Sunday, 24 March 2013

MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN ANWAR IBRAHIM


Keratan akhbar Mingguan Malaysia 24 Mac 2012 yang  menyenaraikan mereka yang
telah meninggalkan PKR
































Dalam diam, di sana sini, rupa-rupanya makin ramai ahli PKR meninggalkan parti itu.

Setiap hari ada sahaja yang keluar kerana tidak lagi yakin kepada Anwar Ibrahim atas faktor moral, integriti, kalimah Allah dan isu Lahad Datu.

Perkembangan ini mencetuskan kebimbangan PKR lebih-lebih lagi menjelang PRU13. 

Sudahlah parti itu banyak bergantung kepada jentera akar umbi Pas setiap kali pilihan raya, kini berdepan pula dengan kehakisan ahli yang ketara. 

Masih kuat dalam ingatan Awang bagaimana banyak pihak pro Anwar dan pembangkang mengadakan solat hajat untuk mencari kebenaran selepas beliau dipecat daripada kerajaan. 

Pada masa itu, ramai terjebak dengan sentimen mempercayai beliau kononnya menjadi mangsa kezaliman mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Bayangkan solat hajat diadakan bagi memohon Allah SWT menghancurkan Mahathir, sampai begitu sekali. Kini semakin banyak petunjuk kepada kebenaran. Dr. Mahathir yang menjadi sasaran pembangkang atas hasutan Anwar, sampai hari ini tidak tergugat wibawa dan pengaruhnya. 

Wajahnya masih berseri dan kelihatan segak walaupun sudah lanjut usia. Lihat pula raut wajah Anwar yang berkeruh dan kian cengkung. Imej beliau juga terus merudum ekoran banyak isu semasa. 

Pas sendiri menolak Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menguasai kerajaan pusat. Mesejnya - asalkan bukan Anwar Ibrahim (ABAI). 

Sebelum pendirian yang diambil oleh Pas itu, sudah puluhan bekas pemimpin PKR dan sahabat Anwar meninggalkan parti. Gambar sebahagian mereka (di sebelah) boleh menceritakan hakikat itu. 

Ramai yang keluar kerana terpukul dengan kisah-kisah sisi gelap luar biasa, yang tidak layak diangkat sebagai pemimpin negara. 

Siapakah yang berada di pihak yang benar, Anwar atau puluhan bekas pemimpin serta ribuan ahli PKR daripada semua kaum yang meninggalkannya? 

Sesiapa sahaja yang mengetahui siapa sebenarnya Anwar pasti terdorong untuk membetulkan keadaan biar apa sekalipun dugaannya. Ia juga jihad. 

Awang bersyukur kebenaran makin menyerlah dan semoga Allah SWT menyelamatkan Malaysia.
- AWANG SELAMAT

8 comments:

  1. Man Banun Sg Petani.24 March 2013 at 12:19

    YANG TINGGAL HANYA MEREKA YANG BERSEDIA UNTUK MENJADI BARUA YANG BERGANTUNG KEPADA POKETNYA TERMASUK SEORANG "ULAMA MAMAK"YANG TELAH BERPAKAT NAK JUMPA NIK AZIZ DI NERAKA.

    ReplyDelete
  2. Siapakah yang berada di pihak yang benar?
    Di mata Anwar, dia ada lah di pihak yang benar
    BENAR TIDAK BENAR!

    ReplyDelete
  3. Raja Petra Kamarudin. pun dah tinggalkan DSAI

    ReplyDelete
  4. DSAI memang tak layak jadi PM tpi sangat layak jadi Ketua Pembangkang sebab dia pandai berpidato. Tanpa kalibat DSAI politik Malaysia akan suram. Apa pun walau sehebat mana pun DSAI berpidato, imanku tak kan goyang. BN tetap menjadi pujaan hatiku dulu, dan sehingga terbukti BN menzalimi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tersesat dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan. Pintu taubat masih terbuka luas bagi mereka yang telah sedar akan kesilapan masa lampau. Mohonlah selalu hidayah dan petunjukNya semoga dibukan pintu hati kita kepada cahaya kebenaran. Bangunlah menghadapi realiti janganlah terus dibuai mimpi indah dengan pelbagai janji-janji manis tetapi kosong belaka dari iblis dan syaitan yang bertopengkan manusia..

      Delete
  5. Salam Tan Sri....kalau di ingatkan kembali,di zaman persekolahan pelajar2 tidak teragak2 mengangkat mertabat saorang pelajar lain sebagai ' hero ',jika pelajar itu melawan atau menentang guru2 nya.Bila sudah dewas baru teringat perbuatan melawan guru tidak membawa apa2 manfaat,selain dari menambah ramai ' rebellious gang '...begitu juga pengikut2 DSAI,akhir2 nya mereka nampak kebenaran, kejujuran dan kebijaksanaan dalam pentadbiran pimpinan Dr.Mahathir. Akibat nya mereka tinggal PKR atas dasar keinsafan.

    ReplyDelete
  6. Siapa saja boleh jadi PM, asalkan bukan individu bernama Anwar Ibrahim. Beliau diakui hebat, tetapi kehadiran beliau amatlah sesuai sebagai ketua pembangkang. Jika PR berjaya menawan Putrajaya dalam PRU akan datang, tolooooonglah...jangan Anwar Ibrahim diberi kerusi PM...Tok Guru Hj Hadi Awang lebih layak sebagai PM berbanding Anwar Ibrahim! Takbirrrrrrr...

    ReplyDelete
  7. Populariti PKR smakin menurun. Kesian PAS hanya diperkudakan oleh PKR, PAS bertanding pon tak sampai 1/3 kerusi Parlimen. PKR lebih banyak calonnya, hampir 1/2 dari Kerusi Parlimen. Kalau lah PR menang, kita akan dapat PM mcm Anwar...maluuuuuu pada dunia

    ReplyDelete