Sunday, 31 March 2013

RAHSIA MENGAPA GUAN ENG MAHU TERUSKAN PEMBINAAN TEROWONG BAWAH LAUT

Lim Guan Eng
Mereka yang membantah rancangan pembinaan terowong bawah laut oleh  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharga RM6.3 billion tidak nampak apakah keuntungan besar yang akan didapati oleh beliau.

Penyokong-penyokong DAP, chauvanis Cina dan mereka yang berkepentingan sudah dapat merasakan faedahnya dan kerana itu walaupun besuara membantah, tetapi mereka mahu diteruskan juga projek itu umpamanya Penang Forum yang dianggotai oleh orang-orang Pakatan sendiri.

Harus diingatkan di samping bantahan dari pelbagai NGO, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ,orang perseorangan dan parti-parti politik dan lain-lain, Dewan Perniagaan Cina dan Penang Chapter of The Federation of Malaysian Manufactures adalah menyokong.

Guan Eng dilihat seperti sengaja membiarkan kontroversi ini timbul ketika menjelang pilihan raya umum ke 13 yang menampakkan keyakinannya isu ini tidak akan memberi kesan buruk kepadanya, malah semakin mempopularkannya di kalangan rakyat.

Ini sama sahaja dengan isu Allah, semakin kuat bantahan orang Islam terhadapnya semakin popular Guan Eng kepada masyarakat Cina kerana berani menyentuh suatu isu yang sangat sensitif kepada orang Melayu dan Islam.

Keghairahannya mahu meneruskan projek terowong bawah laut ialah kerana beliau tidak mahu hanya nama seorang Perdana Menteri Melayu, Tun Dr. Mahathir tercatit dalam sejarah sebagai pembina jambatan Pulau Pinang, tetapi beliau juga mahu namanya seorang Ketua Menteri Cina, Guan Eng telah mencatit sejarah yang lebih besar membina terowong di bawah laut.

Sentimen inilah yang tersebar di kalangan masyarakat Cina, berkembang dari mulut ke mulut dan menjadi semakin besar harapan orang Cina kepada Guan Eng untuk mencipta dan mencatit sejarah baru sebagai seorang Ketua Menteri Cina.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Chong Eu meninggalkan KOMTAR (Komplek Tun Abdul Razak).

Semakin hebat perbincangan dan kontroversi mengenai terowong bawah laut ini, semakin memuncak sentimen orang Cina menyokong Guan Eng untuk mempastikan dia dapat meneruskan impian masyarakat Cina chauvanis Pulau Pinang.

Presiden CAP S.M. Mohd Idris pun tidak nampak pekara ini.

14 comments:

  1. Suatu hari nanti tunnel itu akan dikenali sebagai Tunnel Tokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Freddy Pulau Tikus1 April 2013 at 05:42

      Pekara ini nampak kecil tetapi besar artinya kepada perasaan masyarakat Cina dan menunjukan kebijaksanaan Guang Eng untuk memenangi pilihanraya ke 13.

      Delete
    2. Encik Freddy PT,
      Kebijaksanaan Tokong ? Bijaksana apa, menipu ? kemudian salahkan MS Excel, Word, entah esok salahkan Powerpoint pula heheh
      Baca ini ok http://lifeofaannie.blogspot.com/2013/03/pigs-can-fly-said-guan-eng-and-they.html

      Delete
  2. Guan Eng tak fikir panjang. Dia nak juga terowong ni. Masalah terowong bawah tanah di sebelah timur laut sudah dikaji oleh kerajaan Persekutuan dan Pulau Pinang (bawah BN) suatu ketika dahulu.

    1. Masalah penyuraian trafik di jalan-jalan utama yang sudahpun sesak dan sempit di kawasan timur laut.

    2. Kos pembangunan dan penyelenggaraan yang tinggi melampau. Model kewangan Jambatan Pulau Pinang sedia ada pun memerlukan peruntukan tambahan daripada kerajaan di samping kutipan tol. Apatah lagi terowong bawah tanah.

    3. Laluan terowong bawah tanah menjejaskan perkembangan Pelabuhan Pulau Pinang yang merupakan nadi negeri berkenaan. Kerja pendalaman pelabuhan daripada 11m kepada 18m tidak dapat dilakukan, sekaligus merencatkan pertumbuhan industri. Keadaan ekonomi negeri diburukkan lagi dengan penutupan kilang yang telah berpindah ke China.

    Atas dasar berkenaan, keputusan membina Jambatan Kedua Pulau Pinang dipindahkan ke selatan pulau yang sangat memerlukan limpahan ekonomi daripada bahagian utara.

    Sikap Guan Eng yang terlampau bongkak dan terlalu bermain dengan sentimen kecinaan akan memudaratkan lagi masalah di Pulau Pinang. Bila beliau tidak mendapat sokongan, beliau akan berpindah seperti bapanya ke kawasan lain yang selamat. Maka tinggal Pulau Pinang dengan masalah legasi yang tidak dapat diselesaikan.

    Masalah perumahan mampu-milik yang merupakan masalah universal masih belum dapat ditangani oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Masalah kelulusan terlampau banyak projek perumahan mewah dan ketumpatan tinggi telah menyebabkan kesesakan melampau di kawasan Timur Laut. Masalah pelaburan yang semakin menurun di Pulau Pinang akan meningkatkan pengangguran di kalangan rakyat tempatan dalam jangka masa panjang.

    Diharap orang Cina berfikir panjang. Jangan biarkan orang luar rosakkan negeri ini yang sudah maju. Ingat, Guan Eng bukan Lim Chong Eu, jauh sekali Lee Kuan Yew.

    ReplyDelete
  3. Tapi Melayu PAS dan PKR sokong LGE Tunnel ni !!!!!

    Buang masa jer orang UMNO bising2..

    Betul cakap Zam. GuanEng dah nmpak berani.. dan berkuasa. Bapak dia pulak nak takluk Johor selepas Perak. Cina dah mcm besaq kepala. Cina dah tak takut lagi.

    Dah terlambat. Umno tak boleh apa2..

    Di New York ada Lincoln Tunnel, di Malaysia akan ada Lim Guan Eng Tunnel. Satu lagi icon di Malaysia!!!



    ReplyDelete
  4. Jika Mahathir dapat mendirikan tugu tugunya maka apakah salah Guan Eng juga membangunkan tugunya di bawah laut.

    Yang tak tinggal apa apa kelak ialah Nik Aziz kecuali kemiskinan,kemunduran dan kebekuan fikiran dan kecanduan agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodohlah kau ni awang panjang. sure kau ni macai umnobn.

      Delete
  5. Peluang kepada kerajaan persekutuan untuk tawar menawar kelulusan antara projek negeri dan pusat jika negeri Pulau Pinang masih ditadbir PR selepas PRU 13.Penyelesaian terbaik agar setiap projek pusat tidak diganggu-gugat dengan syarat menang-menang begini.

    ReplyDelete
  6. Ada kemungkinan terowong bawah laut tu boleh sampai singapore...

    ReplyDelete
  7. Jambatan Helang untuk ke Pulau Langkawi!!

    Kalau dapat balik Kedah, Umno/BN bina lah jambatan dari K. Kedah ke Langkawi. Cost nya mungkin tak mahal mcm terowong laut DAP.

    Kedah akan mahsyur dan terkenal. Northern economic corridor.

    Penang dah mcm depa punya. Now depa nak amik Johor pulak.

    TS Zam, kami memerlukan kepandaian kamu dan kawan2 kamu untuk menjaga masa depan Melayu dan Umno!

    ReplyDelete
  8. Siapalah saya. Jangan anggap saya lebih besar dari diri yang sebenarnya. Saya telah buat kerja setakat yang boleh. Saya bersukur turut dapat memberikan sumbangan menerusi politik buat sementara waktu( jika pun dinampak sebagai ada sumbangan) dan saya kembali ke dalam dunia saya sendiri yang sebenar. Saya merasa besar dalam dunia saya ini( kewartawanan)

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  9. Anak Bukit Bendera.1 April 2013 at 15:33

    TS Zam.apa nak buat.Bukan setakat terowong bawah tanah.Kalau terowong atas tanah pun Pas sokong.
    Sebab itu setiap ceramah Pas mereka puji habisan LGEng ini.
    Bukan apa kerana ada elaun khas.Kalau BN buat terowong mampuih mereka tentang.
    Itulah Pas yang kena cucok hidunh dan kena ikat semua.
    Pas gadai Islam......

    ReplyDelete
  10. Dah banyak pihak bercerita berkenaan terowong ni, cuba baca dari aspek teknikal pula. Saya harap anda semua mendapat menfaat dari tulisan saya ini.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/03/pembinaan-terowong-pulau-pinang-dari.html

    ReplyDelete
  11. Puera Gunung Jerai.2 April 2013 at 07:26

    Tan Sri Zam;Sekadar nak habak sajalah.Dok kita pasai LGE dan terowong dia.
    Di Kedah ini pula insiden sabotaj macam PRU 12 yg lalu akan berulang lagi dikalangan UMNO sendiri.
    Lingkup lagi di Kedah.Kaki sabotaj berlambak dalam UMNO di Kedah.

    ReplyDelete