Thursday, 28 February 2013

MB KEDAH SERAH PHAHRORAZI UNTUK DISEMBELIH MUKHRIZ

AKAR UMBI PAS DI PENDANG AKAN TOLAK "MAT MERAPU"

Membaca laporan Joceline Tan di The Star hari ini (28 Febuari) mengenai pemilihan calon Pas di Kedah untuk Pilihan Raya ke 13, adalah sangat mudah untuk memahami percaturan politik MB dan Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk "membunuh" penderhaka-penderhaka.

Yang amat jelas ialah beliau menyerahkan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi untuk disembelih oleh Datuk Mukhriz Mahathir di kawasan Parlimen Jerlun yang sekarang mantap diwakili Mukhriz. Azizan mahu  memindahkan Phahrolrazi dari kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor.

Sementara dua orang ahli Dewan Undangan Negeri: Dr. Ismail Salleh dan Dr. Hamdan Mohamed Khalid yang mewakili Alor Mengkudu dan Tanjung Dawai digugurkan terus.

Bagi Azizan sendiri beliau tidak akan rugi apa-apa, sama ada bertanding atau tidak bertanding. Jika menang bertanding pun beliau pastinya tidak akan kembali menjadi Menteri Besar kerana masalah kesihatannnya.

Maka itu perhitongan politiknya ialah sama ada kill or to be killed.

Beliau dapat menjangkakan Pas Pusat akan menolak penamaan calon-calonnya, tetapi mereka juga harus mengambil kira pengaruh Azizan yang kuat di akar umbi yang menunjang kekuatan Pas Kedah dalam keadaan yang sudah tidak Islamic sedangkan Anwarinas yang secular  baru hendak berakar di kalangan muda di Kedah.

Pas Pusat pastinya tidak akan membiarkan Azizan menjadi bertambah kuat selepas pilihan raya 13 dan ini jelas dari kenyataan Setiausaha Agungnya, Mustafa Ali bahawa Jawatankuasa Pusat Pas mempunyai kata pemutus tentang siapa yang akan bertanding dan di kawasan mana, walaupun Azizan telah membuat penamaannya.

Bagi Azizan sekiranya calon-calon Pas di Kedah tidak mengikut seleranya atau citarasa masa depannya dan menampakkan suatu Grand Design untuk membunuhnya, maka adalah lebih baik untuk beliau bertanding dengan  mendakap diri membiarkan Pas hanyut di Kedah, tetapi beliau pastinya tetap timbul di Kuala Sala dan beliau boleh membuat penyesuaian dengan Kerajaan BN di Kedah yang pastinya akan kembali berkuasa.

TERKINI:

Akhbar The Star melaporkan hari ini (2 Mac), bahawa Phahrolrazi tidak mahu bertanding di kawasan Jerlun untuk menjadi "daging korban" oleh kerana wakil rakyat sedia ada, anak Tun Dr. Mahathir, Mukhriz telah membina kubu kebal.

Keengganan ini dengan sendirinya membayangkan bahawa Pas telah pun yakin akan kalah di kawasan ini.

Sementara itu Timbalan Presiden Pas Anwarinas Mohamad Sabu telah dipastikan akan bertanding di kawasan Pendang Kedah kerana kemenangannya dapat dipastikan berasaskan kawasan ini mempunyai jumlah keahlian Pas yang tertinggi di negara ini sejumlah lebih 15,000 orang.

Bagaimanapun peminat-peminat politik tempatan berkata, keadaan akan menjadi sukar bagi Mat Sabu sekiranya Man Abdul (Datuk Osman Abdul) mencabarnya sebagai calon BN kerana Man Abdul mempunyai kelebihan dari Mat Sabu dari segi akademik, kepetahan bercakap, pemikiran intelektual dan juga popular di kalangan rakyat setempat.

Walaupun Pas mempunyai ramai ahli di sini, tetapi terdiri dari penyokong fanatik akar umbi yang  percaya Pas sebagai Parti Islam dan bukan Parti Kebajikan Masyarakat malah sebagai  penyokong kuat MB Kedah, Datuk Seri Azizan, mereka menolak Anwarinas dan lebih mengenali Mat Sabu sebagai "Mat Merapu."

PERHATIAN:

BACA JANGAN TAK BACA "USTAZ" DIKENCINGKAN DI PINTAS

4 comments:

  1. Nampak gaya Dato'Seri Azizan bolehlah panggil orang masjid untuk mengukur ketinggian dan lebar badan Datuk Phahrolrazi untuk dibuat keranda dan lubang kubur awal2.Yang pastinya jika apa yg dicatur oleh Azizan ini menjadi makanya Pharolrazi selepas PR13 ini yg tinggal ada pada dirinya hanyalah 'satu selinder' sahaja lagi.

    ReplyDelete
  2. tapi tan sri, jangan ungkapkan bahawa mukhriz mantap, itulah silapnya kalau mengatakan sedemikian kerana mukhriz sendiri kalau diberi pilihan hendak bertanding di langkawi sebab jerlun terlalu banyak warload, manyak bahaya ma...

    ReplyDelete
  3. Sebagai anak jati Pendang saya setuju dengan kenyataan di atas. Man Bedul memang kuat pengaruhnya di Pendang. Dia juga anak jati Pendang. Mat Sabu bukan anak jati Pendang. Man Bedul berkawan dengan semua orang. Ramai orang kawan baiknya. Tak mungkin depa tak undi dia. Kemenangan calon BN di Pendang salah satu faktornya kena bergantung kepada undi penyokong Pas kerana pengaruh Pas memang sangat kuat di Pendang sejak zaman Tunku Lagi. Kekuatan yang ada Man Bedul ialah dia boleh masuk semua kampung termasuk yang kuat Pas sekalipun . Hubungan dia dengan pengundi, termasuk orang Pas juga dilihat baik dan mesra. Kalau nak kalahpun jika ada sebahagian orang UMNO buat hal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf , saya nak tambah sikit... masalah antara geng Rozai dgn Man Abdul dah selesai ke belum?. Kalau tidak besar kemungkinan peluang untuk menang agak tipis sebab sekiranya Dato Man Abdul calon pastinya Rozai akan kacau dan begitu jua sebaliknya.

      Delete