Tuesday, 12 March 2013

KEBENCIAN RAKYAT MEMUNCAK: PKR JADI MANGSA SERANGAN BERANI DAN GANAS DI SELURUH NEGARA


PELBAGAI TUDUHAN DILEMPARKAN OLEH PKR (PARTI KEADILAN RAKYAT) KEPADA POLIS YANG SEDANG MENGHADAPI BERMACAM TEKANAN TERMASUK SERANGAN PENGGANAS DI SABAH. HARI INI SEORANG LAGI WIRA NEGARA GUGUR.

DALAM KEADAAN INI, PKR MENUDUH POLIS MEBIARKAN SERANGAN SAMSENG UMNO  KE ATAS IBU PEJABAT KEADILAN.

BAGAIMANAPUN, APAKAH BENAR ORANG UMNO YANG MENYERANG SEPERTI DAKWAAN PKR ATAU SERANGAN INI MENCERMINKAN KEBANGKITAN RAKYAT DI SELURUH NEGARA KERANA MEMUNCAKNYA KEBENCIAN MEREKA KEPADA PKR YANG MEMPERMAIN-MAINKAN PENCEROBOHAN PENGGANAS KE ATAS SABAH.

DI BAWAH ADALAH BERITA-BERITA KEBANGKITAN RAKYAT YANG SEMAKIN GANAS   MENYERANG ORANG-ORANG PKR DAN PEJABAT MEREKA YANG MEREBAK DI SELURUH NEGARA YANG DISIARKAN OLEH KEADILAN DAILY. 

 BERITA 1:

PETALING JAYA 12 MAC: Polis gagal mengambil sebarang tindakan terhadap serangan samseng Umno ke atas bangunan ibu pejabat KEADILAN semalam, walaupun kejadian berlaku berdekatan balai.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Balai Polis Tropicana hanya selang dua pintu dari pejabat itu, tetapi tiada seorang pun anggota menghalang serangan tersebut.

“Ia sangat memalukan. Mereka hanya berpeluk tubuh dan tidak diberi arahan oleh ketua mereka supaya menahan samseng yang membuat serangan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Beliau mendakwa dalam kejadian serangan yang bermula 5 petang semalam, hampir 30 samseng Umno membuat kecoh di hadapan ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka memakai baju putih bercetak anti-Anwar, menyerang dengan melontarkan telur, kayu, batu, kon lalulintas dan membakar bendera  Keadilan.

BERITA 2:
Keganasan berterusan bukti Umno tertekan dengan Kekalahan

KUALA LUMPUR 12 MAC: Keganasan berterusan yang dicetus kumpulan samseng dalam tempoh kurang seminggu, dari Bukit Katil, Melaka hingga ke ibu pejabat KEADILAN, membuktikan Umno BN kian terdesak.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata  kekerapan keganasan juga menunjukkan Umno BN tidak mampu bangkit dari kekalahan pada 2008.

“Keyakinan untuk terus memerintah merudum. Maka atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka ‘dipelihara’ undang-undang,” katanya.

Semalam, sekumpulan hampir 30 samseng membuat kecoh di depan ibu pejabat KEADILAN, Petaling Jaya, menyebabkan seorang kakitangan, S Balakumaran cedera di leher akibat terkena kayu manakala dadanya dibaling batu dan telur , selain banyak harta benda rosak.

Pada 8 Mac lalu, berpuluh-puluh samseng bertindak liar dengan melontar batu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampong Bukit Katil, Melaka.

Empat cermin bas pecah, malah Datuk Seri Anwar Ibrahim juga terkena serpihan kaca manakala seorang pengawal keselamatannya, cedera di mata terkena serpihan cermin manakala seorang lelaki lain, kepalanya berlumuran darah.

Wartawan Keadilan Daily, Mohd Arif Juhani turut terkena serpihan kaca di muka.

Pada kenyataan media, Edy Noor bimbang keganasan sedemikian berlarutan pada musim pilihan raya jika tidak dibendung berikutan ia turut melibatkan objek seperti kayu dan lontaran telur.

“Tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan.  Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti,” katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sebagai entiti berwibawa dan bertamadun, tidak bertindak balas kerana percaya keganasan Umno BN hanya memberi kemenangan lebih besar.

"PENGGANAS-PENGGANAS TELUR" DIDAKWA SERANG IBU PEJABAT PKR

Dipetik dari Harakah Daily 12 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Blog Anak Muda Malaysia mendedahkan beberapa gambar mereka yang dipercayai terlibat dengan serangan ke atas ibu pejabat PKR di Tropicana, petang semalam.

Editorial blog itu menulis: Pengganas telur yang dikehendaki oleh pihak polis. Sila serah diri anda ke balai polis berdekatan dan orang awam juga dinasihatkan melapor kepada pihak polis jika menjumpai wajah-wajah di atas. Ini bagi mengekang lebih banyak keganasan dan ‘keteluran’ berlaku.

VIDEO SERANGAN KE ATAS ROMBONGAN PKR YANG DIKATAKAN DILAKUKAN OLEH UMNO DI MELAKA TETAPI SEBENARNYA DISERTAI OLEH RAMAI RAKYAT YANG TIDAK BERPARTI.


9 comments:

  1. 1. Dah puak-puak ni suka menghina polis, apa perlunya polis menjaga keselamatan mereka. Menjaga mereka sama seperti melepaskan anjing tersepit.

    2. Mereka selalu mengambil undang2 dalam tangan sendiri, bukan nak patuh pada nasihat polispun, jagalah sendiri, bautlah polis sendiri, buatlah balai sendiri. Agensi yg kerajaan ada ni bukan nak dihormati pun.

    3. Esok lusa demi terdesak untuk meraih simpati PKR atau Nuar mungkin sanggup suruh orang-orang dia sendiri baling wan azizah atau Nurul Izzah sampai lebam2 mata, lepas tu tuduh UMNO BN. Tau dah taktik lapok mereka ni.

    4. Jokiden dah selalu sebut, akhirnya esok PKR dan Nuar ni macam budak gembala kambing dengan serigala, tidak ada sesiapa yang ingin mempercayai lagi. Habis kau Nuar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karim Ali.Sbg Prai.12 March 2013 at 22:32

      Pandangan ini jelas membuktikan bahawa semakin ramai orang telah sedar tentang gempak Anwar Ibrahim.

      Dia telah berbphong sejak 1974 mengenai kebuluran di Baling, Mahathir sakit di Mekah,16 September yang gagal, kena racun arsenik,patah tengkok dan macam macam lagi.

      Lama dia dapat bertahan tetapi bohong punya bohong sekarang nak balik permatang pauh pun orang dah tak percaya,s keadaan sudah berubah kecuali yang tidak berubah ialah pengikut pengikut bahlol.

      Delete
  2. Harapan saya agar rakyat Malaysia, kalau bukan semua, besar majoriti akan bangkit pada PRU13 dan menguburkan terus makhluk bernama Anwar Ibrahim ini dari mata negara, dari politik negara - sejauh-jauhnya

    serialp0d

    ReplyDelete
  3. Nurulhuda Maarof,Kg Kerunci.13 March 2013 at 05:53

    PENGGANAS TELUR ATAU PEJUANG RAKYAT YANG SEMAKIN SEDAR DAN SEMAKIN BENCI KEPADA PENGKHIANAT NEGARA.

    GAMBAR MEREKA INI DISIARKAN OLEH SUARA PKR UNTUK MINTA BANTUAN POLIS TANGKAP MEREKA TETAPI SIAPA YANG CACI POLIS,KATA POLIS TAK AMBIL BERAT. HARI HARI KERJA MEREKA KIKISKAN KEYAKINAN RAKYAT PADA POLIS SEKALIPUN DALAM KEADAAN NEGARA TERANCAM.

    ORANG RAMAI JANGAN PERCAYA PADA GAMBAR INI SEMUA. KERJA PEMIMPIN PKR BUAT PEMBOHONGAN HARI HARI HARI. PARTI MUSIUH POLIS DAN MUSH RAKYAT.

    ReplyDelete
  4. KASIM SELAMAT PERMATANG SINTUK13 March 2013 at 05:58

    SYABAS PARA PEJUANG RAKYAT DI SELANGOR. SAYA PERCAYA LANGKAH TUAN TUAN AKAN MEMBERIKAN SEMANGAT YANG LEBIH BESAR DAN LEBIH BERANI KEPADA RAKYAT DISELURUH NEGARA UNTUK MENUNJUKAN KEBENCIAN DAN KEMARAHAN KEPADA PKR.

    KAMI PENDUDUK PENDJUDUK POERMATANG OAUH SEDANG TUNGGU KERETA BAS MEWAH ANWAR IBRAHIM JELAJAH MERDEKA SAMPAI DISINI.

    DISINI PUN ORANG DAH MELUAT DENGAN ANWAR IBRAHIM.

    ReplyDelete
  5. FATMAWATI SAARI, UM.13 March 2013 at 07:39

    Setiap kali gugurnya wira kita di medan pertempuran Lahad Datu,semakin bertambah kebencian saya pada Pas dan PKR. Saya tidak tahu kenapa tetapi trajidi ini mengingatkan saya pada penghinaan Mat Sabu kepada prajurit prajurit kita yang terkorban mempertahankan Bukit Kepong dan terakhir tuduhan Pegawai Strategik Keadilan, Rafizi Ramli bahawa polis membiarkan serangan ke atas Ibu Pejabat PKR.

    ReplyDelete
  6. Tidakkah video UMNO ganas ini jelas menunjukan bahawa pihak polis sedang melindongi rombongan PKR dari serangan dan tidaklah benar persepsi pemimpin PKR Rafizi.

    Sentimen kepartian dalam melihat sesuatu tindakan polis menyebabkan sesaorang tidak dapat melihat kewajaran polis menunjukan sikap berkecuali dan tidak bertindak mengikut kehendak mana mana parti.

    ReplyDelete
  7. Salam Tan Sri.,,,,, kemarahan orang2 UMNO bukan kerana perbezaan fahaman politik tetapi kerana pembangkang celupar dan menidakkan penat letih,bersabung nyawa olih Tentera dan Polis Malaysia menjaga keselamatan negara di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  8. Kita harus bertanya siapa yang mula-mula mengajar kita berdemo cara ganas. Mereka yang mempertahankan kedaulatan tanah air dari penganas dan pengkianat adalah wira-wira negara.

    ReplyDelete