Saturday, 23 March 2013

LIM KIT SIANG PASTI MENANG DI JOHOR DAN ANWAR DI PERAK

PERMATANG PAUH DAN IPOH TIMUR FIX DEPOSIT PKR (Lihat komen)
Dari akhbar Cina:Sinchew Daily News 21 Mac 2013
Penulis: Lim Ming Fah Eksekutif Akhbar
Lim Kit Siang                       Anwar Ibrahim
Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; di mana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali:

Pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.

Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. 

Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.

Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berharap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.

Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, di mana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.

PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin) dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, di mana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, di mana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, di mana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.

Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh!

Terjemahan: 
Sulaiman Koh

KOMEN:


Ada orang berpendapat bahawa Lim Kit Siang meninggalkan Ipoh Timur untuk bertanding di Gelang Patah dan Anwar Ibrahim akan meninggalkan Permatang Pauh untuk bertanding di Ipoh Timur kerana mereka  tidak yakin akan menang di kawasan yang telah diwakili oleh mereka itu.

Ini tidak benar. Sebenarnya ini adalah  langkah yang penuh dengan keyakinan diri. Kawasan yang ditinggalkan mereka merupakan fix deposit kepada PKR atas pelrbagai usaha pendekatan dengan rakyat selama mereka mewakili kawasan itu di samping imej mereka sebagai pemimpin nasional.

Anwar diramal pasti menang di kawasan Lim Kit Siang, di mana majoriti pengundinya kaum Cina, dan Lim Kit  Siang diyakini akan menang di Gelang Patah kerana pertambahan pengundi Cina berlaku dengan mendadak di kawasan itu.

Maka itu prasangka mereka lari kerana akan kalah adalah salah, tetapi sebenarnya mereka berundur dengan teratur seperti berundurnya Amerika dari Vietnam. Nampak kalah pada mulanya tetapi akan menang dalam jangka panjang atau pendek. Kempen BN mereka lari kerana takut tidak boleh dipakai. Tetapi ke dua duanya  percaya mereka boleh menang di dua kawasan.

14 comments:

  1. Salam Tan Sri.....mengikut text terjemahan,DSAI bertanding di Ipoh Timur,sementara Lim K.S di Gelang Patah..itu ' FINAL ' kah atau peringkat ' testing reaction ( melihat tindakbalas )sahaja ? Sebagai melawan strategi PKR/DAP, BN kena lah ada Plan A atau Plan B,C,D....Saya YAKIN BN tentu ada plan sedemikian,MUNGKIN LEBIH HEBAT ! Lagi pun 'politics is a ball game.'

    ReplyDelete
  2. Saya fikir testing groud . Anwar mahu lihat orang Permatang Pauh mahu lepaskannya atau tidak dan Lim Kit Siang mahu lihat sejauh mana kepercayaan pengundinya untuk dijaga oleh anaknya.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya ia testing ground berisiko tinggi. Maruah dan nasib parti menjadi cagaran.

    Saya lebih cenderung kpd rasa tidak yakin LKS dan AI dgn populariti masing2.

    Tabiat pemimpin pembngkang mencari tempat baru sama aeperti Mat Sabu dan Salehuddin. Pemimpin yg hebat tidak akan berundur di mana mereka berada

    ReplyDelete
  4. Dua-dua akan hanyut kali ini jika berpindah kawasan. Nik Aziz kata tempat yang selamat bagi Nuar ialah di Permatang Pauh. Jika di situpun dia sudah merasakan tidak selamat, larilah ke mana pun dia tetap tidak akan selamat.

    http://kitopunyo.blogspot.com/2013/03/lim-kit-siang-dan-chua-jui-meng-mari.html

    ReplyDelete
  5. Bekas Wakil Rakyat BN24 March 2013 at 16:44

    Tan Sri.
    Ini adalah tektik PKR/DAP.
    Permatang Pauh akan diberi pada tokoh PKR lain pula.
    Begitu juga Ipoh Timur akan dibeti pada tokoh lain pula.
    UMNO/BN jangan ingat mereka cabut lari.
    UMNO/BN memang suka pandang ringan dan remeh

    Rakyat memnag condong pada BN kerana pelbagai pgrogram Dato Najib.
    Apa pun mereka sedang menunggu siapa bakal calon.
    BN/UMNO sekali lagi jangan pandang ringan hal ini.
    Zaman Ketua bahagian hebat sudah berakhir.

    KaLI ini faktor calon amat penting.
    Kalau calon terok BN akan hilang undi.
    Itulah pesan saya yg masih sayang pada UMNO/BN.

    ReplyDelete
  6. SetiaMahkota.JB24 March 2013 at 18:55

    JOHOR PASTI JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG.
    Saya yakin pertambahan pengundi baru Cina lebih dari 26,000 di kawasan Gelang Patah pastinya akan memberi undi kemenangan kepada Lim Kit Siang. Jumlah pengundi baru di seluruh Johor bertambah sebanyakj lebih 267,000.(lihat tulisan Joceline Tan di Sunday Star hari ini)

    Maka itu pengunduran Lim Kit Siang dari Perak adalah untuk memberikan aura mendrongkan orang Cina di kawasan kawasan pertambahan undi lain juga memberikan undi kepada DAP.


    Saya yakin stratiji DAP ini akan membawa Kerajaan Johor di bawah pimpinan Ghani akan tersungkur dan kerusi parlimen banyak akan jatuh d ketangan PKR. Kebencian rakyat ada banyak sebabnya tetapi tersembunyi dan terpendam dan tidak berani untuk diperkatakan.Maka UMNO dan BNlah yang akan menanggung akibatnya.

    ReplyDelete
  7. Putera Gunung Jerai.24 March 2013 at 21:13

    TS Zam.DiKedah pun dengar cerita 8 Ketua Bahagian tak layak jadi calon.Eloklah tu....zaman SPM dah berlalu.

    ReplyDelete
  8. PKR/DAP dah kelam kabut!!

    Clear signal depa dah mula pening. Especially dgn berbagai2 perkembangan yg di buat oleh blogger2 dan jugak media utama.

    Dulu BN tak guna media internet, tu pasal maklumat tak dapat disalurkan. Sekarang BN dah all out guna internet. Syabas! Berkesan sekali.

    Terlalu byk maklumat kita dapat secara real-time dan mudah sgt. Rakyat dah faham keadaan sebenar.

    PKR/DAP/PAS dah mula menunjuk pening mereka! hahahahaha

    Pak Zam pun dah asyik depan notebook jer.. Jgn sampai Kak Ton merajuk..huhuhu.. melawak jer tu TS.

    ReplyDelete
  9. Kami-kami diBaling,Kedah amat berharap BN akan letakkan calon anak temapatn dari Baling.Kami tak perlu digula-gula RM.
    Sudahlah zaman orang luar kami tak mahu lagi.BN diatas tolong dengar kehendak orang akarumbi sama.

    ReplyDelete
  10. Manisah Baling.26 March 2013 at 16:03

    Undi sahajalah siapa diletakan oleh Najib demi kepentingan Melayu dan agama. Pertimbangan Najib tentulah lebih baik dari petimbanagn kita sendiri.Mestilah berdasarkan ejensi ejensi perisekan.Kalau Najib letak batupun undilah kerana jika kita kuat dan membantu bagi menegakan sebuah kerajaan yang kuat maka batu pun boleh kita jadikan intan.

    UMNO kalah kerana mempunyai orang yang seperti awaklah. Dok fikir pilihan kita sahajalah yang betul. Mampuslah Melayu macam ni.

    ReplyDelete
  11. Boleh ker Anwar atau Hadi jadi PM Malaysia??

    Bolehkah Anwar terus tegakkan Islam ?? Dia dan keluarga dia promosikan pluralism agama, LGBT, sokong Israel, jual kalimah Allah..

    Bolehkah Anwar terus kuatkan Melayu?? Dia panggil Umno anjing, dia sokong DAP..

    Bolehkah Anwar terus kuatkan ekonomi Malaysia?? Dia sokong IMF, Soros, amerika saja..

    Bolehkah Hadi terus kuatkan Islam?? Dia sokong Anwar. Mesti pemikiran nya sama..

    Bolehkah Hadi terus kuatkan Melayu?? Dia kata melayu Umno kafir, dia sokong DAP..mcm Anwar jugak..

    Bolehkah Hadi terus kuatkan ekonomi Malaysia?? Dia paham ker apa itu ekonomi negara. Kelantan pun byk kekurangan..

    Bolehkah Anwar atau Hadi terus tadbir Malaysia dgn cemerlang?? Tadbir Selangor, Penang, Kelantan pun berterabor..

    Look at the bigger picture. Demi Melayu, Islam dan Malaysia, UMNO/BN is best!!!!

    ReplyDelete
  12. Pengkomen Manisah Baling:
    Apa..ingat orang Baling tongkoi ke.
    Letaklah calon ketoi batu ke.Nak tengok kalah ke menang,
    Amalan pemimpin yang keras kepala macam batu yang buat akar umbi jadi menyampah dan meluat.

    Baling untuk Baling.

    ReplyDelete
  13. Jangan mengarutlah batu boleh jadi intan.Budak tadika bolehlah lah nak mohong.

    ReplyDelete
  14. Semangat kedaerahan, nampaknya masih menebal di kalangan orang Melayu. Kalau orang Baling hanya mahu sokong orang Baling saja, maka bertambah pecahlah perpaduan kita. Dalam dunia moden, dimana kita boleh bergerak melangkaui sempadanan negeri dengan begitu pantas sekali, amatlah tidak cerdik jika meletakan syarat, hanya anak tempatan saja yang patut di sokong.

    Kaum Cina di Malaysia tidak mempunyai semangat kedaerahan ini. Mereka boleh menyokong siapa saja. Kerana itu Lim Kit Siang berani bertanding di mana saja. Sepatutnya orang Melayu mengutamakan kepentingan parti melebihi individu, kerana Parti secara kolektif, sudah pasti, tidak akan memperdayakan dan menipu penyokongnya. Seorang individu, sebaliknya boleh berlakun warak untuk menipu sesiapa saja, termasuk cerdik-pandai seperti Tun.Dr.M.

    Tun pernah mencerita dalam bukunya bahawa Timbalannya itu pernah minta diri untuk mengerjakan solat semasa dalam penerbangan. Oleh yang demikian, beliau tidak percaya sama sekali, pertuduhan oleh Karpal Singh & Mat Sabu, di Parliament, bahawa Timbalannya itu adalah seorang peliwat. Malah Nallakarupan pernah menceritakan, bahawa beliau pernah mengimamkan solat raya, sehari selepas meliwat. Nampak gayanya beliau masih berjaya menipu rakyat Malaysia kerana selepas hampir 15 tahun, masih ada yang percaya bahawa beliau adalah seorang yang bersih dan warak.

    Sebagai seorang yang pernah dibesarkan dan mempunyai ramai saudara-mara dan kawan-kawan di daerah Baling, saya harap orang-orang Baling dapat menyokong siapa saja yang di pilih untuk bertanding. Kita mesti berwaspada bahawa orang yang menyokong individu mungkin juga ada kepentingan mereka sendiri. Maklum sajalah, bidang politik adalah 'lombong emas' bagi mereka yang bernafsu besar, seperti 'Peliwat Negara'. Kaum wanita pun amat meminati orang-orang politik ini. Mana ada orang politik yang tidak berharta atau tidak bergaya.

    Kalau wakil atau individu yang parti pilih itu tidak perform, kita boleh tukar kemudian hari.

    RD.

    ReplyDelete