Saturday, 9 March 2013

BETAPA ANWAR IBRAHIM TIDAK LAGI DIHORMATI

Video ini memaparkan betapa Anwar Ibrahim yang dulunya seorang pemimpin ABIM yang dihormati dan pejuang Islam yang dikagumi, tetapi sekarang telah dihina dan dicaci sebagai Al Juburi! Pembohong! Dia tak betoi! Tak usah nak bohong! kami tak mahu dengar! malah dihalau oleh orang ramai" Belah Belahlah ! dari sebuah masjid di Kedah.

Apakah kata-kata ini akan dilontar sekiranya orang tidak percaya kepada perubahan perwatakan seorang pemimpin dan  jika tidak ramai kawan-kawan dengan nama nama besar yang dulunya menghormatinya telah meningalkannya.

Video ini yang diterbitkan oleh Media Rakyat di bawah naungan Parti Keadilan Rakyat sendiri bertujuan untuk menunjukkan betapa kurang ajarnnya masyarakat terhadap Anwar Ibrahim, tetapi apakah orang akan berani melakukan ini jika dia seorang yang masih bersih?

Video ini walaupun telah lama diterbitkan tetapi masih relevan untuk menyedarkan rakyat.

13 comments:

  1. muka tak de nur langsung

    ReplyDelete
  2. kalau nama pun dah maidin paham2 je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila menghina org lain, x menjadikn kita lebih mulia. Dan bila kita muliakn org lain, x pula menjadikn kita hina. Hanya sebaris ayat org sudah mengenali peribadi saudara, sifat2 mazmumah yg ada pd diri saudara. Saudara bkn lah manusia yg disenangi baik yg dilangit maupun dibumi. Mgkn jg x berguna walau pd seekor semut sekalipun. Hati penuh kebencian dgn menilai org hny pd nama. Cetek akal dan pemikiran. Saudara termasuk dlm golongan org2 yg ujub, takabur dan sombong dimata allah

      Delete
  3. Mat saman kawan baik zam9 March 2013 at 18:35

    Saya tak faham dengan konklusi kawan ini kata jika nama maidin faham faham sahajalah. Adakah maknanya semua anak maidin jahat?. Faham faham sahajalah inilah jenis manusia pengikut Anwar Ibrahim, tak boleh berfikir, hanya tahu lepaskan marah sahaja,logik dan rasional tak ada langsung.Petahankan ketua buta tuli.

    ReplyDelete
  4. Yusuf Kutti Ipoh Perak.9 March 2013 at 18:40

    Cuba kita fikir,biasanya kawan rapat tidak akan meninggalkan kawan, Tunku Perdana Menteri pertama ada kawan yang setia sampai kemati,Mahathir terus ada yang setia padanya terutama kawan kawan lamanya,Tun Razak pun demikian dihormati oleh rakan rakan sehingga ke akhir hayat, tetapi manusia ini ditinggalkan oleh kawan kawan yang suatu masa dulu diketahui ramai malah oleh dunia memuja dan memuliakan. Chandra Muzafar, Ismail Mina, Sidek Baba semua lari darinya kecuali Sidek Fadhil yang nampak Anwar macam nabi Yusuf.Ustaz sentimental.

    Yang tinggal hanyalah mereka yang berseida untuk menjadi baruanya walapun terpelajar dan juga mereka yang mengharapkan sedekah jariah darinnya.

    ReplyDelete
  5. Kawan Nalakurapan.9 March 2013 at 18:56

    Yang barua kafir pun dah tinggalkannya kerana takut masuk neraka tetapi barua Islam masih dengannya( ada sorang itu kunon ulama intelektual,masa anwar naik bukan mainnya punya sombong). Kafir pun takut masuk neraka kerana itu nak basuh dosa, tetapi yang islam dok tunggu fasal mereka nak jumpa nik aziz dalam neraka.

    ReplyDelete
  6. Banyak tempat juga dah dia ni dihambat apabila nak mengadakan tazkirah selepas solat.. Bagus juga soalan anak muda tu tadi, apa tauliah dia nak bercakap pasal soal agama.

    Kalau orang UMNO nak bercakap pasal soal agama mulalah puak Pas kata tak ada tauliah, tak alim, tapi Nuar nak bercakap soal agama mahu pulak puak-puak Pas ni nak dengar.

    PRU13 tak lama lagi. Habis kau Nuar..

    ReplyDelete
  7. Mohd Derus Permatang Pauh.9 March 2013 at 22:07

    Memang sewajarnya dia menerima penghinaan seperti ini. Dia ingat orang masih simpati dengan mata lebamnya.Sebarnya sekarang semua orang kata penumbuk atau penampar yang kena itu sepadan dengan mukanya.

    Dia mesti ingat bahawa dia bukan muda macam dulu lagi. Najib lebih handsome dan lebih menarik darinya.Cukuplan bersandiwara. Masih tidak lewat untuk minta ampun pada rakyat atas pembohongan yang telah banyak dilakuikan sejak dari Baling hingga sekarang.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak nampak vidio ini menunjukan kelemahan tokok yang nak ditonjulkan ,malah menunjokan kecekalan beliau meneruskan misinya.

    Apa sebenarnya yang hendak ditonjolkan ?.

    ReplyDelete
  9. Pelik tetapi benar, kalau di baca tulisan Zam dan rakan2nya di ruangan komen, bermaksud, Anwar ini adalah seorg manusia yg tak de nilai langsung, TETAPI di dlm masa yg sama, Zam dan rakan2nya diUtusan, TV3 dll terpaksa membayar sejumlah wang yg banyak bagi membayar denda di Mahkamah kerana memfitnah Anwar, yg lucunya, bukan sekali tetapi berkali2, apa maksudnya itu.......

    Lagi satu, jika Anwar sudah tidak berpengaruh, buat apa risau dan tak lelap tidur, takut PR yg memerintah selepas PRU ke 13 nanti, sehingga terlalu takut nak bubar parlimen.

    Jangan takut, Anwar dah ckp, perjuangannya bukan nak balas dendam dan dia tidak akan menyumbat musuhnya kedlm penjara kecuali enggan memulangkan balik wang negara yg di tipu......

    He..he.. kesian Zaiduddin Maidin, perjuangannya bukan utk negara tetapi utk melindungi individu tertentu yg kaki rasuah dan salah guna kuasa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mansor Idrus Sg Petani.10 March 2013 at 06:18

      Tahukah saudara berapa ramai kawan kawan atau kroni Anwar Ibrahim yang lari keluar negara dengan membawa wang yang bagitu banyak, ada rumah di London, Australia, Africa Selatan dan lihat bagaimana kekayaan rakan rakannnya yang masih ada di Malaysia. Dari mana mereka dapat semua wang ini?Bagaimana dengan kemewahan hidup Azmin dan Kamaruddin Jaafar? Janganlah ikut telunjuk Anwar Ibahim sahaja.Jangan pandang sebelah mata. Awak dapat apa jadi pembelanya?

      Delete
    2. Mansor Idrus Sg Petani, Kalau betul mereka2 itu ada salah, tangkap sajalah, kan kamu ada kuasa.......... ckp je lebih... bukti tak dak pun.....

      Delete
  10. Azizul Guar Cempedak.10 March 2013 at 06:48

    TANPA SUMPAH ANWAR SUDAH PUN DILAKNAT ALLAH.

    Anwar Ibrahim tidak perlu sumpah laknat seperti yang dilakukan oleh Saiful kerana apa yang kita saksikan, dari sejak mata lebam dan membawa kepada pembohongan 16 September,ketelanjuran anaknya dalam isu Allah, pemulauan kawan kawan yang berprinsip dan sebagainya adalah bukti jelas bahawa dia telah pun menghadapi laknat Allah satu demi satu.

    Tunngulah kita semua untuk melihat laknat terbesar yang akan diterimanya tidak lama lagi.

    ReplyDelete