Tuesday, 19 March 2013

APAKAH CINA MALAYSIA MAHU SERAH DIRI PADA INDONESIA

GERILA BANDAR: PANDANGAN BEKAS KPN PATI "ASKAR TERSEDIA" TEPAT SEKALI  

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah membuat suatu kenyataan yang menjelaskan apa yang saya maksudkan dengan Malaysia berhadapan ancaman gerila bandar dalam  masa yang tidak dijangkakan.

Saya telah menulis mengenainya lebih seminggu lalu (lihat di bawah) secara umum, tetapi Tan Sri Musa telah menuding jari dengan tepat kepada bahaya ini dan menepati apa yang ada dalam fikiran saya bila beliau berkata:

"Lambakan pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini perlu dipandang serius kerana golongan itu dibimbangi berpotensi menjadi "Askar Tersedia" seandainya berlaku konflik membabitkan negara atau rakyat  mereka dengan negara Malaysia. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai berbanding tentera dan polis di negara ini." (Utusan Malaysia 19 Mac)

Memandang kepada "gelora" sejarah Indonesia maka tidak terjamin Indonesia akan selamanya mempunyai kepimpinan dengan kematangankewarasan dan kemantapan seperti Pak Harto (Almarhom) dan Pak Susilo Bambang Yudhoyono, sebaliknnya Malaysia pernah menghadapi tukar gantinya kepimpinan negara itu yang kurang sensitif, lebih mementingkan keegoan dari kematangan, kewarasan dan mencampuri urusan politik Malaysia, malah mengeksport reformasi Indonesia  ke tanah air kita.

Mereka hanya dapat mengadakan persahabatan akrab dengan pemimpin-pemimpin Malaysia yang sealiran jiwa dan semangat dengan  mereka. Maka itu mereka telah menyokong kepimpinan Malaysia seumpama itu tanpa menghormati tatasusila diplomatik dan peradaban persahabatan dalam semangat ASEAN. Hingga kini mereka masih mengharapkan ejen-ejen politik akan berjaya di Malaysia.

Orang Cina Malaysia seharusnya sedar bila Indonesia melancarkan Konfrantasi dalam tahun 60an, maka Malaysia bernasib baik tidak berada di bawah kepimpinan nasionalis Melayu yang percaya kepada kekuatan Melayu berada dengan penggabungan Indonesia sebaliknya, kepimpinan  Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Ismail, Tun Tan Siew Sin, Tun Sambathan dalam gabungan UMNO, MCA dan MIC (Perikatan) melihat masa depan negara dan bangsa berada dalam kekuatan masyarakat multi ethnic dan dalam sistem demokrasi dan ekonomi bebas.

Pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Sosialis Rakyat Malaysia tidak dapat melihat kekuatan diri sendiri dan kerajaan terpaksa menahan beberapa orang pemimpin mereka di bawah ISA kerana menjadi pengkhianat kepada negara. Di antara mereka itu sekarang telahpun "murtad" dari pegangan ideologi politik semata-mata kerana diberikan kedudukan, wang, kuasa dan kerana mahu membalas dendam.

Jika kita melihat rehtoric mereka dahulu dibandingkan dengan perlakuan mereka sekarang, nampak jelas  mereka tidak lagi mempunyai harga diri dan tidak bermaruah. Penghormatan rakyat kepada mereka dahulu  kerana pegangan mereka kepada prinsip perjuangan

Kepecayaan Pas keselamatan Melayu di Malaysia bergantung kepada penyatuan dengan Melayu Indonesia tanpa mempedulikan nasib kaum-kaum lain, terutama orang Cina yang menjadi matlamat keganasan rakyat Indonesia dan penindasan kerajaan Indonesia di zaman Soekarno.

Sejarah Pas adalah sejarah kepimpinan yang tidak pernah mempunyai kebanggaan dengan negara sendiri, mengambil ideologi asing untuk dipaksakan ke atas rakyat negara ini. Pemimpin Pas Haji Hadi Awang terpukau dengan revolusi Islam di Iran dan  mahu membawa revolusi  Iran ke Malaysia.

Sangat bodohlah orang Cina yang berfikir bahawa Pas boleh terpisah dengan ideologi Islam yang  dogmatik, keras dan melampau dengan parti itu berkerjasama dengan DAP atau pemimpin-pemimpin liberal Melayu lainnya.

Orang Cina Malaysia wajib sedar bahawa reformasi yang diimport dari Indonesia oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk penentangannya terhadap Tun Dr. Mahathir adalah tidak terpisah dari penghayatan kepada cita-cita Konfrantasi  Indonesia yang pernah dilancarkan terhadap Malaysia tetapi jika mereka mahu menggadaikan nasib masa depan mereka kepada penguasaan suatu bangsa lain yang mempunnyai sejarah sendiri terhadap ketidakadilan dan kekejaman kepada orang Cina maka terserahlah kepada mereka.

Hal  ini tidak lagi akan berlaku atas nama Konfrantasi  tetapi atas nama Globalisasi.

Saya lebih dahulu mengucapkan takzaih kepada masyarkat Cina Malaysia.

Ini adalah tulisan saya yang terdahulu:
MALAYSIA HADAPI ANCAMAN GERILA BANDAR

Setelah penyelesaian tuntutan Fipilina ke atas Sabah, kerajaan Malaysia menampakkan keyakinan penuh tidak akan timbul kebangkitan untuk mengambil semula Sabah dengan tindakan bersenjata.

Ancaman yang bersifat pencolekan dan pencerobohan dari Filipina yang berlaku dari semasa ke semasa lebih diketahui sebagai tindakan lanun yang tiada jelas hubungannya dengan politik.

Ketua Pengarang Utusan Melayu, Tan Sri
Melan Abdullah dalam sifatnya sebagai
Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat
Malaysia berucap dalam satu rapat umum
semasa konfrantasi Indonesia
Bagaimanapun, pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu diLahad Datu yang setakat ini  mengorbankan lapan anggota keselamatan Malaysia oleh penembak tepat (Sharpshooter) atas alasan mahu Sabah dikembalikan kepada  mereka, mencetuskan beberapa persoalan tentang kedudukan keselamatan negara sekarang dan juga taraf keupayaan pengawal negara; polis dan tentera, terutama bahagian Perisikan Tentera dan Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia.

Anggapan bahawa pencerobohan itu datang hanya  dari tentera asing  tanpa kerjasama rakyat tempatan atau pemastautin tetap dari Selatan Filipina tidaklah  bagitu tepat  oleh  kerana menurut laporan akhbar, tentera Kesultanan Sulu itu telah berada di beberapa kawasan di Sabah sejak empat bulan lalu. Tentunya mereka telah mengatur perancangan serangan yang  berstrategik dan taktik yang rapi.

Bahawa tentera kesultanan ini dapat bertahan dan dapat melepaskan tembakan tepat ke sasaran, membuktikan bahawa mereka cukup terlatih dan   mempunyai alat pemantauan keselamatan yang cukup  canggih.

Bahawa Pasukan Keselamatan menaburkan risalah menerusi helicopter supaya mereka menyerah diri menampakan betapa kita masih menggunakan strategi zaman penjajah yang sudah outdated.

Peristiwa  ini juga membuka mata kita terhadap kemungkinan besar akan boleh berlaku gerakan gerila bandar (urban guerilla) menggantikan perjuangan  pengganas komunis di hutan rimba dengan adanya pelbagai anasir di dalam kemasukan jutaan pendatang asing yang dimudahkan  oleh perasuah di pintu masuk negara kita. Tentunya di antara mereka terdapat perisek, pengintip dan sebagainya selain dari penjenayah yang lebih mudah untuk ditangani.

Keadaan sekarang adalah berbeza dengan sebelum berlaku konfrantasi Indonesia di tahun enam puluhan  di mana ketika itu jumlah rakyat asing yang berada di negara ini terutama dari Indonesia dan Filipina adalah kecil .Pergerakan mereka lebih mudah  lagi  sekarang dengan  adanya pemimpin-pemimpin politik Malaysia yang menjadi alat kuasa asing.

Peristiwa Lahad Datu tentunya telah menggemparkan dunia, kerana Malaysia dan Singapura di ketahui di Asia sebagai dua buah negara yang mempunyai taraf keselamatan yang tinggi. Seperti terkejutnya kita dengan peristiwa pengembomam di London pada 7 June 2005, maka demikianlah dunia gempar dengan letupan pencerobohan berdarah di Lahad Datu  Sabah.

Malaysia diketahui mempunyai kecekapan dalam memantau gerakan militan Islam seperti gerakan Jemaah Islamiah Nusantara yang hendak menegakkan Darul Islam di Nusantara, tetapi tentunya tidak terfikir bahawa Tentera Kesultanan Sulu boleh mendatangkan bahaya lebih besar kepada negara.

Satu demi satu wira kita telah gugur dengan tembakan tepat dan tentunya mereka ini telah melalui taraf latihan yang kental dan bukan sebarangan dan tidak  boleh ditolak kaitannya dengan Gerakan Jemaah Islamiah Nusantara sekalipun kemungkinannya adalah tipis.

Dan jika benar ada rakyat negara ini yang terlibat dalam membantu penyusupan, perancangan dan serangan dalaman maka mereka mestilah menghadapi balasan dan hukuman yang setimpal dengan dosa mereka sebagai pembelot dan penderhaka negara.

Apakah persitwa ini juga merupakan akibat dari penghapusan ISA yang walaupun pihak perisek telah mengetahui kegiatan  anasir musuh dari dalam lebih awal,  tetapi tidak dapat bertindak tanpa bukti untuk dihadapkan ke mahkamah.

TENGOK JANGAN TAK TENGOK DI PINTAS: USTAZ AZHAR IDRUS DIKENCINGKAN

22 comments:

  1. Najib, zahid dan hishamudin semua nampak lalai.

    Soalan kita kenapa terrorists bole masok Malaysia senang senang saja?. Dengan senjata lagi?

    Kita dah lalai semenjak ancaman komunis berakhir. ISA pon kita buang. Sapa rugi? Semua anggota kita yang mati tu melayu?

    Bangun najib.

    ReplyDelete
  2. Imam Ahmad Sempurna.3 March 2013 at 18:43

    Ini adalah akibat hendak berunding mencari perdamaian bagi mencari penyelesaian tanpa berdarah.Tujuan barangkali nak cari nama sebagai Menteri Dalam Negeri yang terbaik.

    Mana ada negara didunia yang membiarkan tentera asing masuk secara terang terangan dengan bersenjata Sepatutnya dari awal di tembak sahaja.

    ReplyDelete
  3. Mansor Ahmad Pekan.3 March 2013 at 18:50

    Saya percaya hal ini berlaku kerana pasukan keselamatan kita undermind keupayaan dan kekuatan tentera kesultanan yang tentunnya datang dari MNFL yang mampu mengalahkan tentera filipina.

    Sekarang tentera ini mungkin telah menyusup kedalam orang ramai di sabah setelah menjalankan kejka pembunuhan yang menjatuhkan maruah tentera kita.

    ReplyDelete
  4. Gurmit Singh.Kedah3 March 2013 at 18:53

    Kenaikan pangkat bagi mereka yang telah terkorban tidak perlu diumumkan sekarang kerana tidak akan sama dengan nyawa yang hilang.

    Yang perlu ialah meyakinkan rakyat lebih dahulu bahwa kita boleh memulehkan keamanan dengan secepat mungkin.

    Pengboman di London telah diselsaikanb dengan cepat dan keyakinn ramai dipulehkan hampir sert merta.

    ReplyDelete
  5. Sallehuddin Ayubi.3 March 2013 at 19:13

    INILAH ARAB SPRING

    Kita memikirkan bahawa Arab Spring akan berlaku selepas pembangkang kalah dalam pilihanraya ke 13. Nyatalah bahawa pemikiran kita tidak dapat mengejar kecepatan taktik lawan.

    kita tidak tahu apakah lagi yang akan berlaku menjelang pilihanraya yang akan membuktikan kita tidak smart dan tidak sepantas mereka.

    Kita hanya membaca bahawa mereka akan melakukan pekara yang dapat dibaca oleh kita tetapi kita tidak terfikir mereka tidak sebodoh itu.

    Arab Spring telah berlaku sebelum pun lepas pilihanraya. Kejadian Lahad Datu meyakinkan kita kejadian yang sama seperti berlaku di Syria dan Libya Mesir boleh berlaku lebih mudah di Malaysia.

    Dengan itu pihak pembangkang boleh berlepas tangan kerana kekacauan dan ketidak stabilan berlaku sebelum kekalahan mereka yg dicetuskan oleh anasir asing.

    Mungkin mereka telah dapat membaca nasib mereka dan kerana itu perlu mengwujudkan suatu keadaan yang boleh menghilagkan keyakinan rakyat.

    Takkanlah mereka tunggu untuk melakukannya selepas plihanraya supaya memudahkan jari ditunjuk kepada mereka.

    Siapa yang bijak Menteri Dalam Negeri atau Pembangkang?

    ReplyDelete
  6. Pembangkang ni memang bijak, sebab itu mereka ingin memerentah negara ini.

    Polis tidak bertindak nekad ini juga mungkin untuk mengelakkan 'Arab Spring' lah ni.. jumlah yang sedia untuk merusuh di sana cukup ramai, hampir sejuta.

    Jokiden tidak menolak peranan CIA dalam isu Lahad Datu ini. Kita tunggu respon dari pihak berkuasa Indonesia selepas ini, apakah mereka juga akan menghantar kapal peronda mereka ke sempadan perairan negara kelak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin pembangkang yang lakukan sebab kalau mereka nak lakukan tak perlu minta bantuan kesultanan sulu, dari dalam mereka dh boleh gulingkn kerajaan, kerajaan malaysia sangat lemah dan lalai kerana terlalu pentingkan wang projek dan kemenangan pilihanraya.

      Jika mereka tidak tamak mahu menguasai seluruh negara dan bekerjasam baik dgn pembangkang serta menumpukan lebih pd askpek keselatan tentu negara tidak terancam dengan pencerobohan orang luar. Lihat saja indonesia tidk perlu senjata moden tetapi semangat bersatu padu dan cintakan negara menyebabkan pelbgai parti politik mereka tidak kira kerajaan atau pembangkang bekerjasama baik....

      adakah anwar yang dituduh peliwat tidak boleh bekerjasama dgn kerajaan dan chua soi lek yang 'makan luar' dengan pelacur boleh pula bekerjasama dalam bn? pencerobohan inilh akan terjadi kerana bn lebih mementingkan kekalahan parti pihak lawan tanpa mengambil berat keselamatan negara....

      Delete
  7. Sepatutnya setiap pencerobohan tentera asing yang bersenjata dan berjaya lolos kedalam negara ini dan setelah dikenal pasti mestilah di hapuskan dengan segera,kerana negara MALAYSIA sebuah negara yang berdaulat.Tidak perlu rundingan sudah terang lagi bersuluh mereka-mereka ini penceroboh dan pengganas yang mencabul secara terbuka kedaulatan negara bertuah ini.

    Walau apa pun motif dan tujuan mereka,walaupun siapa dalang di belakang mereka-mereka ini,mereka ini tetap penceroboh dan pengganas. Tangkap bicarakan dan korek sampai kelubang cacing siapa dalang di sebalik semua ini.

    Al-Fatihah buat wira kita yang gugur akibat taktik kotor pengganas-pengganas ini...

    ReplyDelete
  8. Salam Tan Sri....Sedih saya membaca perihal mudah nya 'pejuang2' dari Sulu masuk ke Sabah dan lebih sedih lagi tentang kematian perwira2 kita.Apa kah kita ada 'coast guard'atau 'pengawal pantai' saperti di U.S.,untok membantu Tentera Laut ? Ada kah terdapat peruntokkan dalam undang2 kita yang membenar kan ' PRE-EMPTIVE ' action ? Semasa buat 'air drop' notis2 serah diri,pada saya ada kemungkinan helikopter kita berada dalam 'shooting range',ia itu boleh di tembak olih penceroboh !Penceroboh mungkin ada 'ground-to-air-missile' .Juga kita tidak perlu lagi berpolimik tentang 'lanun'atau 'penceroboh' atau 'pengganas' atau 'pencari suaka' atau 'pembincang kedamaian'..KALAU TIDAK ADA IZIN MASUK,BERTINDAK LAH SAKERASNYA2...dalam bahasa kasar,TUNGGU APA LAGI ? Pada saya Akta ISA tidak terpakai dalam tindakkan ketenteraan ( tolong perbetulkan saya ) jika sekalipun masih berkuatkuasa !...tq

    ReplyDelete
  9. Kegagalan kita adalah kerana menghantar polis untuk membuat kerja tentera. Sepatutnya kita dari mula jangan berdialog/berunding dengan penganas Sulu ini tetapi terus hantar tentera untuk menghapuskan kesemua penganas/penceroboh ini> Maka barulah anasir Sulu yang lain yang telah menyusup masuk kedalam masyarakat Lahad Datu akan berdiam diri dan meninggalkan Sabah. Apabila mereka lihat betapa tidak `decisive` nya pasukan kita dan lemahnya serangan kita maka mereka(Sulu) yang lain mula timbul dengan serangan baru sehingga lebih banyak anggota polis kita yang kecundang. In other nation this type of incursion by foreign armed group will severely dealt with and completely wipe out within ONE day!

    ReplyDelete
  10. MOHD NASIR PENDANG4 March 2013 at 07:49

    KETUA POLIS NEGARA SEHARUSNYA LEBIH BERHATI HATI DALAM MEMBERIKAN JAMINAN KEADAAN KESELAMATAN DI SABAH TERKAWAL ATAU SEMUANYA SUDAH SELESAI. KRISIS KEYAKINAN TIDAK MUDAH DIPULIHKAN TANPA BUKTI YANG KUAT SETELAH LAPAN ORANG ANGGOTA KESELAMATAN TERBUNUH.MORAL KITA TELAH JATUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sy sokong

      Delete
  11. Saya rasa gembira dan lebih yakin dengan kebolehan negara kita kerana mempunyai ramai bilangan rakyat yang cerdik menilai sesuatu keadaan dan memberi pendapat masing-masing tentang perkara-perkara berbangkit. Tetapi mereka ini semua duduk di ats kerusi dalam bilik berhawa dingin! Kalaulah mereka berupaya ke medan perang dan menyumbang otak dan kepakaran mereka lebih baiklah.

    Saya sedih dengan nasib perwira kita di sempadan yang terpaaksa menghadapi bahaya dan dikehendaki menaruh nyawa untuk mepertahankan negara tanpa dibantu oleh orang orang cerdik di atas.

    ReplyDelete
  12. Syed Isa Sabah4 March 2013 at 10:47

    Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam ulasannya terhadap kemungkinan ada kaitan atau tidak antara serangan di Lahad Datu dengan Sempporna telah menyatakan kemungkinan adanya perancangan besar besaran untuk mengancam ke damaian dan keselamatan Sabah.(Star 4 Mac).

    Hal ini bukan mustahil kerana kepada pembangkang terutama kepimpinan PKR dari di Sabah di tawan BN lebih baik Sabah di hancurkan dahulu.

    ReplyDelete
  13. WIRA TAK DIDENDANG.4 March 2013 at 11:00

    Panglima Angkatan Bersenjata Malaysia Tan Asri Zulkifeli Mohd Zain said" Intruders as not strong( Star today).

    Yes yes that is why they can kill 8 of our wira.

    He also said " They came in small boats over a few days from the southern Philipines island of Sibutu which was only a 25 minutes boat ride to semporna and that was why the security forces unablle to detect them".

    AND ADMISSION OF OWN WEAKNESES.

    ReplyDelete
  14. Inilah jadinya jika terlalu nak menunjuk sifat yg budiman yg terlampau-lampau dari pihak pemerintah.Fitnahlah,buatlah atau katalah apa pun tiada tindakan hanya pertahankan diri sahaja.Ibaratnya rela menjadi punching bag utk pembangkang.
    Bertegaslah dlm membuat tindakan.Janganlah melalut-lalut.Berapa banyak nyawa lagi nak terbang.Tapi awas pasti ada diantara mereka akan menyusup didalam masyarakat selepas ini utk membuat onar.Unit risikan dan pencegahan sangat penting selepas ini kerana kita tidak mahu kes2 seperti di selatan Thailand akan terjadi disana.

    Sniper.

    ReplyDelete
  15. Mungkin inilah akibatnya bila IC diberi tanpa penilaian yang benar dan wajar

    ReplyDelete
  16. Saya hairan kenapa Sabah senang dicerobohi? Kita ada kapal selam, jet pejuang dan askar yang kononnya bertaraf dunia. PDRM juga yang terbaik, tapi risikan kita amat lemah. Kita harus belajar dari pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. u ingat sabah tu sekecil tapak tangan ke....

      Delete
  17. Grandmother say " Pitnah lebih kejam dari pembunuhan". Grandfather say "The fitnah of the Dajjal according to the Hadith will be the greatest fitnah ever convincing in the world. It said that the Dajjal will come to earth and become king, savior, and messiah for those who are blinded by the world's dirtiness and not seeking protection from God. Dajjal would bring to them hell and heaven, in which hell looks like heaven for them, and heaven looks like hell. According to Muslim scholars, this meant that in the end of the world, sins would be as pleasure as heaven, and walking in the true path of God would be like hell". politik is kebijakan tidaklah bererti tipudaya by the way janganlah memelencengkan erti menteri politik so menteri tipu menipu. Allohu a'lam man ha...3x...!!!

    ReplyDelete
  18. My Godfather say if you want to see the truth pls watch video i files JSmith and then you will regret because you did not believe it.

    ReplyDelete
  19. Sabah memang dari dulu mudah ditembusi oleh sesiapa..lanun2 sering masok melalui pulau2 berhampiran sabah...ic mudah diperolehi..mungkin mereka ini talibarut agen mosad yg ingin memporak perandakan negara kita...bagaimana APCO yahudi boleh bertapak di negara kita...

    ReplyDelete