Friday, 22 March 2013

ANAK MARHAEN YANG MENGENANG BUDI

"INILAH YANG AKAN MENOLONG KAMU DAN ANAK KAMU NANTI"

Oleh: Nasi Siru
Ishak Abdullah melayan tetamu di gerainya
DIA tidak dibayar, apa lagi diberi projek besar untuk mendorong dia menjadi penyokong tegar kerajaan. Pada usia awal lima puluhan, Ishak Abdullah hanya memiliki seunit rumah pangsa di Taman Kajang Utama dan dua buah proton model lama. 

Menjual air minuman dan goreng-gorengan adalah kerja sepenuh masa untuk menyara isteri dan dua anak.
"Saya tak kisah. Saya bersyukur dengan apa yang ada," kata Ishak yang berdepan pelbagai kekangan setiap hari - hujan, panas serta gerai tidak tetap tapi dia tidak pernah merungut.

Ishak juga menggunakan keretanya sebagai 'warung' mudah alih mengikut keperluan.

Dengan segala kepayahan, anaknya berjaya ke Menara Gading. Juga dalam kesibukan rutin harian, saya sendiri melihat bagaimana di suatu pagi, Ishak dan dua rakan, meredah semak depan rumah saya, menebang pokok kecil untuk dijadikan pancang kemudian dipasang bendera Barisan Nasional (BN) sekitar taman.

Bendera Barisan Nasional yang dipancak oleh
Ishak Abdullah
Semua itu dilakukan atas rasa kesedaran dan atas rasa syukur nikmat Allah. Tiada dana. Tiada projek dijanjikan.

"Malah keluar duit poket saya sendiri pula," kata Ishak lembut, serius sambil berkerut - menampakkan garis-garis kepayahan di wajahnya.

"Saya masih ingat pesanan arwah ayah. Ketika itu arwah menampal poster cap 'kapal layar' di dinding rumah orang kampung di Teluk Intan, menggunakan gam ubi kayu. 

"Arwah kata, inilah yang akan 'menolong' kamu dan anak-anak kamu nanti. Jangan sekali-kali kamu lupa. Hari ini terbukti, kerajaan inilah yang memberi biasiswa membolehkan anak-anak saya belajar. Walaupun saya tidak ada apa-apa tetapi saya puas.

"Selagi hidup, saya akan pertahankan kerajaan ini walaupun ada yang pandang sinis terhadap saya," katanya.
Demikianlah erti sebuah pengorbanan bagi manusia marhaen yang tidak mengharapkan apa-apa selain keamanan, tenang menjalani kehidupan berbanding mereka yang menikmati pelbagai kemewahan tetapi tidak sabar-sabar mahu humban kerajaan sedia ada atas alasan yang aneh!

6 comments:

  1. SAYA kira ramai lagi 'Ishak' di luar sana yang prihatin terhadap bangsa, agama dan negaranya.

    Namun, mereka yang berkuasa seperti Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian harus mengambil berat terhadap orang seperti ini.

    Walaupun dia tidak pernah merungut atau meminta-minta tetapi pengorbanan seperti ini harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  2. Salam Tan Sri...memang susah nak jumpa orang macam En.Ishak Abdullah lebih2 lagi yng mengakui ' selagi hidup....pandang sinis terhadap saya '. Beberapa kawan saya mengakui kata2 En.Ishak itu memang wujud dan ada kebenaran nya.Kenapa setengah2 orang Melayu pandang sinis terhadap orang Melayu lain yg mengaku memberi sokongan pada UMNO/BN,pada hal yg 'memandang sinis itu ' sendiri mendapat bermacam benefit dari Kerajaan saperti lesen,projek dan pinjaman/biasiswa untuk anak2 mereka !MEREKA JUGA MENIDAKKAN APA SAHAJA KERAJAAN BUAT.( BN = Bina Negara atau Building a Nation ).Bagi orang Melayu BN,Bela Nasib orang Melayu !

    ReplyDelete
  3. Tabik spring Ishak. Teruskan perjuangan anda yg mulia itu.

    ReplyDelete
  4. Selalunya pak menteri sering terlepas pansdang orng seperti Ishak kerana terlalu bergantung kpd orang keliling yang hanya mampu berkata: 'semua ok datuk'.

    Sekali sekala pak menteri kena turun padang melihat sejauh mana ketua cwangan dan ketua bahagian buat kerja dan ambil tahu masalah akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadir Alur Gajah.23 March 2013 at 15:49

      Janganlah kita bekerja untuk mendapat perhatian.Berapa ramai Ketua Cawangan atau bahagian yang hendak dilawati oleh menteri.

      Inilah Melayu,Tidak ikhlas bekerja. menteri yang melawat nak kena hulur pula. masing masing buatlah kerja nanti jika umno atau BN menang maka kerjaan dapatlah meneruskan biasiswa pad anak kita atau sekurang kurangnya kekalkan PNB ASN., Tabung Haji, kuasai universiti universiti.

      Bukan bila menteri tak melawat kita menteri tak tahu akar umbi. semua bantuan adalah berasaskan kepada maklumat Jawankuasa Kemajuan kampung,itulah wakil untuk berikan maklumat akar umbi.
      Orang macam ishak ini berkerja bukan nak dapat perhatian menteri.

      Delete
    2. Ya setuju dengan pandangan Kadir Alur Gajah. En Ishak tidak meminta apa2. Dia tentunya dah lama buat kerja ini seikhlas mungkin

      Tetapi apa yang dimaksudkan 'Anonymous 23 March 2013 13:37' ialah Pak menteri harus juga sekali sekala melihat keadaan di bawah, tidak terlalu bergantung kpd pegawai sekeliling.

      Tahniah en ishak atas keprihatinan anda!

      Delete