Monday, 4 March 2013

ARAB SPRING BERLAKU LEBIH AWAL

LIHAT JUGA BERITA SULTAN SULU MEMBELA ANWAR DAN PEMBANGKANG

Oleh: Tan Melaka
Arab Spring yang berlaku  di DataranTahrir square pada
November 2011
Pre-emptive pemimpin-pemimpin UMNO termasuk Tun Dr. Mahathir bahawa "Arab Spring" akan berlaku selepas Pilihan Raya Umum ke 13 ternyata meleset kerana tercetus sebelum pilihan raya itu.

Tentulah pihak yang merasa terpalit, tidak mahu menunggu jari ditundingkan kepada mereka untuk mengesahkan anggapan yang timbul dan kerana itu mereka mengatur tindakan lebih awal. Negara sekarang berada dalam kegemparan kerana pencerobohan asing yang mengakibatkan lapan orang anggota keselamatan kita menjadi korban.

Oleh kerana terlalu ghairah untuk menyembunyikan tangan, maka pemimpin-pemimpin pembangkang dan media mereka mendakwa kejadian ini sebagai drama yang didalangi oleh UMNO yang berkonspirasi dengan kerajaan.

Kemarahan yang amat sangat di kalangan rakyat telah mendorongkan mereka untuk segera membuat penafian dan  tindakan mahkamah kepada media UMNO dan cybertroopers pro kerajaan yang dikatakannya memutarbelitkan kenyataan sebenarnya sama seperti taktik anak perempuan Anwar Ibrahim membuat penafian kering dan  mengambil tindakan undang undang mengenai penggunaan perkataan Allah.

Mereka yakin bahawa rakyat percaya kepada sandiwara mereka, tetapi rakyat takkan melupakan bahawa berikutan dengan Tsunami Pilihan Raya Umum ke 12 pada 2008, PakatanPembangkang telah membuat keputusan untuk menjatuhkan kredebliti media parti pemerintah dan institusi-institusi kerajaan terutama Kehakiman dan Pasukan  Polis diRaja Malaysia.

Polis yang paling teruk menjadi mangsa tindakan dan manipulasi  mereka dari semasa ke semasa.

Pada 12 September 2011, seorang pemimpin Pas Mohammad Sabu telah dihadapklan di Makamah Sesyen Butterworth atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong di ceramahnya di Pusar Asuhan Tadika Islam Pas, di Padang Menorak Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Apa yang dilakukan oleh mereka adalah selari dengan kerangka perancangan yag telah diputuskan sejak Tsunami Pilihan Raya Umum 2008 dan sekarang mereka mengambil peluang dari peristiwa korban Lahad Datu untuk menyembunyikan kejahatan mereka. Mereka mengucapkan simpati dan takziah  kepada keluarga anggota polis yang terkorban untuk menutup wajah dan menyembunyikian tangan mereka yang kotor.
Pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datuk dan Semporna tidak boleh ditolak sebagai Arab Spring yang terpaksa berbunga sebelum musimnya. Orang yang bijak tidak akan melakukan keburukan menepati tekaaan, tetapi pada masa diluar kesedaran. 
Pemberontakan  di Syria, Libya  dan Mesir meletus dengan bantuan asing dan pendarahan di Lahad Datu dan  Semporna juga berlaku menerusi hubungan dan bantuan asing untuk menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kestabilan perdamaian dan juga masa depan negara ketika menghadapi pilihanraya.
Mungkin ada juga baiknya Arab Spring ini berlaku lebih awal.

DI PETIK DARI KEADILANDAILY
Tragedi Lahad Datu: Kesultanan Sulu nafi 
pembangkang M’sia terlibat


Presiden Benigno Aquino III
MANILA 5 MAC: Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.

“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.

Beliau juga menolak dakwaan Presiden Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.

Muka depan Utusan 2 Mac lalu melapor berita fitnah dengan tajuk ‘Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?’ manakala TV3 menggunakan istilah dalang bagi mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Tragedi Lahad datu.

Anwar kemudian memfail saman RM200 juta kepada media kawalan Umno itu untuk menarik balik tuduhan dan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam bermula 4 Mac lalu.

Interaksyon.com adalah laman berita bagi saluran TV5, rangkaian radio dan televisyen komersil utama di Filipina yang dimiliki dan dikendali ABC Development Corporation.

Mengikut laporan itu, Jacel Kiram turut membidas dan mencabar Aquino untuk menamakan dalang yang didakwa membantu pelayaran pengikutnya ke Sabah.

Dalam satu taklimat media, jurucakap Kesultanan Sulu, Abraham Idjirani pula berkata, perjalanan itu dipanggil ‘KKB’ – singkatan pada ‘kaniya-kaniyang bayad’ yang bermakna semua menyumbang kepada perbelanjaan perjalanan.

3 comments:

  1. Salam Tan Sri.....tengah dok sengap2 ( loghat utara bermaksud 'semasa dudok diam dan berfikir ) terlintas dalam fikiran,bolih tak sesaorang itu di angkat menjadi PUTRA MAHKOTA....(PM juga walau pun bukan PERDANA MENTERI) jika tak nampak jalan nak di pilih jadi PERDANA MENTERI...jadi kena lah baik2 dgn mana2 tempat,daerah,pulau yang di panggil 'sultanate'olih orang putih.,contoh nya ?....tq

    ReplyDelete
  2. Adam Ishak Batu Pahat.5 March 2013 at 10:18

    Berita ini sudah cukup untuk menimbulkan pertanyaan: jika tidak ada apa apa masakan Sultan Sulu perlu membela Anwar dan pembangkang sehingga menidakan presidennya sendiri.

    Kita tunggu dan lihat banyak lagi yang akan terdedah kerana mereka masih percaya orang percaya kepada mereka.

    ReplyDelete
  3. Dalam semua bangsa di dunia, mesti ada segelintir dari mereka yang jahat, kejam dan tidak berperi kemanusiaan.
    Bangsa Sulu bukannya semua kejam. Sesama mereka pun berpuak-puak dan berpecah sesama sendiri kerana wang dan harta. Kalau dulu mereka sanggup gadai tanah mereka kepada orang Eropah, kerana wang, sekarang pun sama saja. Kerana wang, mereka berebut beramai-ramai. Mana orang nak percaya, siapa yang sebenarnya yang berhak menjadi Sultan. Pasal ramai yang mengaku waris Sultan.

    Mengapa sehingga sekarang baru nak tuntut balik?
    Adakah kerana takut di hantar pulang kerana RCI?
    Mengapa sekarang, semasa hampir PRU13?
    Adakah hanya sekarang baru berani, kerana sudah dapat WANG pelincir?
    Mana dapat senjata? (Kebetulan Minesweeper USS terdampar atas terumbu karang, di kawasan itu. Kerja salvage pun ambil masa yang panjang. Apabila Coastguard Filipina mahu periksa kapal, mereka ke battle station, tidak benarkan naik).

    Bangsa Sulu tidak bersatu. Bila tidak bersatu, musuh akan ambil kesempatan memecah-belahkan lagi diantara mereka. Oleh itu mereka tidak akan berjaya menuntut apa yang mereka kata, hak mereka. Jangan-jangan mereka diperdaya oleh seorang yang mengaku diri sebagai Sultan untuk melaga-lagakan perpaduan rakyat di Sabah atau diantara Malaysia dengan Filipina. Macam kita di Semenanjong yang diperdaya oleh ahli politic yang mengelar diri mereka Ulama.

    Kepada orang Sulu.
    Jangan sampai kami rakyat Malaysia bersatu, memerangi kamu, orang-orang Sulu. Kalau berebut tanah tak perlu kamu memotong atau korek anggota badan orang telah kamu bunuh. Kalau kamu nak bunuh, tamatkan nyawa dengan cepat. Jangan diseksa sehingga mati. Jangan sampai kami berdendam kesumat. Jangan ingat kami tak berani buat, apa yang kamu buat pada orang-orang kami.

    RD.

    ReplyDelete