Thursday, 4 April 2013

9 SEBAB BN AKAN KEMBALI BERKUASA DUA PERTIGA

Datuk Seri Najib Razak
Berbanding dengan Pilihan Raya Umum  Ke 12, bila BN memasuki pilihan raya dengan keyakinan tinggi yang hancur berkecai, tetapi BN memasuki Pilihan Raya ke 13 dalam keadaan yang tidak pasti  dengan persediaan rancak dan rapi yang dapat dirasa dan dilihat oleh rakyat.

Ini adalah hasil tindakan pantas dan berani dari dalam UMNO sendiri setelah menghadapi landaan Tsunami 2008 dengan mengadakan perubahan drastik secara terhormat terhadap pucuk pimpinan yang menampakkan kelainanannya.

Sekalipun kemenangan belum pasti, tetapi sokongan rakyat telah bangkit didorongkan oleh kesedaran yang cukup tinggi bahawa kekalahan akan menyebabkan kemusnahan kepada maruah bangsa, agama dan negara.

Kesedaran ini tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada keupayaan, kebijaksanaan dan kecekapan kepimpinan Najib dalam mengendalikan keruncingan politik, ancaman ekonomi dan krisis sosial, terutama yang berkaitan dengan hubungan kaum, keagamaan dan keselamatan negara.

Kita dapat melihat beberapa fakta yang akan membantu BN untuk mencapai kemenangan dua pertiga   dalam Pilihan Raya ke 13 berasaskan pengalaman saya sebagai wartawan dan juga sebagai orang dalam  kerajaan:

1. Tun Dr. Mahathir telah kembali menyokong UMNO dengan membawa bersama berjuta penyokong yang  turut "merajuk" bersamanya  dalam langkah pembedahannya terhadap UMNO.

2.  Media BN sekata dalam menyokong BN. Ini berbanding dengan Pilihan Raya Ke 12, apabila akhbar  dan media arus perdana; The Star, New Straits Times dan TV 3 memainkan peranan menggambarkan kelemahan dan perpecahan dalam UMNO dan kerajaan dengan menonjolkan isu-isu perkauman yang memperkecilkan UMNO dan meninggalkan Utusan Malaysia bersendirian dalam sokongan kepada UMNO.

3. Kemunculan berpuluh-puluh NGO dan juga kebangkitan mantan pegawai pegawai tinggi tentera dan polis menyokong UMNO dan kerajaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya-pilihanraya sebelumnya

4. Bantuan kepada rakyat yang diberikan menerusi Bahagian-bahagian UMNO telah disalurkan langsung oleh Datuk Seri Najib kepada berjuta-juta rakyat berbilang kaum menerusi saluran rasmi.

5. Blog dan media online yang dulunya bersifat menentang, sekarang telah beralih menjadi penyokong BN di samping kemunculan begitu banyak cyber troopers baru menyokong kerajaan, berbanding dengan pilihan raya lalu di mana media sosial dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.

6. Dalam pilihan raya ke 12 Manifesto BN tidak diedarkan, walaupun disambar cetak oleh NST dari Utusan Melayu, tetapi kali ini BN akan mengedarkan manifesto tepati janji untuk keadilan sosial dan kesejahteraan negara yang telah digubal dengan teliti, rapi meliputi semua aspek harapan rakyat.

7. Kerja keras, komitment dan dedikasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dilihat rakyat siang dan malam meyakinkan rakyat terhadap kejujuran dan keikhlasannya, malah telah menimbulkan simpati dan kasihan belas semua kaum terhadapnya.Wajahnya yang tampan dan kacak juga memberikan advantage kepadanya berbanding dengan wajah Anwar Ibrahim yang semakin tua  semakin buruk.

8. Pas telah kehilangan identiti agamanya dan Anwar Ibrahim telah kehilangan semua rakan-rakan tegarnya yang selama ini  mendukong idealisme termasuk tokoh-tokoh besar Ilmuan Islam dan masalah moralnya semakin diyakini rakyat. Beliau kelihatan keseorangan dalam kelumpuk asing yang masing-masing dengan kepentingan diri.

9. Datuk Seri Najib berada di bawah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dari Kedah  yang pernah  menaungi pemerintahan  bapanya Tun Abdul Razak dengan kedaulatan keagamaanya dan kelakuan terpuji dan Najib juga menghadapi pencerobohan asing  di Lahad Datuk seperti bapanya menghadapi konfrantasi Indonesia dengan mendapat  sokongan penuh rakyat.

22 comments:

  1. Salam Tan Sri...dengan ada nya sembilan point yg di huraikan saya bertambah yakin BN akan menang bergaya dlm.PRU 13.Saya rasa point no:9 harus di beri penekanan kerana tidak ramai sedar yg YDP Agong sekarang ini juga bertahta di masa Allahyrham Tun Abd.Razak menjadi Perdana Menteri.Hubungan baik antara ' Pihak Istana ' dengan kedua2 'Ketua Eksekutif atau Perdana Menteri ' ( yg kebetulan anak beranak ) membawa kesejahteraan dan kelicinan dlm pentadbiran negara.....tq.

    ReplyDelete
  2. Hidup BN! Hidup PM Najib!

    ReplyDelete
  3. Assalam Tan Sri,

    Jokiden suka dan teruja dengan point no 7 dan 8. Semuga Tan Sri Lebih kerap menulis.

    ReplyDelete
  4. Satu saje peringatan untuk DS Najib, jangan lupa buang muka muka lama dinosaur dan yang asyik bertenggek kat PM tu sebagai calun di PRU13 ni. Kalau tak buang, saya bimbang rakyat akan buang BN. Rakyat terutama kaum marhaen cukup menyampah dengan milionaires sampah ni.

    ReplyDelete
  5. InsyAllah. Semoga apa yg ditulis menjadi kebenaran. Amin, amin, yarabbal alamin.

    ReplyDelete
  6. Ulasan yg cukup bernas. Tan Sri sememangnya amat hebat & sepatutnya bertanding. Ambil tempat Muhyiddin. Kombinasi mantap bersama Najib. Harap dapat lancarkan kutipan tandatangan secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya malu dengan anggapan dan harapan yang seumpama ini.Kebesaran dan kenbanggaan saya hanya di dunia kewartawanan.

      Delete
    2. ternyata ramalan anda salah

      Delete
  7. Kami benci BN !! mesti tukar !!

    Ini lah yg saya masih dengar di kalangan teman2 di pejabat. Kaum Cina tetap nak tukar kerajaan. Teman2 Melayu benci Umno/BN dan sokong PAS. Cina taksub pada DAP, melayu taksub pada PAS.

    Najib memang the best. Dalam hanya 4 tahun, dia telah buktikan dia boleh terajui Malaysia.

    The best PM, after Mahathir !

    ReplyDelete
  8. Puera Gunung Jerai.5 April 2013 at 08:07

    Tan Sri Zam'

    No 10 BN boleh menang kalau calon bagus-bagus bukan lagi lulusan SPM atau beli Ijazah tipu rakyat.

    Sebab rakyat sudah kurang sentimen kepartian.Nak tengok siapa calon.

    ReplyDelete
  9. Shah, Kuantan.5 April 2013 at 14:53

    Jika" mursyidul" ini tidak mengajar ajaran sesatf maka masakan anak anak muridnya melibatkan sex rusullullah dengan kebencian dan prajudis Pas terhadap UMNO.

    Pihak berkuasa agama lebih mengambil berat soal titek bengek dari soal yang merosakan akidah orang Islam menerusi kuasa politik.

    ReplyDelete
  10. Tan Sri Zam,
    Sebagai pengundi atas pagaq saya percaya yang BN pasti menang lagi pada PRU13 nanti. Apa pun pemimpin lama seperti Dato Nazri Aziz yang bercakap macam orang tak sekolah patut diketepikan kali ini untuk kemunculan muka baru. Pemimpin sebeginilah yang telah membuatkan banyak pengundi UMNO meluat nak mengundi calon UMNO pada pemilihan PRU lepas..Rasanya UMNO tidak memerlukan ayam sabung yang hanya kuat berkokok tapi ekor penuh bergelumang taik..

    ReplyDelete
  11. DAP parliamentary leader Lim Kit Siang has predicted that Perlis and Negri Sembilan are within Pakatan Rakyat's reach in the 13th general election, thus increasing the number of Pakatan state governments from five in 2008 to seven in 2013.

    ReplyDelete
  12. kalau dahulu...20 tahun dahulu..sesiapa yang menyokong PAS dan DAP akan dianggap menongkah arus..tetapi sekarang sesiapa yang menyokong UMNO BN maka merekalah yang dianggap sedang menongkah arus.

    ReplyDelete
  13. Kalau lihat kapal selam teringat rasuah najib,klu nampak arak ,teringat syrkt arak ank mahathir,nampak or pdtg asing,teringat IC haram mahathir,nampak lembu teringat wanita sharizan,nampak tanah trgt raja ropiah,nmpk cd trgt sui lek,aplg npk cincin dn bag trgt rosmah,apa punya pmmpin umno bn,buruk betul perangai kamu,tak malukah,bagaimana nak pertahankan ngr dn rkyt,kamutu islam,ttp penipu dn rasuah.rkyt dah tahu..jgn tipu dn fitnah lagi....

    ReplyDelete
  14. Ramai orang Sabah tidak akan menyokong UMNO/BN kerana telah mengkhianati orang Sabah dengan projek IC. Ramai Orang Sabah juga tidak akan menyokong PAKATAN kerana tidak mustahil pemimpimnya juga akan mengkhianati orang Sabah sama seperti yang UMNO/BN lakukn. Ramai juga Orang Sabah tidak akan menyokong mana-mana parti tempatan Sabah yang bersekongkol dengan UMNO/BN dan PAKATAN. Masih ada pilihan kah parti mana yang hendak di sokong???

    ReplyDelete
  15. Tan Sri,
    Sebagai orang yang pernah berada dalam barisan kabinet, pandangan Tan Sri banyak memuji kerajaan UMNO/BN. Memang wajar pn kan?. Persoalan saya kenapa ramai orang melayu/bumiputera meningglkan UM/BN?

    ReplyDelete
  16. Diakui sendiri oleh Datuk Seri Najib memang UMNO ada membuat kesilapan, tetapi apakah track recordnya tidak harus diperhetongkan jika dibandinkan dengan record moral Anwar Ibrahim untuk kita jadikan pemimpin.

    Dari 1974 dia telah membuktikan sebagai seorang pemimpin pembohong kerana saya sendiri yang meliputi pembohongan besarny petani mati bulur di Baling pada hal tidak mungkin orang mati lapar di Malaysia kerana jirannya boleh membantu.(pandangan seorang dr Cina di Baling masa itu)dan ini diikutiu dengan berbagai pembohongan lain lagi; racun aresnik(tapi tak mampus hingga hariinni,patah tengkok,Mahathir pengsan di Mekah ,berkuasa 16 September dll)

    Dan Pas telah menjadi parti yang mengkhinati negara dari menyokkong konfrantasi Indonesia kepada menyokong revolusi Iran dan sekaeang menyokong lieralisme sehingga menukar kepada dasar kebajikan dan bukan Islam lagi. Ia mengkhianati pengikut pengikut sendiri.

    Apakah kepada mereka inhi kia hendak bergantung harapan atau kepada parti yang telah melimpahkan ksetabilan dan kemakmuran dan mengangkat maruah Melayu dan Islam di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah moral DS Najib baik sgt?Bro zam sendiri tahu...

      Delete
  17. Hidup BN, hidup kepartian, Hidup kebencian, hidup rasisme. Mati org2 menjubog......................

    ReplyDelete
  18. Saya tidak gentar dengan perjuangan DSAI tapi amat risau dengan agenda tersembunyi DAP..saya yakin jika PR berjaya..DAP sesekali tidak akan membenarkan DSAI menjadi PM walaupun disokong oleh PAS..kenapa? sebab Karpal Singh dan Lim Kit Siang ada jawapanya dan mereka mempunyai senjata untuk itu..Wahai orang Melayu agenda DAP sama dengan PAP...perjuangan mereka akan berjaya jika Melayu terus BERPECAH..sedar lah wahai saudaraku

    ReplyDelete