Wednesday, 10 April 2013

BERIKAN ORANG INDIA KEDUDUKAN KEDUA DALAM PEMERINTAHAN NEGARA

KIT SIANG KECEWA ANWAR BATAL BERTANDING DI PERAK
GHANI AKAN MENANG DI GELANG PATAH
(Lihat ulasan akhbar Sin Chew di bawah)

Kaum India harus diletakkan pada kedudukan  kedua (Second Echelon)  dalam pemerintahan Negara, sekiranya mereka terbukti menjadi kuasa penentu politik pada Pilihan Raya Umum Ke 13 dengan menghantar wakil  MIC melebihi wakil MCA dalam Parlimen Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib yang telah nampak kemungkinan ini sewajarnya menimbang dari sekarang kemungkinan meletakkan orang India sebagai second echelon dalam kabinet Malaysia.

Sekiranya hal ini terpaksa dilakukan, maka beliau harus memberitahu orang Cina, bahawa ini adalah apa yang mereka tempah dan apa yang mereka mahu.

Lee Kuan Yew telah melakukan ini sebagai hukuman terhadap orang Melayu Singapura kerana mengkhinatinya setelah UMNO ditubuhkan di Singapura dan mereka menjeritkan "Bunuh Lee Kaun Yew dan bunuh Othman Wok" dalam suatu perhimpunan besar orang Melayu membantah layanan buruk terhadap orang Melayu pada 19 Julai 1964 ( Lihat Men In White pg 277).

Pada mulanya Lee Kuan Yew memang terlihat untuk menjadikan Melayu sebagai rakan perjuangan politiknya yang kedua di Singapura dengan melantik  beberapa orang melayu yang sosialistic, radikal dan progresif terutama dari Utusan Melayu. Beliau juga melantik mereka dalam pemerintahan Singapura.

Penaja dan Ketua Pengarang Pertama Utusan Melayu, Yusuf Ishak telah dilantik menjadi Presiden Singapura yang pertama, tetapi Samad Ismail (Allahyarham)  yang juga dari Utusan Melayu yang mulanya menjadi orang LKY tetapi berpisah dengannya kerana perbezaan ideologi (Samad berada dalam golongan komunis).Jika tidak,tentunya Samad telah mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan Singapura. 

Setelah rusuhan kaum di Singapura pada 1964, LKY tidak lagi melihat orang Melayu sebagai rakan politik utama dan menukar strategi politiknya untuk masa depan Singapura yang kosmoplitan sifatnya dengan menjadikan orang India sebagai second echelon dalam pemerintahan Singapura.

Kenapakah kita tidak boleh melakukan ini di Malaysia sekiranya orang Cina terbukti tidak jujur kepada semangat Perlembagaan Negara, sekiranya mereka menolak kontrak sosial dan politik dengan orang Melayu, sekiranya mereka telah lupa diri dan tidak tahu mengenang budi dan mahu memusnahkan kerhamonian dan perdamaian negara.

Najib juga harus ingat sumbangan minda seorang India yang besar kepada penggubalan DEB (Dasar Ekonomi Baru), James Putucheary pejuang kiri politik Singapura yang mencari keselamatan di Malaysia dan amat tidak disenangi oleh LKY bila dia berada di samping Tun Abdul Razak.

Catatan:

Walaupun James seorang Marxist dan Atheist tetapi ketika dalam tahanan penjajah British di Singapura 1952 beliau menulis sebuah sajak Sirat ul Mustaqin (The Path to Truth):

Dipetik bait pertamanya:

The Muezzin calls the faihtful to Subuh prayer
Allah u Akhbar! Allah u Akhbar!
In prison cells the faithfull face to Ka'aba
Bismillah ir Rahman ir Rahim
Men bitter against opressing men
Yet with faith in the mercies of merciful God.

Menurut Wartawan Negara, Allahyarham Tan Sri Samad Ismail yang menjadi tahanan politik bersamanya "To James, poetry had no ideological strictures and had to be examined independently of politics" (No Cowardly Past  Pg 9 and 228 Published by SIRD).


KATA AKHBAR CINA: UMNO TEMPAT DAP BERSANDAR
Dari akhbar Sin Chew Daily 9 April 2013
Penulis: Lim Fang
        Datuk Abdul Ghani Othman                          Lim Kit Siang
Mengikut serangan menyeluruh Pakatan Rakyat terhadap polisi BN, Lim Kit Siang beralih bertanding di Gelang Patah selatan Semenanjung, di mana Anwar Ibrahim akan tinggalkan sarangnya di Permatang Pauh ke negeri Perak untuk beradu kekuatan dengan calon UMNO di negeri Perak.

Semangat pejuang yang tampilkan diri seperti ini, boleh membawa semangat dan boleh mempengaruhi emosi pengundi untuk menyokong Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya, tetapi sikap salah satu daripada komponen Pakatan Rakyat Pas seperti menunggu habuan itu, seperti tidak ambil bahagian dalam perjuangan itu, dan seperti tidak yakin untuk laungkannya, hanya pentingkan untuk perkukuhkan diri sendiri.

Anwar Ibrahim dengan lantang mahu bertanding di negeri Perak hanya selang dua hari sahaja, tiba-tiba pada 5 April semasa dalam ucapan ceramah politik beliau di Pulau Pinang beliau begitu merendah diri, beliau akur dengan sokongan pengundi beliau di Permatang Pauh dan membuat keputusan bertanding di Permatang Pauh, dan buat keputusan tidak keluar bertanding di tempat lain.

Sikap sudah mengalah sebelum bertanding, menyebabkan Lim Kit Siang pada jam 12.00 tengah malam tersebut semasa memberi ucapan dalam ceramah politik di Batu Pahat rasa sedih. Beliau berteriak di hadapan pengunjung “biarlah kalah, biarlah mati!” dalam keadaan dan saat itu, Lim Kit Siang terasa pilu dan tidak terkata, adakah setelah Anwar Ibrahim membelakangi beliau, masing-masing ada penjelasan yang tersendiri.

Pada lazimnya Lim Kit Siang menggunakan taktik simpati awam untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi, taktik seperti ini telah beliau gunakan sepanjang arena kerjaya politik beliau, sebaliknya beliau tidak pernah menggunakan taktik “kalah dan mati” sebelum ini sebagai ungkapan kata-kata dalam musim PRU.

Para penganalisa Pakatan Rakyat anggap emosi Lim Kit Siang berlaku sedemikian mungkin kerana apabila Anwar Ibrahim umumkan tidak bertanding di negeri Perak yang lebih memeranjatkan beliau, kerana beliau dengan semangat yang tinggi bertanding di negeri Johor, pengunduran Anwar Ibrahim seperti angkat kaki, telah merosakkan strategi Pakatan Rakyat, menyebabkan Lim Kit Siang berjuang secara berseorangan.

Anwar Ibrahim merancang untuk bertanding dan dirikan khemah di negeri Perak, ini adalah satu persetujuan antara Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim sendiri. Anwar Ibrahim sudah bertapak di kerusi Parlimen di Permatang Pauh telah begitu lama, jika beliau benar-benar mahu berjuang dalam politik perlu beredar jauh dari situ, barulah akan difahami rakyat dan didoakan oleh rakyat, tidaklah pada saat-saat akhir masih mahu kekal di Permatang Pauh bercinta di situ dan dengar cakap isteri.

Adakah Anwar Ibrahim berlakon sahaja, selepas Lim Kit Siang turun mahu bertanding di Selatan Semenanjung, lepas itu Anwar Ibrahim buat alasan tidak mahu keluar dari Permatang Pauh, ini menjadi satu persoalan.

Kali ini Anwar Ibrahim telah merosakkan strategi, di mana UMNO mengejek Anwar Ibrahim tinggalkan kawasan pengundi sendiri, Anwar Ibrahim terpaksa kembali ke sarang di Permatang Pauh kerana beliau menjangkakan beliau mungkin akan kalah jika berdepan dengan calon UMNO yang begitu hebat, sebab itu beliau cepat-cepat tarik diri.

Memang benar jika apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada ketua umum pemimpin Pakatan Rakyat ini, akan menyebabkan satu kerugian besar kepada Pakatan Rakyat, kerana mereka akan kehilangan ketua umum. Sebaliknya cara Anwar Ibrahim berbolak balik dalam hal ini, menampakkan beliau kurang matang dan kurang terperinci dalam hal memimpin pasukan, dan beliau telah dipersendakan kerana perbuatan sendiri.

Diberitakan Menteri Besar Johor yang sedia ada sekarang Abdul Ghani Othman mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah menentang Lim Kit Siang, apabila Lim Kit Siang dengar berita ini beliau lebih rasa gusar, sebab itu beliau dengan sedih berkata: “biarlah kalah!, biarlah mati!”. Abdul Ghani kerana dikatakan pihak kerabat Johor semakin menjauhi beliau, beliau dianggap akan tinggalkan kerusi DUN dan bertanding kerusi Parlimen untuk meneruskan kerjaya politik beliau.

Jika benar beliau bartanding di Gelang Patah, ia akan merekod satu sejarah, di mana UMNO berani bertanding di kawasan majoriti kaum Cina. Diramalkan Abdul Ghani sekurang-kurangnya akan mendapat sokongan lebih 40 peratus kaum Cina dan akan dapat sokongan lebih 80 peratus Melayu.

Ramalan dan andaian ini sebaliknya Lim Kit Siang anggap itu satu perkara yang benar, beliau segera berkata beliau bertanding di Gelang Patah seperti tebu bertemu ruas dengan Abdul Ghani, dan berkata DAP tidak perlu memikul beban selama ini dikatakan dituduh orang Cina tadbir orang Cina. Sebaliknya selama ini DAP dituduh sering menentang MCA dan mengatakan DAP dituduh orang Cina tadbir orang Cina memang benar. Apabila DAP berdepan dengan UMNO mungkin akan timbul kalah mati, selama ini apa yang dilaungkan oleh DAP Malaysia Malaysian akan menunjukkan bahawa DAP adalah parti politik rasis.

Bekas perdana menteri Tun Mahathir menyeru rakyat tamatkan riwayat Lim Kit Siang, supaya Gelang Patah menjadi kubur Lim Kit Siang, seterusnya Lim Kit Siang mencabar Tun Mahathir bertanding di Gelang Patah. Jawapan Tun Mahathir pula, sepatutnya Lim Kit Siang bertanding di Kubang Pasu semasa Tun berada di Parlimen Kubang Pasu, dan bukan tunggu selepas Tun besara baru mahu cabar Tun, menyebabkan Lim Kit Siang malu sendiri.

Cabar mencabar pihak lawan itu adalah permainan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dua beranak yang sering mereka gunakan, Lim Guan Eng cabar Teng Chang Yew dengan tema pahlawan menentang pahlawan, beliau juga mencabar ahli jawatankuasa MCA Gan Ping Shou turun ke Kluang berlawan dengan Liew Chin Tong. Langkah-langkah seperti ini agak kurang berlaku di kalangan orang Melayu, kerana orang yang lantang bersuara tidak semestinya boleh menang, semua perlu tanya tiket undi yang berada di tangan pengundi.

Dalam keadaan Najib menyusun calon yang pasti menang, MCA dan masyarakat Cina terpaksa lepaskan dan pinjamkan kawasan, ada sesetengah kerusi Parlimen dilepaskan kepada komponen yang lain. Mana-mana pertandingan yang penting ialah peroleh kemenangan, tidak kira apa stategi yang digunakan. Tidak kira sama ada MCA dihina sehingga parti itu kehilangan kuasa kewibawaan, ini semua kerana sikap pasif yang MCA sendiri anggap diri mereka kurang upaya.

Pada Disember 2012, pengundi yang berdaftar seramai 13.3 juta pengundi. Pengundi Cina hanya 3,944,645 orang, dengan nisbah 29.68 peratus dari keseluruhan pengundi. Jika BN masih lagi memerintah di mana MCA masih tidak dapat berkuasa, dalam keadaan Pakatan Rakyat tidak dapat melangkah ke Putrajaya, untuk mendapatkan keseimbangan politik kaum dan hidup harmoni terpaka masuk ke dalam komponen Barisan Nasional, pastinya UBAH yang dilaungkan oleh DAP akan tenggelam, orang-orang yang jadi pembangkang akan ambil alih kedudukan MCA.

Walaupun DAP sering menghentam BN, dalam agenda dan manifesto mereka tidak berani dan tidak pernah permainkan UMNO, bukankah ini untuk memberi ruang DAP berbaik dengan UMNO dan sebagai tempat DAP bersandar pada masa akan datang.

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah

12 comments:

  1. Saya sangat-sangat setuju dgn saranan Dato. Selama ini Najib terutamanya macam org hidung xmancung pipi tersorong2 ingin memikat org cina. Apa balasan yg dia dapat? hanya cemuhan...amat memalukan sehingga saya rasa seperti merendah-rendahkn maruah org melayu. Sudah2 lah 'bend over backwards' utk mereka yg tdk mengenang budi ini. Masanya telah tiba utk diajar mereka ini. Kurangkn calon dikalangan mereka, letak mereka bertanding dikawasan majoriti kaum mereka sendiri. Mereka selalu melaungkn meritokrasi, ha! sekarang tunjukkan kebolehan

    ReplyDelete
  2. Aku setuju sangatlah dengan saranan TS Zam ni. PM Najib should by now ensure that all winnable and clean Malay candidates contest in Malay majority areas and Indian contest in the mixed Malay and Indian majority areas. Biarkan semua mata sepet ni contest in their own Chinese areas and stay put in opposition benches.

    Hampir 50 tahun kita cuba untuk membangunkan ekonomi Melayu dengan kuasa politik tetapi sentiasa disekat olih kekuatan ekonomi Cina melalui kegiatan `kiasu dan cantasan`. 50 tahun kita tersilap berkongsi kuasa politik dengan mata sepet ni.

    ReplyDelete
  3. Tok Zam,

    Kalau Obama boleh jadi orang nombor 1 di AS, tak ada mustahilnya politikus India jadi orang nombor 2 di Msia.

    ReplyDelete
  4. Apsal tak bagi ke orang jawa je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jawe nye sudah diberi peluang jadi MB Selangor Pak. Tapi dia bagi penyapu pada Yang dipertua Majlis Daerah Kuala Kubu dan buat istana harge RM7juta di Shah Alam duh...Kalau jadi PM engak tahu apa akan jadi..waduh!

      Delete
    2. Selalunya kuman seberang laut nampak tetapi Ngeh Kuku Harm yang tetiba ada ada duit berjuta dan berdiri depan mata tak pulak kenampakan. Kenapa? Haha, ini dikatakan buta hati. Hmm.

      Delete
  5. Kalau UMNO dan MIC menang PRU13 ini dengan undi Melayu dan India dan Najib atau Mahiyuddin jadi PM TETAPI masih `hidung tak mancung dan pipi tersorong sorong` memikat Cina dan mengiktiraf pepriksaan UEC sekolah sekolah Cina MAKA kami Melayu semua akan membenam UMNO dan meminta Ibrahim ALI mendaftar PERKASA sebagai parti politik pada PRU14 nanti. Kami Melayu semua sudah meluat dengan segelintir pemimpin Melayu Aristokrat yang asyik menjaga kebajikan mata sepet ( tepat perkataan Perkasa Biru) yang sentiasa mengintai untuk menguasai Malaysia tetapi selama 50 tahun tidak mahu memberi kerjasama ekonomi kepada kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. last minute, ds najib bt suatu yg mengecewakan sy (dan semua pejuang). Kekuatan rkyat semakin teguh utk bn, sedikit runtuh dgn uec. Knp lh begini. Prof dr aminuddin mohd.yusuf bekas pengetua kolej ibu zain ukm, ada byk penulisan ttg ds najib, akhir sy mengerti beliau

      Delete
  6. Cucu Pak Sukarno, Malioboro, Yogyakarta11 April 2013 at 14:33

    Cukuplah dengan apa yang diberi kepada kaum Cina ini dan sudah terbukti kepada kita sebilangan besar mereka tidak tahu bersyukur dengan menepati pepatah Melayu yang menyatakan "Bagi betis dia hendak paha, bagi paha dia hendak kepala".

    Mulai sekarang Datuk Seri Najib jangan terlalu memberi muka lagi kepada mereka ini, ikuti contoh di Indonesia, Thailand dan Filipina serta di negara-negara lain di dunia ini yang memberi layanan cukup istimewa kepada mereka ini yang asalnya sebagai kaum pendatang.

    Saya sangat-sangat setuju dengan saranan Pak Zam, jika keputusan Pilihan Raya Ke 13 ini sudah terbukti kaum mereka menyokong parti pembangkang khususnya DAP jangan lantik ke jawatan menteri daripada kaum mereka dan jika terbukti kaum India memberi sokongan kepada BN, lantik saja kaum India ke jawatan menteri kabinet.

    ReplyDelete
  7. seperti kata Tun M, jika semua orang Cina menarik keluar modal mereka, KL hanya ada Kg Baru sahajalah!

    ReplyDelete
  8. Tidak semua orang Cina akan lari yang terbukti bila berlaku 13 Mei dan kedudukan orang Melayu sekarang lebih baik dari sebelum 1969 untuk bertahan.

    Sentimen kecinaan orang Cina Malaysia sebenarnya tidak dikongsi oleh Cina Komunis yang tidak percaya budaya kuno yang menebalkan chauvanisme Cina Malaysia.

    ReplyDelete
  9. Saya membayankan kerajaan pascaPRU13 mengikig komposisi Melayu, Bumiputra Sabah/Sarawak dn India.

    Sabah/Sarawak juga telah banyak berjasa dan menyumbang.

    ReplyDelete