Friday, 1 February 2013

DR NIK MAZIAN: HARAM UNDI UMNO DAN BN

Ahli Dewan Undangan Negeri Pas Gaal menafikan berita di akhbar Inggeris The Star hari ini (1 Februari), bahawa beliau mengatakan pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada UMNO sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim, sebaliknya beliau menjelaskan apa yang dikatakannya ialah, haram mengundi calon UMNO dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang di bawa oleh Pas. Bacalah sepenuhnya penafian itu yang dipetik dari Harakahdaily 1 Feb. 2013.

ADUN NAFI KATA PENGUNDI  MELAYU BOLEH UNDI UMNO
Aslani M, 01 Feb 2013

KOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

KOMEN:

Sebelum berita mengenai  ADUN Gaal mahukan orang Islam jangan undi calon bukan Islam tersiar di akhbar The Star, Blog ini telah pun menulis perihal ramai pemimpin-pemimpin kecil Pas dan orang-orang Pas yang sedang menjalankan kempen sulit meminta orang Pas jangan mengundi calon PKR. 

Ini adalah kerana mereka telah mendapat tahu semakin ramai anggota Dewan Ulama Pas yang percaya mengenai masalah moral Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mahu dijadikan Perdana Menteri dan menyebabkan Presiden Pas Haji Hadi ditolak.

Walaupun ADUN Gaal menafikan beliau sendiri menyuruh orang Pas menyokong calon Islam UMNO, tetapi inilah sebenarnya yang terpendam di hati  penyokong-penyokong Pas sekarang.

11 comments:

  1. DR. apakah ADUN Gaal ni? Tapi walau apa jenis DR. pun memang "he is short in IQ and no EQ at all" itu bukan saya kata tapi Orang putih kata.

    ReplyDelete
  2. Datuk. Adun Gaal dah hampir lupa bahawa lidah dia tu amanah Allah. Ikut suka dia bercakap. Lepas tu dia tak ambil kira perkembangan teknologi yang Allah berikan yang mana sekarang ni orang boleh rakam segala percakapan wa'ima benda yang tersorok.

    Kita perhatikan dan ambil ikhtibar gejala tunggang terbalik dikelangan perosak ugama ni di pertontonkan oleh Allah satu persatu sejak kebelakangan ni!!

    ReplyDelete
  3. Nik Hassan Terengganui.1 February 2013 22:33

    Haram undi UMNO kerana mereka teranterangan menentang perjuangan Islam dan dhalim,kata Adun Daal yang bergelar Dr. Sesiapapun akan bertanya Dr apakah dia bila taraf berfikirnya tidak nampak Pas berketuakan seorang hohoseksual dan tidak nampak kesalahannya disisi Islam.
    Inilah orang fanatik yang tidak dapat pertunjuk dari Allah. Semuga dia tidak ikut Nik Aziz ke neraka.Nanti tak lama dia akan napikan pula seperti Haji Hadi napikan kafir orang UMNO. Hukuman agama hanya jadi mainan orang Pas.

    ReplyDelete
  4. Dulu hadi kafirkan UMNO kerana kononya UMNO pertahankan perlembagaan yang bersandarkan acuan penjajah.
    Bila benda jadi hangat tentang kelemahan mereka menjaga Islam dan Melayu, tak sekonyong konyong hadi tandatangan deklerasi khas bersama anwar dan kit siang pada 08/09/2008 kononnya untuk mempertahankan perlembagaan yang beracuankan penjajah. Habis dah jatuh taraf apa si hadi dan penyokong nya dimata kita semua?

    Hari ni Adun Gaal MEMBODOH DAN TERUS MEMBODOH BODOHKAN MELAYU ISLAM DALAM PAS dengan putar belit terbarunya kerana UMNO menolak Islam yang DIPERJUANGKAN OLEH PAS (ISLAM ACUAN PAS?????)

    Kita nak tanya Adun Gaal ni....selepas apa yang berlaku sejak kebelakangan ni (Alhamdulillah)... orang gila mana di Tanah Melayu ni sanggup dengar ayat ayat hipokrasi di tahap ini?

    ReplyDelete
  5. Nik Bahlol Kedah.1 February 2013 23:42

    Dewan Ulama Pas kata Wajib Undi DAP dan terkini ADUN Gaal(Dr???) pula beri Fatwa haram undi BN dan UMNO. Ikut suka mereka sahaja,macam agama Islam ini ugama ciptaan mereka, ikut suka nak kafirkan orang, haram dan wajib itu ini ikut pertimbangan sendiri.

    Sesiapapun boleh mengatakan Allah berada di pihak mereka untuk membuat hukuman terhadap sesama manusia kerana merasakan diri yang betul dan dengan itu menjual nama Allah untuk mempengharuhi orang orang yang lemah.

    DrNik Mazian termasuk dalam gulongan ini yang telah terpengaruh dengan ajaran tok tok guru yang mendakwa Allah memihak kepada mereka dan beliau percaya.Belia mungkin salah seorang yang oercaya UMNO kafir kalau tidak masakan diharamkannya UMNO dan BN.


    Dulu Nik Aziz pernah mendakwa bahawa Allah bersamanya bila menang danboleh bentuk kerajaan negeri Kelanatan tetapi dia lupa BN menang di lain lain negeri. Jadi Malaikat tidaklah hanya bersama dengan Pas.

    ReplyDelete
  6. Labu Labi, Hulu Kelang2 February 2013 11:50

    Bodoh tak boleh diajar, cerdiknya pulak tak boleh di ikut... inilah yang dikatakan "TONGGONG BIN BAHALOL" yang menjadi pegangan sebilangan pemimpin dan pengikut PAS sehingga menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara rasional berlandaskan fakta.

    Hairan dan hebat jugaklah mamat yang bergelar Dr. inipun boleh terpengaruh sehingga tidak dapat menggunakan kecerdikannya yang ada untuk berfikir. Take Beer

    ReplyDelete
  7. Ingatkan bodoh saja, bila lagi banyak dia bercakap, terserlah bangang rupanya wakil rakyat ni.

    ReplyDelete
  8. Lebai Sudin Kangkong Kedah3 February 2013 22:30

    Membaca OutSyed Box, barulah saya tahu bahawa rupa rupanya Nik Mazian ini Dr Azhar Universiti Mesir. Dr Pondoklah. sebenarnya siswazah UKM lebih tinggini nilainya dari Universiti Azhar , Universiti sahaja Tua tetapi fikiran graduannya tarafnya macam kelulusan pondok kita sahaja.

    Jadi janganlah kita marah marahkan Dr Ini. panggilah dr supaya dia seronok. Suruh dia bandingkan dirinya dengan Dr Ismail Ibahim bekas duta kita di Saudi. lepas Azahar dia ke UK lanjutkan pelajaran.Tapi manusia macam ini dia tak tengok diri dia sendiri.

    ReplyDelete
  9. Mengapa semua lebai PAS selalu cakap kerajaan BN "zalim"? Apa yang zalimnya? Satu perkara lagi, lebai2 PAS kebanyakannya semua perasan bagus. Retorik je lebih. Akal setakat kepala lutut.

    ReplyDelete
  10. Haram undi UMNO atau BN kerana menolak perjuangan negara Islam? Haha.Masih wujudkah perjuangan negara Islam Pas? Siapa sebenarnya yang tolak negara Islam? Bukankah Kapal Singh? "langkah mayat saya dulu". Bukankah Pas izin Bible guna kalimah Allah. bukankah mereka yg melacur agama Allah ini? jadi fahamlah kita siapa Dr ini. Mungkin kelululusan dia untuk jadi Dr haiwan saja. kita juga faham siapa dan apa yg haram sebenarnya. jadi Tolaklah PAS untuk selamatkan Malaysia tercinta ini.

    ReplyDelete
  11. Manifesto DAP dalam Malaysiakini

    1. Untuk menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan;

    2 Untuk menubuhkan Lembaga Perumahan Negara yang akan membina rumah harga berpatutan dan mampu milik untuk kumpulan yang terpinggir, terutama bagi pekerja ladang India;

    3. Untuk memastikan semua sekolah jenis kebangsaan Tamil dibiayai sepenuhnya dan infrastruktur sekolah tersebut setanding dengan 'sekolah kebangsaan'.

    4. Untuk melabur dalam latihan teknikal dan vokasional bersama dengan program perantisan untuk menyediakan pendidikan alternatif dan laluan kerjaya untuk pelajar tercicir daripada keluarga kaum India yang berpendapatan rendah.

    5. Untuk menyediakan peluang pekerjaan dan menaikkan gaji kakitangan India yang berpendapatan rendah dengan melaksanakan skim gaji minimum RM1,100.

    6. Untuk meningkatkan bilangan kaum India dalam GLC (syarikat berkaitan kerajaan), majlis tempatan, dan perkhidmatan awam;

    7. Untuk mengasingkan tanah untuk kuil Hindu yang sedia ada dan tanah perkuburan serta mencari tanah gantian untuk kuil dan tanah perkuburan yang perlu dipindahkan;

    8. Untuk menyediakan mikrokredit dan lain-lain skim bantuan kewangan kepada peniaga kecil India, dengan tumpuan khas kepada wanita, belia dan perniagaan dari rumah;

    9. Untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan Polis dan Salah Laku (IPCMC) dan membasmi kematian dalam tahanan polis dan kematian dalam tahanan;

    10. Untuk mewujudkan satu dana khas bagi menggalakkan pemilikan ekuiti kaum India di negara ini;

    11. Untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menangani kemiskinan bandar dan masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat India;

    12. Untuk mewujudkan dasar-dasar yang boleh membantu ekonomi ibu tunggal, termasuk skim pemilikan rumah;

    13. Untuk mewujud atau mendaftarkan pelajar India yang cemerlang dari kawasan peladangan dan keluarga miskini, di sekolah asrama penuh;

    14. Untuk memansuhkan semua undang-undang anti-rakyat dan untuk menghapuskan diskriminasi.

    ReplyDelete