Monday, 18 March 2013

RAKYAT SOKONG GAMBAR FITNAH ANWAR DISIASAT

KEADILAN DAILY AKUI MIRIP KETUANYA

Desakan PKR supaya polis siasat dan ambil tindakan segera ke atas pihak yang menyebarkan gambar yang dikatakan fitnah dan lucah sewajarnya disokong oleh seluruh rakyat yang mahukan  kepimpinan negara yang bermoral.

Tentunya Pas juga mahu siasatan ini dijalankan untuk menghilang anggapan bahawa Pas juga terlibat kerana mahu mempastikan agar Haji Hadi dapat jadi Perdana Menteri.

Tentunya orang yang terlibat dengan tuduhan sangat gembira untuk tampil ke hadapan memberikan kerjasama, terutamanya menjelang pilihan raya ke 13 untuk membuktikan hal ini bukan fitnah.

Di bawah ini adalah berita desakan PKR yang tersiar di KeadilanDaily.

Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR 18 MAC: Polis didesak menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terlibat penyebaran gambar fitnah lucah melibatkan individu mirip Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa berkata, polis tidak boleh berat sebelah membiarkan kes ini tanpa siasatan kerana fitnah tidak akan berhenti setakat itu.

“Pihak polis wajar mengambil tindakan tegas dan serius terhadap mereka yang terlibat dalam penyebaran gambar-gambar lucah ke muka pengadilan, bukan bersikap dwi standard.

“Tindakan undang-undang langkah terbaik dalam kes ini,” kata Fariz pada kenyataan.

Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.

Mengutuk keras fitnah itu, Fariz yang juga Ketua Koordinator Jingga 13 menyifatkan tindakan tersebut bukti terdesaknya Umno mengulangi budaya politik kotor.

“Jingga 13 mengutuk tindakan desparado Umno yang dilihat semakin kotor dan jijik, ternyata mendalangi fitnah terbaru terhadap Anwar menjelang PRU 13,” katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak perbuatan tidak bermoral itu didalangi pemimpin Umno yang sengaja mahu menjatuhkan kredibiliti Ketua Umum KEADILAN.


“Keyakinan bahawa tindakan para blogger dan cybertrooper Umno sehingga berani bertindak sedemikian bagi tujuan menjatuh dan mengaibkan kredibiliti Anwar.


“Tindakan itu didalangi pimpinan tertinggi Umno yang bankrap moral dan integriti serta sangat takut berdepan pilihan raya,” katanya.





10 comments:

  1. Siasat, jangan tak siasat, kita juga nak tahu apakah benar gambar tersebut dimuat turun untuk kali pertamanya oleh puak-puak Pas.

    Pemimpin tertinggi UMNO mempunyai kerja lain yang lebih berfaedah daripada membincangkan isu gambar beromen antara jantan dengan jantan ni.

    Silap-silap si Fariz Musa ni menerima nasib yang sama seperti Harakah, dipaksa menarik balik artikel. Hahaha..pakatan memang dah nazak.

    ReplyDelete
  2. Apa2 sikit salahkan UMNO...kami rakyat dah muak dgn ayat itu..

    ReplyDelete
  3. DADAMIAH PULAU PINANG.18 March 2013 at 23:23

    INI BUKAN ANWAR.YANG DENGAN WANITA CINA ITU PERUT BUNCIT DAN KATA PEMBANTU SETIANYA ANWAR PERUT KEMPIS.TENTUNYA INI PUN BUKAN AWNAR KERANA ANWAR DULU PERUT BUNCIT DAN SEKARANG PERUT KEMPIS.

    ReplyDelete
  4. gmbr nombor 5 tu plng syok.siap main telor lg.hehe

    ReplyDelete
  5. Apalah busuknya perangai orang UMNO ni, ambil gambar kembar seiras Anwar sedang goncang 'anu' jantan tua yang bukan muhrim. Kenalah Polis cari kembar seiras Anwar ini, yang suka perkara songsang seperti dalam gambar...

    ReplyDelete
  6. Mereka keluarkan gambar mereka ini kerana mahu tutup isu Kalimah Allah, Isu lahad Datu serta nak suruh bang non dapat 'saham' dengan menyebar gambarnya ini. Ini art of war la, tembak diri sendiri untuk tuduh orang lain yang mahu jatuhkannya.

    ReplyDelete
  7. Orang alim or muka alim tak buat bende2 mcm ni!!!!

    Nak tipu orang melayu senang jer.. biarkan kita nampak alim (ada janggut sikit), selalu pakai kopiah,serban or jubah, selalu kelihatan pergi masjid, kelihatan pandai baca doa, etc. Orang takkan percaya kita buat perkara2 jahat..

    Sure senang dapat undi! huhuhu

    ReplyDelete
  8. Bila kena batang hidung sendiri baru nak cari POLIS!! Bila polis mati berjuang maki polis sukahati mak bapak korang jer..
    Apa korang ingat polis ni binatang suruhan ke??!!
    Memang sial benar PKR ni..tempias sial Anwar nampaknya melekap kpd PKR seluruhnya.

    ReplyDelete
  9. Sebarang siasatan polis harus bermula dgn laporan polis. Jadi kita hrp ada sesiapa dr PKR buat laporan segera agar siasatan juga dpt disegerakan.

    Ada berani?

    ReplyDelete
  10. Salam,
    Baru-baru ini Papa (Gomo) kepada pucuk pimpinan UMNO ada menyiarkan 13 insiden akan berlaku menjelang PRU-13 termasuk perkara no. 12 iaitu UMNO dan BN akan diharamkan.
    Saya sendiri ada mendengar perkara yang sama di kalangan pemimpin UMNO dan BN sendiri.
    Ini disiarkan oleh Papa Gomo apabila pemimpin UMNO enggan melindungi beliau lagi.
    Kisahnya ialah berpunca daripada hasrat PKR atau PR untuk menyaman BN, UMNO dan Utusan kerana mencetak, menerbit dan mengedar akhbar haram Warta Parlimen Permatang Pauh (saya harap Sdr minta segera dari rakan-rakan kita di Permatang Pauh untuk rujukan) pada pilihanraya kecil Ogos 2008.
    Antara kandungan fitnah mengenai DSAI dalam buletin itu ialah artikel bertajuk SAH ANWAR KAKI LIWAT.
    Jadi ada dua kesalahan jenayah dalam soal ini, pertama percetakan dan penerbitan haram; kedua fitnah.
    Menurut pemimpin UMNO itu, PR mempunyai dalam simpanan banyak dokumen rasmi mengenai penerbitan haram itu termasuk memo antara UMNO dengan Utusan, inbois2, log-log percetakan di loji Utusan di Prai dan sebagainya.
    Pemimpin UMNO itu memberitahu, semua dokumen berkenaan sekarang berada dalam simpanan pegawai kanan DSAI.
    Ini setidak-tidaknya boleh menyebabkan pendaftaran BN, UMNO dan aktiviti perniagaan Utusan digantung sementara siasatan selesai. Selain akta percetakan dan penerbitan, undang-undang ROS dan ROC tidak membenarkan apa-apa pembabitan dalam aktiviti secara haram atau tanpa memiliki lesen.
    Bagaimanapun, sudah mengarahkan KDN, ROS dan SC (BSKL) supaya jangan memulakan sebarang tindakan.
    Boleh ke macam ni?
    Siasat juga yang ini, jangan tak siasat!

    ReplyDelete