Wednesday, 20 March 2013

MUSA HITAM BELI "INSURAN" PAKATAN RAKYAT

MUSANG HITAM! MUSANG HITAM! MUSANG HITAM! TERIAK PARA PETANI

Tun Musa Hitam
Hishamuddin Rais seorang penyokong tegar Anwar Ibrahim yang pernah ditahan di bawah ISA dan banyak  membantu mengatur beberapa perasaan di Ibu Negara, telah mendakwa  mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam membeli "insuran" Pakatan Rakyat.

Menurut Hishamuddin dalam tulisannya di Suara Keadilan  19 Mac , semua sosok yang menjadi barua kepada UMNO yang sedar bahawa tarikh kuasa UMNO akan lupus tidak lama lagi, telah bersiap-siap untuk menyelamatkan diri.

"Ada yang bersedia untuk pindah ke luar negara. Ada yang secara senyap-senyap membeli "insuran" dengan Pakatan Rakyat seperti yang dilakukan oleh Musa Hitam dan Musa Hassan," katanya.

Perlu disebutkan dalam suatu forum baru-baru ini, Musa Hitam telah menolak anggapan, bahawa negara akan bangkrap jika pembangkang berjaya memerintah.

Menurut Musa, jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan itu akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Kenyataannya itu sangat menyeronokan parti parti  pembangkang yang membesar besarkan beritanya.

KOMEN:

Apa yang dikatakan oleh Musa Hitam itu memang ada benar dan logiknya, tetapi menampakkan seolah-olah beliau tidak lagi mempunyai kasih sayang dan komitment dengan  UMNO. Beliau mahu terlihat sebagai orang "global" dan bebas  kerana UMNO adalah Melayu. Makin semakin  sukar bagi Datuk Seri Najib untuk memintanya membantu UMNO.

Perlu disebutkan, bila Musa Hitam mewakili Perdana Menteri Tun Razak menemui petani-petani yang  berdemonstrasi di Baling Kedah dalam tahun 1974 atas dakwaan Anwar Ibrahim (ABIM) ada penoreh getah mati kebulurun, Musa telah dipanggil  "Musang Hitam! Musang Hitam! Musang Hitam!" oleh penunjuk-penunjuk perasaan.

9 comments:

  1. Orang mahu kelihatan hebat dalam pelbagai cara. Begitu juga orang mahu diingati dengan pelbagai cara.

    Orang yang tidak berpuas hati akan melahirkan rasa ketidakpuasan itu juga dalam pelbagai cara.

    Orang minta diberikan sedikit perhatian dalam pelbagai cara, umpamanya ada yang menangis, pada hal tidak ada kesedihan pun yang berlaku. Ada juga yang berpura-pura gila supaya orang melihat ke arahnya.

    Musa Hitam mempunyai caranya yang tersendiri. Kita tidak hairan, jika Tun Mahathir hari ini mengeluarkan kenyataan menyokong pakatan, maka dia akan disanjung melangit.Akan hilang semua kutukkan ke atas beliau dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jokiden NS:Saya setuju dengan saudara.

      Kebanyakan pemimpin politik sama sahaja, Tunku bersara mahu jadi negarawan tetapi kembali ke dalam politik, Mahathir juga sama dan Musa letak jawatan tetapi membuat percubaan untuk kembali besinaran tetapi caranya malu malu kucing.

      Saya tabik pada Lee Kuan Yew beliau walapun bersara dari jawatan Perdana Menteri Singapura tetapi menjadi Senior minister kerana dia tahu penyakit political animal.

      Delete
  2. TS

    Orang dah letih cakap pasal orang politik dan kakitangan kerajaan yg dah expired diberi bermacam jawatan dalam GLC.

    Inilah cara tanda TERIMA KASIH daripada orang yg cari makan dalam politik dan kakitangan kerajaan berjawatan tinggi (selalunya berkelakuan dan berperangai bertaraf menteri semasa memegang tugas!!)

    BEnda benda macam ni perlu di kurang kalau tak boleh dihapus.

    ReplyDelete
  3. Saya tak nampak lansung apa jasa Musang Hitam pada negara. Macam mana boleh dapat gelaran Tun, saya tak tahu. Jaga Sime Darby sampai rugi berbillion ringgit masih tak mahu ambil tanggung-jawab. Orang macam ini tak layak pegang GLC. Dia lah sebenarnya yang bertanggung-jawab memberi arahan supaya serang orang kampung di Memali, Nov.19, 1985. Semasa itu Tun Dr.M berada di China dan dia sebagai TPM & Menteri KDN.

    RD.

    ReplyDelete
  4. Shahril Khalid.Johore Baharu.21 March 2013 at 11:57

    Silapnya Najib, bila dah jadi Perdana Menteri lupakan si Musa Hitam ini. Tun Abdullah dah bagi Tun padanya. Fiirkanlah untuk menjadikannya Gabenor. Tapi dah agak terlambat,yang d Pulau Pinang pun sudah disambung.Atau mungkin juga boleh jadi Duta Malaysia di Saudi. Oh ya saya terlupa tak ada di disco disana. Fikirkanlah dimana yang sesoai baginya.

    ReplyDelete
  5. Kabarnya Musa Hitam akan dijadikan Se[aker Dewan Rakyat sekiranya Pajatan Rakyat berada di Putrajaya.

    Saya lebih dahulu ucapkan Tahniah.Tetapi jangan lupa ajak saya sama jika ke Disco.

    ReplyDelete
  6. TS memang ada kemungkinan kata-kata TS Musa Hitam itu betul bahawa jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, pakatan tidak akan begitu bodoh hendak membiarkan negara bankrap. Ini maknanya rakyatlah yang diperbodohkan kerana jika SEMUA janji dalam manifesto PR tu dilaksanakan secara pakej,memang negara akan muflis. Bila dia kata PR tak akan biarkan negara muflis ertinya PR tak ada niat nak laksanakan semua janji dalam manifesto tu ataupun mungkin hanya pilih mana-mana janji tertentu dan yang lain dilupakan. Rakyat perlu tahu baca yang tersirat juga.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri....ramai' veteran2 negara 'satu zaman dahulu terpanggil untok jadi sebutan semula atau membuat satu' come back 'dengan cara yang tidak di duga.Kita tahu sesiapa saja bolih beralih arah,tetapi untok berpaling muka dengan sahabat2 lama atau institusi2 yang menjulang nama mereka satu masa dahulu ada lah sesuatu yang berat hendak di telan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamaruzaman. Taman Melawati.22 March 2013 at 09:56

      Encik Awi: Saya harap saudara tidak terkejut dengan cerita ini:Seorang bekas menteri"tinggi" masih hidup mewah telah menyatakan kepada seorang rakannya, apa I dapat dari Mahathir,apa I dapat dari Najib, I dapat darjah tinggi dan jawatan pun dari Pak Lah.

      Jika Veteran UMNO pun tak tahu mengenang maka apalah hendak disalahkan generasi baru,siswa siswa atau anak anak kita yang berjaya tetapi tidak tahu tahu menghargai jasa UMNO dan BN, tak mengenang budi kerajaan.

      Seorang profesor juga bertanya,tengoklah kroni kroni dapat itu dapat ini. Seorang bekas vice chanselor bertanya kepadanya you tahu kelulusan you hanya SPM great tiga,tapi dapat masuk UKM kerana Melayu,kemudian diberi peluang, biaisiwa lanjutan dan dapat PHD. Itulah yang you dapat dari UMNO.

      Bukan semua Profesor bijaksana,bukan semua pimimpin politik tahu bersukur. Tak cukup cukuplah.Macam Raja juga ada satu Istana nak Istana baru.Bagaimanakah kita hendak rasionalisekan manusia. Bagaimanapun lebih banyak manusia yang baik dari yang buruk.

      Semuga Allah selamatkan bangsa dan negara kita.

      Delete