Sunday, 20 January 2013

MASYARAKAT CINA SOKONG PARTI YANG BERPURA-PURA

ADAKAH KEBANGKITAN RAKYAT MERUPAKAN KEBANGKITAN ORANG CINA?
Petikan dari akhbar Sinchew Daily News, 15 Jan 2013 (Selasa)
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari lalu
dilihat lebih berhemah berbanding Himpunan Bersih 3.0
yang penuh dengan provokasi penganjur bagi membakar
semangat peserta himpunan

Perhimpunan kebangkitan rakyat yang diterajui dan digembeling oleh Pakatan Rakyat, dianggap membangkitkan semangat dan kekuatan orang ramai untuk imbangi BN yang terakhir sebelum menjelang PRU, sempena kempen ini untuk menghangatkan dan beri motivasi serta semangat yang tinggi kepada rakyat supaya dapat UBAH kerajaan.


Oleh kerana tarikh PRU sudah semakin hampir, hidup matinya perhimpunan kali ini sebagai satu ukuran untuk menentukan sama ada Pakatan Rakyat dapat melangkah ke Putrajaya ataupun tidak. Jika Pakatan Rakyat berani sebut akan dapat himpunkan sejuta rakyat ambil bahagian dalam perhimpunan sebelum ini, jika dilihat walaupun pada hari 112 tersebut hanya dapat himpunkan 100 ribu orang dan memenuhi stadium Merdeka serta di kawasan luarnya, ia tetap masih tidak mencukupi untuk mengatasinya.

Selama 2 tahun kempen yang dilakukan oleh rakyat, ia hanya tertumpu kepada bilangan untuk menentukan kehebatan ataupun kehinaan mereka, kempen dan rayuan mereka biasanya terlanggar tunggul. Sebelum ini banyak kali berlaku kekecohan dan rusuhan, dan ia lebih mendapat perhatian berbanding tuntutan dan rayuan yang dilakukan oleh mereka, dan perhimpunan kali ini ada juga orang sedang ternanti-nanti dan mengharapkan jika berlaku rusuhan secara tiba-tiba yang mungkin boleh berlaku.

Selepas alami beberapa insiden yang tidak elok, perhimpunan kali ini pihak polis ubah cara kendali perhimpunan, mereka ubah cara lembut tidak lagi gunakan kekerasan dalam tangani perhimpunan, cara ini sebaliknya kepada orang-orang yang berhimpun tidak berlaku saling cabar mencabar, dan dapat kurangkan pergeseran di antara mereka. Dapat mencapai kedamaian bertahap tinggi, fakta utama ialah perhimpunan kali ini pihak yang berkenaan telah kurung mereka di dalam satu lokasi sahaja, pihak penganjur sendiri yang kawal tempat itu. 

Jika ada orang-orang yang mahu membuat kacau ataupun saling cabar mencabar, pihak penganjur tidak akan terlepas daripada hadapi tindakan atapun tanggungjawab, dan pihak penganjur tidak boleh lagi mengelak ataupun beri sebarang alasan untuk tidak dikenakan tindakan. Apabila tiada hasutan bermakna mereka tiada tempat untuk menaikkan semangat kemarahan, sebab itu peserta yang hadir dapat saling mengawal diri masing-masing.

Perhimpunan kali ini dapat diakhiri dengan baik, ia juga boleh dijadikan tauladan kepada perhimpunan besar-besaran pada masa akan datang yang standard dalam pengendalian perhimpunan, perhimpunan kali ini juga boleh menjadi satu pengalaman yang membanggakan, sebenarnya pihak yang berkenaan juga boleh menggunakan alasan untuk menolak permohonan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka, kerana lokasi perhimpunan perlu di tempatkan di kawasan yang lebih selamat, supaya perhimpunan kempen rayuan itu tidak lah diakhiri dengan tangan kosong.

Tetapi lazimnya apabila menuntut sesuatu itu melalui perhimpunan biasanya lebih menyusahkan orang ramai untuk capai matlamat yang dikehendaki. Contohnya, sebelum ini Pakatan Rakyat kata mereka akan kumpulkan sejuta orang, mereka sanggup lepaskan peluang untuk berhimpun di stadium Bukit Jalil, mereka mahu peserta seramai 30 ribu orang berhimpit-himpit di Stadium Merdeka, mereka tidak fikirkan akan berlaku masalah kesesakan. Kawasan perniagaan yang berdekatan stadium oleh kerana kesesakan orang ramai menyebabkan perniagaan mereka terjejas.

Peserta perhimpunan 112 adalah seruan dan panggilan oleh gabungan ketiga-tiga Parti Pakatan Rakyat, “orang-orang” ini sebenarnya adalah penyokong setia dan tiang seri mereka dan NGO-NGO mereka sebagai pendatang dari luar, sebab itu ada pelbagai warna baju yang menonjolkan sesuatu NGO. 

Sebelum ini mereka cuba separuh tutup muka mereka, Pakatan Rakyat berselindung di belakang Bersih, kempen perhimpunan Hijau, NGO pertahankan Jalan Sultan, foundation Lim Lian Geok dan lain-lain, mereka secara berganding bahu bersama adakan perhimpunan, sebelum ini suara mereka seperti telah merentasi politik, kali ini suara-suara itu sudah menjadi senyap.

Sebab itu agenda perhimpunan kali ini apa yang mereka tuntut itu sebanyak 10 perkara, dalam tuntut rayu mereka termasuk Bersih, mahu pilihan raya adil dan telus, mereka mahukan kesihatan dan suasana yang bersih, menjaga peninggalan lama, kukuhkan bahasa kebangsaan, kembalikan status kedudukan bahasa ibunda, pendidikan percuma, kembalikan cukai petroleum, lepaskan tahanan ISA dan lain-lain, ini semuanya agenda politik dan tuntut rayu yang telah dihimpunkan dalam beberapa tahun ini, dalam minda orang ramai benda-benda ini semuanya isu-isu lama yang hanya cuba dibangkitkan kembali, tetapi pada keseluruhannya bagi BN umpama seperti mahu tutup akaun untuk bayar hutang sebaliknya tiada pergerakan apa-apa.

Masalahnya sekarang ini, sedangkan Pakatan Rakyat anggap pada hari akan datang mereka penuh yakin dapat melangkah ke Putrajaya, kenapa tidak masukkan semua perkara-perkara rayuan itu ke dalam agenda buku Jingga mereka, bukankah itu lebih praktikal?

Jika benar Anwar Ibrahim orang yang benar dan tidak berbelah bagi mahu menjadi perdana menteri, beliau sepatutnya balas jasa-jasa lebih 80 peratus pengundi-pengundi Cina yang menyokong Pakatan Rakyat itu, kepada Pas yang mahu jadikan negara ini negara Islam perlu terus dinafikan; kepada pendidikan Cina yang dibelenggu oleh kerajaan BN itu perlu lepaskan ikatannya; perbetulkan berkaitan isu nasib kedudukan dan ekonomi kaum Cina, semua itu perlu ditangani dengan adil, lain-lain isu perlu diperbaiki semula; jika Anwar Ibrahim boleh beranikan diri perjelaskannya dengan terang perkara-perkara itu, tolak polisi-polisi kerajaan BN yang tidak elok, pasti akan jadi lebih luar biasa.

Tetapi dengan jelas dapat dilihat, selama ini masyarakat Cina alami kepahitan hidup dalam kerisauan, sebaliknya tidak nampak cahaya jalan keluar. Struktur kerajaan Pakatan Rakyat tidak terkeluar daripada berlaku pertindihan dalam isu perkauman, dalam budaya dan dalam kepentingan keagamaan. Maksud kebangkitan rakyat mereka, ia hanya condong kepada kekuatan sesuatu kaum untuk mendukung satu kuasa politik, seperti mengulangi sekali lagi pergunakan kekuatan ramai untuk mengawal orang-orang yang bukan dari penyokong mereka.

Sebab itu jika orang-orang Cina anggap kebangkitan rakyat itu adalah kebangkitan orang-orang Cina, berseronok dan lupa daratan, itu hanya cuba mengaburkan dan cuba mententeramkan diri sendiri, dibiarkan sahaja dikawal oleh orang lain. Masyarakat Cina terpusing-pusing dalam keadaan suasana kegembiraan dan tidak rasa risau, anggap kebangkitan rakyat itu adalah juga kebangkitan orang-orang Cina. 

Memang benar,orang-orang Cina juga rakyat di negara ini, memang perlu ambil berat terhadap politik negara ini, tetapi selepas bertarung seperti anjing serigala saling bergaduh dan gigit menggigit antara satu sama lain, yang menang telah gigit orang-orang yang sedang dilamun mimpi kebangkitan, orang-orang yang dilamun mimpi ini anggap mereka telah sambut Malaysia Baru, sebenarnya mereka sokong sebuah parti yang berpura-pura mengatakan mereka parti untuk semua kaum.

Terjemahan:
Wan Abdullah NG

No comments:

Post a Comment