Tuesday, 19 March 2013

RAIS YATIM DENGAN KELEBIHANNYA YANG TERSENDIRI

Muka depan buku terbaru mengenai Tunku
yang diterbitkan oleh Arkib Negara
Tunku: Still The Greatest Malaysian adalah sebuah lagi buku dari inisiatif  Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim yang dibantu penyuntingannya oleh Prabhakaran S.Nair untuk warisan kepada  anak bangsa agar mereka  tidak sekadarkan mengenali spemimpin besar  negara , tetapi dapat memahami dan menghayati arti kebesarannya.

Kesenimbungan kekuatan sesebuah negara tergantung kepada keupayaan bangsanya untuk menghargai  dan mewarisi sejarahnya.

Ini adalah buku  kedua dari usaha mereka bersama yang menyusul buku yang telah diterbitkan sebelumnya oleh Arkib Negara : The Prince Among Men selain dari buku dari King Ghaz (Tan Sri Ghazali Shafee): A Man Of His Times.

Buku yang ketiga ini adalah kompilasi tulisan kenangan  sumbangan dari anggota kerluarga, anggota kabinet, rakan rapat dan juga beberapa orang wartawan yang disebutkan dalam blurb dimuka belakangnya, sebagai mereka yang mengingatinya "for his personal charm and humanennes - quality that contributed towards laying the foundations for a multi - ethnic and open democratic system of goverment."

Dari buku ini kita dapat melihat Tunku telah mendahului zamannya, perwatakannya dan  pemikirannya terbuka luas  bebas ketika pemikiran pemimpin pemimpin  negara lain yang baru merdeka tertutup. Malaysia memelok globalisasi sebelum orang bercakap tentang glabalisasi.

Ketika itu Tunku tidak dianggap sebagai pemimpin besar dibandingkan dengan pemimpin pemimpin  Afro Asia lainnya   tetapi kebesaran dan kebenaran Tunku  terserlah dalam kemajuan dan kemakmuran negaranya  berbanding dengan pemimpin  pemimpin yang lebih   besar suara tetapi  meninggalkan negara negara yang miskin yang sekarang  dalam peringkat pembangunan awal.


Untuk kepercayaannya kepada globalisasi , Tunku  telah meletakkan negara dan rakyat dalam bahaya  dengan ancaman dari dalam negeri dan juga luar kerana dianggap sebagai alat imperialis dan kapitalis  .Mereka yang membuat tuduhan itu dulu  sekarang telah murtad kepada ideologi mereka.

Jika sejarah seseorang yang telah mencipta sesuatu yang besar dalam hidupnya tidak tertulis, tidak  dokumentasikan atau dirakamkan maka keberanian mereka melawan arus dan meredah zaman dengan  visi yang realistik ,tidak akan dapat difahami, dihayati dan dijiwai serta dihargai oleh generasi baru yang tidak melalui zaman pembinaan sejarah.



Tunku bersama dengan Dato' Seri Utama Rais
Yatim semasa beliau menjadi Menteri Luar pada
1987 dalam upacara Tunku dianugerahkan
Darjah Tertinggi oleh kerajaan Australia
Di Singapura walaupun kecil negaranya tetapi lebih banyak buku yang ditulis tentang Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Pertama Singapura dari tulisan penulis tempatan  atau penulis  asing dibandingkan dengan  penulisan tentang pemimpin pemimpin Malaysia

Lee diangkat sebagai pemimpin besar bagi sebuah negara kecil kerana beliau  tidak sekadar   dapat menyelamatkan Singapore tetapi menjadikan nya cemerlang  walaupun tanpa sumber alam.

Kejayaannya bermula dengan mendisplinkan rakyat untuk  pembinaan manusia  dengan superi or intelligence,hardworking and ingenuity. 

Sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim menyedari akan kekurangan Malaysia dalam penulisan bermutu bioghraphy pemimpin  pemimpin negaranya.

Maka itu dalam  kesebokannya beliau  telah menjalankan  tangungjawabnya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengisi kekurangan  ini  . Buku pertama yang disunting  oleh beliau dengan kerjasama Prabhakaran S.Nair ialah Prince Among Men dan Tunku:  Still The Greatest Malaysian adalah yang kedua yang juga dihasilkan denga perancangan dan penyuntingan beliau dengan bantuan orang yang sama untuk penerbitan Arkib Negara.

Arkib Negara juga telahpun menerbitkan buku mengenai Tunku yang tulis oleh King Ghaz (Tan Sri Ghazali Shafe) yang juga dibantu suntingannya  oleh Dato' Seri Utama Rais dan Prabhakaran.

Dato' Seri Utama Rais menjadikan penulisan dan pengambaran sebagai  kariernya di samping tugas utamanya sebagai seorang ahli politik dan ahli undang undang. Tidak ramai yang dapat mendidikasi hidupnya seperti ini. Dengan kekuatan penguasaan dwi bahasa (Inggeris Melayu)  dalam penulisan dan pertuturan yang senantiasa terkawal dan tersusun indah diselang seli  pantun,seloka dam kiasan, maka sama ada orang suka atau tidak padanya, tetapi tetap tepukau dengan kelebihannya yang tersendiri.

Sumbangannya sangat besar kepada alam persuratan dan akademik  dengan beberapa buah   buku bermutu hasel tulisannya sendiri yang pastinya akan berguna  dari generasi ke generasi. Beliau telahpun menyiapkan sebuah buku lagi di bidang kesusasteraan  iaitu Pantun Melayu. Sebuah buku Melayunya yang juga menarik ialah Jelebu Jelebak.

Beliau telah tidak mensia-siakan bakat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya, sebaliknya telah memupuk dan mengembangkannya untuk membina temadun bangsa supaya menjadi lebih besar dan terbilang.

Di antara karya-karya besarnya ialah P Faces in The Corridros of Power (1987), Freedom Under Excutive Power in Malaysia: A study of Executive Suprmacy (1995), Cabinet Governing in Malaysia (2006) 1 Malaysia Cabinet: Reflecting on Cabinet Governing (2012)olar-Polar Antropology. (terjemahan1973) Hierarchy of Adat Perpatih (1974), Zaman Beredar Pesaka Bergilir (2000) dan Jelebak Jelebu 2004).

Jelebak Jelebu  tidak sekadar memoir corat coret anak kampung tetapi juga mengenai Negeri Sembilan dengan orang orang ternama dan  sejarahnya yang unik yang diperkuatkan oleh  fakta dan keterangan penulisan  mengikut displin seorang ahli  akademik dan  peguam.

 Dalam sebuah  sajaknya  di buku ini,antara lain Rais berkata:

Berjalanlah setiap yang bernama pemimpin,
Menggengam cita waja kembang bermukim
Akan ke lembah lurah menabur kejujuran
Akan ke rimba resah mencair kepalsuan
Akan kegunung gagah melambai keadilan
Beralih hari membawa bakti
bertukar tahu ia mengota janji.

No comments:

Post a Comment