Monday, 7 January 2013

MUDA MUDI CINA TIDAK MINAT REBAT TELEFON BIMBIT

Petikan akhbar: Sinchew Daily News 4 Jan 2012 
Oleh : Tay Ting Hien, 
Timbalan Pengarang

Kelihatan menteri-menteri dalam kabinet kerajaan telah menjangkau usia, ada jurang perbezaan dengan golongan muda mudi.

Kini kedengaran muda mudi kita timbulkan pelbagai isu dan persoalan, di lorong-lorong kedengaran suara-suara marah:

Mereka berkata: “dengan jelas dikatakan dapat rebat 200 ringgit, sekarang ini pihak tertentu kenakan syarat pula, menghadkan hanya telefon pintar berharga 500 ringgit ke bawah sahaja, kata-kata kerajaan boleh dipercayai ataupun tidak?”

“bukankah mereka tidak tahu, jenamai siri i dan jenama S ataupun jenama H, sekurang-kurangnya berharga 1,500.00 ringgit ke atas? Mereka memang bodoh sangat!”

“Adakah selain daripada telefon bimbit berjenama siri i dan jenama S ataupun jenama H boleh dianggap telefon pintar?”

Sebuah telefon bimbit yang bernilai 500 ringgit, itu adalah telefon keluaran tempatan ataupun telefon bimbit ciplak? Bukankah ini semua mahu memperkecilkan dan menghina kami.”

“jika gunakan telefon bimbit seperti pakcik dan makcik tua, kami malu, lebih baik bersolok menyepi diri ataupun berhijrah ke luar negara”.

Kami minta maaf, kerana golongan muda sekarang bercakap tidak bertapis, terutama sekali di zaman teknologi telefon bimbit hari ini; kerana pergaulan mereka dalam masyarakat, mereka gunakan sms lebih banyak daripada menulis skrip sastera, sebab itu cara penyampaian mereka agak kasar, perbualan mereka langsung tidak ditapis, mereka langsung tidak pedulikan dan ketepikan niat baik pihak kerajaan.

Telefon bimbit adalah segala-galanya untuk golongan muda mudi, ataupun ia adalah sebahagian dari dunia mereka; itulah cara mereka berinteraksi dalam sosial mereka; itu juga mewakili keperibadian mereka, mewakili inspirasi dan kegemaran mereka. Kenapa hanya kerana gara-gara 200 ringgit sahaja mereka meradang dan melenting.

Telefon bimbit yang berharga 500 ringgit ke bawah, generasi baru hari ini tidak pandang langsung; sebab itu langkah rebat itu apabila diumumkan, golongan muda di seluruh negara rasa marah sehingga air liur menyembur, air-air liur itu terlalu banyak seperti telah tenggelamkan Putrajaya.

Tujuan pihak kerajaan beri rebat itu semata-mata mahu ambil hati golongan muda, tetapi terlalu kebetulan, kenapa hanya hadkan umur 21 tahun ke atas, bukankah ia menepati umur membuang undi dan mereka juga menepati sebagai pewaris menjadi tuan punya dan pemimpin negara ini.

Lebih baik tidak perlu lakukan rebat, rebat ini menyebabkan golongan muda semakin marah menjadi-jadi, jiwa mereka terbakar kerana terlalu marah, mereka tidak puas hati dengan kerajaan BN; dikhuatiri bukan sahaja tidak dapat sambutan malah akan menjejaskan kerajaan BN.

Selepas kabinet mendapat lapor balas itu, mereka cepat-cepat ubah haluan, buka sekatan itu; golongan muda ini jika mahu beli apa sahaja jenama telefon bimbit, pasti akan diberi rebat 200 ringgit.

Menjelang tahun 2013 adalah tahun yang bernasib baik, perjuangan golongan muda mendapat kemenangan besar secara menyeluruh, sekaligus telahpun mencuci isu PTPTN tahun lepas yang tidak boleh dimansuhkan itu.

Golongan muda ini daripada kemarahan bertukar menjadi kegembiraan, pihak kerajaan kini boleh tarik nafas rasa lega; tetapi saya pula ingin bertanya, polisi rebat yang telah diubahsuai ini adalah menepati dasar asal dan menepati maksudnya yang asal?

Adakah ia menepati bajet asal rebat yang akan dilaksanakan itu?

Bajet rebat tahun 2013 itu dikatakan untuk golongan berpendapatan rendah, golongan muda yang dikatakan menerima beban tinggi sahaja yang akan mendapat rebat itu, supaya mereka dapat layari internet melalui akses telefon bimbit mereka untuk kemudahan itu, dan dikatakan supaya golongan ini tidak lah terlalu tertutup dengan dunia luar.

Selepas dunia telefon pintar terbuka luas, ramai golongan muda yang mengikut peredaran zaman hari ini, kehidupan mereka seperti tiada yang dirisaukan, semua akan menikmati rebat sebanyak 200 ringgit, bagi mereka rebat walaupun permintaan itu tidak ramai, namun jika sudah ada peruntukan itu mereka lebih baik gunakan, seperti umpama semudah menggunakan cungkil gigi sahaja, pada masa yang sama mereka boleh up-grade.

Selain dari itu, pada awalnya bajet tersebut sebanyak 300 juta ringgit, tetapi hari ini semua orang dikatakan boleh memohonnya, dikhuatiri bajet tersebut akan semakin melonjak dan bertambah, kos ini bukankah diambil dari si pembayar cukai pendapatan.

Selepas pihak kerajaan tarik hand-brake mengejut, kini buat pusingan U pula, kerajaan BN kini terima pelbagai keghairahan dari golongan muda, orang lain pula rasa pening kepala nak muntah dan tercengang-cengang.

Terjemahan:
Robert Wong Abdullah

10 comments:

  1. tak minat sudah..

    masih ramai lagi rakyat malaysia yang berminat..


    kalau golongan yang tidak tahu bersyukur ini tak hendak, kerajaan jangan pulak terhegeh-hegeh nak bagi..bagi saja kepada mereka yang hendak.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya apa juga yang dibuat oleh kerajaan kepada masyarakat Cina serba tak kena.

    Penghasut besar ialah akhbar akhbar Cina sendiri. Mereka mereka reka cerita yang buruk untuk meracuni fikiran rakyat. Seolah oleh cerita buruk itu datang dari rakyat tetapi merekalah yang menciptanya,seperti cerita rebat talipon bimbit ini.Saya percaya SinChew takut orang muda Cina terpengaruh dg BN.


    ReplyDelete
  3. Cina adalah cina. Najib yang terhegeh hegeh mengambil hati cina cina ni. Naik meluat dengan melihat keterlaluan pemurahnya najib dgn kaum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tidak boleh emosi dalam menghadapi masalah orang Cina. Ini negara demokrasi.Jalan kekerasan tidak boleh digunakan. Semakin keras semakin jauh mereka dari kita.

      Lihatlah dari dahulu lagi pendekatan mengambil hati mereka, Tunku lebih lebih lagi,razak dg caranya yang bijak,mahathir juga memberi dan mengambil. dalam masa najib kita tidak kita tidak kenal kroni cinanya seperti di zaman Mahathir.

      Kita tak boleh gunakan kekerasan apatalah lagi dalam keadaan orang Melayu sendiri mahu khianati Melayu. setiap langkah UMNO berkeras akan digunakan untuk menimbulkan lagi kebencian Cina terhadap UMNO.

      Jika Hadi atau Pas terpaksa mengorbakan porinsip Islam dan maruah Melayu untuk memenangi hati kafir maka apakah salah Najib memberikan kepada orang Cina ikut semangat perlembagaan tanpa korbankan dasar.

      Mahu bertegas dengan dalam keadaan BN tidak ada kuasa dua pertiga?. Dunia juga akan menekan kita,Yahudi dan Amerika akan membantu Anwar jika Najib tidak memulehkan hubongan dengan US setelah tegang dalam masa Mahathir.

      Semua ini harus jadi perhetongan tentang betapa susahnya Najib untuk bangunkan kuasa yang sudah runtuh. berilah sokongan padanya dan jangan hanya marah marah.Lihatlash masalah yang kita hadapi dg kepala dingin dan pertimbanagn yang rational.

      Delete
  4. Too much Gov handout , any body doing the balance sheet for Gov

    ReplyDelete
  5. DI MANA BUMI DIPIJAK, DISITU LANGIT DIJUNJUNG

    Masalah kaum Cina di Malaysia mereka tidak terdidik sebagaimana mereka dididik di Thailand dan Indonesia sehinggakan ada sebahagian daripada mereka tidak langsung boleh berbahasa Cina.

    Semangat kebangsaan mereka juga begitu menebal di kedua-dua negara itu dengan berpegang kuat kepada pepatah "Di Mana Bumi Di Pijak, di Situ Langit Di Junjung", tetapi perkara ini tidak berlaku di Malaysia kerana sikap pemimpin kita daripada dulu sampai sekarang begitu toleransi terhadap kaum ini.

    Pun begitu mereka pulak tidak pernah merasa bersyukur dengan apa yang mereka perolehi di negara ini yang telah menjadikan sebahagian besar masyarakat mereka kaya raya yang telah menguasai ekonomi di negara ini.

    Lebih malang lagi, semangat kecinaan yang menebal ini dipupuk dengan subur oleh DAP dengan memperlekeh bangsa Melayu tanpa ada sedikitpun merasa hormat kepada orang Melayu sebagai penduduk asal di negara ini.

    Apa yang dapat kita lihat sekarang ini seperti kata Mat Salleh, "There are pushing the limit" makna kata, selagi boleh bergerak mereka akan tolak, walaupun telah sampai ke dinding.

    Cuma yang merisaukan kita, jika tolakan ini berterusan sehingga dinding tersebut runtuh, apakah bahaya yang akan menimpa kita selepas itu, sama-samalah kita fikir untuk menghindarkannya daripada berlaku.

    DAP akan terus kekal mendapatkan sokongan orang Cina kerana sifat perkauman yang menebal begitu juga PAS mendapat sokongan kerana menggunakan agama sebagai "candu" bagi mengekalkan sokongan terhadapnya.

    ReplyDelete
  6. Asrul Sg Isap Kuantan10 January 2013 00:24

    Saya merasa tindakan rebat RM200 itu satu pembaziran. Ia tidak sekalipun menjana ekonomi masa panjang. Cuma bisa memberi sedikit sahaja touch pada rakyat. Sudah tentu selepas setahun telefon itu akan rosak dan duit itu akan lupus.

    DS Najib tidak berfikiran jauh. Jelas sekali mahu meraih undi sahaja.

    ReplyDelete
  7. salam,

    tiada faedah dengan rebat telefon ni. nampak gah tapi kosong jer. ada had pulak tu. kalu dah beli, mestilah yg terbaik dan ada penggunaannya. tapi kalu rebat untuk telefon pintar yg lama dan bertahun dah keluar tak ikut perkembangan, tu memang dah menghina orang muda. nampak kemaruk sangat dengan rebat tanpa mengambil kira fungsi telefon. kemudian, perlu ada talian internet. kalu tidak telefonpintar tu lebih kepada penggunaan yg tak tentu hala, silap-silap ada yg buat filem melampau pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baiklah dari tak bagi apapun. Undi BN pasti akan dapat lebih baik lagi akan datang. BN pencuri tetapi yang gila nak berkuasa tu perompak. Lebih kita bagi kat pencrui yang bagi balik walau sikitpun.

      Delete
  8. hehehehehe...i like your word.....!
    lebih baik bgi pada pencuri...dari perompak...
    sebab perompak silap2 hari bulan boleh bunuh kita....
    pencuri hanya hendakkan sesuatu sahaja....
    tak habis ..jgn perompak...licin dia sapu....hahahaha
    i like ur word.

    ReplyDelete