Friday, 12 April 2013

DATUK MUSTAFA ALI GANTI HUSAM MUSA CALON PAS DI PUTRAJAYA

TERKINI:Timbalan Mursyidul Am PAS Haron Din menyatakan hari ini( 14 April) bahawa kes babitkan Setiausaha Agung Pas perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Displin Parti.

KOMEN: Oh masih ada ulama dalam pas,masih ada ulama yang tidak buta hati , mata dan fikiran dalam Majlis Syura Ulama Pas. Tidaklah semua ulama  Pas baghal.


Apakah Husam akan memakai simbol ini dalam pertandingan di Putrajaya?

Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali akan menggantikan Datuk Husam Musa sebagai calon Pas kawasan Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Ke 13 oleh kerana popularitinya yang memuncak mendadak mengatasi popularti Datuk Husam yang diyakini akan lebih menjamin kemenangan Pas.

Pertukaran  ini juga dibuat oleh kerana Datuk Mustafa Ali dianggap sebagai seorang calon yang kekebalannya  dan integritinya luar biasa kerana telah dapat survive melalui tiga era politik Melayu dan Islam dari sejak awal perjuangan kemerdekaan.

Beliau seorang nasionalis kiri bersama-sama dengan Dr. Burhanuddin Hilmi, Khatijah Sidek, Datuk Asri Haji Muda dan kemudiannya survive lagi bila Pas bertukar kepada pimpinan ulama.

Belau juga telah dapat menyesuaikan diri dengan kepimpinan PKR oleh kerana dianggap sebagai golongan ulama yang progresif dan dinamik dan dilihat sebagai berpotensi untuk menjadi Menteri Agama dalam kabinet kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menakluki Putrajaya dalam masa tidak sampai sebulan lagi.

Nama Mustafa Ali  telah  menjadi popular dalam sekelip mata sejak malam tadi (11 Mac). Pemerhati-pemerhati politik mensifatkan  populariti ini setanding dengan  Anwar Ibrahim. 

Walaupun Pas belum membuat keputusan muktamad, tetapi sebahagian orang Kelantan yang diseludupkan ke Putrajaya oleh gerakan sokong Husam sejak beberapa tahun yang lalu telah pun beralih serta merta untuk menyokong Mustafa setelah mereka melihat video yang sangat menarik dan memahami kewajarannya menjadi popular.

Hingga tengah hari ini Pas dan Parti Keadilan belum membuat  kenyataan rasmi mengenai perkara itu kerana sumber-sumber Pas memberitahu "kami masih berada dalam kejutan dengan populariti mendadak Mustafa Ali."

SAYA TIDAK MAHU JAWAB SERAH PADA PEGUAM - DATUK MUSTAFA

KUALALUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah yang diedarkan.

Dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily, Mustafa berkata, "Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan."

Beliau dipercayai merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog Umno sejak lewat petang semalam.

Ulasan dalam blog itu mengatakan, kononnya ia dibuat oleh rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR.

Ada juga blog Umno yang menulis ia dibuat oleh golongan parasit dalam PAS yang tidak senang dengan Mustafa.

Mustafa adalah mangsa yang kesekian kalinya politik buruk Umno dalam membunuh musuh politik mereka selepas kelihatan tersepit.

Kajian poll yang dibuat oleh akhbar Sinar Harian online menunjukkan, manifesto yang mereka keluarkan ditolak rakyat Malaysia apabila hanya 19 peratus menyokong manifesto BN dan 81 peratus lagi menyokong menifesto Pakatan.

Kesal dengan politik perkauman dan buruk Umno, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek telah mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini, satu sejarah baru dalam politik Malaysia apabila presiden parti komponen BN tidak mahu bertanding.

Bimbang dengan sokongan pengundi Cina, Tan Sri Muhyidin Yasin telah memaksa semua guru besar dan guru-guru sekolah Cina dari seluruh negara menyertai perhimpunan bersamanya di Johor 16 April ini.

Dalam suasana tertekan inilah video lucah dikeluarkan lagi oleh BN untuk menekan Pakatan Rakyat.

Kali ini mereka cuba menundingkan jarinya kepada rakan PAS iaitu PKR untuk melaga-lagakan kedua-dua parti itu.

35 comments:

  1. Wow Datuk! I'm impressed! You can write jokes too ;p

    ReplyDelete
  2. Tak sangka ya, ular lidi menjadi naga. buah nangka jadi cempedak. Tak sangka ya `bang` Mustafa Ali kita masih hebat `memukul` sehingga popular seantero dunia maya dan kini `anu`gerah tuhan terbaharu seantero Malaya.. he he he

    ReplyDelete
  3. Di Malaysia ini ramai pelanduk dua serupa. Dulu macam Anwar sekarang macam Mustafa Ali .Janganlah buat fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah...Hadi kata pelanduk dua serupa. Dua serupa lagiii... Cakap dia pun bunyi "makang ikang ni bukang sedap macam ikang .....". Oghang Tganu tuuuu... Ada pelanduk dua serupa di Terengganu?

      Delete
  4. Mustafa Ali tidak mempunyai kekuatan seperti yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim maka itu Pas harus membentuk satu team untuk tindakan "bersi" bagi membantu membersihkan nama yang amat mulia Mustafa Ali.

    Anwar Ibrahim boleh dijadikan consultan.Macam mana nak napikan dan macam mana pula lakonannya.

    Apapun penapian mesti dikeluarkan segera. Fitnah! Fitnah! Fitnah!Fitnah!

    ReplyDelete
  5. BIARLAH KITA BERLAPANG DADA DALAM HAL INI. WANITA ITU ADALAH ISTERI DATUK MUSTAPHA ALI. INI KENYATAAN BELIAU:

    "Mustapha Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa dikalangan penyokong PR hari ini tampil memberikan penjelasan kepada media mengakui beliau adalah lelaki dalam video yang tersebar semalam. Walau bagaimanapun, wanita berkenaan sebenarnya adalah isteri beliau.

    Cikgu Pa dilihat kesal dengan permainan politik kotor ini, dan percaya perbuatan ini adalah hasil kerja orang 'dalam' PR sendiri . Beliau sedar ada di kalangan orang-orang PR tidak bersependapat dengan cadangan2 yang dikeluarkan beliau. Cikgu Pa ditanya samada ahli keluarga beliau yang lain mengetahui beliau mempunyai seorang lagi isteri. Termenung sejenak, Cikgu Pa membalas ada perkara yang tak boleh dikongsi bersama media kerana terlalu sensitif.

    Selain itu, beliau kesal dengan portal Malaysialkini melalui pengarangnya menulis artikel analisis yang seolah-olah hanya cuba mempertahankan PKR, Cikgu Pa merasakan artikel yang ditulis oleh penolong editor Malaysialkini itu seolah-olah mencarik carik maruah dirinya sebagai seorang pemimpin parti Islam terulung negara.

    "Mereka lebih berminat untuk jaga kepentingan PKR berbanding kepentingan saya yang telah difitnah dan diperangkap " kata beliau kepada media hari ini .Cikgu Pa juga memaklumkan kesan dari penyebaran video itu telah menyebabkan emosi isteri isteri beliau terganggu, terutama yang terakam di dalam video berkenaan. "Penganiayaan ini harus dihentikan dan saya harap mereka yang memfitnah dan mengaibkan saya dan isteri akan dibawa ke muka pengadilan" ujar beliau lagi."

    ReplyDelete
  6. Maknanya Setiauasaha Agung Pas lawan Setiausaha Agung UMNO.
    Hebat Putrajaya kali ini.
    Kalau Tengku Adnan kalah malu besar.Kalau Mustapa Ali kalah malu kecil.
    Di Kedah Matsabu Timbalan Presiden Pas diPendasng.Naib Preseden Pas Mahfuz diPokok Sena.Setiauasah Agung PKR di Kulim Bandar baru.
    Yang sah ialah Mahfuz lawan Shahlan Setiausaha Politik PM di Pokok Sena.Rasanya setakat kini 50/50.Berat juga kalau UMNO nak menang.
    Undi atas pagar juga jadi penentu selain masalah dalaman UMNO yang makin parah yang cuba disembunyikan dengan di tabur bunga rampai.
    Yang jelas Shahlan kena banyak belajar lagi politik di Kedah ini.
    Itu baru di Pokok Sena.apa hal diPendang dan Kulim Bandar Baru.

    Itulah politi Kedah yang sudah berubah bukan kerana bah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhir-akhir ini Shahlan abang kepada Saifudin Nasution sangat galak turun kawasan bersama Mat Lebai Sudin @ Kepiah Tinggi untuk mencanag kata nak bertanding Parlimen Pokok Sena. Apakah Sahlan tau bahawa Mat Lebai Sudin itu sebenarnya hantu raya makan tuan? orang kawasan pun dah tak mau dan dia pun dah tak laku. Pemohong bagi dua.
      Shahlan kena belajar politik lagi. Jangan dok latah tak ketahuan sat lagi jadi macam Tok Det Khalid yang letak semua pegawai-pegawai khas dia akhirnya lingkup punah seranah.
      Shalan hang ingat serawa langut ka? Mahfuz bukan kecik anak woooi.

      Delete
    2. Di ketika kebanyakan pemimpin UMNO lainnya belum mengetahui untung nasib mereka sama ada menjadi calon atau tidak dalam pilihanraya ini, seorang Setiausaha Politik Najib telah pun mendapat arahan awal daripada Najib sendiri untuk bertanding dalam pilihanraya 5 Mei ini dengan "misi mesti menang" di kawasan yang ditandinginya itu.

      Setpol yang dimaksudkan ialah Sahlan Ismail (abang kepada SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL, SU Agung PKR yang akan bertanding di Kulim-Bandar Bahru, Kedah) yang sudah pun memulakan gerak kerjanya sejak beberapa minggu lalu di Parlimen Pokok Sena, Kedah. Misinya diletakkan bertanding di situ ialah mesti menumpaskan Ahli Parlimen sedia, Mahfuz Omar yang merupakan Naib Presiden Pas.

      Arahan Najib supaya mereka ini dikalahkan adalah dipercayai kerana keagresifan mereka mendedahkan pelbagai perkara mengenai salah saku dan kecurangan pemimpin UMNO dan kerajaan dalam pelbagai skandal peribadi dan kewangan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

      Rupa-rupanya arahan tersebut tidak sekadar terhadap tiga pemimpin itu saja, malah juga melibatkan Mahfuz Omar yang turut agresif mendedahkan pelbagai maklumat susulan beberapa skandal yang berlaku sama ada melibatkan Najib atau pemimpin UMNO lainnya.

      Bersesuaian pula dengan ketiadaan calon yang sesuai daripada UMNO Pokok Sena yang diketuai oleh Ahmad Lebai Sudin yang dirasakan layak menentang Mahfuz, maka Sahlan telah dijadikan sandaran ke arah matlamat itu.

      Beberapa pemimpin UMNO Pokok Sena mengesahkan perkara itu dan Sahlan diletakkan bertanding adalah dengan misi yang besar bagi kepentingan politik Najib.

      Bagi ahli UMNO Pokok Sena, mereka sudah lama mengetahui tentang kemungkinan Sahlan akan bertanding di kawasan Parlimen itu tetapi kekerapan beliau turun sejak kebelakangan ini bersama jentera-jenteranya dari Kuala Lumpur seperti mengesahkan lagi perkara itu.

      Sejak beberapa minggu ini, seorang ahli perniagaan yang rapat dengan Sahlan iaitu Datuk Ghazali Saiboo telah pun mula berkampung di Pokok Sena untuk tujuan menemui beberapa pihak yang dirasakan boleh membantu Sahlan dalam pilihanraya nanti. Selain itu, Ghazali juga dikatakan sedang agresif membeli maklumat daripada pelbagai sumber di Pokok Sena tentang kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN di setiap cawangan dan kampung bagi memudahkan gerak kerja seterusnya.

      Najib dipercayai amat menaruh keyakinan tinggi bahawa Sahlan mampu memberi cabaran kepada Mahfuz berikutan kedudukannya sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri yang memungkinkan beliau lebih diterima rakyat, selain adanya bantuan kewangan yang banyak daripada beberapa ahli perniagaan daripada Kuala Lumpur.

      Walaupun sehingga ini hanya Ghazali Saiboo dan beberapa orang saja dari Kuala Lumpur yang dilihat sudah berkampung dan berlegar-legar di sekitar Pokok Sena sejak beberapa minggu lalu tetapi ahli UMNO di situ percaya menjelang hari penamaan calon dan pengundian nanti, pastinya lebih ramai lagi ahli perniagaan dan jentera dari Kuala Lumpur yang akan datang membantu Sahlan untuk mencapai "misi mesti menang" yang diarahkan oleh Najib itu

      Delete
    3. Apa salahnya jika Sahla menentang Mahfuz jika dia berpontensi mengalahkan Mahfuz tukang fitnah no 1 Pas dan Sahlan tentu amat berpotensi kepada orang Pokok Sena kerana jika dia orang kepercayaan Najib maka dia akan dapat mencurahkan banyak pembangunan di kawasan ini yang terbiar sejak diwakili oleh tukang karut yang tahu hanya maki hamun,celupar dan biadab.

      Tidak boleh dikatakan dia bertanding hanya untuk kepentingan Najib. Najib adalah kepentingan negara bangsa dan Islam kerana terbukti mempunyai keupayaan untuk menyelamatkan negara ini dari jatuh ketangan kaki pungkok dan juga penzina seluar dalam beruk.

      Saudara menulis seolah olah salah bagi Sahlan untuk menyediakan padang perjuangannya dan apa salahnya jika dia diletakan sebagai calun pasti menang yang tentunya lebih baik dari lebai Sudin yang sudah dibenci oleh orang setempat yang pastinya akan dapat dikalahkan oleh Mahfuz.

      Delete
    4. Di dalam menilai kekuatan calun biarlah kita lebih rasional dan seimbang. Kekuatan calun haruslah datang dari dirinya sendiri bukan dari bossnya (dalam hal Shahlan bossnya adalah DS Najib).

      Ramai ketua-ketua bahagian UMNO di Kedah kekuatan mereka adalah dari Presiden mereka DS Najib, kalau harap mereka sendiri jawapannya hampehhhh. Kenyataan mereka seringkali menjadi bahan tertawa.Mereka malas membaca buku tidak seperti Najib. Mereka tidak mampu berfikiran strategis "The Blue Oceon Strategy" (cth :ada yang tanya apa itu 'Blue Oceon?' nampak sungguh kepandiranya)". Mereka berucap tanpa fakta kukuh kerana fikiran tidak 'analytical'. Analisa politik mereka cetek tidak mampu mengupas yang tersurat dan yang tersirat.Mereka tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

      Akhirnya untuk tutup kepandiran mereka mereka buat lawak bodoh, penyokong tegar mereka akan tertawa berdekah-dekah walaupun tidak lawak.

      Shahlan selaku Setpol harus bekerja cukup-cukup kuat untuk DS Najib dan jangan telalu awal untuk bercita-cita politik.
      Prove and prove yourself not only to please the boss but the ultimate is to the people in his constituency. Work hard and deliver the best.
      Remember, performance will outshine sincerity and his position will take place automatically.
      Shahlan jangan terperangkap dalam mainan PAS yang didalangi Mahfuz.
      Mamak, Dr Kadir is seen be a winnable candidate in Pokok Sena.

      Delete
  7. Saya juga melihat, PAS sengaja menunjulkan kejantanan Pemimpin mereka bagi menangkis Anwar Ibrahim sebagai "kurnian tuhan". Tapi, ternyata, Mustafa kalah dengan Anwar....

    ReplyDelete
  8. Tok Zam,

    Dalam mana-mana agama, bukan pihak musuh atau pihak anti-agama yang mengotorinya tetapi kekotoran kebanyakannya dilakukan oleh para penganutnya sendiri.

    ReplyDelete
  9. Pak Zam,

    Institusi agama Barat satu masa dulu dipandang tinggi dari segi integriti. Kalau ianya berjaya dikekalkan, kemungkinannya Barat sekarang ini adalah pengamal theocracy. Namun, Barat tidak mengamalkan theocracy kerana nilai integriti yang dikaitkan dengan institusi agama Barat telah dilihat tidak ada bezanya dengan nilai integriti yang terdapat dalam lain-lain institusi.

    Timur

    ReplyDelete
  10. Salam Tan Sri,

    Untuk menafikan kena belajar dari Nuar anak Brahim dan juga Badrul Amiiiiiiiiiinnnnnnnnn,

    Jika ditanya Nik Aziz tentang video yang menyebabkan Mustopo Ali ni Popular, kita tahu dah jawapan dia iaitu dia akan tanya balik "umur Mustopo berapa???" Jika sudah lebih 60 tahun mana nak mampu bersetubuh dengan wnita muda. jadi itu bukan Mustopo Ali.

    Nampaknya seperti yang selalu Jokiden kata, PAS terus ditimpa musibah lagi.

    11 April 2013, semalam ada laporan polis di Ketereh, seorang lelaki mengatakan dia diliwat oleh Nuar 2 kali antara 1992-1995 di Hotel Mandrin. Kes ini mesti kalah punya ni, sebab teknikal tarikh tidak pasti.

    Setiap kali laporan liwat Nuar kata nyawa dia terancam. Saifuddin Naso telah membuat sidang akhbar dan mengatakan ugutan serius diterima oleh Nuar, KPN mesti segera bertindak. Kah.. Kah. Kah..kah..kah.. dia nak lari ke Kedutaan Venezula pulak kali ini.

    Apapun oleh kerana PAS telah banyak memindahkan undi ke Parlimen Putrajaya, maka sesuailah Mustopo ni bertanding di situ ganti Husam.

    ReplyDelete
  11. kalau ada pelanduk terdampar di Gurun Sahara dan gambarnya tersiar di internet bolehlah pelanduk yang satu lagi itu berkata:"itu bukan aku tetapi itu adalah pelanduk lain yang menyerupai aku".

    tetapi, kalau ada pelanduk terdampar di rebaan 'ayam', maka sukarlah pelanduk itu tadi hendak pusing belit cerita kalau 'ayam' itu tak pandai pusing cerita yakni akur bahawa tidak ada "ayam dua serupa"...that is me.

    pentaksub mungkin boleh terima hujah pelanduk dua serupa kalau muncul sekali sekala tetapi kalau kemunculan cerita pelanduk dua serupa terlalu kerap sangat, akhirnya kepercayaan mereka (pentaksub) akan merosot jua.

    untuk mengelakkan pentaksub bosan dengan ceita sama, elok sangatlah dikarang cerita baru. contohnya:

    1. alien kembar seiras ke,

    2. martian identical twin ke,

    3. bla, bla, bla

    Selamat mencuba..

    ReplyDelete
  12. Masih terkejut beruk... camne pong weitugo stopa ... BN FOR A SOUNDING VICTORY ... sila semak ejaang ... MrDn.

    http://portalbahasamelayu.fateback.com/ejaan.htm

    ReplyDelete
  13. Seluar dalam dia hodoh nya sekali betul cap buaya untuk manusia yang berbuaya...majlis selepas ni dia ke muktamar PAS dan mengimamkan solat..dah mandi junub ke?

    ReplyDelete
  14. Hadi Bghal bin Nik Bahlol12 April 2013 at 20:29

    Presiden Pas Haji kata Pas tidak akan panggil mesyuarat khas mengenai video yang dikatakan melibatkan Mustaffa Ali kerana dia tidak percaya bahawa pemimpin Pas berkenaan terlibat.

    Naib Presiden Pas Husham pula kata itu inisiatif politik.Insiatif siapa dan dia tidak pula napikan kerana kalau dinapi nampak sangat bodohnya bila ribuan manusia lain mengesahkan pandangan mereka kecuali pandangan manusia yang disadurkan dengan iblis dan syaitan kerana nafsu kebinatangan politik.

    Pemimpin Pas Haji Hadi ini anggap semua orang bodoh sangat ke, fanatik taksub sampai tak kenal yang benar.

    Suruh Mustafa letak jawatan sahaja untuk selamatkan maruah Hadi dan Pas. Pemimpin politik kafir singapura sanggup buat demikian.
    Lebih mulia sifatnya dari Haji Hadi yang dah tak takut dosa demi kerana politik.Bala Hadi Bala Bala dah datang.

    ReplyDelete
  15. TS Zam janganlah anggap semua orang Kelantan di Putrajaya akan menyokong Pas.Kekotoran moral Mustafa kami tak boleh pisahkan dari Husam dan Pas. Jika Husam bertanding pun kami nampak muka Mustafa.

    Kalau orang UMNO buat kerja buruk macam ini boleh kami terima kerana sememang orang UMNO terkenal dengan kesukaan dangdot dan bepoya berpoya dan lain lain lagi dan mereka pun tak kempen agama untuk politik.

    Husam jangan terkejut kalau kami memberitahu" kedatangan mu ke Putrajaya memang ditunggu dan akan disambut tetapi akan ditunggu dan disambut dengan penyapu dengan penyapu"







    ReplyDelete
  16. Untung jadi ahli Parti Isler kerana meskipun depa memfitnah pihak lawan, depa ada beribu ayat suci yang boleh digunakan untuk meng'halal'kan pemfitnahan mereka.

    Sebaliknya kalau kebejatan Parti Isler didedahkan dan disertakan dengan bukti, depa juga ada ayat suci yang boleh diputar supaya pendedahan diklasifikasikan sebagai fitnah dan dalam masa sama mereka minta tuhan mereka menghukum pendedah.

    ReplyDelete
  17. Sebab itulah teori pilih parti sudah ketinggalan zaman.Bila insiden macam ini menguatkan lagi teori pilih calon drp pilih parti.
    Kita sebagai pengundi kena nilai calon bukan parti.Parti semua bagus.Yang buat menyampah,meluat,ranggi,sombong ini ialah calon.
    Kalau calon baik terpuji pilihlah.Jangan kira parti.Calon Pas/UMNO/PKR dsbnya belum tentu bagus.Kalau kaki pompuan,judi,beezina,sapu bina orang,kaki Hadyai jangan pilih.

    ReplyDelete
  18. Salam Tan Sri....setuju dgn ANONYMOUS 13APRIL03:18 yg setengah orang atau kumpulan ada siapsedia beribu2 peraturan,pendapat,falsafah, kaedah,ayat untok pertahankan diri atau untok menyalahkan orang lain. ' Orang ' atau ' kumpulan ' ini pada mula nya di anggap sebagai satu ' insti tusi '....lama kelamaan institusi ini naikkan darjat sendiri saolah2 menjadi wali ( self-canonisation ),dan waktu ini lah segala kata2 nya di anggap tidak salah atau keramat.Y ang malang sekali,tidak ada sekatan atau teguran dlm proses penjelmaan dari institusi menjadi wali..tq.

    ReplyDelete


  19. Ini adalah pekara yang biasa berlaku dalam parti komunis, sosialis dan juga dalam parti agama. Communist itself is a religion.

    ReplyDelete
  20. Cepat pulak dikata Umno yang buat. Siapa yang fitnah sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  21. Shalan ini memang layak sebagai setpol PM.Masaalahnya ego dan sombongnya ala Matsuden.Katanya Sahlan tak berminat nak jumpa semua orang lain selain drp geng Matsuden yang dikatakan hebat itu.Sahlan tak tahu yang Matsuden menang undi perwakilan bukan undi dari rakyat atau pengundi.Bukan iri hati kerana Sahlan bertanding.tapi jangan main berpuak-puak menjelang pilihanraya.Sahlan kena belajar lagi politik diKedah bukan politik kawasan PM di Pekan.
    Boleh jadi dia hanya baca politik Matsudeb sahaja.BN akan tewas bukan kerana Mahfuz kuat tetapi kerana calon yang ego dan sombong.
    Sahlan dan Matsudin bukan lagi calon menang di Pokok Sena.Tak percaya tunggulah.Undi UMNO boleh jadi dapat.Tapi undi atas pagar nampak gelap.
    Kerja buat Sahlan langsung tidak melambangkan imej PM yang kerja kuat.Dunia politik Sahlan ialah Ahmad Lebai Suden bakal MB Kedah katanya.Pokok Sena dalam bahaya.Jangan sampai orang meluat dan menyampah.

    ReplyDelete
  22. Pertama sekali awak ni merapu tulis mengenai Shalan dalam pekara Husam ganti Mustafa Ali. Apa kena mengena?.

    Keduanya awak hanya pakai cakap orang lain atau awak reka sendiri untuk katakan Shalan sombong sedangkan awak pun tidak kenalnya betul dan ramai orang rasakan Shalan cukup friendly,Takkanlah dia bodoh nak buat sombong jika nak menang pilihanraya. Saya kenal Shalan dah lama dan jika katakan dia sombong ini adalah biasa dilakukan oleh orang umno yang takut orangnya tak dapat jadi calun.

    Ketiga tentulah Shalan bijak bila berkawan dengan Matsuden yang juga mempunyai pengaruh di kawasan pokok sena dan ini lebih baik dari jadikan Matsuden yang jugagila nak jadi calun di kawasan itu sebagai musuh.

    Shalan sebagai Setiausaha Politik Najib tidak hanya baca maklumat Matsuden tetapi dia dapat maklumat banyak sumber termasuk juga tentang awak yang jalankan kerja anti dia di kawasan ini.cepatnya buat konklusi kerja shalan tak macam PM.

    Tentulah tak nampak sama macam PM kerana tak nampak di TV.Ini lebih merupakan fitnah sakit hati,cakap ikut sedap mulut,tak ada usul pereksa. Kami tahu shalan kerja keras

    Shalan semakin popular di kasasan Pokok Sena kerana dia berkawan dengan semua orang tetapi awak menjauhkan diri darinya kerana menyokong musuhnya,menggunting dalam lipatan.Musuh dalam selimuat.

    ReplyDelete
  23. Betul Tan Sri. Mana mungkin Mustafa Ali beraksi dgn wanita lain di Hotel. Kita perlu faham tak mungkin Mustafa Ali melakukan dosa. Dia bukan manusia biasa. Dia Setiausaha Agung Parti Islam Semalaysia PAS.

    ReplyDelete

  24. Labai Man.Bukan merapu.Saya bukan kaki makan upah.Lagi pun bukan makan gaji dengan UMNO.Kerana lihat UMNO sudah tunggang langgang di Pokok Sena.Ingat ke Setpol PM ini cerdik.Rupanya kurang cerdik drp Ahmad L.Sudin.Itu saja.BN ke Pas menang saya apa peduli.Hidup macam juga.Kena buat kerja kais pagi.
    Apa pun jangan pandang ringan.Pantang ditegur naik kepala angin.Tegak benang basah.Inilah perangai askar Shahlan yang bakal calon Pokok sena.Rasanya kalau jadi Wakil Rakyat nanti lagi naik tocang.
    Bacalah isi hati akar umbi.Janagan baca kumpulan Matsusin sahaja.
    Kalau sudah tahu ramai musuh dalam selimut janganlah mudah melatah.Selaklah kain selimut itu.sedikit tegur mudah naik angin.
    Barangkali keliling Shahlan itu banyak selimut.
    Labai Man mungkin tukang bela.Selamat bertugas sebagai pembela.

    ReplyDelete
  25. Man Kudai Jitra.14 April 2013 at 11:48

    Apakah asas yang awak ni kelamkabut sangat. Shalan tak ambil awak sebagai orang upahannya ke. Apa susahnya jika ikut nasihat dr. Mahathir kata pileh parti dan bukan pileh calun. ukuran awak seorang sahaja bukan ukuan ramai dan jika shalan dipileh ialah pertimbangan parti yang semasak masaknya berasakan kepada laporan SB,militry intelegence dan siasatan parti. Laporan ulakayak macam awak ni tak boleh pakai.Merosakan parti,nanti shalan bertanding lagi awak kerja kuat untuk sabotaj.Bagi awak nasihat orang yang sayangkan bangsa seperti Mahathir pun tak boleh pakai tapi kena ikut perasaan kebencian hati.

    ReplyDelete
  26. Yang paling ambo bimbang sekarang kalau nik aziz mengaku dia nabi melayu..malu la ambo kali ni sebab ambo org kelate..mintak mintak jangan dia pergi sampai ke tahap tu ! Ambo solat,puasa,keluar zakat juga tapi memang lah ibadah tok guru nik aziz jauh lebih banyak dari ambo cuma ambo tak menyumpah seranah kat orang apa tah lagi nk kafirkan org.

    ReplyDelete
  27. Man Kudai Jitra.
    Kalau semua ikut cakap Dr Mahathir tak jadi macam diPokok Sena dan tempat lain.Jangan suruh orang lain ikut cakap Dr Mahathir.Masaalahnya Shahlan dan MatLebai Sudin macam ketam.
    kalau setakat undi penyokong Mat Lebai Sudin pun belaum cukup nak menang.Tak payahlah jual nama SB,military intelegent dsbnya.
    Semua orang tahu cerita di Pokok Sena.

    ReplyDelete
  28. BN kalah di Pokok Sena kerana lagak lebih dan tak sepakat.
    Baru padan muka.

    ReplyDelete
  29. TS Zam.Nak tanya satu soalan pada Man Kudai Jitra.Betulkah SB dan Militery punya laporan kata Pokok Sena boleh menang.Tolong bagi 5 dalil yang kata UMNO menang diPokok Sena.Setakat jawatan diJPM belum tentu.

    ReplyDelete
  30. Sokong pandanag Mummy Rokiah/
    Sepatutnya Shahlan ini buat kerja bagi Kedah menang.Bukan setakat Pokok Sena saja.Kedah ada tiga orang dalam Pejabat PM.Apa yang mereka buat untuk Kedah.Ketua Bahagian jaga kroni dan puak sendiri.Kemudian siar dalam akhbar.Syok sendiri.
    Setpol kurang cerdik.

    ReplyDelete