Friday, 8 February 2013

SIAPA BOLEH JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA?

POLISI RASIS YANG TIDAK DIHUMBAN
Petikan dari Akhbar Cina
Sinchew Daily News  5 Feb 2013 
Oleh:  Lim Ming Fah, Pegawai Eksekutif Akhbar
Bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Lim
Kit Siang bakal Timbalan Perdana Menteri
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin mencadangkan pihak kerajaan melantik 5 orang timbalan perdana menteri, dari kalangan orang Cina, Melayu, India serta dari Sabah dan Sarawak, untuk menepati kehendak dan keperluan rakyat.

Apabila berita ini tersebar, menarik minat ramai orang, kerana ini adalah cadangan dari pemimpin kedua tertinggi UMNO di peringkat negeri. Sebenarnya, ia bukan berita baru. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri pernah bercakap secara terbuka dengan kata-kata “boleh terima bukan Melayu jadi perdana menteri asalkan calon itu layak dan mampu memimpin negara ini.”

Pensyarah pengajian undang-undang dari UIA Profesor Abdul Aziz juga berkata, lebih bagus jika jawatan perdana menteri disandang oleh orang Muslim bukan Melayu. Mereka cakap lain tetapi mereka realisasikan yang lain.

Lim Guan Eng bakal Menteri
Dalam Negeri
Sebenarnya dalam perlembagaan tidak mengatakan jawatan perdana menteri itu semestinya disandang oleh orang Melayu Muslim; sebaliknya di negeri-negeri yang bersultan, perlembagaan negeri dengan jelas termaktub bahawa jawatan menteri besar disandang oleh Melayu Muslim (kecuali direstui Sultan); ada juga negeri yang menetapkan jawatan itu perlu disandang oleh anak negeri.

Sedangkan perlembagaan persekutuan tidak melarang, kenapa selama setengah Abad lamanya memerintah, sejak dari zaman Malaya sehingga menjadi Malaysia kita tidak melahirkan seorang pun perdana menteri ataupun timbalan perdana menteri bukan dari kalangan orang Melayu?

Kami hanya boleh berkata, ini adalah halangan-halangan adat resam di negara ini, Malaysia sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama, kaum yang berlainan dan agama yang berlainan hidup bersama di negara ini, tidak dapat terhindar daripada pelbagai perbezaan dan kelainan yang berlaku, seperti pergeselan serta syak wasangka, sebab itu perlu ada persefahaman yang sama, masalah dan hakiki ini yang mesti kita harungi dan lalui.

Haji Hadi kembali jadi nelayan
Semua orang sedia maklum, sejak negara kita merdeka, selama ini kerajaan dimonopoli oleh satu kaum sahaja iaitu UMNO yang menerajui BN (Perikatan) dan memerintah negara ini. Sama ada di zaman parti Perikatan ataupun di zaman parti BN, kesemuanya melalui persefahaman dan perbincangan, pastinya perdana menteri itu adalah parti yang terbesar dalam BN iaitu pengerusi UMNO, dan mereka itu seperti dimestikan orang Melayu Muslim.

Walaupun pada PRU akan datang akan bertukar kerajaan, mengikut persefahaman dan persetujuan dalam Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri, dan Anwar Ibrahim juga seorang Melayu Muslim, ini memang sudah diakui semua, untuk “keperluan semasa di negara ini”.

Untuk lebih jelas lagi, sistem yang ada dalam kerajaan BN, ia sebuah model parti yang berbau rasis yang sangat kuat, sebab itu pembahagian jawatan dalam kabinet tidak dapat keluar daripada kekuatan untuk sesuatu kaum sahaja untuk menentukan banyak sikitnya jawatan untuk kaum. Contohnya MCA, pada zaman MCA Paling gemilang hanya mendapat tempat menjadi menteri kewangan dan menteri perdagangan dan perindustrian, itu pun mengikut kekuatan politik yang diperolehi, kekuatan MCA dalam kabinet semakin hari semakin lemah, walaupun ada orang-orang yang layak dan berkebolehan menjawat jawatan menteri, mereka tidak di dalam senarai pilihan utama.

Bagaimana pula keadaan dalam Pakatan Rakyat? Ia juga tidak boleh dinafikan, Pas, DAP dan PKR sering tonjolkan polisi untuk pelbagai kaum, dalam isu rasis masing-masing tidak begitu menebal seperti BN, tetapi mereka ada juga kecondongan berat sebelah, terutama sekali Pas yang agresif dan menebal tentang fahaman agama yang lebih menyerlah. Jika benar Pakatan Rakyat mahu pimpin rakyat ke jalan kesedaran, dan mahu seimbangkan dalam penyatuan dan kepelbagaian untuk rakyat, dan cuba realisasikan polisi pelbagai kaum dan tanpa mengira kaum, dikhuatiri ia akan ambil perjalanan masa yang agak panjang.

Terjemahan:
Amirul Lim Abdullah

12 comments:

  1. Suruh Cina Malaysia tanya Lee Kuan Yew dan anak Lee Hsien Loong, sudikah mereka benarkan jawatan PM disandang oleh orang Melayu?

    Soalan ini pernah ditanya kepada Hsien Loong, dan jawatannya adalah 'straight forward' dan tidak berpusing-pusing, "Sekiranya seseorang ahli parlimen mendapat sokongan majoriti ahli parlimen lain untuk jadi Perdana Menteri, maka jadilah beliau sebagai Perdana Menteri".

    Kita hormati perlembagaan Singapura. Dan fakta tidak menafikan majoriti ahli parlimennya berbangsa Cina dan ahli PAP. Atas kesepakatan mereka, maka Lee Hsien Loong dipilih sebagai PM.

    Logik yang sama terpakai di negara ini. Sekiranya orang Cina Malaysia mahu mengangkat Lim Kit Siang sebagai PM, maka beliau meletak lebih ramai penyokongnya (terutama yang berbangsa Cina?) bertanding dan menang di semua kawasan BN.

    Mungkin boleh mulakan dengan tunjukkan teladan melalui pemilihan jawatankuasa pusat DAP yang rata-ratanya bangsa Cina memegang jawatan utama.

    ReplyDelete
  2. SUHAMI M DAMANSARA.8 February 2013 17:02

    YANG KATA HADI KEMBALI JADI NELAYAN BUKAN FITNAH ZAM TETAPI TELAH DIHEBOHKAN OLEH HARAKAHDAILY MASA MUKTAMAR PAS BARU BARU INI APABILA TIMBUL SOAL HADI JADI PERDANA MENTERI DAN HARAKAHDAILY YANG DIKUASAI OLEH ANWARINAS SEGERA MENAPIKANNYA DENGAN MENYATAKAN BAHWA HADI LEBIH BERSEDIA KEMBALI MENJADI NELAYAN.
    PENGHINAAN YANG CUKUP TERUK KEPADA HADI DAN ORANG ORANG PAS.ARTINYA ITU LAH KELAYAKAN HADI PADA PANDANGAN HUSAM,AHMAD SABU DAN ANWARRINAS YANG LAIN.

    ReplyDelete
  3. Arina Marzuki, Gombak.8 February 2013 21:54

    Memang Haji Hadi tidak layak menjadi Perdana Menteri. Tarafnya hanya lebai kampong, tak tahu cakap orang putih, tidak berfikiran nasional tetapi lebih kepada fikiran kampong. Maka itu DAP tidak pandang sebelah matapun. Yang dah puja dia orang orang fanatik Pas sahaja kerana kebijaksanaannya mengkafirkan orang Islam menyukakan hati mereka yang penuh dengan kebencian sesama umat Islam.

    ReplyDelete
  4. Amin Shah Sahir.Gombak Setia.9 February 2013 10:56


    MEMANG ANWAR LEBIH LAYAK.

    Tidak ada sesiapapun yang waras fikiran,terpelajar dan rasional yang tidak akan bersetuju dengan penunjulan Harkahdaily bahawa Presiden Pas Haji Hadi Awang hanyalah layak untuk kembali menjadi nelayan.

    Tindakan HARAKAH ini walapun dianggap oleh sesetengah pihak atau oleh gulongan fanatik dalam Pas sebagai kehendak gulongan Anwarinas tetapi adalah sesoai dg pandangan rakyat.Siapakah yang tidak nampak akan kewarasan pandangan itu?

    Apakah sesaorang yang hanya berkelulusan agama dan tidak pernah expose kepada globa lpolitik kecuali kepada kalangan agama yang sehaluan dengannya, boleh dikira mempunyai kelayakan menjadi Perdana Menteri?.

    Kerajaan Terengganu tidak akan jatuh kembali kepada BN jika Hadi telah membuktkan sebagai pemimpin yang gopoh,bertindak mengikut kehendak Islam dengan keras dan terus menolak cita rasa rakyat terutama gulongan muda.Dia menguruskan negeri itu dengan cita rasanya. Terbatas kepada pendekatan pendekatan yang bersifat agama sehingga di pasar Kuala Terengganu pun tidak lagi terdengar lagu lagu melayu moden dan sezaman kecuali syarahan agama dan nasyid dari pagi hingga ke petang.

    Kita dapat memikirikan betapa akan murungnya Malaysia di bawah pimpoinan Perdana Menteri yang tidak befiiran terbuka yang berfikiran dapat mengislamkan manusia dengan ancaman mengkafirkan mereka dengan itu mereka akan masuk masuk Islam dengan menjadi penyokong Pas.

    Tidak mustahil beliau akan mengkafirkan pula orang orang Islam didalam PKR yang tidak sejalan dengannya.Penerimaan Anwar sebagai seoranbg homseksual untuk menjadi ketuanya hanyalah bersifat sementara.

    Maka itu bagi saya Pemilihan Pakatan Rakyat untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Lalaysia adalah suatu pemilehan yanb tepat. Dia telah expose kepada dunia antarabangsa dan pemimoin dari bergagai dunia dari sejak ABIM dan juga semasa menjadi Timbalan Perdana.

    Pengalamannya sebagai TPM adalah jauh meninggalkan Haji HADI dari Anwr Ibrahim. Soal Anwar sebagai homposeksual bukanlah suatu kecacatan yang harus menjadi halangan besar kerana as the time goes by maka rakyat akan dapat melupakannya dan tentu dia tidak akan mengulangi kelakuannnya itu malah apa bezanya dengan Presiden MCA Chua Soi Lek yang dapat diterima oleh partinya dan sebahagian besar rakyat Malaysia.

    Menteri Menteri BN pun bukanlah baik sangat.Yang suka main depan selain dari isteri pun ramai juga tetapi belum buat kesilapan politik maka tidaklah terdedah. Maka itu saya sokong Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.Hadi dengan Anwar bezanya macam bumi dg langit.

    ReplyDelete
  5. Balik jadi nelayan cerita karut. Balik buka pondok untuk teruskan ajaran mengkafir disamping menulisan sejarah berdarah Memali dan keharusan menerima pimpinan homseksual adlah lebih baik.

    Nak jadi nelayan pun dah tua, dilambong ombak patah tulang,di landa ribut tercampak kelaut, dibakar panas hangus janggut, tiada tenaga sesat hanyut.

    ReplyDelete
  6. Ainuddin Darus. Bachok10 February 2013 10:37

    Berhubing dengan tajuk rencana akhbar Cina ini siapa layak jadi Perdana Mengeri, saya suka menarik perhatian terhadap perkembangan terbaru mengenainnya yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia hari ini(10 Febuari).

    Menurut akhbar MM Majlis Syura Ulama Pas menolak Datuk Seri Anwar menduduki jawatan itu didalam perbincangan tertutup kerana sebahagian besar pemimpin dan ahli parti itu tidak mahu Anwar.

    Berasaskan kepad aperkembangan perkembanagn terakir,berita ini hanya untuk menyedapkan hati sendiri. Kuasa DAP dan PKR adalah mengatasi kuasa Majlis Syura Ulama Pas dan kuasa Haji Hadi sendiri.

    Mingguan Malaysia sewajarnya faham bahawa Majlis Syura itu hanya memainkan peranan untuk menutop kelemahan Pas yang tertakluk kepada persetujuan Pakatan Pembangkang.Haji Hadi sudh sedtuju untuk kemnbali menjadi nelayan.

    Jika Majlsi Syura juga midak menampakan bangkangan terhadap Anwar maka Pas akan kehilangan sokongan akar umbi. Maka itu Haji Hadi dan Mursyidul Pas Nik Aziz menasihatkan Majlis Syura supaya bermain wayang kulit untuk menutop mata gulongan fanatik terhadap pendirian Pas yang sebenarnya. Jika tidak habislah Pas dalam pilihanraya kelak.

    Utusan pun janganlah syok sendiri dan jangan tertipu dan membesar besarkan perihal Majlis Syura yang cuba menggambarkan Pas sebagai Pas dahulu lagi.

    ReplyDelete
  7. Hadi nak jadi nelayan pun dah tak layak.Anwarinas kenalah memikirkan suatu jawatan yang sesoai baginya sebelum kerajaan Pakatan Rakyat ditubuhkan.Yang paling sesoai ialah untuk menjadi Tok Mudin bagi mengkhatan semula orang orang Islam yang telah dikafirkan.Mana tahu berkat mulutnya maka belalai telah tumbuh semula kepada lelaki UMNO yang dikafirkan.

    ReplyDelete
  8. Namapun Surat Khabar Cina. Mesti bias kepada Cina. Tapi mereka lupa bahawa tahun 2008 orang mengundi atas apa yang berlaku didepan mata. Orang UMNO marah Dolah kerana memerintah cara autopilot, dan tak sedar menantu dia yang jadi pilot. Kemarahan ini diterjemahkan pada peti undi. Pendeknya, tindakan pengundi bersandarkan apa yang dihidangkan oleh pemerintah.

    Surat khabar Cina ni boleh beritahu orang Cina yang sudah tentu mereka rasa tindakan DAP terhadap bangsa Melayu di Pulau Pinang khasnya tidak rasis malahan ianya adalah satu peluang yang mungkin tidak ada kali kedua nya. Kita tahu, walau bagaimana banyak korban daripada hak pribumi seperti termaktub di dalam Perlembagaan, ianya tidak akan mengubah double bonus kepada masyarakat Cina ini.

    Orang Cina sedar mereka adalah minoriti, malah tahu dan sedar impian itu hanya akan berlaku apabila mereka mendapat undian majority dengan bantuan Melayu daripada PAS dan PKR. TEtapi nampaknya sebahagian besar para mujahid (??) daripada PAS dah tersedar bahawa mereka hanyalah batu loncatan untuk DAP yang sarat dengan perkauman dan perasaa benci terhadap Islam dan Melayu. Saya rasa tidak ada Melayu dan Islam yang waras boleh menafikan sarat dan tebalnya Cina Cina didalam DAP ini. Disini saya pasrah dengan ketentuan Allah pada tahun 2008, kalau tidak kerananya kami masih merasakan bahawa mereka adalah sahabat yang boleh dipercayai.

    Kalau Cina DAP yang mengimpikan nya, lihatlah muka anda di cermin. Kalau anda perhatikan dalam dalam anda semua akan merasa benci dan meluat dengan sikap perkauman dan hipokrasi didalam diri anda yang tidak ada kata kata yang sesuai untuk menjelaskannya.

    ReplyDelete
  9. Singapura diperintah oleh cina kerana majoriti penduduk singapura adalah cina. Jadi kalau taknak cina jadi PM kat Malaysia ni, ramaikanlah bangsa melayu islam. Barulah undi majoriti tak akan jatuh ke bangsa lain.

    ReplyDelete
  10. Rasulullah saw menjadi khalifah islam di madinah. Baginda asalnya seorg pengembala kambing, ummi (tidak tahu mmbaca n menulis). Tiada background pendidikan. Namun disebabkan akhlak keimanan baginda disamping mukjizat yg dikurniakan kpdnya menyebabkan baginda disegani oleh kawan dan lawan - bukan disebabkan latar pendidikan tapi disebabkan polisi dakwah baginda yg begitu berhikmah. Jelaslah bhw ketakwaan dan keimanan itu mengatasi segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whatever... bla bla bla

      Delete
  11. Susungguhpun perlembagaan menyebut kuasa perdana menteri adalah warganegara Malaysia, tetapi atas sebab kamu berpijak di bumi Melayu, maka hak tersebut tidak dapat ke tangan bukan orang Bumiputra. Saya ingin menegur kepada bangsa sebegini, mengapa anda boleh menerima adat resam sesebuah negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Indonesia tetapi di Malaysia adat resam negara ini tidak pernah dihormati? Saya amat bersetuju dengan Utusan Melayu berkenaann Apa Lagi Cina Mahu. Saya juga tertawa seandainya ada pihak berkata ia racist walhal diri sendiri tidak mencerminkan tahap keracist bangsa kamu. Mungkin sebab Melayu sudah banyak memberikan kelebihan, maka mereka mula meninggikan hidung. Kepada UMNO pula, nama sahaja United MALAY tetapi memperjudikan bangsa Melayu kepada bukan Melayu.

    ReplyDelete