Sunday, 28 April 2013

HIMPUNAN PUTRA JAYA TUN MAHATHIR GEMPITA OLEH SELUAR DALAM MUSTAFA ALI CINA DOL ANWAR IBRAHIM

Banyak peristiwa yang memberikan gambaran kejatuhan maruah Pas berlaku dalam perhimpunan antara ribuan penduduk Putrajaya dengan Pengasas Putrajaya Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir malam tadi. 

Sebaik Mahathir menyebutkan nama Husam lawan Tunku Nan di Parlimen Putrajaya, orang ramai telah mengeboo dan bila Mahathir menyebutkan Husam  sebagai penipu dan pembohong pekikan ramai semakin kuat.

"Dia kata saya nak cabar dia di Putrajaya, siapa dia? kata Mahathir sambil menambah "dia nak naikan tarafnya seorang budak sama dengan saya."

Perhimpuan itu menjadi lebih riuh rendah dengan gelak ketawa serta berbagai-bagai jeritan apabila seorang pensyarah agama dari Kelantan menunjukan klip video gambar Mustafa Ali beri penjelasan mengenai Hudud dan menjadi semakin riuh rendah bila diikuti dengan photo dia sedang pakai seluar dalam.

Jelas membuktikan orang ramai mengesahkan bahawa itu "Halal Mustafa Ali Tanpa Waswas." Sebelumnya bila sahaja ditayangkan gambar seorang wanita cantik duduk di depan katil, orang ramai telah ketawa yang membuktikan bahawa sebahagian besar atau keseluruhannya penduduk Putrajaya telah pun menyaksikan video itu sepenuhnya. (Yang ditunjukan bukan video, tetapi hanya photo).

Gempita boo, ketawa dan tempekan yang tidak putus menyebabkan pensyarah agama dari Kelantan ini tidak dapat meneruskan ucapan.

Jelaslah bahawa kepada penduduk Putrajaya, bahawa manusia dalam klip video itu pastinya Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali yang berjanji akan membuat penjelasan mengenainya pada 3 Mei.

Perhimpunan penduduk Putrajaya dengan Tun Mahathir malam tadi penuh dengan keceriaan; ketawa, teriakan, pekikan yang tidak putus-putus terhadap perlakuan pemimpin-pemimpin Pas dan PKR terutama; apabila didedahkan sejarah Pas menolak pemodenan dan mengkafirkan UMNO, tetapi sekarang mereka telah menjadi munafikin.

Sesiapa pun yang hadir akan merasakan betapa pandangan hina dan benci dan kehilangan kepercayaan orang ramai terhadap pemimpin-pemimpin Pas dan PKR termasuk Husam yang bila setiap kali namanya disebut telah diboo dan disumpah searnah dengan berbagai kata cacian oleh para hadirin.

Kata Mahathir kepada Husam "Balik ke Kelantanlah, tadbir negeri Kelantan pun kucar kacir, nak datang perintah Putrajaya." Boooo 

"Husam membohongi ramai untuk membesarkan dirinya dengan mendakwa saya nak mencabarnya di Putrajaya. Dunia tahu saya dah bersara, tetapi dia kata saya nak cabar dia, saya dah 87 tahun takkan nak bertanding, tetapi tok guru dia 82 umur tahun, nak berjalan pun jatuh, nak tanding lagi, dia kata nak ubah kerajaan, ubahlah dirinya dulu," kata Mahathir lagi dan disambut dengan tepuk sorak orang ramai.

Mahathir juga menceritakan satu persatu bagaimana dia kena tipu dengan Anwar yang memilih UMNO kerana tidak dapat jadi Perdana Menteri jika masuk Pas, "Saya mengakulah saya pun kena tipu dengannya. Saya tak tahu rupa-rupanya dia penipu sehingga saya pun bergaduh dengan kawan-kawan."

Berbanding dengan perhimpunan Pas dengan Nik Aziz dua malam dahulu di Putrajaya yang dihadiri oleh  ribuan orang dari luar termasuk dari Kelantan, tetapi perhimpunan dengan Tun Dr. Mahathir dan calon BN Tunku Adnan malam tadi adalah terdiri dari ribuan pengundi-pengundi di Putrajaya.

Sesiapa juga yang menghadiri perhimpuan malam tadi akan membuat konklusi yang mudah, bahawa Pas bukanlah lagi parti yang dipercayai dan diihormati, tetapi sebuah parti yang dipandang keji dan hina oleh masyarakat dan Husam pastinya tidak akan memerintah Putrajaya, tetapi sedang mengali kuburnya untuk menanam dirinya sendiri di Putrajaya pada 5 Mei ini.

28 comments:

  1. Hamidi presint 4 Puterajaya.27 April 2013 at 16:30

    Saya harap ramai penduduk Pujtrajaya yang hadir.Mereka yang membaca maklumat ini sila sebarkan kepada rakan rakan.Ini lebih baik dari membuang masa mendengar Raja lawak Pas berucap di Puteajaya malam.Dia dakwa dirinya ustaz tetapi tak ada kelulusan apapun. Nak seronok suka bolehlah hadir untuk saksikan penglipurlara.

    Nanti dengar dia cerita tentang orang mskin tetapi belum jadi Perdana Menteriu pun dia pakai kereta besar dengan diiringi pengawal pengawal peribadi macam dah jadi Perdana. Orang tak cukup pelajaran macam nilah dan yang mudah tertipu pun yang tak cukup masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa punya bodo da... Orang yang belajar secara talaqqi one by one dengan guru di kata tak ada kelulusan...

      Delete
  2. Kemuncolan semula Mustafa Ali mungkin atas nasihat pemimpin pemimpin tertinggi Pas oleh kerana jika dia terus menghilang maka sahlah beliau sebagai orang yang berada dalam klip video manusia yang menyerupainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe..kita tunggu 3mei..tengok dia berani ke tak bermubahalah atau tunjuk sijil nikah yang asli..

      jangan jadi mcm jumaat baru2 ni kat marang..kononnya nak datang tapi tak nampak pun batang hidung..nah, itupun dah kira menipu aka munafiq!

      Delete
    2. UMNO parti porno. Tak ada citer lain.
      Kalau dah bersara politik tidur kat rumah dah lah.
      Kalau sampai anak pun dia nak kempen bererti Mamak Madey memang takut dengan Anwar.
      Mungkin dia takut lepas Anwar menang semua rahsia sebenar dia akan terbongkar.
      Musuh orang Melayu ialah Mamak Madey. Cukuplah 22 tahun ko kelingtong orang Melayu dengan citer porno kau.

      Delete
  3. Ghazali Mat Wisma Putri.27 April 2013 at 17:21

    Sebaiknya Haji Hadi menasihatkan Mustafa Ali berkahwin dengan perempuan dalam klip video itu dan dengan itu boleh mendakwa bahawa" Itu adalah isteri saya yang kedua" dan dengan itu tindakan fitnah boleh diambil terhadap semua media dan bersihlah imej Pas.

    Tapi ingat Allah Maha Mengetahui dan Haji Hadi telah menjadi bapa maksiat Pas yang membenarkan dan menghalalkan segala kemaksiatan dalam parti dari Anwar Ibrahim sampai ke Mustafa Ali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau berkahwin pun...perlu tunjuk surat nikah. jika tarikh nikah 1 mei 2013..bersih ke imej pas? keh keh keh

      Delete
    2. kalau betui pun bini kedua, taste stopa ali langsung tak islamic. dah la tak tutup aurat, lepas main terus bersiap pakai baju. muslimat pas yg tudung litup tu no taste la bagi seorang pesuruhjaya tinggi pas. Yg pelik tu lepas main stopa bagi duit drp sampul surat bukannya dr dlm dompetnya. Duit sapa tu?

      Delete
  4. Mr Sabun Aj haj27 April 2013 at 18:47

    Semalam bersolat Jumaat di Masjid Kubang Semang.Kutbah dia kempen PRU 13 suruh pilih kerajaan yang ikut Islam.Dia nak kempen Pas.Pada hal Pas pun bukan parti yang ikut Islam yg dibawa oleh Nabi Muhamad.Pas sudah ikut Lim Guan Eng,Lim Kit Siang .dan DSAI.Pas pula lebih takut pada Karpal Sing.
    Bukan semua makmum kuda kayu.
    Di Pulau Pinang mana ada kerajaan Islam.
    Pas parti Islam ke....

    ReplyDelete
  5. kalau nikah kat thailand mungkin boleh backward tarikh, tapi dapat ke membohongi chop pasport kedua2 nya sama...

    ReplyDelete
  6. saye penah kahwin di SIAM tak payah pakai pasport tapi seberang sungai golok secara gelap..! mujur selamat masok malaysia balik..!

    ReplyDelete
  7. pekara pokok, kalau dah tertangkap skandal, letak jawatan.

    ini bukan jawatan company sendiri, ini jawatan awam.

    awat orang yang suka laung laungkan islam ni sangat sangat tak islam dalam praktis.?

    ReplyDelete
  8. jual putrajaya?....brapa byk dah tanah yg telah dijual pas....setahu aku umno/bn yg suka jual tanah ni...lebih2 lagi tanah rizab melayu...berapa byk dah tanah kerajaan dan rezab melayu yg umno telah jual pada tokey2 cina?....jika mantan menteri mempunyai minda sebegini...patut la mahathir kata elok berkawan dgn setan dari malaikat....dlm umno penuh dgn setan2 kot.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hadi awang kata dalam PKR banyak setan.

      Delete
  9. Saya masih ingat lagi pada tahun 1999 kalau tak salah saya bahawa PAS menyatakan Putrajaya adalah pembaziran wang rakyat dan jika PAS menang maka akan dijual atau digadaikan kepada orang luar.Mungkin Tun M ingin mengingatkan kembali kepada mereka yang sudah lupa. Memang orang PAS ni takde wawasan dan progresif langsung.Kepada pengundi Putrajaya, tolong pertahankan Putrajaya dari parti jumud ini daripada mengambil alih. Sekian.

    Pengundi parlimen gombak

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri.....orang lain yg buat PTRAJYA,orang lain nak jual.... it's not that easy !

    ReplyDelete
  11. tan sri..janganla guna web free blogspot ni...gunalah yang berbayor...tak mampu ke@ tan sri tak berapa tau IT ni...

    ReplyDelete
  12. Org Umno ni asyik menyebarkan fitnahlah kerjanya , tak de kerja lain, katakan jika benar sekali pun, apa ? ingat pemimpin umno tu elok sangat ke......usah nak bohong lah.... semua org tahu, cuma kataksupan yg menyembunyikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak patut cermin diri dahulu..PAS hidup atas fitnah jadi tak usahlah merasa diri suci. Orang orang PAS sebenarnya taksub

      Delete
    2. Orang Umno memang tak elok sangat, tapi tak lah bodoh sangat. Kami bukan nak yang bergeliga otak tapi pandai sikit dari orang UMNO pun tak apa. Ini nak mengupas isu yang mudah-mudah pun Pakatan Rakyat terkial-kial. Harapkan pakar strategi " Chartered Accountant " yang semak fikiran tu saja. Dia pun tak faham isu yang dikupasnya sendiri.

      Delete
  13. MOHD NASIR BUKIT TINGGI.28 April 2013 at 10:05

    ORANG PAS BAIK SEMUANYA,TADAK TAHU BUAT FITNAH. HANYA ADA CERITA KARUT MENGENAI ATANTUYA. ITU PUN BUKAN DARI PAS TETAPI DARI SYAITAN DAN IBLIS YANG BERTOPENGKAN AGAMA.

    BN DAN UMNO KALAU ORANGNYA SKENDAL DIAMBIL TINDAKAN,RAHIM TAMBY CIK KEMAHAKAMAH, ANWAR IBRAHIM DISINGKIR,DP VIJENDRAN DIPECAT( VIDEO NYA LAGI KURANG JELAS DARI ANWAR),CHUA SOI LEK (letak jawatan) TETAPI MUSTAFA ALI YANG SIAPA TENGOK VIDEONYA SIAPAPUN PERCAYA,TAK ADA TINDAKAN.

    PARTI AWAK PARTI ISLAM,SANGATLAH MUNAFIK DAN DOUBLE STANDARD JIKA TIDAK AMBIL TINDAKAN. UMNO DARI DULU PUN PARTI LIBERAL,PEMIMPINNYA BUKAN ULAMA. TENGOKLAH DIRI SIAPA YANG FANATIK DAN TAKSUB.

    BILA PEMIMPIN ISLAM BERSIKAP BAGINI MAKA MEREKALAH YANG MENCEMARKAN IMEJ ISLAM.BAGHAL MACAM AWAK INI TIDAK DAPAT BERFIKIR.
    HANYA DAPAT TENGOK SEBELAH MATA SAHAJA.

    ReplyDelete
  14. Vincent Tan Kayap28 April 2013 at 11:39

    Haloo Kawan,
    Cakap Mahathir sudah tidak laku la...Di Kedah gelombang bawah tanah banyak marah sama dia. Dia banyak kacau itu calun maaaaa...
    Mahathir akan tengelam dalam politik grass root yang sudah idak kenal sama...."sapatu aaa....orang tua yang cakap aaaa???????" tanya anak muda sekalang yang sudah tidak kenal mahathir.
    Itu pasal dia mau anaknya Mukhriz menang itu orang muda maaaa....
    Lagi cakap lagi bikin salah...mau cerita zaman dulu apa orang muda tau?
    Sapa bukin banyak salah sama olang muda ini hari? Kalau bukan Mahathir punya polisi maaa????? Dia mau kasi itu najis sama Pak Lah ..apa pasai???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang mimpi basah ke? Pelajar aku di tingkatan 4 dan 5 pun berebut nak baca 'Doktor Umum'. Buku kat library ada 2 saja, satu dalam BI satu dalam BM. Itu jelas tandanya, mereka kenal dan hormat Tun M.
      Jangan dok propa la kat sini, grass root lah, org muda lah....Tak dpt undi dari hang pun BN akan menang di Kedah. Hang balik tidur dan teruskan mimpi.

      Delete
  15. Assalamualaikum Tan Sri, dah lama tak nampak Tan Sri kat surau Jalan I Taman Melawati. Dulu selalu nampak Tan Sri bawa arawah cucu utk solat Tarawih.

    ReplyDelete
  16. Saya sudah tiga tahun berpindah ke Putrajaya. Tetapi bulan puasa masih juga ke surau Taman Melawati sesekali. Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pula tempat mendaki.

    ReplyDelete
  17. Anak Kelantan Presint 928 April 2013 at 17:26

    Husam! Mu berambusbalik ke Kelantan, buat malu orang Kelantan sahaja bawa imej Musatfa Ali ke Putraja. Engkau masuk sahaja dah berlaku pembunuhan di Putra jaya yang damai ini,belum menang lagi dah bawa sial. Ini sial Mustafa le yang berkait dengan Anwarinas.

    ReplyDelete
  18. Ceramah ramai yg datang adalah penyokong2..

    Kalau tak ramai orang datang ceramah, kita boleh kata parti tu dah tak ada sokongan.

    Kalau ramai yang datang, tetapi penyokong jer, tak semesti nya sokongan parti tu kuat.. penyokong dah tahu kisah2 tak betul parti2 pakatan. Tak bagitau pun, kami akan pangkah BN.

    Kita nak sokongan dari orang ramai dan jugak parti lain datang dan dapat tahu perkara2 yg sebenar. Dan mereka ini akan sokong BN.

    Kalau boleh, yang datang duduk tu, jangan lah pakai baju BN. Pakai baju biasa jer. Jadi penyokong parti2 pakatan tak lah terasa takut nak duduk dan dengar ceramah. Dan, Insyallah, mereka akan beralih sokong pada BN..

    Tak berapa hari jer lagi. Tok Zam tolong sebarkan!

    ReplyDelete