Saturday, 23 March 2013

HANYA ANWAR YANG TAHU HARINYA TELAH BERAKHIR



Melihat video dalam warna dan suara yang dikenalinya dalam blog papagomo.com, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim pastinya telah dapat membaca nasib masa depannya dan Pas juga tentunya berada dalam debaran kerana akan melibatkan maruahnya.

Papagomo telah menyiarkan klip video itu setelah Anwar menjawab cabaran untuk menyamannya dengan menuntut ganti rugi RM 100 juta  dan  papagomo menjawab tindakan itu dengan memuatkan satu lagi klip video terkini seorang lelaki menyerupai pemimpin pembangkang sedang berbual mesra dengan seorang lelaki dalam sebuah bilik.

Kata The Star Friday 22 March: "The video shows a man, who resembeles Anwar, sitting on a couch and talking in a "flirtatious" manner with another man." 

Anwar tentulah sudah mengambil kira bahawa sama ada dia menyaman atau tidak papagomo, pastinya papagomo akan tetap memuat satu demi satu klik video yang masih ada dalam simpanannya. Yang pastinya dapat menduga bahaya mendatang ialah Anwar sendiri berasaskan kepada video yang telah tersiar. Tentulah Anwar sekarang sedar bahawa hari akhirnya telah hampir.

Kebimbangan ini turut di kongsi oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli apabila ternyata tidak dapat mengawal kemarahannya menghadapi soalan-soalan yang bersifat provoksi dari wartawan Agenda Daily yang antara lain mahu tahu kenapa tindakan saman diambil terhadap papagomo tetapi tidak pada Datuk T.

Menurut wartawan Agenda Daily, kerana pertanyaan itu, dia di tuduh sebagai ejen UMNO dan  hampir dihalau keluar dari sidang akhbar Rafizi kelmarin.

Papagomo dalam posting terkininya berkata, dengan kenyataan Rafizi bahawa Anwar memang suka bermesra  dengan semua seorang , maka Rafizi telah mengesahkan bahawa Anwarlah sebenarnya dalam klip video itu.

Tidak sahaja umum sedang menunggu dengan debaran klip video seterusnya dari papagomo, tetapi lebih-lebih lagi tentulah PAS sendiri.

Itulah kata orang tua tua:

Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali
Bohong sekali orang percaya
Bohong berkali-kali buruk padahnya

KeadilanDaily cuba discredit papagomo dengan mendedahkan latar belakangnya yang tidak "bersih" untuk mengelirukan orang ramai terhadap kebenaran, tetapi tentunya mereka tidak lupa bahawa Anwar Ibrahim, mendiang  P. Balasubramian dan  beberapa orang lagi orang-orang besar Keadilan  juga mempuyai rekod  polis dan mahkamah yang lebih besar dan mereka tetap menjadi kepercayaan orang terpelajar(?) macam Rafizi.

8 comments:

  1. Abdul Wahab Baling.23 March 2013 at 19:06

    "Oh Awak dari Ajenda Daily. UMNO"itulah cara Anwar Ibrahim ugut wartawan dan cara ini diikuti pula oleh Rafizi. Tak apalah Rafizi tetapi jangan ikut cara cara yang lain pula.Nanti memalukan PKR.

    ReplyDelete
  2. Khalid Ibnuwalid.Taman Melawati.KL23 March 2013 at 19:16

    Rafizi masih ingatkah berapa tahun Anwar Ibrahim masuk penjara kerana rasuah. Man alebih besar dengan Papagomo tetapi papagomo bukan pemimpin. Awak ingat dapat dedahkan pasal peribadi papagomo dah satu kemenangan.

    Janganlah percaya hanya tentang keburukan papagomo sahaja tetapi seorang profesional macam you kena percaya jugalah jika kejahatan dilakukan oleh kawan atau ketua. Janganlah jadi bodoh sombong.

    Awak orang baru,belum kenal dengan Anwar lama. Cuba tanya Izam yang sanggup masuk ISA kerana Anwar tetapi akhirnya tinggalkannya kerana masalah moralnya.
    Cuba awak cari ayat Quran tentang bersubhat dengan Syaitan.

    ReplyDelete
  3. IZAM HA HA HA. MANA DIA SATU LORI BUKTI RASUAH UMNO YANG DI JAJA IZAM SEJAL DAY 1? IZAM HA HA HA BOLEH CAYA KE MAMAT JAJA NI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ku Seman Ku Din Pokok Sena Kedah.24 March 2013 at 05:37

      Tak apalah dia dah insaf. kita kena terima ballik orang asal umno,politik bagitulah. Masa dia cerita bukti rasuah berlori itu atas arahan dari dari Anwar dan masa itu dia percaya pada Anwar macam nik Aziz percaya Anwar sekarang dan Mahathir juga pernah percaya pada Anwar.
      Maka dengan kemasukan mereka ke dalam UMNO banyaklah taktik dan stratiji Anwar,pembohongannya dan cara hidupnya dapat kita ketahui dn dipelajari oleh UMNO.

      UMNO dapat yang baik baik juga berbanding dengan Pas yang kutip artis dah tak laku,general tak puas hati, artis penagih dadah, pensyarah agama raja lawak dan macam macam sampah lagi.

      Yang keluar dari parti pembangkang kebanyakan yang merasakan diri mereka telah tercampur dengan sampah dan najis.

      Delete
    2. bagaimanajika mereka yang 'insaf' berpura pura membohongi UMNO dan orang melayu mengenai Anwar? Di saat saat akhir mereka juga boleh keluar UMNO dan kembali kepada Anwar dan mencanangkan UMNO yang membayar mereka untuk tinggalkan Anwar dan UMNO yang mereka cerita mengenai Anwar? Kemana sudu kalau tidak kembali kepada kuahnya? Harap mereka yang 'Insaf' ini tidak dijadikan calon GE13 oleh UMNO. Luka reformasi masih berdarah di hati kecil. Segala pembohongan mereka yang insaf ini semasa itu layakkah di terima sebagai patriot atau penyelamat negara? Harap UMNO berhati hati kerana hati boleh berubah, sumpah di masjid pun boleh jadi permainan inikan pula statutory declaration yang disain laywer. Dalam GE 13 UMNO perlu berhati hati dengah musoh terutama Musuh dalam selimut. Sejarah, mereka yang insaf inilah juga yang menjadi musuh dalam selimut upama lalang ditiup angin. Politik U TURN boleh jadi dimana mana saja. Bagaimana jika Anwar Insaf dan mahu kembali pada UMNO seperti Ezam dll? Maukan UMNO menerima nya sebulat hati?

      Delete
    3. Nurulsuhada,Permatang Pauh.24 March 2013 at 10:42

      Musuh yang lebih berbahaya adalah orang orang tua yang tak sedar diri yang masih mahu mencalunkan diri untuk jadi calun BN. Inilah musuh dalam selimut.
      Dalam politik penuh kepurapuraan,tidak ada kejuuran. kita harus gunakan siapa juga untuk menang ,jika bekas orang anwar boleh menang kerana dulu BN telah kalah di kawasan tertertentu maka kenaapa kita tak boleh calonkannya?
      Dalam pilihanraya kali ini kita mesti undi parti,undi untuk najib ,undi untuk kuasa melayu. Jika Njib letak batu pun kita undi. Jika kuasa kita kuat maka kita boleh buang batu dan gantikan dengan intan. Kita dapatkan kuasa dulu.

      Delete
  4. Salam Tan Sri...kita bolih buat kesimpulan yg Sdr.Rafizi belum di arah atau belum dilatih bagaimana nak jawab kalau di tanya kenapa Dato Trio tidak di saman! Kalau siapa tanya,halau mereka keluar sebab mereka itu ejen UMNO.

    ReplyDelete
  5. Anwar syaitan berwajah manusia. Kadernya Rafizi mencuba senjata GAG (memberi peringatan dengan mengambil potongan ayat alQuran tanpa memahami usul) yg amat berkesan didalm ugama orang orang PAS.
    Segala puji hanya untukNya. Kita masih diberi peluang menggunakan aqal untuk melihat dan menilai wajah dan fe'el syaitan ini.
    Mereka rasa dengan bantuan Amerika mereka mampu melakukan apa yg telah terjadi di negara seperti Mesir dan Libya.
    Nik Ajis contoh terbaik bagaimna mereka yg takbur akan berakhir dengan kedukaan. Kenyataan terbarunya terhadap Syaitan ini sudah dijangka. Moga Allah memberi petunjuk kepada Nik Ajis.
    Wallahu'alam

    ReplyDelete