Tuesday, 22 January 2013

MAHATHIR BERFIKIRAN PENGGANAS - KATA AKHBAR CINA

BERSARA, TETAPI APA TUJUAN TIDAK MAHU BEREHAT?
Dipetik dari China Press, 18 Jan 2013 
Perjanjian damai antara Parti Komunis Malaya dengan
Kerajaan Malaysia yang ditandatangani  di Hatyai pada
2 Disember 1989 itu adalah dibawah restu Dr. Mahathir.
Malaysia diwakil oleh Ketua Polis Negara ketika itu (kiri),
Tan Sri Abdul Rahim Nor sementara  Parti Komunis
Malaya diwakili oleh Pengerusinya Chin Peng (kanan)
Oleh: Chen Fan Yong

Bekas perdana menteri Mahathir berkuasa dalam politik Malaysia selama 22 tahun, selepas beliau serahkan kuasa kepada penyambungnya, beliau tetap masih bergerak aktif dalam arena bisnes dan politik, apa sahaja berkaitan kehidupan rakyat beliau cuba sentuh, usik dan mahu tunjuk ajar.

Seorang tua yang berusia 87 tahun tidak mahu rasa kesepian, sanggup bertungkus lumus kemukakan agenda besarnya, beliau punyai alasan-alasan yang tertentu, sebaliknya beliau tidak benar-benar memikirkan untuk kebahagiaan Negara, dan tidak juga memikirkan untuk mempertahankan kepentingan rakyat.

Mahathir berkata, jika pada PRU akan datang BN kalah teruk, yang paling utama yang menerima kesannya adalah orang-orang Melayu, masyarakat Melayu akan dipinggirkan, sebab itu beliau sarankan supaya masyarakat Melayu bersatu padu, pertahankan kepentingan-kepentingan orang Melayu, dan pastikan BN terus memerintah kerajaan pusat.

Kata-kata Mahathir ini seperti kata-kata pemikiran pengganas. Walaupun nanti Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat, 90 peratus dari kalangan ahli-ahli Pas adalah terdiri daripada orang-orang Melayu, 80 peratus daripada ahli PKR adalah orang-orang Melayu, dan dalam DAP ada segelintir orang-orang Melayu, sedangkan ahli parlimen dalam dewan rakyat lebih 80 peratus adalah terdiri dari kalangan orang-orang Melayu, di bawah struktur politik seperti ini, sudah tentu ahli-ahli parlimen terdiri daripada orang-orang Melayu dalam dewan akan pertahankan kepentingan orang-orang Melayu, kenapa pula dikatakan orang-orang Melayu akan ditindas?

Chin Peng
Mahathir berkata, jika pada PRU akan datang Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat, beliau orang yang pertama akan imigerasi keluar negara, kata-kata ini menyebabkan orang lain rasa terpinga-pinga. Semasa Mahathir menjadi perdana menteri, bukankah beliau sering berkata kepada rakyat dan orang asing bahawa Malaysia adalah negara yang aman sentosa, makan minum dan hasil tani yang mencukupi, dan Malaysia ialah sebuah Negara yang aman dan indah? Jika begitu bukankah apa yang beliau katakan itu semata-mata berbohong kepada rakyat dan orang asing?

Mahathir siang malam tidak dapat tidur dengan lena, apabila waktu sedang makan dan minum rasa gelisah, sebab-sebab beliau rasa gelisah kerana semasa beliau berkuasa dan waktu beliau memerintah, beliau menggunakan kuasa sepenuhnya yang ada menekan musuh politik beliau, ramai yang hadapi meringkuk dalam penjara, sebab itu Mahathir siang malam berdoa supaya BN menang PRU akan datang ini, dapat kekalkan kuasa kerajaan pusat supaya beliau dapat rasa tenteram dipenghujung sisa hayatnya.

Oleh kerana perkara itulah Mahathir buat kacau, bergiat dan aktif dalam pertubuhan-pertubuhan NGO dan politik, apa yang beliau mahukan ialah dapat rasa selesa dan tenteram di hujung hayatnya.

Tidak disangka, sebelum Pakatan Rakyat memerintah pusat, Mahathir sudah rasa gelisah dan gelabah, kejap sihat kejap sakit tidak tentu arah?

Terjemahan:
Wan Abdullah NG

10 comments:

  1. Orang cina memandang rendah semangat setiakawan orang Melayu. Bila sampai kepada kepentingan ummah, orang Melayu akan bersatu.

    Sekiranya PR menang pilihanraya kali ini, PAS akan bersatu dengan UMNO dan membentuk kerajaan.

    Kenapa? Selama ini PAS dilayan seperti ahli PR kelas ketiga meskipun PAS menyumbang majoriti undi dan sokongan kepada PR. Mereka di dalam PAS bukan sentiasa boleh diperbodohkan sebegini. Dan politik ialah permainan pelbagai kemungkinan.

    Demi penyatuan ummah, masyarakat Melayu dan umat Islam tidak akan membantah langsung penyatuan UMNO dan PAS.

    ReplyDelete
  2. Untungnya menjadi akhbar Cina di Malaysia ,lebih bebas dari akhbar Inggeris dan Melayu.tidak perlu ambil tahu perasaan orang bukan Cina kerana akhbar cina hanya dibaca oleh orang Cina.

    ReplyDelete
  3. bukankah Dr. Mahathir dituduh songlapkan duit berbillion. kalau itu betul, kenapa beliau perlu bimbang dan bertungkus-lumus. habiskan saja kekayaan yang banyak itu di negara yang tidak punya perjanjian ekstradisi dengan Malaysia. bukankah rugi kalau duit banyak tapi tidak dibelanjakan secara bermewah-mewahan malah mahu mencari duit lagi dengan berniaga dan membuka 2-3 cawangan kedai roti The Loaf.

    ReplyDelete
  4. Syed Idid Syed Amran Kedah.22 January 2013 at 17:38

    Bukankah pada tahun 1998 Timbalan Gabenor Negara Datuk Murad dedahkan Anwar Ibrahim jadikan Bank Negara sebagai clearing house mengendalikan simpanannya,hartanya dan juga sahamnya berjumlah 3 billion ringgit. Murad letak jawatan dan kroni kroni Anwar; taukeh KFC dihadap kemahakmah, Rahim Ghouas dan Nasaruddin lari keluar negara. Kenapa "kaki pungkok" masih main sandiwara dengan rakyat,tak takut dosakah atau memang dia tidak percaya kepada akhirat? FC barangkali masih muda atau lupa sejarah.

    ReplyDelete
  5. Jika Mahathir berfikiran pengganas, Chin peng dan rakan rakannya sudah hapus tetapi Mahathirlah yang mengerahkan Ketua Polis Negara berunding dengan PKM walaupun tentera tidak setuju

    Kepada Tentera kemanusiaan Mahathir terlalu tinggi kerana tengtera sanggup untuk melenyapkan mereka dihujung senjata.

    Tetapi apa yang dia dapat dari orang China" Bastard" seperti Chen Fun Yong.Manusia yang tidak tahu mengenang budi,kurang ajar.

    Namun percayalah lebih banyak manusia cina yang baik di negara ini.Inilah Cina yang dunianya hanya Cina,tak pernah campur dengan Melayu, sama seperti orang Pas yang tak pernah berkawan dengan bukan Melayu dan tidak kenal perasaan orang Cina,nak sekat Cina main judi dan minum arak.
    Kepada Melayu Pas dan PKR bukan Melayu tetapi lembu orang Cina. Sekalipun mereka ramai tapi mudah dicucuk hidung,tidak macam melayu dalam UMNO.Fahamkah Fun Yong?
    Kalau dia tahu perasaan Melayu pada Mahathir,dia tidak secelupar itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat cina ni mampus, penulis ni pun turut mampus

      Delete
  6. Fan Yong ni sebenarnya takut kat Mahathir; memang Cina bangsat macam ni takut kat Mahathir. Depa tahu selagi ada Mahathir selama itulah Melayu dipertahankan.

    ReplyDelete
  7. Apa punya kurang ajar penulis Cina ni? Tun yg dah berbakti kepada negara dia panggil pengganas? Di sama taraf kan dengan Chin Peng?

    Itu lah bila suruh guna otak malas.. kan dah bodoh..

    ReplyDelete
  8. Hello fen yong, kuan yew sudah smpai nak ajal, lagi jadi mentor. Tak mahu tegur kah? Tun Dr.M hendak dilantik jadi penasihat kerajaan tapi you tahukah cerita yang beliau tolak jawatan itu mentah2? You patut berterima kasih sebab you boleh cari makan lagi dgn suratkhabar cina, kalau Tun mahu haram, sudah lama dulu you tak boleh cari makan. Lepas ini, you kena sedia lah. Nama you sudah masuk senarai radar. Hati-hati bila cakap ok, darah sudah mendidih skrg

    ReplyDelete
  9. Ramli Ahmad, Hulu Kelang23 January 2013 at 11:19

    Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan Kementerian Dalam Negeri untuk memantau bahan-bahan berita yang disiarkan oleh akhbar-akhbar ini.

    Lebih malang lagi, kementerian ini ditakbir oleh sementara menteri yang lebih selesa untuk memberi amaran daripada mengambil tindakan.

    Kaum cina seperti ini (tidak semua) yang semangat kecinaannya yang menebal ini sepatutnya di layan sebagai mana di Indonesia di era Pak Harto.

    Sikap mereka yang melebelkan Tun Mahathir berfikiran komunis adalah adalah amat keterlaluan dan biadap tindakan perlu diambil terhadap akhbar ini kerana memperlekehkan seorang pemimpin yang amat berjasa kepada negara.

    Ambil saja tindakan jangan tunggu sampai nasi dah jadi bubur baru hendak bertindak

    ReplyDelete