Tak ada pun kesepakatan Pas, PKR & DAP. Setelah berjaya menguasai beberapa negeri saya lihat keadaannya lagi buruk dari BN. Banyak perkara2 yang dulunya tidak dihakis, kemudiannya dihakis oleh komponen PR. Bagi saya, saya tidak akan undi Pas dan PKR lagi untuk PRU13 ini. Mengundi mereka umpama mengundi yang lagi buruk berbanding yang buruk. Memang diakui BN bukanlah pilihan terbaik yang kita ada. Tapi BN sekurang-kurangnya tidak menawarkan jawatan TPM pada kaum Cina. Tidak pula sanggup menggadai kalimah Allah semata-mata mahu kekalkan kuasa. Jadi insyaAllah saya akan undi BN untuk PRU13 kali ini. Klip di bawah banyak memberikan kebenaran tentang bahayanya mengundi PR. Harap kita semua dengar dan fahami elok-elok demi agama, bangsa dan negara. khttp://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kEP7-CA-C-M

    ReplyDelete
  4. Kami AJK UMNO S.Alam sebulat suara menolak calon dr Najib iaitu Zul Kulum.Kami AJK s.Alam berusaha mendekati penduduk di sana n ramai yg sudah beralih pd BN.tapi usaha kami dipandang jijik oleh Najib n UMNO.Kami yg berusaha..Zul Kulum yg dipilih seolah2 UMNO s.Alam ini bangsat n bodoh2 serta tiada kebolehan dlm parti.Peluang unt UMNo menang di s.alam amat tipis..terima kasih Najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahfuz Shah Alam.17 April 2013 at 10:07

      Tak usahlah nak mendakwa "Kami" AJK UMNO S.Alam. Awak seorang sahaja dan awak pun bukan AJK. Dakwaan bagini nak tunjuk ramai tetapi rasa tidak senang seorang diri. Kalau berani dedahkanlah diri sebagai pengacau.Ingat pesan Mahathir undi parti bukan pilih calun.Melayu macam engkaulah pembunuh Melayu tapi jadi AJK UMNO.Plilihan ialah antara Zulkifli dengan Khalid baru kena bukua dengan ruasa. Adakah calun UNO Shah Alam yang punya daya intelektual,kepetahan dan kekuatan agama seperti Zulkifli.

      Kalau macam ni perangai AJK patutlah orang tak suka tapi tidak mengapa kami akan undi Nordin.Kami hanya kira Melayu yang lebih baik dari Khalid Pas.Dia tentunya lebih baik dari Kahlid Pas yang Islamnya merapu.Orang Shah Alam bukan kira UMNO ke PKR ke tapi kira mereka yang ada daya perjuangan.Zul pilihan kami dan bukannya otak macam awak ,AJK UMNO Shah Alam kunon.

      Delete
    2. Itu bukan AJK UMNO Shah Alam. Putar alam puak sebelah sana je. Merata blog dia komen macam tu.

      Pak Mat

      Delete
  5. Pergi jahanam dengan PASik dan rakan rakan nya. Mereka bukan sahaja PASik kerana berkawan dengan mata sepet kafir harbi yang kemudian akan `control` mereka tetapi juga Seorang pemimpin kanan PASik ini yang sangat arif tentang Islam dan laranganNya tetapi masih sanggup melakukan ZINA dan yang paling aku terkejut ialah bila kesemua pemimpin atasan PASik ni tidak mahu menyiasat atas dasar FITNAH... ptuiih!! Benda yang nyata pun disebut fitnah> memang jahil pimpinan PASik ni. Mujur aku dah berhenti jadi penyokong PASik sejak PASik ni berkongsi kalimah ALLAH dengan Kristian yang bertuhan TIGA (Trinity)

    ReplyDelete
  6. Aku dah tengok banyak orang bodoh dalam dunia ini tetapi pimpinan Pas adalah paling bodoh dan terbodoh sekali kerana tidak menyiasat perbuatan si Mustafa ni. Setiap seratus orang kawan kawanku yang aku tanya semuanya sudah melihat video perzinaan tu atas dasar ingin mencari kebenaran dan tahu benar siapa si penzina itu. Yang tidak mahu mencari kebenaran ialah pimpinan Pas saja. Sebenarnya mereka mereka (pimpinan Pas) inilah penghuni neraka jahanam kerana membiarkan kebatilan dikalangan mereka tidak diadili dan menipu rakyat dengan keislaman palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sekali.

      Pak Mat

      Delete
  7. Saya seorang ahli Pas dan saya sampai sekarang terkejut dengan perbuatan Dato M ini dan yang paling saya terkejut ialah ketidak upayaan para pemimpin Pas untuk menyiasat demi mencari kebenaran dari episod zina ini. Inilah akibat bersahabat dengan kumpulan `al juburi` dan Komunis DAP!

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri Zam,

    Teringin jugak untuk sama-sama memberikan komen dan memeriahkan suasana dalam blog TS.

    Walaupun usia saya sudah menghampiri setengah abad, PRU13 ini adalah merupakan kali kedua saya akan mengundi (yg pertama tahun 1995 dulu). Pada kali ini baru terasa bernilainya undi saya yang sudah pasti kepada BN, setelah melihat betapa biadapnya Cina-Cina DAP ini di Perak dan Selangor setelah mendapat sedikit kuasa.

    Rasanya ramai pengundi atas pagar/tak berparti yang berkongsi sentimen spt saya.

    Saya amat bersetuju dengan semua pandangan Tan Sri spt tertulis di atas. BN adalah pilihan terbaik untuk negara kita, tanpa menafikan ada beberapa kelemahan-kelemahan utama yang perlu diperbaiki.

    Umat melayu nampaknya terlalu naif kerana terpedaya dgn lakonan Cina chauvanis meskipun apa yang berlaku di Singapura dapat mrk saksikan dengan mata kepala.

    Pun begitu, sekiranya diberikan mandat di dalam PRU13 ini saya rasa perkara paling utama yang perlu diperbetulkan oleh BN amnya, dan UMNO khususnya ialah persepsi masyarakat umum (terutama golongan muda), bahawa majoriti kepimpinan UMNO yang mencakupi di peringkat bahagian sehingga MT menggunakan kedudukan mereka untuk kepentingan perut mereka dan keluarga (harus saya akui, saya juga berpersepsi begitu hingga skrg).

    Ianya mungkin tidak benar secara keseluruhan, tetapi ini adalah persepsi yang telah membentuk sejak sekian lama. Justeru, perancangan jangka panjang yang berkesan adalah perlu untuk menghakis persepsi ini dari minda rakyat. Itu KPI DS Najib yang utama saya rasa. Buat lah bagus macammana pun, kalau persepsi ini tidak di perbetulkan, majoriti rakyat tidak akan dapat menghargainya.

    Saya rasa kemenangan PR di beberapa buah negeri dalam PRU12 yang lepas ada rahmatnya juga. Sekurang-kurangnya rakyat dapat melihat dan menilai sejauhmana bagus dan berkesannya pemerintahan mereka.

    Selamat mengundi TS Zam!

    Salam dari Perlis

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Tan Sri...Saya cadangan compile pendapat ini dan kalau perlu tambah beberapa lagi di jadikan buku kecil, di cetak dan diedar seluruh negara ketika kempen berjalan.

    Saya percaya pandangan yang diluahkan itu amat berkesan terutama kepada generasi muda yang tidak faham apa sebenarnya politik yang mereka sedang berdepan sekarang ini.

    Diharap pandangan saya ini mendapat perhatian serius daripada Tan Sri. terima kasih!

    ReplyDelete
  10. Saya seorang persara. Tidak mempunyai kemampuan kecuali menulis. Terserah kepada pihak JASA, UMNO atau mana mana NGO yang mampu untuk mengambil tangungjawab ini.

    ReplyDelete
  11. setuju PAS berupaya memerintah tetapi rakan yang dipilih amat meragukan

    ReplyDelete
  12. salam..saya tertarik dengan artikel ini..untuk makluman saya adalah antara anak muda yang akan mengundi buat kali pertama...maafkan saya jika silap, tetapi hasil dari pergaulan saya bersama rakan sebaya, majoriti kami adalah non-partisan. saya ada membuat sedikit 'homework' berkaitan semua calon yang akan bertanding di DUN dan Parlimen dan undi saya adalah berdasarkan individu, bukan parti. seperkara lagi, mengapa kami semua selaku rakyat perlu dimomok kan dengan mengundi PR terutamanya DAP, nasib melayu di negara akan menjadi teruk. pada hemat saya, semua manusia itu sama. tidak semua melayu peduli mengenai melayu dan tidak semua bangsa bukan melayu benci sgt melayu. saya mohon maaf jika ada tersilap dan itu hanya pandangan saya yang tidak seberapa. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tertarik hati dengan pandangan yang rasional ini.Dalam BN perasaan benci membenci antara Melayu dan bukan Melayu tidak timbul dan BN dilihat pro Melayu kerana berpegang kepada kontrak sosial dalam pembahagian kuasa di negara ini. Soal ini tidak pernah timbul sebelum ini kecuali sesudah Malaysian Malaysia DAP yang menolaknya.

      Memang benar bukan semua Melayu suka Melayu dan bukan semua Cina anti Melayu. Ini adalah naluri manusia di mana mana dan manusia jugalah yang menimbulkan perasaan kebencian antara sesama Islam atau sesama Melayu di Malaysiaa oleh kerana agama telah digunakan untuk kepentingan politik.

      Delete
  13. As Salam Tan Sri ini adalah sambungan Mengapa Saya Pilih BN: The Series. Terima kasih


    MENGAPA SAYA PILIH BN: The Series (7)

    KITA masih ingat tentang skandal DP Vijendran, Rahim Thamby Chik dan Abu Hassan Omar juga Chua Soi Lek. Pembangkang mendesak lakukan siasatan. Tidak ada sesiapa cuba lindungi mereka atau menuduh ini kerja jahat PAS, DAP atau PKR.

    Apabila kisah gelap bekas TPM mula tersebar sekitar 1990an, pendokong PAS antara paling lantang mendesak siasatan dilakukan dan mahu pemimpin itu dipecat kerana masalah moral tetapi apabila pemimpin besar mereka pula terjebak, ikut sedap mulut saja kata ini semua fitnah UMNO - tidak perlu siasat. Saya tidak boleh beri undi kepada kelompok pemimpin yang 'double standard'. Negara akan hancur jika pemimpin seperti ini kuasai Putrajaya. Undilah BN!


    MENGAPA SAYA PILIH BN: The Series (8)

    APABILA meletus rusuhan 13 Mei 1969, saya antara kelompok pelapis mengumpul batu untuk 'senior' 'berperang di jalan raya. Di penghujung peristiwa berdarah itu, ia memberi satu kesedaran: Ada dua jenis Cina di Malaysia, rupanya.

    MCA di bawah Tan Siew Sin mempamer sikap setiakawan ketika sukar manakala Lim Chong Eu (Gerakan) sedia bertolak ansur demi kesejahteraan rakyat. Lim Kit Siang (DAP) pula kekal sikap penentangannya. Inilah yang mereka katakan 'kafer zimmi' dan 'kafer harbi'. Selepas 44 tahun, orang yang sama 'menukar topeng' untuk 'membantu' Melayu/Islam. Saya tidak boleh beri undi dan perjudi nasib bangsa dan agama di tangan manusia yang mewarisi perangai Abu Jahal dan Abu Lahab itu. Undilah BN!


    MENGAPA SAYA PILIH BN: The Series (9)

    DR Chandra Muzaffar, Zukkifli Nordin, Hasan Ali, Nallakarupan dan ramai lagi, tentunya amat mengenail 'lelaki itu'. Apabila mereka ini sisihkannya, tentu ada sesuatu tidak kena. Kata orang, 'kalau tiada apa2, masakan tempua bersarang rendah'.

    Terbaru, apabila sahabat 30 tahun, Dr Sidek Baba mengambil langkah sama, ia sekadar 'mengetuk paku terakhir ke atas peti keranda' itu. Siapalah saya untuk menafi atau mengesahkan tetapi saya percaya mereka ini bukanlah manusia yang mudah dicucuk hidung. Maka itu, saya tidak boleh memberi undi kepada pemimpin yang moralnya dipertikai pada ketika pemimpin saya dilempar pelbagai tuduhan tetapi hingga saat ini tiada siapa dapat beri bukti audio, video, cap jari atau DNA. Undilah BN!

    MENGAPA SAYA PILIH BN: The Series (10)

    ANTARA dalil PAS untuk perkecil keIslaman UMNO ialah parti Melayu ini pisah agama daripada pemerintahan. Betulkah? Kebanyakan negara di dunia kerajaannya tidak peduli bukan saja hal ehwal Islam malah agama lain juga.

    Semua urusan keagamaan diurus NGO tetapi berlainan di Malaysia yang menyaksikan urusan itu diamanah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berpayung di bawah Jabatan Perdana Menteri. Antara tugas ialah merancang pembangunan, merangka dasar dan menjaga kesucian akidah. Ini bermakna tidak ada pemisahan. Saya tidak boleh beri undi kepada pemimpin yang menganggap semua agama adalah sama. Undilah BN!

    MENGAPA SAYA PILIH BN: The Series (12)

    'UMNO tindas kaum Tionghua'; 'MCA jual maruah Cina'; 'UMNO pentingkan kroni'. Demikianlah antara ungkapan sadis mainan politik parti rasis itu. Memang benar, ada Melayu mendapat habuan apabila kerajaan membina KLCC, Putrajaya juga KLIA.

    Tetapi dari sekecil-kecil biji pasir hingga sebesar-besar konkrit, siapa kontraktornya? Dari Utara hingga Sabah dan Sarawak, bangsa mana menguasai kota besar? Daripada 10 manusia terkaya di Malaysia 2013, tujuh adalah Cina. Itukah yang dikatakan tertindas? Sebenarnya, maruah tidak mudah dijual beli melainkan bangsa itu sendiri menggadai apa yang mereka miliki. Melayu kini berada di ambang tergadai segala-galanya kerana ada pemimpin Melayu mengikut rentak itu untuk kuasa. Bersatulah bangsaku. Undilah BN!

    ReplyDelete
  14. salam,cina di malaysia ni makin rasis kenapa?cuba tgk komen2 dlm fb ds najib,kaum2 ni la yg teruk menghentam dgn segala kata2 amat keji macam la hidup di malaysia ni teruk sangat kena tindas.naik jemu dan jelak tengok perangai puak2 komunis ni,x tahu apa makna bersyukur,

    ReplyDelete
  15. Dah nama 'kiasu', nak kata apa lagi bro..kalau tak mereka tak dipanggil cina dalam kehidupan seharian dan budaya mereka. Jadi, ambil sebagi pedoman dan lakukan yang terbaik untuk semua.

    ReplyDelete