Wednesday, 27 March 2013

LIM KIT SIANG MEMBAWA AURANYA DEKAT DENGAN HATI MASYARAKAT CINA JOHOR

TUGASNYA LEBIH BESAR DARI SEKADARKAN JAGA SAMPAH DAN LONGKANG
Dari China Press
Penulis: Kang Yong Quan

Usia Lim Kit Siang dikatakan sudah pun meningkat, secara bergaya mahu turun ke negeri Johor, pada masa itu suasana politik telah pun disebar luas mengatakan beliau akan bertanding di negeri Johor untuk menaikkan semangat Pakatan Rakyat. Pada 16 Mac, apabila pihak wartawan bertanyakan hal itu, beliau berkata, beliau perlu ambil masa tiga hari untuk meninjau keadaan dan untuk memikirkannya.

Kata-kata itu masih lagi kedengaran di telinga, namun selepas selang satu malam semasa DAP raikan hari ulangtahun penubuhan DAP yang ke-47, telah diumumkan oleh Anwar Ibrahim bahawa Lim Kit Siang akan turun bertanding di Gelang Patah. Sebelum ini ada pelbagai isu bertaburan, mengatakan beliau akan turun ke Johor bertanding di Gelang Patah, hari ini berita itu memang benar dan tepat.

Jika lihat keadaan dan perkembangan ini, Lim Kit Siang telah pun berniat dan telah pun membuat keputusan untuk bertanding di Gelang Patah, apa yang beliau maksudkan mahu ambil masa 3 hari untuk meninjau dan memikirannya itu hanya satu strategi sahaja.

Jika beliau umumkan lebih awal keputusan untuk berpindah ke Selatan Semenanjung, beliau tidak akan jelajah ke negeri Johor dengan bergaya selama 2 hari itu. Dan sebelum ini pun bahagian Gelang Patah menjadi isu besar dalam rebutan kerusi yang begitu teruk, hari ini kawasan itu telah diputuskan Lim Kit Siang yang akan turun bertanding di situ, pastinya sebelum ini DAP dan PKR telah pun berbincang dan membuat persetujuan.

Keputusan itu bukan bermakna Lim Kit Siang turun ke negeri Johor itu hanya datang makan angin, di mana PKR begitu gembira melihat mereka ada kesefahaman yang bagus.

Cuba hebahkan jangkaan bertanding di situ, tetapi ditangguhkan sehingga menyambut hari ulang tahun parti baru diumumkan, kerana keadaan seperti itu boleh menaikkan semangat yang tinggi.

Sebelum ini peranan Lim Kit Siang cuba meramal tarikh pilihan raya, beliau menjadi terkenal kerana sering meramal tarikh pilihan raya. Beliau suka menggunakan jangka masa dan ramalan untuk merangsang jiwa rakyat, untuk mendapat perhatian dari rakyat, kata-kata “mahu ambil masa 3 hari” itu satu taktik yang hebat, sebenarnya kata-kata itu kata-kata yang tidak benar-benar jujur.

Lim Kit Siang sering diejek oleh parti lawan bahawa Lim Kit Siang suka berpindah randah untuk bertanding, dikatakan kerana Lim Kit Siang tidak bagus dalam melakukan perkhidmatan di kawasan sendiri, malu dengan pengundi, sebab itu beliau menjadi pelarian. 

Tetapi pengundi-pengundi Ipoh beri markah kepada Lim Kit Siang yang bertahan selama 8 tahun di situ memberi penilaian bagus kepada Lim Kit Siang, menunjukkan mereka pilih Lim Kit Siang itu semata-mata dapat ke Dewan Rakyat untuk melakukan perkara-perkara yang lebih besar, mereka bukan pilih Lim Kit Siang untuk tengok longkang-longkang dan sampah sarap di kawasan mereka.

Beliau beralih ke kawasan baru semata-mata mahu naikkan dan semarakkan semangat, ini adalah salah satu strategi dalam politik, tidak ada sebarang kesalahan.

Tetapi ada satu pandangan yang boleh dianggap benar, dalam hidup Lim Kit Siang sering ke sana sini berpindah tempat. Apa yang dilaungkan berkhidmat untuk negara dan rakyat yang begitu indah sekali, sebaliknya tujuan beliau hanya semata-mata mahu DAP mendapat lebih banyak kerusi dan kuasa sahaja. Mungkin apabila menang, perkara perkara kecil beliau abaikan, sebab itu beliau tidak menghormati kepada pengundi-pengundi di kawasan tempat beliau bertanding.

Bertukar-tukar kawasan, beliau tetap disanjung dan dihormati, nak ke mana-mana pun tidak beritahu pengundi, walaupun beliau sebelum ini telah beritahu pengundi di Ipoh Timur, menyatakan beliau akan tinggalkan tempat itu, untuk menyatakan kejujuran dan kebenaran beliau.

Terjemahan:
Sulaiman Koh Abdullah

KOMEN:

Tulisan ini menjelaskan bahawa masyarakat Cina mengiktiraf Lim Kit Siang sebagai  suara denyut hati mereka dan tidak sekadarkan wakil rakyat jaga longkang dan sampah.

Setelah lapan tahun mewakiil Ipoh Timur, beliau telah meningkatkan keyakinan masyarakat Cina sebagai pemimpin nasional mereka dan kerana itu beliau melangkah dengan berani dan yakin untuk berpindah dan bertanding di Gelang Patah bagi menyerang kubu BN yang terkuat di Malaysia.

Dengan auranya maka kehadirannya ke Gelang Patah, tentunya tambah meyakinkan orang Cina, bahawa beliau tidak mementingkan dirinya sendiri, sebaliknya keutamaannya adalah  nasib bangsanya.

Maka itu semangat orang Cina khususnya di Johor semakin tinggi untuk membantu DAP memecahkan kubu Barisan Nasional di Johor.

5 comments:

  1. TS Zam.Betul dan tepat sekali.LKS kali ingin memantapkan lagi pengaruh DAP di Johor yang dikatakan kian bertabur termasuk UMNO sendiri.
    Dia memang juara suara orang Cina.Sebab itu karjaya politiknya hidup.
    UMNO/BN pun kali ini wajib memilih calon yang aktif dalam dan luar dewan Parlimen.Sampaikan suara rakyat.Bukan jadi MP asyik kira projek atau lena dalam dewan.
    Banyak masaalah rakyat tak sampai diatas.Jadi YB pertama sekali nak berniaga.
    Sebab itu rakyat marah.kalau nak berniaga jangan jadi wakil rakyat.
    UMNO/BN kena cermatlah pilih calon.Rakyat tak minat tengok kereta habat.Yang pentimng kidmnat itu kena hebat.
    Jangan bila jadi YB/Menteri pun dok berebut rezeki dgn rakyat.Rakyat tahu zemua ini.

    Sebab itu LKS dan Dap/Pas/Pkr ada modal banyak untuk kecam BN.

    ReplyDelete
  2. Didalam pembangkang cara LKS ini boleh dilakukan. Jika kalah dia tidak menjadi apa-apa, nanti bertanding lagi, berihat 4 lima tahun tidak jadi hal seperti yang berlaku kepadanya pada tahun 1999 lalu. Datang PRU 2004 dia bertanding lagi.

    Dia pernah dengan angkuh mencabar Lim Chong Yu, dan dia pernah mencabar Dr. Koh Soo Koon. Menang dia jadi hero. Kalahpun dia tetap hero.

    Dalam BN susah sikit, jika kalah masa depan politik terus kelam, harapan nak bertanding lagi adalah tipis.

    Mungkin Dr Chua Soi Lek boleh berhadapan dengan dia di Gelang Patah. Do or die mission. Apa macam?

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Zam,

    Selepas Gelang Patah, ke manakah pula arah perkelanaannya? Pengundi Gelang Patah, katakan TIDAK kepada politikus purbakala ini.

    ReplyDelete
  4. Tan Sri Zam;
    PM dah jumpa semua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri-negeri.
    Kedah macamana cerita.Harap harap dapat calon yang berjenis sikit.
    Calon SPM/LCE tak payahlah kot.
    Elakkan kaki pompuan/judi tak amanah dsb.
    Kalau BN nak menanglah.

    ReplyDelete
  5. Salam Tan Sri.....di rasakan Lim K.S. telah menambat hati pendudok Cina Ipoh, dan telah meninggalkan satu ' lasting impression ' dlm minda orang2 Cina di Perak bahwa DAP ia lah parti terbaik untok mereka.Sekarang, Lim K.S. merasakan dia ada tanggungjawab yng besar untok meninggalkan satu lagi ' lasting impression ' yng lebih mendalam di hati sanubari orang2 Cina Gelang Patah,khusus nya dan Johor am nya...misi DAP ia lah untok menggantikan mana2 komponent BN.yg keahlian nya orang2 Cina dgn DAP !

    ReplyDelete