Wednesday, 27 February 2013

VIDEO TERHANGAT DAN TERPANTAS DI YOUTUBE


Anwar iFiles Manusia Berbagai Wajah adalah merupakan video pendedahan bahan penyiasatan seorang Pegawai Perisik Barat yang paling berkredebiliti pernah tersiar. Video ini dapat diikuti di YOUTUBE sejak lebih seminggu lalu dan telah mendapat sambutan hangat dengan pengunjungnya pantas melonjak naik setiap hari.

Setakat ini, tiga Bab video itu telah disiarkan dengan Bab pertama terbahagi kepada tiga bahagian yang bermula dengan perjuangan Anwar Ibrahim di ABIM dan penubuhan Yayasan Anda. 

Memandangkan video ini tidak bersifat cerita rekaan, tetapi  mempunyai fakta-fakta dengan sokongan bukti  sejarah yang kuat dan menarik, maka blog ini turut memuat turunkan untuk memudahkan para pelawat yang belum melihatnya supaya dapat mengikuti terus dari blog ini dari semasa ke semasa.

Di atas ini adalah Bab ke 3 yang mengandungi pendedahan Bekas Duta Malaysia di Arab Saudi, Datuk Dr. Ismail Ibrahim tentang dakwaan Anwar, bahawa Universiti Islam Antarabangsa adalah insiatifnya.

PERINGATAN: Semua bahan video yang dimuat-turunkan ke blog ini adalah dari Youtube. Segala risiko akibat dari penyiarannya TIDAK menjadi tanggungjawab zamkata.blogspot.com tetapi kepada penerbit asalnya.

1 comment:

  1. Salam Tan Sri....Semua video " berbagai wajah " mesti di tayangkan pada umum kerana BUKAN SEMUA ORANG ADA AKSES PADA INTERNET.Buat lah macam satu zaman silam dulu, ia itu tayangan di padang terbuka, di ushakan oleh Jabatan Penerangan.Permulaan nya ia lah gambar "harimau". Oleh sebab tiada television ketika itu tayangan Jabatan Penerangan ini sangat2 di nantikan.Yang menjadi nostalgia ia lah orang ramai(penonton) " hamparq tikarq " nak dudok depan skrin kain putih yang kadangnya "tumbang" di tiup angin...tq.

    ReplyDelete