Saturday, 27 April 2013

DI DEPAN API DI BELAKANG DURI DI PAMERAN BUKU ANTARABANGSA PWTC

                                  THE ONLY WAY TO WRITE IS TO WRITE TODAY



Jika tidak ada komitmen,kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk meneruskan penulisan maka seseorang pengarang tidak akan dapat menyiapkan sesebuah buku yang telah dimulakan penulisannya   kerana  halangan musuh  utama dari dalam  dirinya sendiri.

Berbanding dengan penulisan rencana,penulisan buku apabila ditangguhkan memerlukan pengumpulan semula semangat dan tenaga minda untuk meneruskannya  setelah ditinggalkan sehari dua .Penangguhan boleh berlaku bukan kerana ada kerja lain  tetapi  kerana alasan sendiri tidak ada
mood.

Kita suka menangguhkan sesuatu kerja  kerana kita tidak dapat mejangka apa  yang akan berlaku pada waktu yang kita rancang untuk melakukannnya semula;kita tidak tahu kita akan sakit,orang akan berkunjung kerumah kita  atau ada kerja lain yang tidak dijadualkan  tetapi musuh besar ialah tidak ada mood dan jika terus menunggu  mood maka penulisan akan terbengkalai,sehari jadi sebulan,sebulan jadi dua bulan dan berbulan bulan dan akhirnya buku tidak dapat disiapkan. .

Maka itu peperangan terhadap mood adalah suatu peperangan besar dalam masa penulisan.Sebenarnya ia adalah alasan bagi kemalasan.

Saya mempunyai sebuah buku kecil yang saya rujuk apabila  semangat untuk menulis  terpadam. Buku  yang ditulis oleh Susan Shaughnessy bertajuk Meditations for Writers saya beli di London  ketika saya menulis buku Mahathir Di Sebalik Tabir di London.

Saya merujuk kepada buku ini yang menyediakan ungkapan kata untuk meransang semangat kita bagi menulis setiap hari

Ia  bermula dengan kata kata:
The only way to write is to write today

Dan untuk keesokan harinya pula: " Today I' ll recommit to writing regularly,no matter what my mood may be. I know I can write well under all kinds of conditon.

Dan untuk hari ketiga:

Today,I'll recognize that writing is something of value. It will cost me something.
Dan demikianlah seterusnya terdapat kata kata semangat dari buku ini untuk menyalakan api setiap hari.

Dan demikianlah juga bagi penulisan buku saya  yang keenam ini : Kisah Sejarah Utusan Melayu: Di depan Api  di Belakang Duri. Buku ini   paling bererti kepada   saya kerana memberikan  pengisian kepada khidmat saya selama lebih 40 tahun dengan Utusan Melayu untuk dikongsi bersama oleh seluruh masyarakat dan khususnya generasi baru Utusan Melayu.

Hanya orang yang membaca buku ini akan dapat menjiwai kebesaran dan keagungan Utusan Melayu dan akan menyedari bahawa ia  bukan rhetoric kosong tetapi terbina atas sejarah langkah  beraninya dari awal kelahirannya hingga kesaat ini. Semua ini diceritakan untuk mengesahkannya sebagai akhbar perjuangan sekalipun namanya telah bertuikar dari Utusan Melayu ke Utusan Malaysia.

 Buku ini  sedang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh wartawan bebas di LondonWan Ahmad Hulaimi  yang telah menterjemahkan buku saya   Mahathir di Sebalik Tabir ( The Other Side Of Mahathir) yang menjadi best seller.

Berbanding  dengan buku buku sejarah Utusan Melayu  yang pernah ditulis sebelum in yang memfokuskan kepada tokoh tokoh Utusan tetapi buku ini adalah menceritakan secara  terperinci  sejarah  keseluruhan Utusan Melayu dalam 20 bab yang bermula dari Suara Melayu  Jati Pertama  hingga kepada Langkah Baharu di Tapak Lama.

Saya telah mengambil masa kira kira  setahun sembilan bulan untuk menyiapkan buku ini setebal 512 muka dengan 20 Bab  setelah tanggungjawab ini diberikan kepada saya oleh Utusan Melayu(M) Bhd  pada 16 Mac 2010.

Secara kebetulan buku ini  siap cetak serentak dengan Pemeran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang bermula  di Pusat Dagangan Dunia Putra( PWTC) mulai Jumaat 26 April hingga 5 Mei 2013.  Dengan itu anda dapat membelinya sekarang  di Gerai Utusan Publication sebelum pelancaran rasmi buku ini yang dijangkakan serentak dengan perasmian Bangunan Baru Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur.

5 comments:

  1. Salam Tan Sri....orang Cina juga baca Utusan Malaysia bukan nak tahu isi berita tapi nak menyelami isi hati orang Melayu !

    ReplyDelete
  2. macam tak perasan pulak buku ni tadi.
    Dua hari saya lalu-lalu pondok UPnD..

    ReplyDelete
  3. saya kena cari buku ni...sbb saya amat berminat dalam buku penulisan sejarah..

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya hari ini bukan setakat Utusan Melayu tetapi akhbar-akhbar perdana lain juga sedang bertarung berebut tempat untuk menguasai jiwa anak muda generasi hari ini. Medan peperangan maklumat di media-media siber begitu ganas tidak mengenal sekatan dan etika. Maklumat sahih boleh diputarkan menjadi persepsi sehingga diwas-waskan malah ada ketika yang benar menjadi palsu.

    Inilah yang dikatakan era “the explosion of open source information”. ‘Globalization’ telah membuka ruang yang lebar kepada penetrasi maklumat tanpa sempadan dan telah mewujudkan banyak ‘channel’ maklumat.

    Pendedahan seorang anak muda Cina, Shen Yee Aun bekas pemimpin muda DAP sangat menarik apabila beliau menyatakan operasi “Red Bean Army” gelaran yang diberi kepada soldadu siber DAP sebenarnya lebih ganas dan rakus dari media Utusan dan akhbar perdana yang lain. Setidak-tidaknya jika berlaku salah maklumat media-media perdana ini mereka boleh dibawa ke muka pengadilan tetapi soldadu-soldadu ini yang memakai berbagai wajah bebas menyerang sesiapa sahaja. Lihat (http://merboktimes.blogspot.com/2013/05/pendedahan-shen-yee-aun-tentang-red.html)

    Hari ini dunia informasi kita sedang bergelut dengan satu lagi cabaran yang boleh diertikan sebagai ‘penjajahan media’ oleh kuasa asing. Dunia perisikan mengistilahkan pendekatan ini sebagai ‘gray propaganda’ seperti apa yang telah berjaya dilakukan oleh AS dengan menubuhkan Radio Free Europe dan Radio Liberty di sekitar tahun 1949 dan 1951. Sasaran penyiaran nya ialah kepada rakyat di Eastern Europe dan Soviet Union. Berlainan dengan penyiaran Voice Of America, station radio ini bukanlah untuk menyiarkan padangan resmi Amerika tetapi dicipta untuk sasaran tertentu rakyat negara itu. Semuanya berkisarkan maklumat dalaman negeri itu sendiri di mana maklumat yang tidak terdapat di dalam media kawalan Kerajaan negara itu diputar dan dimainkan. Kini apa yang sedang berlaku adalah dari recipe yang sama cuma acuan yang berlainan.

    Apa yang lebih menarik lagi ialah di tengah-tengah medan pertempuran ini wujud pula Wikileaks yang pada mulanya bergerak tanpa wajah tanpa negara sehingga menakutkan AS. Mereka telah mendedahkan banyak maklumat sulit diplomatik AS sehingga Setiausaha Kerajaan AS ketika itu Hillary Clinton menyinga di dalam Washington Post "Let's be clear: This disclosure is not just an attack on America's foreign policy interests, it is an attack on the international community - the alliances and partnerships, the conversations and negotiations that safeguard global security and advance economic prosperity."

    Era generasi utusan Tan Sri telah melecar dada mengharung putaran ganas media panca perang dingin. Kini kita berhadapan dengan satu lagi era perang media tanpa wajah, tanpa jiwa, tanpa patriotism, tanpa nasionalisma di bawah agenda liberalisasi. Oleh itu bersedia lah Utusan.

    ReplyDelete
  5. ada yang tahu tajuk nama buku Shen Yee Aun?

    ReplyDelete